"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, August 13, 2008

POYOO BETUL CHERUK TOK KUN - Hishamuddin Rais

‘SELAMA 10 tahun saya berjuang untuk manusia bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sepanjang tempoh itu juga saya keluar masuk lokap demi mempertahankan perjuangan beliau.



”Namun setelah beliau dibebaskan, tidak sekalipun beliau menghubungi saya dan bertanya sama ada saya makan atau tidak, bagaimana keadaan keluarga saya dan bagaimana nasib saya akibat bisness yang telah lingkup,” demikian luahan kecewa Abdul Ghani Haroon, bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).Di Petik dari Utusan Malaysia 3.Ogos 2008-08-06



Mamat dari Cheruk Tok Kon ini memang cukup poyo. Ini bukan bukan fitnah dari Saiful atau dari Uncle Pet. Ini telah terbukti saheh. Ini dari mulut Abdul Ghani Haroon. Siapa yang tak faham makna poyo sila tanya Mat Rempit. Kalau masih ada yang tidak tahu apakah bendanya Mat Rempit ini maka saya cadangkan mereka berhijrah ke Dacca atau ke Nepal dan jangan pulang ke Malaysia sehingga faham makna poyo.



Bila saya terbaca berita tentang Abdul Ghani Haroon ini, hati saya berasa pedih lagi pilu. Jiwa saya mendayu-dayu. Air mata saya berderai-derai keluar macam biji-biji mutiara di leher Datin Rosmah.Nasib baik saya tidak pernah memakai seluar dalam kalau tidak ehem saya pun akan menangis sama.



Bayangkan si Poyo Cheruk Tok Kun ini langsung tidak ambil pot terhadap kawan baik saya si Ghani Haroon ini. Nah! Ada sesiapa yang tidak faham apa dia pot? Jangan tanya Dewan Bahasa , buang masa sahaja; kalau tanya Minah Kelisa atau Minah Kancil mereka pasti arif. Pot ialah satu perkataan kool yang tidak berani di pakai olih Nik Safiah atau Segerawan Negara.( Segerawan Negara ialah mereka yang mengaku diri sebagai sasterawan dan menulis ayat-ayat kontot yang mereka namakan sanjak)



Sebenarnya saya kenal baik dengan si Ghani ini. Setiap kali saya jumpa dia , baju dan seluarnya selalu berseterika. Saya tidak pernah nampak dia memakai jean atau jauh sekali pakai jean koyak macam Madonna. Mamat ini kalau di University Malaya dizaman saya dulu dia ini akan dianggap Mat Belia atau Apiah. Hari ini tahun 2008 kalau di universiti Mamat macam si Ghani Haroon ini termasuk dalam gulungan Mat Skema atau Mat Rakan Muda. Kalau dia dalam dalam gerombolan United Malays National Organistaion dia akan di panggil Mat Baju Batik a.k.a Mat Kontrektor Kelas F a.k.a Kontrek Jungkies.



Memang betul si Ghani ini ditahan dibawah ISA. Saya juga sama sedih tetapi saya tidak dapat berbuat apa-apa. Sel tempat Ghani di tahan ini sebenarnya tidak jauh dari sel saya. Sel-sel kami ini ditempat rashia – bukan café – jadi kita tidak boleh bersembang – kami dikurung 24 jam. Kesian dan sedih kita pada si Ghani ini.



Tetapi bukan ISA yang memilukan dan merobek hati. Hati saya berderai-derai kerana bisness kawan saya ini telah lingkup. Bayangkan betapa besarnya pengorbanan kawan saya ini terhadap Poyo Cheruk Tok Kun ini. Poyo betul si Poyo ini. Sesudah di bebaskan si Poyo ini TIDAK pula angkat talipon dan menalipon si Ghani ini. Bertanya khabar pun tidak. Bukan mahal sangat satu panggilan. Kedekut rupanya Poyo ini.



Cerita ini bertambah sedih lagi menyedihkan apabila si Poyo Ceruk Tok Kun ini TIDAK pula bertanya sama ada kawan saya si Ghani ini makan atau tidak. Ciss… betul betul tidak bolih pakai si Poyo ini. Entah-entah si Ghani hampir mati kebulur tidak dapat makan. Di jauhkan Bidadari 44 - janganlah satu hari nanti saya terbaca berita kawan saya ini mati kebulurun.



Saya juga merasa kesal lagi bersalah kerana saya juga tidak pernah bertanya kepada si Ghani ini sama ada dia ada soru atau tidak. Ini kerana saya selalu nampak dia ‘steady’ macam Pegawai Level Four. Lain kali kalau saya jumpa si Ghani ini saya akan tanya – Woit! Ghani…hang udah makan atau belum?



Memang sahih hujah si Ghani ini. Bagaimana agaknya si Poyo Ceruk Tok Kun ini hendak membantu nelayan dan petani kalau Ghani seorang pun dia tidak boleh ulur ulur. Sekarang ini si Ghani ini telah merajuk dan membebel ke hulu ke hilir bersama Mat Ezam mengatakan yang dia tidak di pedulikan olih Poyo Cheruk Kun. Padan muka.



Apa yang terjadi pada si Ghani ini memang sedih lagi pilu. Berderai-derai air mata apabila kita semua membaca berita ini dari akhbar Zainuddin Maidin dan Johan Jaafar. Saya mendengar cerita pada hari berita si Ghani disiarkan, akhbar ini telah tiga kali diulang cetak. Hebat.



Tetapi kita perlu bersabar. Kesah si Ghani ini belum cukup sedih lagi hingga membawa kita ketawa terbahak-bahak. Kerana itu saya cadangkan kita semua wajib berbilion-bilon bersedih dan berpilu terhadap apa yang telah berlaku kepada Mat Ezam. Air mata kita semua tidak lagi menitis berbantal-bantal tetapi mencurah-curah keluar macam air kencing lembu jantan.



Ini bukan tentang rashia Enam Kotak Mat Ezam. Ini bukan Sumpah Keramat Mat Ezam. Ini bukan saya Mencabar Mat Ezam. Kita semua tahu Mat Ezam ini amat suka bersumpah dan amat suka mencabar. Yang hendak saya tulis ini ialah cerita sedih lagi menyayat hati. Ini cerita sedih lagi pilu, lebih sedih dari cerita seorang Kontrektor Kelas F yang perniagaan nya lingkup.



Saya terbaca bagaimana Mat Ezam berkata bahawa si Poyo Cheruk Tok Kun ini bukan sahaja tidak menalipon dia tetapi jeling mata pun tidak mahu. Aduh ! Sedihnya hati saya. Bayangkan muka Mat Ezam yang tidak ada jerawat itu tidak hendak dipandang lagi olih si Poyo ini. Apa sudah jadi?



Mengikut Mat Ezam si Poyo Cheruk Tok Kun semenjak bebas dari penjara selalu duduk jauh darinya. Mat Ezam komplain kerana tidak di ajak datang minum-minum kopi. Ajak soru jauh sekali. Kenapa si Poyo Cheruk Tok Kun ini berbuat demikian? Apa susahnya kenyit-kenyit mata kepada Mat Ezam. Tidak bolihkah jeling-jeling dan pandang muka Mat Ezam?



Akhinya bubur menjadi kerak. Mat Ezam pun merajuk patah hati berulam tulang. Dia selalu ke hulu ke hilir mundar mandir membebel ke seluruh kampung Felda bercerita bagaimana dia kurang mendapat pandangan mata dari si Poyo Cheruk Tok Kun.



Saya yakin Mat Ezam telah di hinggapi oleh satu penyakit. Lalu saya meminta nasihat pakar perubatan. Dari seorang Doktor di Pusrawi ( bukan doktor yang itu) saya difahamkan nama penyakit Ezam ini ialah KKS. Penyakit in tidak bervirus dan amat mudah berjangkit. KKS ini senang berjangkit terutama kepada orang yang bisnessnya lungkup. KKS lagi senang menjangkiti para Kontrek Jungkies. Penyakit ini juga akan menghinggapi sesiapa sahaja yang gian nak memakai baju putih lengan pendek dan berseluar gelap.



Mengikit kajian Doktor Pusrawi ini penyakit KKS ini sering menghinggapi orang-orang muda yang selalu dilamun olih angan-angan. Lebih tinggi angan-angan maka akan lebih cepat KKS ini menular.



KKS ialah penyakit Kurang Kasih Sayang. Penyakit inilah yang telah menimpa kawan saya si Ghani Haroon dan Mat Ezam. Mereka kurang mendapat kasih sayang. Sepuluh tahun mereka membuang masa, kalau mereka tanam durian pasti pokok durian telah berbuah. Kalau mereka tanam sawit sudah berbuah tujuh kali. Kalau mereka berjalan kaki mereka telah ngeliling dunia dua kali. Kalau mereka memilihara katak pasti mereka telah wajib dinobatkan sebagai Raja Katak Katak untuk menggantikan Ibrahim Ali.



Ada juga berita baik. Mengikut nasihat Doktor Pusrawi ini KKS cukup senang diubati. Tidak perlu menongeng untuk di periksa bontot. Tidak perlu suntikan atau makan pil. Pertama – si Pesakit hendaklah kurang bersumpah dan kurang mencabar. Kedua – si Pesakit wajib mula belajar berkata benar dan jujur. Ketiga – kalau ada saka atau janji-janji yang telah dilafaz dahulu ianya wajib ditunaikan. Janji seperti kotak-kotak yang tersuruk. Laporan-laporan rasuah 620 muka surat yang dijanji kepada orang ramai wajib diumumkan.



Ada satu lagi nasihat Doktor Puswari ini - kalau hendak cepat sembuh si Pesakit perlu mula melihat cermin muka setiap pagi terutama sebelum bercakap bergantang-gantang. Bila melihat muka dicermin sila kurangkan angan-angan terutama jika ada angan-angan hendak menjadi Menteri atau hendak menjadi Kontrektor Kelas A.



Sedih, pilu dan hati mendayu-dayu hingga kita semua ketawa terbahak-bahak. KKS oh KKS. Kesian bila kita membaca kesah-kesah Mamat-Mamat ini. Inilah pengajaran untuk kita semua. Bila kita bangun pagi marilah kita cermin muka kita sebelum kita bercakap bergantang-gantang. Mana berat mata memadang berat lagi tangan saya yang meraba-raba.END

No comments: