"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, August 12, 2008

Bila BPR Akan Tangkap Ketua Pengarah LKIM?

Jika tidak kerana dilindungi seorang menteri kabinet kanan, sudah pastinya Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Dato' Mustaffa Haji Ahmad akan di berkas Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebaik sahaja BPR berjaya membongkar kes penyeludupan diesel bersubsidi di Sandakan pada awal tahun ini.

LKIM, sebuah Badan Berkanun yang ditubuhkan pada 1 November, 1971 di bawah Akta 49, Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, 1971 untuk meningkatkan taraf hidup nelayan kini menjadi agensi penghisap darah nelayan kerana gagal mentadbir urus pengagehan diesel bersubsidi.


Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Harga dan Bekalan Diesel yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Abdul Razak meluluskan penyaluran bekalan diesel bersubsidi di peringkat kawasan dilaksanakan oleh Persatuan Nelayan Kawasan mulai 1 Jun 2006.


Sehubungan itu, mulai tarikh tersebut Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) hendaklah mengenalpasti jeti milik LKIM atau PNK untuk dijadikan Pusat Jualan Diesel Bersubsidi atau menyewa jeti persendirian yang telah mendapat kelulusan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja serta mempunyai lesen PDA untuk penjualan runcit petroleum daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.


Menurut peraturan yang berkuatkuasa, Jawatankuasa Induk Skim Subsidi Diesel Nelayan akan hanya menimbang permohonan memperbaharui atau menambah kelulusan kuota diesel kepada Persatuan Nelayan Sabah (PENESA) dan Ko-Nelayan berdasarkan Pusat Jualan Diesel Bersubsidi PNK yang berdaftar sahaja.


Jawankuasa Khas Kabinet Mengenai Harga dan Bekalan Diesel juga mengharamkan semua aktiviti penjualan diesel bersubsidi di jeti persendirian, namun arahan Jawatankuasa Kabinet ini gagal dipatuhi Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Dato' Mustafa Haji Ahmad.

Dato' Mustafa telah melantik JC Petroleum yang dimiliki oleh seorang penjenayah yang telah menjalani hukuman buang daerah, Mr Tay, melalui beberapa anak syarikatnya untuk mengagehkan diesel bersubsidi yang terletak di bawah bidang kuasanya.


Mengikut modus operandi yang dijalankan secara haram, Dato' Mustaffa telah mengarahkan Pengurus Besar Ko-Nelayan, Haji Mashood Salleh dengan kerjasama Mantan Pengerusi Ko-Nelayan, Datuk Haji Jasa Datuk Haji Rauddah membolot semua kuota yang diberikan dengan melantik JC Petroleum sebagai pengedar tunggal.


Dengan kerjasama Pegawai Kanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, kebanyakan diesel bersubsidi yang dibekalkan dijeti swasta tidak mempunyai tag nano bagi mengelak tangkapan atau dikesan.


Semua depo di Sandakan dan Tawau hanya membekalkan kira-kira 25 peratus diesel bersubsidi pada waktu siang, manakala bakinya 75 peratus dikeluarkan secara haram pada waktu malam untuk di seludup keluar dan di jual di pasaran gelap oleh beberapa syarikat pengumpul diesel milik JC Petroleum.


Seorang pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang hanya mengenalkan dirinya sebagai Hamid mengakui beliau gagal melaksanakan tugas dengan sempurna kerana ketuanya turut terlibat dalam aktiviti haram berkenaan.


"Saya pernah di ugut oleh Mr Tay dan Datuk Chin, tetapi saya tidak melaporkannya kerana bimbang keselamatan saya terancam. Saya tidak dapat berbuat apa-apa melainkan melaporkan hal ini kepada BPR," ujar Hamid yang berpuas hati dengan kejayaan BPR memberkas ketuanya.

Tinjauan Malaysia Today mendapati sejumlah 12.417 juta liter diesel bersubsidi telah diagehkan di lapan kawasan di Sabah dalam tempoh satu bulan iaitu bermula 1 Jun 2008 hingga 30 Jun 2008 sebagai kerangka kajian.


Bahagian Sandakan mendahului kawasan lain dengan 3.829 juta liter berbanding Kota Kinabalu, Kudat dan Tawau masing-masing 2.860 juta liter, 2.327 juta liter dan 1.079 juta liter dan selebihnya untuk kawasan Labuan, Semporna, Kunak dan Lahad Datu.


Dalam tempoh yang sama, pemantauan dilakukan hampir kesemua Jeti Pendaratan Ikan mendapati arahan Jawatankuasa Kabinet tidak langsung dipatuhi di Sabah apabila pemberian kuota diesel bersubsidi diberikan kepada pihak swasta yang tidak mempunyai lesen PDA yang sah.


Bagi kawasan Kota Kinabalu, Persatuan Pemilik Kapal Nelayan KK (Menggatal) mendapat kuota 450,000 liter diesel bersubsidi daripada Depo Petronas.


Agehan 4.850 juta liter kuota diesel bersubsidi bagi Daerah Kota Kinabalu diberikan kepada Jeti Pendaratan Ikan Safma sejumlah 1.65 juta liter; Jeti QL Deep Sea Fishing Sdn.Bhd (Sepanggar) 450,000 liter; Jeti Fook Soon Seafood Product 600,000 liter; Jeti Kompleks Perikanan Nelayan Kudat 850,000 liter; Jeti Siong Ann Trawler Sdn. Bhd. (Kudat) 600,000 liter dan Jeti Pendaratan Ikan Ko-Nelayan Kuala Penyu 250,000 liter sebulan.


Manakala bagi Daerah Sandakan, sejumlah 4.95 juta liter kuota diesel bersubsidi diagehkan masing-masing kepada Jeti Persatuan Perikanan Sandakan 720,000 liter; Jeti Barter Trade Sandakan 270,000 liter; Jeti sabah Sea Produce Sdn. Bhd. 810,000 liter; Jeti North Borneo Fishing Sdn. Bhd. 900,000 liter; Jeti Pendaratan Ikan Hing Lee Sdn. Bhd. 720,000 liter; Jeti Tung Hai Sdn. Bhd. 630,000 liter; Jeti Geran TL 077555125 630,000 liter dan Jeti Persatuan Perikanan Nelayan Beluran 270,000 liter.


Sementara itu, sejumlah 4.6 juta liter kuota diesel bersubsidi telah diagehkan bagi daerah Tawau dan Labuan masing-masing melalui Jeti Thai Chia Fishing Sdn. Bhd. (Kunak) 270,000 liter; Jeti Visikurnia Consolidated Sdn. Bhd. (Kunak) 270,000 liter; Persatuan Nelayan Kawasan Kunak 450,000 liter; Persatuan Nelayan Kawasan Tawau 1.08 juta liter; Jeti Pendaratan Seafest (Semporna) 700,000 liter; Jeti Persatuan Nelayan Kawasan Semporna 450,000 liter; Jeti Kompleks Perikanan Ko-Nelayan 300,000 (Lahad Datu) dan Jeti Pendaratan Labuan Fisheries 720,000 liter.


Tinjauan Malaysia Today mendapati peruncit yang di lantik oleh Ko-Nelayan telah menjualkan minyak diesel bersubsidi kepada nelayan asing dari Filipina dan Indonesia atau kilang kelapa sawit swasta di Sandakan.


Kejayaan Badan Pencegah Rasuah Sabah memberkas Ketua Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Ismail Yunus bersama dua orang pegawainya membuktikan penyelewengan diesel bersubsidi begitu ketara terutama kehilangan lebih 2 juta liter setiap bulan di Sabah.


Serbuan BPR ke Jeti Barter Trade Sandakan juga mencatat kejayaan besar sehingga terbongkar skandal menjual diesel bersubsidi kepada kapal asing yang berlabuh di Zon Merah berkenaan.

Mungkin kerana Mantan Pengerusi Ko-Nelayan, Datuk Haji Jasa Haji Rauddah berasal daripada Kunak, maka tidak menghairankan jika Ko-Nelayan memperuntukan kuota diesel bersubsidi sebanyak 990,000 liter sedangkan hanya tujuh orang nelayan sahaja yang memiliki kad fleet diesel bersubsidi.


Penjualan diesel bersubsidi secara haram di Kunak turut didalangi Ketua Polis Daerah Kunak, DSP Dingka Utoh dan rakan sekutunya, Alimuddin Haji Ajay sejak awal 2006.


Amat menakjubkan diesel bersubsidi ini didapati di jual di Keningau dan Nabawan sedangkan Keningau tidak mempunyai walau seorang nelayan laut dalam.


Walaupun hampir kesemua jeti yang menjual diesel bersubsidi, hanya sebilangan kecil sahaja mempunyai lesen PDA4 iaitu lesen menjual runcit diesel kerana selebihnya hanyalah lesen borong.


Keuntungan yang dicatatkan oleh JC Petroleum menyebabkan, Dato' Mustaffa dan semua Pengarah LKIM di seluruh Malaysia membantah perlantikan Datuk Abdul Rahim Ismail sebagai Pengerusi LKIM yang baru menggantikan Adam Hamid yang selama ini mendalangi aktiviti penjualan diesel bersubsidi secara haram.


Bilakah BPR akan mencekup Ketua Pengarah LKIM ini sebagaimana kejayaan mereka menangkap Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Wahid Mohd Don kerana terlibat dengan pengeluaran visa kepada warga asing secara tidak sah?


-Malaysia Today


No comments: