
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Tuesday, May 13, 2008
Monday, May 12, 2008
Pimpinan PAS Terengganu mesti pikul tanggungjawab secara jujur
Dilulus terbit pada Sunday, May 11 @ 20:59:50 MYT oleh SongkokPutih
Oleh Ulit_mayang
Pimpinan PAS Terengganu mesti pikul tanggungjawab kekalahan
Posted on Saturday, May 10 @ 16:08:26 MYT by reformis
Oleh Warisan Dungun
Bukan nak salahkan pemimpin PAS Terengganu, bukan, saya tak bermaksud begitu. Lebih2 lagi ramai pemimpin kanan PAS Terengganu adalah juga pemimpin kanan PAS Pusat. Jadi, bukan maksud saya nak rendahkan mereka.
Saya cuma mahukan satu postmortem secara jujur, terbuka dan telus mengenai mengapa PAS Terengganu masih kalah teruk dalam pilihan raya baru-baru ini. Apakah ia kerana kelemahan strategi dan perancangan PAS Negeri sedangkan negeri-negeri lain yang tidak diduga menang sudah membentuk kerajaan. Di mana punca masalah sebenar? Saya rasa ramai lagi orang lain nak tahu kenapa PAS Terengganu gagal bentuk kerajaan baru-baru ini sedangkan inilah masa terbaik untuk kita tebus kekalahan teruk 2004. kalau nak dikatakan orang Melayu tak berubah, mengapa Kelantan boleh menang besar dan Kedah pun dapat tubuh kerajaan?
Saya minta pimpinan PAS Terengganu dapat memikul tanggungjawab ini sebaiknya.
lakukanlah sesuatu bagi menunjukkan anda sekalian bertanggungjawab dengan kekalahan ini..
Sebenarnya tajuk di atas dah ada dalam simpanan , Cuma was – was , kalau – kalau dihantar untuk disiarkan , nanti dituduh cuba menjatuh , mencemar dan berniat jahat terhadap pimpinan PAS negeri secara keseluruhannya.
Menyokong 100% tajuk dan isi kandungannya, rasanya sangat perlu , seluruh pimpinan PAS negeri dirombak , dimana ianya tidak diubah sejak sekian lama , jadi seakan – akan pendekatannya sudah tentu cara lama , pemikiran lama , methodologynya lama , nafasnya lama , dan semua serta segala – galanya lama.
Walhal , kalau diteliti PRU-12 baru – baru ini , semuanya telah berubah , dalam segala – galanya , contoh mudah , internet – web dan blog telah berkuasa , merubah pemikiran hampir semua generasi , khususnya orang – orang muda dan pengundi baru
Sehubungan dengan itu , harus dan perlu ada pendekatan berani seluruh pimpinan , tidak terhad kepada Pesuruhjaya sahaja , tetapi secara total , berundur secara insaf dan berhemah , bukan bermaksud untuk menghina , mengutuk dan memperkecilkan jasa dan peranan selama ini , tetapi lihatlah scenario di negeri – negeri Pakatan Rakyat , Pulau Pinang , Perak , Kedah dan Selangor serta Kelantan , betapa dinamik dan bertenaganya pimpinan di semua peringkat , dari cawangan , bahagian , daerah hingga ke negeri.
Sangatlah wajar dan sudah semestinya amat bersesuaian masa dan ketikanya , satu ‘exercise’ besar – besaran ke atas struktur kepimpinan PAS negeri di semua peringkat , dirombak , disusun dan diadun semula.
Friday, May 09, 2008
Menanti kehadiran kali kedua Anwar ke Parlimen sebagai PM.
Mohd Rashidi Hassan
Fri | May 09, 08 | 4:40:05 pm MYT
Dato' Seri Anwar Ibrahim menjejakkan kaki ke Parlimen kali pertama selepas 10 tahun, sewaktu Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin merasmikan pembukaan Parlimen, minggu lepas.
Ketika itu beliau hadir untuk menemani Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Kehadiran pemimpin utama Pakatan Rakyat tersebut, beserta dengan 82 orang anggota Parlimen kali ini begitu menggerunkan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional, khususnya dari Umno.
Hadirnya Anwar ke Parlimen membawa mesej yang sangat jelas, bahawa, beliau pasti akan kembali ke Parlimen, bukan untuk menjadi Ketua Pembangkang, tetapi sebagai ketua kerajaan baru.
Pakatan Rakyat memerlukan sokongan hanya dari 30 orang ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baru di Persekutuan menggantikan BN.
Penegasan Anwar dalam beberapa siri kenyataannya, bahawa terdapat kalangan ahli Parlimen BN yang sedia menyertai Pakatan Rakyat, dipandang sinis pemimpin Umno.
Daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri, semuanya beranggapan bahawa Anwar hanya menjual cerita. Bagi mereka Anwar hanya berilusi dan mencetuskan propaganda untuk menggoyahkan kerajaan.
Beberapa bulan lepas sewaktu Anwar mensasarkan untuk pembangkang memperolehi sekurang-kurangnya 60 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum, semua mereka mengatakan ianya hanya angan-angan kosong!
Sewaktu Anwar mengatakan kaum Cina dan India akan menolak BN dalam PRU ke 12, Anwar ditempelak dengan mengatakan beliau hanya berilusi dengan omongan kosong.
Sewaktu bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mengatakan Selangor, Pulau Pinang dan Kedah dalam bahaya, tiada siapa kalangan pemimpin Umno yang mahu mempercayainya.
Kuasa memerintah selama 50 tahun menyebabkan pemimpin Umno/ BN benar-benar lupa diri.
Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Dato' Seri Najib Tun Razak dan ramai pemimpin Umno seolah-olahnya sedang berada di dalam 'buaian mimpi kuasa'.
Seperti kata Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menempelak Abdullah dengan mengatakan, setelah BN terjejas teruk dengan keputusan PRU yang sedemikian rupa, Abdullah masih tidak sedar.
Mahathir mengingatkan betapa seriusnya, kemungkinan Anwar dan Pakatan Rakyat akan menubuhkan Kerajaan Persekutuan, malangnya Abdullah, Najib, Muhyiddin Yassin dan juak-juak mereka masih tidak sedar!
Peranan anggota Pakatan Rakyat di Parlimen
Kehangatan sidang Dewan Rakyat sudah dijangka. 82 orang anggota di kelompok pembangkang bukannya mudah untuk ditangani BN.
Selepas PRU 1999 yang menyaksikan Barisan Alternatif ketika itu, bersama pembangkang lain, memperolehi 45 kerusi Parlimen pun sudah cukup membuatkan BN menggelabah.
Tambahan sekarang ini. Sama ada PM, TPM, Menteri dan backbenchers BN sudah pasti tidak akan 'senang duduk' apabila bertembung dengan wakil Pakatan Rakyat.
Perbalahan anggota Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat bukannya perkara baru. Sewaktu Allahyarham Tun Zahir Ismail menjadi Speaker dahulu, lebih gamat dan gawat daripada sekarang.
Cumanya kehangatan perdebatan itu tidak diketahui secara jelas kerana tiada siaran secara langsung.
Pada sidang kali ini, ramai orang baru. Sama ada anggota Parlimen BN atau Pakatan Rakyat, sama seperti Speaker dan Timbalan Speaker, kebanyakannya orang-orang baru yang belum mahir dengan peraturan mesyuarat Parlimen.
Apapun anggota-anggota Parlimen Pakatan Rakyat ketika ini, tidak seharusnya berperanan sebagai pembangkang yang menidakkan segala program kerajaan.
Anggota Parlimen tidak seharusnya bertindak sebagaimana pembangkang seperti dahulu.
Justeru, tidak harus ada lagi anggapan 'mencuri prime time' untuk mencetuskan berita atau mendapatkan tempat di media massa.
Khusus bagi rakan-rakan dari DAP, mereka sering dijadikan sasaran. Mereka sering 'dipergunakan media' untuk dilaga-lagakan dengan KeADILan, PAS, bangsa Melayu, agama Islam dan kini dengan Raja-Raja Melayu.
Penulis tidak mempersoalkan sama ada benar atau tidak sesuatu fakta yang disebutkan menurut undang-undang. Undang-undang bukan segala-gala, kita turut terikat dengan persoalan etika, kesopanan dan ketatasusilaan.
Lebih berat lagi jika sesuatu bentuk kebenaran, dilontar pada waktu dan kepada sasaran yang salah. Mereka harus ingat bahawa media massa dalam negara ini masih milik BN yang pada bila-bila masa sahaja sedia merosakkan Pakatan Rakyat.
Anggota Parlimen Pakatan Rakyat harus menyedari bahawa, rakyat pada ketika ini, mahukan sebuah pakatan yang ampuh dan tidak kelihatan goyah atau berkecamuk.
Mereka harus berperanan sebagai wakil 'the government in-waiting', selaras dengan komitmen Anwar, untuk membentuk Kerajaan Pusat pada 16 September 2008 atau mungkin lebih awal daripada itu.
Harapan rakyat kepada Pakatan Rakyat
Hakikatnya rakyat mahu pembentukan kerajaan yang kukuh dan stabil. Kerajaan BN dilihat tidak stabil kerana parti yang menjadi tongaknya, berserabut.
Pada waktu ini, BN tidak mungkin lagi boleh menjadi sebuah kerajaan yang boleh dipercayai rakyat.
Kekalahan besar dalam PRU ke-12 8 Mac lepas membongkar pekung sesama parti komponen BN.
Apabila ramai pemimpin kanan BN tewas, maka tuding menuding jari sesama mereka berlaku secara terang-terangan.
Pemimpin Umno, MCA, MIC dan Gerakan menyalahkan sesama sendiri. Pemimpin PPP langsung tidak berbunyi.
Malahan dalam Umno sendiri, suara-suara mendesak Abdullah Badawi meletakkan jawatan terus kedengaran.
Perang dalam parti untuk merebut jawatan utama akan berterusan sehingga Disember depan. Tidak mungkin Umno akan stabil apabila akan berlaku perang besar dalam parti.
Gerakan menentang kepimpinan Abdullah yang didakwa sedang membawa kemusnahan kepada Umno dan BN, diketuai oleh bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah, dengan hasrat untuk mencabar beliau bagi jawatan Presiden Umno.
Gerakan menentang pemerintahan Abdullah turut disertai Dr Mahathir yang tidak henti-henti menyuruh beliau meletakkan jawatan.
Keserabutan dan kekecamukan dalam Umno, barangkali akan melanda MCA, MIC dan mungkin juga Gerakan yang akan membuat pemilihan tahun ini.
Hagemoni BN yang sudah berkuasa lebih 50 tahun kini benar-benar tercabar. Dicabar dari dalam dan luar parti.
Maka bagi rakyat, kemungkinan untuk Kerajaan BN memastikan keadilan, kesakmaan dan kestabilan amat sukar.
Dalam keadaan tekanan ekonomi dan peningkatan harga barang yang meruncing, ditambah dengan keserabutan yang dihadapi Abdullah Badawi dalam parti, sudah tentu ia gagal ditangani dengan baik.
Dari segi politik pun BN tidak stabil. Dari sudut ekonomi juga BN gagal menyeliakannya dengan baik. Daripada dua aspek ini, BN sudah kelihatan pincang.
Apabila BN goyah, rakyat tiada pilihan untuk bergantung kepada Pakatan Rakyat. Dan Anwar sebagai tonggak kepada Pakatan Rakyat harus berusaha mengemukakan jalan keluar kepada kemelut rakyat dan negara ketika ini, Rakyat mahu Anwar membantu memulihkan ekonomi negara, antaranya dengan memacu pertumbuhan dalam negara dan membawa FDI masuk dengan segera.
Sudah tentu Anwar amat bersedia sekarang ini. Segala harapan dan janji beliau sejak sebelum pilihan raya sudah dikota.
Kini rakyat menunggu janjinya untuk membentuk Kerajaan Persekutuan Pakatan Rakyat.
Maka, jika sekarang ini, Anwar mengatakan bahawa beliau sudah memperolehi 41 orang ahli Parlimen BN yang sedia menyertai Pakatan Rakyat, apakah kata-katanya boleh dipercayai dan mendapat sokongan rakyat?
Sudah tentu! Kini rakyat menanti beliau kembali menapakkan kaki kali kedua ke Parlimen sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Wakil Pakatan Rakyat membangkitkan isu Program Bantuan Makanan dan Tol dalam sesi soal jawab.
Beliau telah mengemukakan dua soalan kepada Menteri Pelajaran yang meminta penjelasan sejauhmana keberkesanan program tersebut dalam membantu para pelajar di sekolah-sekolah luar bandar mendapat pemakanan yang seimbang dan meminta menteri tersebut menjelaskan apakah mekanisme serta langkah yang diambil oleh kementerian dalam menangani masalah keracunan makanan yang kerap berlaku di sekolah-sekolah sejak akhir-akhir.
Meskipun kedua-dua soalan ini telah dijawab oleh menteri berkenaan, namun jawapannya tidak begitu menyakinkan serta menjamin kes-kes keracunan untuk tidak berulang lagi. Menteri berkenaan hanya memberikan jawapan yang lebih menjuruskan kepada tindakan setelah sesuatu kes keracunan yang berlaku. Begitu juga jawapan ringkas beliau terhadap program bantuan makanan bagi pelajar di luar bandar di mana beliau tidak menjelaskan bukti secara yang lebih bersifat saintifik bagi menyokong hujah beliau.
Sementara itu dalam soalan tambahan, Nurul Izzah telah menyoalkan tentang apakah pihak kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk mewujudkan ‘Food Standard Agency’ untuk mengawal kualiti makanan bagi program tersebut sebagaimana yang diwujudkan di negara-negara Barat. Menteri Pelajaran itu memberitahu dewan bahawa tidak perlu proses penyeragaman ’standard’ makanan di negara ini memandangkan di setiap kawasan memerlukan keperluan nutrien makanan yang berbeza.
Dalam pada itu, isu tol yang dibawa oleh Tony Pua Kiam Wee (DAP-Petaling Jaya Utara), telah berjaya menarik minat ahli-ahli dewan yang lain khususnya pembangkang untuk berdiri bagi memberikan soalan tambahan. Dalam soalan yang dikemukakan oleh beliau ada meminta Menteri Kerja Raya untuk menyatakan pendapatan, keuntungan kumulatif syarikat-syarikat konsesi tol dan langkah tertentu untuk merunding semula ciri-ciri kontrak yang tidak seimbang dan membebankan orang ramai.
Semasa soalan tambahan pula, Kiam Wee telah membangkitkan persoalan apakah pihak kerajaan akan menaikkan tol di Lebuhraya PLUS tahun ini atau tahun depan setelah PLUS memperolehi keuntungan yang besar dan jika tidak berapa nilai ganti rugi yang perlu dibayar oleh kerajaan atas sebab tidak menaikkan kadar tol tersebut.
Keadaan di Dewan Rakyat sedikit kecoh apabila Nga Kor Ming (DAP-Taiping) membangkitkan soalan berhubung isu wang RM 38.6 billion hasil keuntungan tol yang hilang ketika Kementerian Kerja Raya di pimpin oleh bekal Ahli Parlimen Sungai Siput. Isu tersebut tidak dijawab oleh Menteri Kerja Raya yang ada di Dewan Rakyat.
baca selanjutnya di [ sini ]
Mahathir: Danger of defections is real
By V.P.SUJATA Thursday May 8, 2008
PUTRAJAYA: There is great danger in Pakatan Rakyat taking over the Federal Government, as there are signs of component parties in the peninsula, Sabah and Sarawak crossing over, said Tun Dr Mahathir Mohamad.
He said when the Barisan Nasional had two-thirds majority in Parliament, it was not worth for any component party to crossover unlike now they had nothing to lose as crossing over meant still being in the Government.
Stating that Pakatan Rakyat was a force to be reckoned with, he added that PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim’s threat had to be taken seriously.
“I, at first, wanted to dismiss this possibility, but on studying the situation I feel there is great danger,” he said, adding that members lacked inherent loyalty to the party and are only interested in personal gains.
Dr Mahathir said people in Sabah were used to being under Opposition rule while state Barisan leaders like Datuk Joseph Pairin Kitingan had great support when he was in the Opposition.
“So, can you say they will stay loyal to Umno, I don’t think so. Even here in the peninsula, I see quite a number of the people who will crossover when there is something to gain.
“If this Government loses its power, it is no longer the Government, and it will not be in a position to dole out all kinds of cookies; the clout is gone,” he told reporters after presenting the keynote address on National Sovereignty during the Perdana Leadership Foundation’s Discourse Series yesterday.
Dr Mahathir claimed that Pakatan Rakyat was gaining support because people felt powerless especially when only Umno could change the leadership but now no division dared to hold an EGM to amend the party election system.
“If the 30% support ruling is not changed, no division will nominate another apart from Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) as the president and he will win uncontested in December,” he said, adding that the earlier zest to change the leadership had died down and that the “hand kissing” had started again.
Stating that Umno was no longer democratic, he added that his wish to meet Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak after the general election to discuss current affairs did not materialise until today.
“Najib said he had to get permission from the PM, until now he has not seen me; apparently the PM does not trust his deputy,” he said.
On the performance of the Opposition so far, he said Penang Chief Minister Lim Guan Eng was smart by not antagonising the people while earning their respect.
Malaysia : Selamat,Aman dan Makmur?
Assalamualaikum...Akhir-akhir ni rancak sungguh media perdana V6 DOHC(Dabel Omong Hancing Ceritatera)Twin CAM(Cakap Aje Menipu)versi putar belit memainkan isu menifesto Pakatan Rakyat yang "kununnya" gagal ditunaikan...Macamlah menifesto Parti Raba-Raba@Barang Naik tu dah tertunai semuanya...Nak cover kelemahan sendiri ke?
Cakap pasal menifesto ni aku teringat pulak pasal 1 menifesto yang berbunyi "Selamat,Aman dan Makmur"...korang tau la menifesto sape kan?Jadi...nak tanya la balik juak-juak "sokong membuta-tuli" apa la pelaksanaan yang Parti Raba-Raba@Barang Naik dah amik sebagai menunaikan menifesto tu?Kalau tengok pada senario sekarang macam tak de perubahan pun...super skaler jugak...Baru 2-3 hari lepas aku balik ke kampung aku kat pantai timur & kat salah satu simpang tu masih tercegat beberapa billboard peninggalan Parti Raba-Raba@Barang Naik.Kat situ ditulis "Memperkasakan Polis".Menarik tu.Aku wat bodoh je la masa tengok mende alah tu.Dah tau dah,sambil dalam hati aku cakap "ni smer propaganda je nih"...teringat jugak beberapa kes-kes jenayah terbatu n lama termasuk kisah anak pak Shaariibuu dari negara pipi merah...super skaler...semua tu x de perubahan...
Kelmarin sempat singgah 7Eleven beli senaskah akhbar Sinar Harian.Belek-belek sampai mukasurat N14-Mahkamah & Jenayah.Beritanya - Ibu muda dakwa dirogol anggota polis.Alamak...berat ni...ringkasan berita - Seremban - seorang ibu muda kepada 2 anak kembar mendakwa dirogol anggota polis berpangkat konstabel di sebuah bilik berek bujang di Balai Polis Rahang disini Khamis lalu.
Tu kat balai polis tu.kalau macam tu la tahap keselamatan di dalam kawasan balai polis apa la yang kita harapkan tentang keselamatan diluar kawasan balai polis?polis sendiri yang merogol?kalau polis sendiri merogol,apa yang kita nak harapkan dari yang bukan polis?
Selamat ke kita kat luar ni?Tu baru 1 kes.ada banyak lagi kes-kes lain yang aku malas nak lampirkan kat sini sebab aku tau...kalau aku cerite pun tak de gunanya...mana la depa parti raba-raba@barang naik nak amik perhatian?lain la kalau aku citer pasal projek boleh dapat untung juta-juta tanpa kluar modal...senang-senang je kang dapat jemputan ke Putrajaya.Kat Perlis nu apa citer pulak?Ramai-ramai belasah orang sampai mati tu kenape?......tak baik salahkan sesiapa sebenarnya,tapi terfikir ke kita kenapa kadang-kadang ada yang mengambil keputusan sendiri menghukum sesama manusia?mungkin kah sistem keselamatan dan pihak polis sambil lewa sehingga hilang kepercayaan orang ramai?
Yang jelas sekarang ni kita berada dalam sebuah negara yang pihak Polisnya hanya mengambil berat pada kes-kes jenayah politik sahaja.kalau lain-lain kes jenayah tu,setakat report je la.pas tu kalau tanya balik apa perkembangan tak habis-habis dengan jawapan yang sama - siasatan sedang dijalankan pah ceroh!kalau kes jenayah politik yang melibatkan PR,tak sampai 1 hari semua siap,dari laporan,tangkapan,siasatan,pendakwaan dan macam-macam lagi.pendek kata complete la...kalau jenayah awam yang melibatkan rakyat ni...mau makan 5-16 tahun...ketua polis silih berganti,kereta polis pun silih berganti tapi kes yang sama tak setle-setle jugak...
