"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, September 16, 2008

Jangan hendak jadi Mat Jenin - Hadi Awang

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, kerajaan yang digembar- gemburkan oleh Anwar esok belum menunjukkan apa- apa yang nyata sehinggalah ke hari ini.

''Janganlah hendak jadi Mat Jenin. Jika kerajaan baru tidak berteraskan Islam, Pas tidak akan berkompromi.

''Tidak kiralah sama ada Anwar atau UMNO yang akan menjadi Perdana Menteri. Ini adalah pendirian saya sebagai Presiden Pas,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

-Utusan Malaysia Online

TP - No komen... pandai-pandai la hangpa pikiaq sendiri..

7 comments:

Anonymous said...

ini pemikiran standard org PAS (x semua la). pada pandangan aku, kalau Nabi SAW straight macam ni dulu, islam x akan hebat dan tersebar sampai ke seluruh dunia..

tengok gerakan kristian mcm mana dorang hancurkan islam di kalangan melayu. dorang x gembargemburkan KRISTIAN, KRISTIAN, KRISTIAN... tp guna cara halus beb... sikit demi sikit... berapa ramai islam pada IC je... tp akidah, amalan, pegangan, cara hidup?

tegas x membawa makna apa2.. org lain MAHUKAN islam juga. tp ada strategi beb. bukan mcm cara PAS. naik je -hudud.. islam itu inilah. musuh pun dpt peluang nak serang.

azrul said...

al-kisahhhh .... sebab tu laah ramai fighter yang ingin memperjuangkan Islam ... depa tak semestinya masuk PAS.

Aku teringat dua riwayat. Satu, cara nabi kaunseling seorang pemuda yang mai tanya, "Wahai Rasulullah, boleh dak aku berzina.?"

Dan satu lagi, cara nabi negotiate supaya sorang mamat tu berhenti minum arak. Nabi kata, "hang nak minum, minumlaah .. tapi lepaih ni jangan cakap bohong sudah.."

Agaknya kalau Haji Hadi, berhadapan dengan dua situasi ni .. tak tau laa apa jadi dengan dua-dua orang tu ..

Wallahu'alam ..

Anonymous said...

aku x percaya utusan melayu..banyak putar belit kenyataan..padahal hj hadi dah setuju ari tu msa ceramah..

Anonymous said...

gua memang talak paham apesai ini hadi awang mau kasi interview sama ini utusan,lu takkan taktau ini utusan sape yg punya,aiseman!!!

Tok Sidang said...
This comment has been removed by the author.
Tok Sidang said...

Kenyataan TGHH adalah konsisten dgn perjuang PAS dari dulu smpai skrg,tidak berubah-ubah

Dgn perjuangan mantap spt inilah PAS memerintah Kelantan,..dan kini Kedah. Alhamdulillah
pemerintahan PAS disukai rakyat.

Tidak spt Anwar yg sentiasa berubah,perjuangan lalang mengikut arah angin. Dlm UMNO berjuang spt UMNO,diluar UMNO berjuang demi rakyat konon. Anwar sentiasa memainkan lagu yg rakyat suka dengar.

Amat pelik dan kelakar org PKR ingin mengajar PAS cara berpolitik,
Ayam nak ajar itik berenang.

FAKTA:
Anwar meninggalkan UMNO krn DIPECAT, bukan dgn rela hati. Dgn kata lain jika tidak dipecat oleh Tun Mahathir, Anwar masih didlm UMNO hingga skrg.

Anonymous said...

aku rasa ini agenda antara pkr n pas supaya DAP x kuar kenyataan busuk2 lagi n lebih2...bagus presiden...kita tetap dgn pendirin kita n aku yakin tak susah ntk DSAI mendominenkan islam lepasni...cayo2...