"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, August 12, 2008

MB S'gor: Sesuaikan agenda PAS bersama Pakatan

PAS boleh menyesuaikan agenda Islamnya dalam kerjasama bersama Pakatan Rakyat seperti DAP berbuat demikian, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kita telah terima parti PAS. Saya pernah jadi setiausaha agung PKR. Kita telah terima parti PAS dan DAP sebagai rakan kita dalam politik.

"Kita terima hakikat bahawa PAS memperjuangkan pembangunan Islam, dan (hakikat) ini kita dapat sesuaikan dengan pembangunan negeri kita.

"Rakan kita dalam DAP (pula) memperjuangkan rakyat keseluruhannya. Dan ini (Pakatan) merupakan platform bersama," katanya, mengulas amaran Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang bahawa parti itu akan meninggalkan Pakatan Rakyat jika gabungan itu gagal melaksanakan idealisme Islam di peringkat persekutuan.

Abdul Hadi dilaporkan berkata demikian sebagai merujuk kemungkinan Pakatan membentuk kerajaan persekutuan selepas 16 September ini seperti sedang diusahakan oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap di sidang akhbar di Subang Jaya selepas menghadiri dialog bajet negeri itu bagi 2009, Abdul Khalid berkata:

“Dan saya rasa ucapan Tuan Guru Abdul Hadi itu menegaskan perlunya masyarakat Malaysia menerima perjuangan mereka untuk memperjuangkan agama Islam dan ummah sebagai salah satu perjuangan yang tidak boleh ditolak ansur.

"Dan kita (Pakatan) menerima hakikat tersebut."

Sementara itu, exco agama kerajaan negeri Datuk Dr Hassan Ali berkata kenyataan Abdul Hadi itu hanya satu kenyataan dan dalam proses perbincangan dengan rakan-rakan lain dalam Pakatan, sudah tentu ada “tolak-ansur”.

"Itu satu kenyataan. Dalam Pakatan ini, saya fikir, dalam musyawarah (mesyuarat) sudah tentu ada tolak ansur dan sebagainya. Apa pun dasar-dasar (PAS) itu perlu dipertahankan.

"Dan saya fikir untuk membawa dasar seperti itu, tentang ahli-ahli (Pakatan) yang lain, patut dihormati pendapat masing-masing. Dalam penghormatan itulah, saya fikir, kita dapat satu kesepaduan terhadap sesuatu matlamat yang kita perjuangkan," katanya, yang juga pesuruhjaya PAS Selangor.

Menjelaskan lanjut perkara itu, beliau berkata:

"Itu sebenarnya pendirian PAS tentang pemerintahan, tentang pentadbiran, sebab itulah (yang ada) dalam perlembagaan PAS. Maksudnya kalau kita membuat cadangan yang berlainan daripada itu, maka ia bertentangan dengan pendirian PAS."

-Malaysiakini

TP - Yang ni TGHH kene baca betul-betul & kena faham betul-betul.kalau dah DAP boleh sesuaikan agenda depa dalam Pakatan Rakyat,tak kan PAS tak boleh? aku rasa PAS boleh... yang tak bolehnya cuma pimpinan PAS yang kadang-kadang lebih sudu dari kuah. tak salah jugak kalau ada yang bercakap kat belakang - gelojoh-gelojoh DSAI,gelojoh lagi pimpinan PAS sekarang (sebahagian bukan semua)... kadang-kadang tu TGNA cakap lain,TGHH cakap lain...

Pimpinan lain pun bercakap jugak dengan media,tapi tak pernah pulak nak kena perbetul@perjelas balik statement lepas tu,yang sorang ni aku tengok,tiap kali buat statement kat media,kena buang masa 3-4 minggu nak perbetul,nak perjelas balik "yang sebenaqnya macam ni"...


Hampeh...baru pimpin parti dah kalut...belum lagi pimpin negara...yang pening...kami-kami yang dok perjuang dasar Pakatan Rakyat...

Pimpinan PAS kene banyak belajar macam mana nak bercakap & keluar statement pada media...tak kan tak tau peranan media perdana sekarang?

Putar belit mengalahkan ular... pimpinan pulak ingat semua yang baca tu paham bahase kias-kias...berapa kali nak ulang kesilapan yang sama?

1 comment:

Anonymous said...

Hi !.
You re, I guess , probably very interested to know how one can reach 2000 per day of income .
There is no initial capital needed You may begin to receive yields with as small sum of money as 20-100 dollars.

AimTrust is what you need
The firm incorporates an offshore structure with advanced asset management technologies in production and delivery of pipes for oil and gas.

It is based in Panama with offices everywhere: In USA, Canada, Cyprus.
Do you want to become really rich in short time?
That`s your chance That`s what you wish in the long run!

I`m happy and lucky, I began to get income with the help of this company,
and I invite you to do the same. It`s all about how to choose a proper partner who uses your money in a right way - that`s the AimTrust!.
I take now up to 2G every day, and my first deposit was 1 grand only!
It`s easy to join , just click this link http://sisulupy.wtcsites.com/isyfah.html
and lucky you`re! Let`s take this option together to become rich