Jadi korang juak-juak sokong membuta tuli parti raba-raba@barang naik fikir balik la pasal menifesto tu...parti korang la yang rosakkan Malaysia ni dan parti korang la yang berjanji nak pulihkan balik semua sistem yang dah terlanjur dirosakkan tu,tapi mampu ke?Tepuk dada tanya Iman...Selamat kah Malaysia?Aman kah Malaysia?Makmur kah Malaysia?
Kereta korang kat depan rumah tu dah kunci ke belum?
Tuesday, April 29, 2008
Kubur BN Sedang Digali.
Assalamualaikum...Tahniah pada Pimpinan Pakatan Rakyat.Strategi anda bakal "menumbangkan" Barisan Nasional di Malaysia pada PRU13.AWAS BARISAN NASIONAL,ANDA BAKAL DI"MUZIUM"KAN sepenggal lagi.Bersedialah para penyokong BARISAN NASIONAL untuk upacara tahlil BARISAN NASIONAL selepas keputusan PRU13 diumumkan!Jangan lupa bawa kain dan sejadah.
Inilah kelebihan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada pelbagai golongan profesional.Pimpinan yang terdiri dari pelbagai lulusan dan pengalaman yang belum pernah ada pada Barisan Nasional sebelum ini tetapi telah dijuarai oleh Pakatan Rakyat.Mungkin ada yang berkata masih terlalu awal untuk berkata demikian,tetapi itulah kenyataan yang bakal dilihat hasil pemerhatian yang dibuat pada strategi yang digunakan oleh para Pimpinan Pakatan Rakyat dibeberapa negeri yang telah dikuasai.Mari kita lihat dan analisis strategi yang telah digunakan oleh Pimpinan Pakatan Rakyat didalam melaksanakan beberapa perkara dinegeri masing-masing.
YB Lim Guan Eng(Ketua Menteri Pulau Pinang) - Langkah pertama yang diambil oleh LGE ialah menghapuskan dasar DEB di Pulau Pinang dan digantikan dengan dasar "Open Tender atau Tender Terbuka".Selama ini DEB merupakan satu dasar yang selama ini didokong oleh Barisan Nasional dengan alasan "kununnya" mempertahankan hak-hak Orang Melayu tetapi hakikatnya dasar inilah yang memisahkan Orang Melayu Pulau Pinang dengan negeri tumpah darah mereka.Selama dasar ini diguna-pakai oleh Barisan Nasional berapa ramaikah Orang Melayu Pulau Pinang berjaya disana?Melenting sakan puak-puak Barisan Nasional sebaik LGE mengumumkan penghapusan dasar DEB.Maka penuhlah para "demonstrator" yang "bukan budaya kami" dikaki lima Komtar "membela" nasib orang melayu Kununnya...elleh...baru sedar?
Pada dasarnya tindakan LGE seolah menarik picu senapang menghala ke muka sendiri bila beliau mengumumkan keputusan tersebut.Tetapi itulah pertaruhannya.Pertaruhan yang paling tepat bagi membuktikan keupayaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dalam menerajui sebuah negeri yang hampir jahanam dikerjakan "Jengkaut-jengkaut" Barisan Nasional.Sesuatu yang amat kritikal seandainya berjaya ditangani dengan bijak akan memberi kelebihan kepada beliau.Paling kurang 3 tahun lagi kita akan menghadapi PRU13,dan seandainya dasar terbuka yang dilaksanakan oleh LGE berjaya ditangani oleh beliau sekaligus mengubah taraf hidup orang melayu dan kaum-kaum lain di Pulau Pinang maka ia akan menjadi satu model dan contoh pemerintahan untuk semua kaum yang terbaik bagi Pakatan Rakyat melebarkan lagi sayapnya kenegeri-negeri lain di Malaysia.Rakyat Johor pasti menilai keupayaan Pakatan Rakyat dan Pulau Pinang adalah contoh terbaik bagi anda kerana Johor dan Pulau Pinang mempunyai banyak persamaan.AWAS BARISAN NASIONAL!Kubur anda sedang digali di Selatan Tanahair!
