"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, August 12, 2008

Suruhanjaya Pengangkutan: Sejauhmana wujud mesra-pengguna?

Semalam di Putrajaya, Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah dikhabarkan akan mempengerusikan satu mesyuarat bagi membincangkan penubuhan sebuah Suruhanjaya Pengangkutan.

Menurut Menteri Pengangkutan dalam kenyataannya kepada media, tujuan suruhanjaya ini diwujudkan adalah untuk menjadikan sistem pengangkutan awam sebagai mesra-pengguna untuk pengusaha dan juga pengguna.

Sekiranya setiap saranan yang dibuat oleh suruhanjaya itu kelak dapat dilaksanakan sepenuhnya, bahkan dihormati terutama oleh pengusaha dan apa sahaja undang-undang bersabit pengangkutan awam berjaya dikuatkuasakan sepenuhnya menerusi penguatkuasaan berwibawa, maka penubuhan suruhanjaya ini sudah tentulah dialu-alukan.

Sekadar menoleh kembali bibit peristiwa mungkin sekitar tempoh 30 tahun terdahulu, tentu ramai masih ingat betapa sukarnya untuk menunggu bas untuk pergi bekerja di waktu pagi atau untuk ke mana-mana di Kuala Lumpur.

Namun masalah itu diatasi oleh kehadiran bas mini sebelum kerajaan merasakan perlunya digabungkan semua perusahan bas perkhidmatan dalam bandar.

Maka lahirlah Intrakota dengan bas Pekan Rider yang pada mulanya agak efisien. Tetapi tidak lama kemudian kembali ke takuk lama apabila ada pemandu bas yang lebih seronok bersembang di bawah pokok dan mengambil masa rehat yang cukup panjang.

Hari ini Intrakota telah digantikan dengan Rapid KL, sebuah entiti milik kerajaan yang turut bertanggungjawab ke atas operasi dua sistem transit aliran ringan (LRT) yang menggunakan sistem dan teknologi berbeza. (Cuma penyenggaraannya yang dikatakan lebih menguntungkan dari operasi syarikat bas dan LRT itu sendiri diberikan kepada syarikat swasta).

Namun, selain daripada tambang murah RM1 dan boleh digunakan berulang-kali dalam masa sehari ketepatan waktu bas berkenaan di perhentian tertentu masih dalam keadaan 'yo-yo'.

Apakah kita akan melihat perubahan selepas tertubuhnya suruhanjaya ini? Atau apakah kita hanya akan merasakan nikmat kelesesaan dari segi ketetapan waktu untuk beberapa ketika sebelum keadaan kembali seperti sebelumnya?

Jika ini berlaku, apakah pula yang akan ditubuhkan oleh kerajaan selanjutnya?

Sementara kita berteka-teki dengan diri sendiri mengenai keberkesanan Suruhanjaya Pengangkutan yang dicadangkan itu, amalan perkhidmatan teksi Kuala Lumpur masih lagi: "buka pintu dan tanya kepada pemandu teksi, bolehkan bawa saya ke sana atau ke sini" dan bukannya "buka pintu teksi, pemandu memberi salam atau mengucap selamat pagi dan sebagainya langsung berkata, sila naik...encik nak ke mana?"

Itu tak cerita lagi penipuan meter, keengganan pemandu teksi membawa penumpang ke destinasi dikehendaki dan lain-lain.

Namun, bagi kerajaan Umno-BN, seperti lazimnya, menganggap diri telah melakukan paling terbaik di dunia dalam meregulasi perkhidmatan awam. - mks. _

-HarakahDaily

1 comment:

Anonymous said...

Nampaknya semua permasalah hendaklah ditubuhkan suruhanjaya, saya mencadangkan beberapa suruhanjaya ditubuhkan:
1. Suruhanjaya tingkat 4
2. Suruhanjaya Pemilihan Parti
3. Suruhanjaya Along @ Ceti haram
4. Suruhanjaya liwat, rogol dan seumpamanya
5. Suruhanjaya tidor...