"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Showing posts with label Zul Kulim Hilang. Show all posts
Showing posts with label Zul Kulim Hilang. Show all posts

Wednesday, August 13, 2008

Zulkifli Nordin Masih Belum Dapat Dikesan

SUDAH lebih 72 jam Ahli Parlimen Kulim - Bandar Baru, Zulkifli Noridn menghilangkan diri dan tidak dapat dikesan ke mana dan apa terjadi kepadanya. Banyak orang pening dengan kehilangan Zulkifli yang tidak tahu apa sebabnya itu.

Peguamnya yang mengendalikan kes petisyen ke atasnya Md Radzi Mustafa, 50 juga turut sama mula bimbang dan merasai ajaib atas apa yang berlaku. Beliau kini yang berada di Terengganu kerana mengendalikan petisyen kerusi DUN Ladang, bimbang akan berlaku sesuatu yang tidak baik ke atas anak guamannya itu.

"Saya juga dihubungi banyak pihak bertanyakan perihal Zul ini. Saya dah minta kawan-kawan menghubungi mak mertuanya di Melaka dan ibunya di Baling, tatapi tak ada," ujarnya yang berjanji akan memberi tahu maklumat dari masa ke semasa mengenai kehilangan misteri Zulkefli.

Kata Md Razdi yang juga kawan seprofesyennya sekiranya Zulkifli tidak muncul hari ini beliau akan membuat laporan polis esok di Kuala Lumpur.

"Ada beberapa perkara yang perlu saya bincangkan dengannya memandangkan kesnya akan dibiacarakan pada 19 Ogos kelak. Kalau beliau tidak muncul susah juga," kata Md Radzi.

Dalam pada itu apa yang dibimbangkan beliau akan jadi seperti Balasubramanaim yang menghilang diri selepas membuat akuan berkanun. "Kita harap beliau tidak seperti Bala dan meniru tektik itu," tambah Md Radzi.

Zulkifli mula tidak dapat dikesan selepas sehari beliau muncul di perkarangan bangunan Majlis Peguam, sama-sama membantah forum anjuran majlis itu pada Sabtu lepas bersama ribuan umat Islam.

Telefon bimbitnya ditutup sehingga ke saat ini! Mudah-mudahan beliau selamat dan tidak ada apa-apa yang tidak baik menimpa dirinya.

Tuesday, August 12, 2008

Blog Zul Pun Kene Culik Bunian...!!!

Hampa bukak blog ni : http://zul4kulim.blogspot.com/

Dah tak leh masuk...klik enter,menatang ni kluaq kat screan hampa :

This blog is open to invited readers only

http://zul4kulim.blogspot.com/

It doesn't look like you have been invited to read this blog. If you think this is a mistake, you might want to contact the blog author and request an invitation.

You're signed in as perisikrakyatpr@gmail.com - Sign in with a different account

Hampa dengan aku memang dah kene baghal dekat YB Zul nih..!

Awat..???

"Bunian" tu dah culik Zul skali dengan Blog dia..!!!

Sape tau mana-mana bomoh siam yang power hampa contact aku...email trus kat aku..!

Misteri Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu 'hilang' berterusan

(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Misteri 'kehilangan' Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) dan khabar angin beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berterusan hingga lewat petang ini.

Hingga kini tiada pihak dapat memastikan sejauh mana kebenaran khabar angin yang mula tersebar sejak malam kelmarin itu.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul ketika dihubungi sekali lagi kira-kira jam 6.30 petang tadi bagi mendapatkan perkembangan terbaru mengenai Zulkifli tetap menafikan khabar angin yang mengatakan Zulkifli ditahan polis.

“Dia tak ditahan (polis). Khabarnya dia (Zulkifli) kini sedang bercuti bersendirian tanpa keluarga.

“Saya tak tahu kemana dia menghilangkan diri. Tapi mungkin keluarganya tahu kemana dia pergi,” katanya.

Tambah beliau dalam hal ini beliau berharap semua pihak berlaku adil kepada polis agar tidak berterusan membuat spekulasi mengenai 'kehilangan' Zulkifli.

"Jangan kita menuduh polis tentang sesuatu perkara yang tidak tepat. Percayalah beliau tidak ditahan polis," katanya.

Johari memberitahu beliau mendapat maklumat tersebut daripada keluarga Zulkifli sendiri dan berharap agar media tidak ‘mengganggu’ mereka sekeluarga.

Tambah Johari, keluarga Zulkifli tidak membuat sebarang laporan polis mengenai misteri ‘kehilangannya’ kerana mereka tahu kemana beliau ‘bercuti’.

Bagi Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika dihubungi turut buntu dengan situasi ketika ini.

“Masih tiada perkembangan yang diperolehi. Khabar angin makin berterusan hingga ke hari ini,” katanya.

Beliau juga gagal untuk menghubungi Zulkifli dan ahli keluarganya bagi mengetahui kedudukan sebenar.

Usaha mStar Online untuk menjejaki Zulkifli juga masih gagal kerana telefon bimbitnya tidak diaktifkan sejak dua hari lalu.

Kali terakhir beliau muncul di khalayak ramai ialah pagi kelmarin di ibu negara ketika menyertai perhimpunan membantah forum anjuran Majlis Peguam.

Sementara itu semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menyifatkan berita itu sebagai khabar angin semata-mata.

Beliau menafikan berita yang tersiar dalam beberapa laman blog mengenai penahanan Zulkifli di bawah ISA.

"Mana ada beliau ditahan? Ini semua khabar angin dan ini merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab oleh segelintir pihak yang sengaja buat spekulasi.

"Polis akan siasat laman blog yang menyiarkan berita berkenaan dan harap orang ramai tidak terpengaruh dengan khabar angin sedemikian," katanya.

Blog berkenaan memberitahu Zulkifli dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan di Kulim kira-kira jam 10 malam kelmarin dan tiada maklumat lanjut mengenai ke mana beliau dibawa polis.

Pada 29 September 1998, Zulkifli, 46, pernah ditahan di bawah ISA selama 60 hari kerana terlibat dalam gerakan reformasi bersama Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

-mSTAR Online

Hampa semua kene belit dekat YB Zul..!!!

Hait..!aku tau dah...tengah aku belek-belek,tenung-tenung dalam blog YB Zul tadi sambil-sambil memikir mana YB kita ni hilang aku terperasan 1 perkara dekat blog tu...hampa semua baca dulu semua komen-komen yang aku cilok dari last artikel YB Zul bertarikh 09 august 2008 & dipublish jam 9:31pm oleh YB Zul...tajuk artikel Peguam Islam perlu terajui Majlis Peguam.

ok...skarang amik masa dulu baca komen-komen kat bawah ni...kat bawah skali aku bagitau apa yang menarik sangat dengan komen-komen ni...hampa baca betul-betul jangan tinggal sepatah pun ayat kat bawah ni tau..!
MODERATOR said...

Saudara Zul,

JANGAN PEDULI DENGAN SINDIRAN PEDAS DR. SYED HUSIN ALI KERANA KENYATAAN BELIAU BUKAN MEWAKILI SELURUH AHLI PARTI YANG BERAGAMA ISLAM.

DIA TAK SUKA...DIA PUNYA PASAAAL!

TERUSKAN PERJUANGAN MULIA MU WAHAI TUAN LAWYER!

KAMU SUARA HATI KAMI ORANG-ORANG ISLAM...

syahrilkadir said...

Saudara,

saya masih ingat bagaimana saudara datang berjumpa saya dan rakan-rakan di Utusan Malaysia tidak lama dulu, merayu dan merintih, agar kami bersama-sama saudara memperjuangkan isu murtad yang semakin berleluasa di kalangan umat Islam

tidak cukup dengan itu, saudara kemudiannya mengambil inisiatif melakukan perjumpaan dengan semua wartawan Melayu ketika itu untuk menjelaskan betapa perlunya kita semua mempertahankan agama kita yang semakin diperlecehkan oleh segelintir golongan profesional bukan Islam yang kurang ajar dan semakin tak sedar diri ini

sejak dari itu saya cukup kagum dengan semangat dan kesungguhan yang dimiliki saudara. Namun saudara kemudiannya memilih untuk berjuang melalui saluran politik dan itu telah ‘merencatkan’ sedikit pandangan saya terhadap saudara.

Ini kerana saya lebih suka saudara berjuang melalui kaedah yang bukan berlandaskan ideologi politik. Tetapi ini tidak bermakna saya membenci saudara kerana seperti mana saya punya pandangan yang tersendiri, saya percaya yang saudara juga begitu. So dalam istilah bolasepak, kita ini ‘kosong-kosong’.

Tetapi apa yang berlaku semalam benar-benar menyentuh perasaan saya. Kesanggupan saudara mengepelai segerombolan umat Islam untuk membantah forum yang dianjurkan oleh Majlis Peguam ternyata sangat membanggakan dan pada masa yang sama sangat-sangat mengharukan diri saya.

Keberanian saudara dan rakan-rakan kita yang lain seperti Ketua Penerangan Alumni Kelab UMNO Luar Negara, Mohd. Nazari Ahmad; Naib Presiden GPMS, Jais Abd. Karim dan Setiausaha Pekida, Sharil Aziz ‘menggempur’ adalah satu keberanian yang cukup luar biasa.

Saudara Zulkifli, kita mungkin seteru dalam beberapa perkara, tetapi dalam hal ini, saudara adalah hero saya dan saya percaya saudara juga adalah hero umat Islam dalam negara ini.

Doa saya akan terus bersama saudara dan rakan-rakan yang lain. Kita mungkin terpisah dalam arus pemikiran dan fahaman, tetapi matlamat kita tetap SATU. Dan yang SATU itu akan terus kita pertahankan selagi nyawa dikandung badan.

Kita tak pernah memusuhi mereka, tetapi adalah 'silap besar' jika mereka memusuhi kita.

Salam perjuangan, Allahu Akbar!

efenem said...

1. Idealnya perbincangan sedemikian sebaik-baiknya diadakan dan dianjurkan oleh ulama. Malangnya berapa ramai ulama atau kumpulan ulama yang sanggup mendengar cerita-cerita dari golongan bukan Islam ini? Kalau orang Islam sendiri malas nak anjurkan forum terbuka sebegini, apakah hak kita untuk menghalang orang bukan Islam yang merangkumi 40% penduduk Malaysia berbuat sedemikian?

2. Mindset. Bila orang bukan Islam nak bercakap pasal Islam, kita orang Islam dengan sombongnya menghalang. Tapi boleh pulak kita orang Islam mengutuk orang Yahudi dan kristian bertalu talu seperti yg terdapat dalam sebahagian ceramah agama. 110 orang yang hadir kebanyakannya orang bukan Islam itu adalah disebabkan mindset orang Melayu Muslim itu sendiri. Walaupun forum itu belum bermula, mindset kita terus mengatakan bahawa forum itu mencabar agama Islam. Orang Islam Malaysia amat mudah untuk diprovokasi. Isu Islam semuanya jadi sensitif. Bila Islam itu sensitif, masih relevankah dakwah?

3. Di dalam Quran sendiri Allah mencabar orang yg meragui ayat-ayat suci-Nya untuk membuat ayat-ayat yang lebih baik dari Kalam Allah. Yang menyahut cabaran itu semuanya gagal. Kenapa? Islam itu agama yang benar. Kalau kita betul2 yakini islam itu agama yg benar, kenapa perlu kita takut minah-minah sembang kosong meluahkan perasaan hati atas pentas? Islam boleh digugat sebegitukah? Orang yang protes tak mahu Islam dicabar itu ada "subconscious doubt" dalam kepercayaannya pada Islam sendiri.

zainorin said...

Q. mengapa insiden menghina islam semakin menjadi-jadi di malaysia?
A. Sebab org melayu dah berpecah-belah. tidak bersatu.

Q. mengapa hak org melayu sering dicabar dan semakin terhakis?
A. A. Sebab org melayu dah berpecah-belah. tidak bersatu.

makin bimbang

வே. இளஞ்செழியன் said...

Zul,

First: As Malaysians it is our constitutional right to express our views, even through protests -- whatever the BN/UMNO regime may say.

But what bloody right do you have denying others the same right? You should have joined the forum and expressed your grouses or views in (not outside) the forum. That is the very PURPOSE of such forums. Instead, you -- an MP (that, too, a PKR MP) -- fashioned yourself as some Islamic fundamentalist wannabe.

This is Malaysia, and we are an Islamic nation. Granted. But conversion is an issue. A real issue; not some posturing for political purposes. Real people are suffering. And, to traitors like you talking such matters is challenging Islam, is it? I'm positive that Islam doesn't condone suffering of innocent people, nor the suppression of legitimate concerns. So, stop manipulating religion for your personal gain.

Finally: time to worry dude -- there are over 30% non-Muslims Kulim Bandar Bharu.

Reza Pahlavi said...

Saudara YB,

The Malays who voted for you know nothing about the Batang Kali Massacre (even yourself may not know about it). Same goes with the Indians who voted for you. They know nothing about the murder of an Indian family 10 years ago because they left Hinduism and became Muslims, and among the victim is a 5-month old baby girl.

We must not forget that it was Bar Council who opposed public flogging in the wake of the gruesome rape-cum-murder of Nurulhuda Abdul Ghani ("Divided on public flogging", New Straits Times, 22 January 2004) . As a result, there was no deterrent to such acts and Nurin Jazlin Jazimin would have better chances of being alive today if public flogging had been implemented. This shows that they will oppose anything that is in line with Islam and their consistent anti-Islam stances.

வே. இளஞ்செழியன் said...

Just for the record:

Continued detention of Encik Zulkifli Nordin

The Bar Council wishes to express its deep concern over the continued detention of Encik Zulkifli Nordin, a member of the Bar Council’s Human Rights Committee, under the Internal Security Act, together with numerous other persons.

The Bar Council calls for the immediate release of Encik Zulkifli Nordin and all other persons detained under the ISA, and if warranted, for such persons to be charged in Court under the relevant laws so that the principles of the Rule of Law and the right to fair trial and Justice can prevail.

The Bar Council has always maintained that the ISA is an oppressive piece of legislation and condemns the continued use of this draconian legislation. The ISA is in violation of the Rule of Law, Human Rights and the principles of democratic Government and calls the Government to repeal the ISA in its entirety. In the meanwhile, the Bar Council also calls upon the Government to accord persons detained under the ISA the right to know the reasons for their detention and to inform the families of the same; the right to have unimpeded access to Counsel; and the right to have reasonable and regular visits from their families.

Dated: 3rd day of October, 1998.

R. R. Chelvarajah
Vice-President
Malaysian Bar

P.E.M.A.N.T.A.U said...

Assalamualaikum,

Isu agama dan perkauman adalah suatu yang sensitif di Malaysia. Masing-masing punyai pandangan samaada Melayu,cina,india@Islam,Buddha,Kristian dll. Tindakan provokatif majlis peguam menimbulkan isu agama yang dibincang secara terbuka menimbulkan rasa kurang senang kepada masyarakat. Apabila kita menentang usaha tersebut,ia akan menjadi isu yang panas kepada kaum @agama lain. jadi berilah amaran kepada mana2 pihak yang cuba bermain api terhadap isu sensitif seperti ini.
Terima kasih

hanys said...

Saya betul2 geram dengan Bar Council ni.. buat org Islam ni macam tak da maruah. saya sokong sangat dengan apa yg YB buat.saya tak rasa ia melambangkan imej Islam yg ganas atau buruk. sebab kita dah cakap elok2, dah bg nasihat, jgn buat. thought they'll listen to us. but the dont. saya rasa diorang ni saje nk bangkitkan kemrahan kita, n wat kita ni nampak mcm ganas. kurang ajar betul.. no wonder this happen, coz semua ahli bar council ni hindu. suppose ada org Islam dalm bar council ni..

jeanbara said...

I'm proud of you!

Azli said...

Salam YB..
Saya kesana selepas membaca blog YB yg mengajak kita turun beramai2....
Saya bersyukur kerana diberi kelapangan utnuk bersama2 memperjuangkan Islam..
Akhir kata...
InsyaAllah jika ada kederat saya akan tetap berjuang di belakang YB semoga kedaulat Islam tetap terjamin...

suealeen said...

assalamualaikum
saya nak tahu dari orang yang mengecam YB Zul dengan macam² perkataan ni:

-were you there within the discussion?
- tahu apa yang dibincangkan?
- kenapa tak ajak peguam Muslim/ulama' berbincang sekali?
- kenapa tak ajak orang Muslim berbincang sekali?

KENAPA? saya yakin atas amalan profesional YB, dia mengetahui apa yang tidak kita ketahui...

jadi kawan² yang pertikaikan itu ini atas tindakan YB, silalah berfikir sebentar, jika kamu tidak mengetahui apa intipati perbincangan itu, silalah dapatkan dahulu butirannya. sekian...

Prachai said...

It's too bad. I thought PKR guys are saner ... wrong!

How can you advocate such an undemocratic practice: electing the head of the bar council on the basis of spiritual beliefs? You might as well argue that all the important positions in this country to be default reserved for your co-religionists.

Really disappointed that instead of showing cool, and presenting your views in a civilized manner, you have chosen to lead a mob to disrupt the council's meeting. Does this country have no law at all?

InsanMarhaen said...

A'kum,

Saya bersyukur saudara Zul masih lagi istiqamah dalam perjuangan.

Ashiddaau alal kuffar..

Janganlah kita jatuh syirik dan sanggup mempergadaikan maruah Islam hanya sebab ancaman voters yg taknak mengundi.

Allah akan menolong org yg menolong jalan-Nya.

Saudara sudah 'upsetkan mereka. Tapi saudara dapat vote dari kami.

Abu Bakar Hasan said...

YB, saja nak tau, apakah bar council dibagi alternative selain dari forum terbuka tersebut. Kalau sekadar membantah tak selesai masalah la YB, sebab persoalan yg dibangkitkan dalam forum mereka perlu dijawab dgn bijaksana. Kenapa tidak digunakan kesempatan tersebut utk mendekati org bukan islam.

Dah..?okeh...skarang aku bagitau yang menarik...

Petikan berita dari mSTAR Online : Blog berkenaan memberitahu Zulkifli dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan di Kulim kira-kira jam 10 malam kelmarin dan tiada maklumat lanjut mengenai ke mana beliau dibawa polis.

Depa cakap YB Zul ditahan di Kulim kira-kira jam 10 malam......naik atas kat komen pertama balik, hampa tengok komen tu dibuat berapa haribulan & jam berapa?

*untuk pengetahuan korang,komen dalam blog YB Zul semuanya memerlukan kelulusan dari blogmaster sebelum disiarkan...

perati kat sini :
MODERATOR said...

Saudara Zul,

JANGAN PEDULI DENGAN SINDIRAN PEDAS DR. SYED HUSIN ALI KERANA KENYATAAN BELIAU BUKAN MEWAKILI SELURUH AHLI PARTI YANG BERAGAMA ISLAM.

DIA TAK SUKA...DIA PUNYA PASAAAL!

TERUSKAN PERJUANGAN MULIA MU WAHAI TUAN LAWYER!

KAMU SUARA HATI KAMI ORANG-ORANG ISLAM...

Ini bermakna lebih kurang 2 jam lepas YB Zul ditangkap, ada seseorang yang MELULUSKAN KOMEN-KOMEN PADA ARTIKEL BERKENAAN...!!!

-11 August, 2008 00:55
-11 August, 2008 01:07
-11 August, 2008 01:34
-11 August, 2008 08:09
-11 August, 2008 08:36
-11 August, 2008 08:54
-11 August, 2008 09:01
-11 August, 2008 09:16
-11 August, 2008 09:48
-11 August, 2008 10:06
-11 August, 2008 10:12
-11 August, 2008 11:28
-11 August, 2008 11:55
-11 August, 2008 12:52
-11 August, 2008 16:18

Sape yang luluskan kesemua 15 komen pembaca sepanjang YB Zul "ditahan"..?

A - Polis Balai
B - Pak Guard Kamunting
C - Tan Sri Ismail Omar
D - YB Zulkifli Nordin

Hampa semua kene belit dekat YB Zul...!!!Dah la YB Zul...hang kluaq la...tak yah main sorok-sorok lagi...hang punya pasai,tak pasal-pasal aku pi maki Pulis..!

Mintak maaf pak Pulisi...lenkali jangan suka main wayang...Hait...!!!

Monday, August 11, 2008

Zulkifli Nordin Kene Sorok Bunian,,!

Assalamu'alaikum...

Dah lebih 24 jam dah Zulkifli Nordin hilang tak dapat dikesan.aku syak Zul kene sorok bunian...ni bukan sebarang bunian ni,bunian ni bunian moden,pakar dalam menyorok musuh politik parti pemerintah & jugak pakar konspirasi.

Aku percaya jugak Headquarters bunian ni bertempat disalah 1 bukit disekitar Kuala Lumpur.mungkin kita boleh dapatkan bantuan Ustaz Harun Din untuk kesan tempat persembunyian bunian ni...tapi aku tak fikir Ustaz Harun Din dapat jinakkan bunian ni.
Gambar Hiasan
Ikut pengalaman aku ngan kawan-kawan aku yang dah biase berdepan secara langsung dengan bunian-bunian ni,bunian ni cuma alah pada satu benda je...kertas yang ada kepala agung...

Ikut pada pengetahuan aku bunian ni memang jenis tak takut tuhan,bunian ni memang terang-terang berani melawan hukum Allah...ada kawan-kawan aku pernah cuba melawan bunian-bunian ni tapi kekuatan bunian-bunian ni memang bukan calang-calang...betul aku cakap ni...hampa nak pecaya,buleh...hampa tak nak pecaya pun buleh...ikut suka..!

Kalau ada sape-sape yang tau mana-mana bomoh yang dapat kembalikan Zulkifli Nordin ke alam nyata & bebaskan Zulkifli Nordin dari cengkaman bunian tu tolong tinggal contact info hampa kat ruangan komen kat bawah tu...

Ni aku mintak tolong betul-betul nih..!

Selamatkan Malaysia Dari "Bunian Di Raja Malaysia"..!