di balik cemin mimpi,aku melihat engkau.di dalam engkau,aku melihat aku,ternyata kita,di arena mimpi yang yang penuh bermakna...burung camar hinggap di jejari,seorg nelayan sdg bermimpi,mimpi tentang duyung,mimpi tentang untung,biduk hanyut di bawa ombak laut china selatan.dalam mimpi berkata sang duyung,wahai nelayan,kau anak laut..di sini tempat mu di sini rezeki mu,pengorbanan yang kau lakukan ada balasannya..
analogi lagu m.sari kombinasi antara lagu di balik cemin mimpi dan impian nelayan.sebagaimana kita,hidup di bumi malaysia yang telah merdeka hampir 51 tahun.kita berpijak di bumi malaysia yang berbagai kaum dan agama.berlandaskan sistem demokrasi berparlimen.bermakna jika sesuatu dasar atau perlembagaan yang mahu di gubal perlu mendapat kelulusan majoriti ahli parlimen dan parti yang berjaya menguasai majoriti di parlimen adalah pemerintah.ahli parlimen di pilih melalui pilihanraya.
merujuk kepada artikel ustaz nashruddin tantawi ,JIKA ISLAM TIDAK DOMINAN PAS WAJIB MENARIK DIRI 1 & 2.dominan ke tidak dominan yang pas bergantung kepada suara majoriti di parlimen.bukannya suara dominan di dalam pakatan rakyat.pakatan rakyat tak mampu membentuk kerajaan selagi tidak mempunyai majoriti di parlimen.jadi pembentukan negara islam dan undang undang islam adalah bergantung kepada kelulusan parlimen.
tahniahlah buat anda jika mencadangkan pas keluar dari pakatan jika pas tidak dominan.sinar pelangi yang rakyat malaysia cari hanya tinggal ribut petir di tengahari.perlu kah anda membuat kenyataan sedemikan ketika pilihanraya kecil penentu masa depan malaysia bakal diadakan?di mana sikap kita sebagai manusia yang menghormati antara satu sama lain.pernah tak kita terfikir slogan PAS FOR ALL?undi pas bkn hanya dari org islam,tetapi juga dari org bukan islam.pernah terfikir bagai mana YB doktor mariah blh menang di penempatan kaum india terbesar iaitu di bukit raja?
jika Pas keluar dari pakatan rakyat?bencana politik islam lebih hebat dari tsunami.akan berpecahlah lagi islam kepada pelbagai parti politik.sudah pastinya di dalam pas sendiri ada yang bersetuju dan tidak bersetuju.pastinya umat islam di malaysia lebih kucar kacir sebagai mana amanat haji hadi pada tahun 1982 dahulu.pada hemat saya,negara islam tidak akan bermakna jika hanya pada sebuah nama dan undang undangnya sahaja.dan sebuah negara islam tidak akan dapat di capai dlm masa sesingkat ini.akhlak penduduknya perlu diislamkan dahulu.
dalam pondok kecil beratap rumbia,seorg ibu memandang hari muka,sambil ia mengusulkan bayang kehausan,ufuk timur hilang dari pandangan.wahai anak sedang menangis,mungkin kini kau tak mengerti,bila kau dewasa dan pandai nanti..pengorbanan ayah mu sayang,jangan kau lupakan...semoga cermin mimpi kita menjadi sinar pelangi
-matcomot
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment