SUDAH lebih 72 jam Ahli Parlimen Kulim - Bandar Baru, Zulkifli Noridn menghilangkan diri dan tidak dapat dikesan ke mana dan apa terjadi kepadanya. Banyak orang pening dengan kehilangan Zulkifli yang tidak tahu apa sebabnya itu.
Peguamnya yang mengendalikan kes petisyen ke atasnya Md Radzi Mustafa, 50 juga turut sama mula bimbang dan merasai ajaib atas apa yang berlaku. Beliau kini yang berada di Terengganu kerana mengendalikan petisyen kerusi DUN Ladang, bimbang akan berlaku sesuatu yang tidak baik ke atas anak guamannya itu.
"Saya juga dihubungi banyak pihak bertanyakan perihal Zul ini. Saya dah minta kawan-kawan menghubungi mak mertuanya di Melaka dan ibunya di Baling, tatapi tak ada," ujarnya yang berjanji akan memberi tahu maklumat dari masa ke semasa mengenai kehilangan misteri Zulkefli.
Kata Md Razdi yang juga kawan seprofesyennya sekiranya Zulkifli tidak muncul hari ini beliau akan membuat laporan polis esok di Kuala Lumpur.
"Ada beberapa perkara yang perlu saya bincangkan dengannya memandangkan kesnya akan dibiacarakan pada 19 Ogos kelak. Kalau beliau tidak muncul susah juga," kata Md Radzi.
Dalam pada itu apa yang dibimbangkan beliau akan jadi seperti Balasubramanaim yang menghilang diri selepas membuat akuan berkanun. "Kita harap beliau tidak seperti Bala dan meniru tektik itu," tambah Md Radzi.
Zulkifli mula tidak dapat dikesan selepas sehari beliau muncul di perkarangan bangunan Majlis Peguam, sama-sama membantah forum anjuran majlis itu pada Sabtu lepas bersama ribuan umat Islam.
Telefon bimbitnya ditutup sehingga ke saat ini! Mudah-mudahan beliau selamat dan tidak ada apa-apa yang tidak baik menimpa dirinya.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Wednesday, August 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment