"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, August 12, 2008

Misteri Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu 'hilang' berterusan

(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Misteri 'kehilangan' Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) dan khabar angin beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berterusan hingga lewat petang ini.

Hingga kini tiada pihak dapat memastikan sejauh mana kebenaran khabar angin yang mula tersebar sejak malam kelmarin itu.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul ketika dihubungi sekali lagi kira-kira jam 6.30 petang tadi bagi mendapatkan perkembangan terbaru mengenai Zulkifli tetap menafikan khabar angin yang mengatakan Zulkifli ditahan polis.

“Dia tak ditahan (polis). Khabarnya dia (Zulkifli) kini sedang bercuti bersendirian tanpa keluarga.

“Saya tak tahu kemana dia menghilangkan diri. Tapi mungkin keluarganya tahu kemana dia pergi,” katanya.

Tambah beliau dalam hal ini beliau berharap semua pihak berlaku adil kepada polis agar tidak berterusan membuat spekulasi mengenai 'kehilangan' Zulkifli.

"Jangan kita menuduh polis tentang sesuatu perkara yang tidak tepat. Percayalah beliau tidak ditahan polis," katanya.

Johari memberitahu beliau mendapat maklumat tersebut daripada keluarga Zulkifli sendiri dan berharap agar media tidak ‘mengganggu’ mereka sekeluarga.

Tambah Johari, keluarga Zulkifli tidak membuat sebarang laporan polis mengenai misteri ‘kehilangannya’ kerana mereka tahu kemana beliau ‘bercuti’.

Bagi Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika dihubungi turut buntu dengan situasi ketika ini.

“Masih tiada perkembangan yang diperolehi. Khabar angin makin berterusan hingga ke hari ini,” katanya.

Beliau juga gagal untuk menghubungi Zulkifli dan ahli keluarganya bagi mengetahui kedudukan sebenar.

Usaha mStar Online untuk menjejaki Zulkifli juga masih gagal kerana telefon bimbitnya tidak diaktifkan sejak dua hari lalu.

Kali terakhir beliau muncul di khalayak ramai ialah pagi kelmarin di ibu negara ketika menyertai perhimpunan membantah forum anjuran Majlis Peguam.

Sementara itu semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menyifatkan berita itu sebagai khabar angin semata-mata.

Beliau menafikan berita yang tersiar dalam beberapa laman blog mengenai penahanan Zulkifli di bawah ISA.

"Mana ada beliau ditahan? Ini semua khabar angin dan ini merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab oleh segelintir pihak yang sengaja buat spekulasi.

"Polis akan siasat laman blog yang menyiarkan berita berkenaan dan harap orang ramai tidak terpengaruh dengan khabar angin sedemikian," katanya.

Blog berkenaan memberitahu Zulkifli dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan di Kulim kira-kira jam 10 malam kelmarin dan tiada maklumat lanjut mengenai ke mana beliau dibawa polis.

Pada 29 September 1998, Zulkifli, 46, pernah ditahan di bawah ISA selama 60 hari kerana terlibat dalam gerakan reformasi bersama Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

-mSTAR Online

2 comments:

AnakMerdeka said...

Logiknya kalau dia ditahan ISA kemudian polis menafikan, esok lusa orang ramai akan tahu juga. Tak kan dalam hal macam ini pun polis nak menipu.

Logiknya lagi, dalam demostrasi anti Majlis Peguam itu, Zulkifli dilihat sebagai orang yang mempertahankan orang melayu dan islam, dan ramai lagi pemimpin PAS, PKR dan UMNO turut serta. Jadi kenapa pulak dia yang nak ditangkap?

Jadi janganlah kita buat andaian yang bukan bukan. Cuma, kemana pulak perginya dia? Dalam hal ini, walaupun bukan menuduh, kebarangkalian dia disabotaj/diculik oleh orang yang pro majlis peguam boleh juga berlaku. Tetapi kenapa kita lebih suka tuduh polis?

Mr Joker said...

Apa hang cakap memang lojik...

apa kata hang baca semua artikel aku pasai zul.adeke aku tudh bulat-bulat pulis???

kenapa kita lebih suka tuduh pulis?

-sebab segerombolan kecil pulis suka buat bende tak betoi & mereka-mereka ni la yang merosakkan kreadibility pulis kerana mereka-mereka ni yang lebih menonjol.

bukan semua pulis jahat.ramai lagi yang baik.tapi yang baik terlindung dibelakang pulis-pulis yang buat benda tak baik.

bersihkan balik imej pulis..!