YAB Ir Mohammad Nizar Jamaluddin(Menteri Besar Perak) - Perlantikannya mengundang kontroversi bukan kepalang sehingga Lim Kit Siang terpaksa mengadap DYMM Sultan memohon keampunan kerana "keceluparannya" membantah perlantikan Ir Nizar sebagai Menteri Besar Perak oleh pihak Istana.Ampun Tuanku & Daulat Tuanku...Kontroversi berakhir tak sampai pun sehari dan semuanya selesai kerana sikap persepakatan dan muafakat yang ditunjukkan oleh para perwakilan Pakatan Rakyat.Satu lagi markah untuk Pakatan Rakyat dan satu lagi lubang kubur Barisan Nasional sedang digali oleh Pakatan Rakyat.AWAS BARISAN NASIONAL!Ir Nizar bukan calang-calang Menteri Besar.5 bahasa yang dikuasai cukup sebagai bekal untuk menyatukan pelbagai kaum di Perak dan kelulusannya memberi kelebihan untuk mentadbir.Kaum India atau China di Perak boleh terus bicara masalah anda pada Menteri Besar anda & tak perlu menggunakan "tukang alih bahasa" sebab "DIA PAHAM APA HANG HABAQ!"
YAB Tan Sri Khalid Ibrahim(Menteri Besar Selangor) - Isu paling sensitif dipilih oleh pimpinan beliau untuk dilaksanakan di Sepang,Selangor...malas nak sebut dah isu ni tapi terpaksa diulas jugak.Projek Penternakan Babi Moden dipilih sebagai pembuka tirai pemerintahannya di Selangor.BOM!Satu Malaysia melenting mendengar perkhabaran yang dibuat oleh YB Yaakob Sapari selepas satu mesyuarat yang diadakan dan YB Teressa Kok didalam Blognya.Barisan Nasional dikepalai oleh Mantan MBnya Khir Toyo mengepalai suara bantahan yang bermati-matian membantah projek tersebut.cukup kuat bantahan("Khabarnya" seekor babi diwakili oleh 5 orang pembantah!).Cukup panas isu ini dan sehingga hari ini juak-juak Barisan Nasional masih belum habis lagi power Ultramannya membantah isu ini...cukup komited mereka-mereka ini.
Satu lagi strategi maut yang tak pernah terfikir oleh mereka-mereka yang malas nak berfikir.Ini adalah satu keputusan yang bijak bagi saya.Apabila datangnya PRU13 nanti,projek ini sudah siap dan berjalan lancar jika ia mengikut jadual yang ditetapkan dan dipantau setiap masa oleh kerajaan Pakatan Rakyat.Pada masa itu masyarakat bukan Islam Selangor akan mengakui bahawa keperluan mereka tidak diabaikan oleh kerajaan negeri Selangor dan umat Islam pula tidak terganggu dengan pencemaran kerana adanya sistem "Recycle" bahan buangan diladang tersebut.Rakyat Melaka & Negeri Sembilan takkan nak tengok je ladang "tradisional" di negeri anda?2 lagi kubur Barisan Nasional sedang digali,1 dibarat dan 1 diselatan tanahair.AWAS BARISAN NASIONAL!Umur anda mungkin tidak panjang...
Perlis?Rakyat Perlis pasti sedang melihat apa yang sedang berlaku di Kedah.Kerajaan Negeri Kedah pimpinan YAB Ustaz Azizan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan sedang menayangkan filem berjudul "Pemerintahan Ulama" dan penontonnya ialah rakyat Perlis dan mereka sedang menilainya.PAS telah berjaya di Kelantan selama 4 penggal hasil pemerintahan yang merujuk kepada Al-Qur'an dan Hadis.Seandainya rakyat Perlis seronok melihat jiran mereka dipimpin oleh golongan Ulama,tak mustahil...rakyat Perlis sendiri yang akan menggali 1 lagi kubur Barisan Nasional diutara tanahair.AWAS BARISAN NASIONAL!50 tahun daaahhh...!
Sabah,Sarawak & Terengganu la pulak......jangan risau...kalau mandat diberi kepada Pakatan Rakyat masing-masing akan menerima royalti minyak & gas sebanyak 20% dari hasil galian dinegeri masing-masing...tak menarik ke?Kenapa 3 negeri yang sepatutnya menjadi negeri terkaya di Malaysia mengungguli senarai negeri termiskin di Malaysia?1 je sebabnya...sebab Terengganu,Sabah & Sarawak tidak bersama-sama kami menggali kubur BARISAN NASIONAL!Kini "pinangan dan tawaran" telah dihantar kepada ke3-3 negeri kaya tersebut.20% royalti bukan satu jumlah yang sedikit.Kalau pinangan dan tawaran Pakatan Rakyat dipersetujui,apa kata rakyat Terengganu,Sabah & Sarawak mula menggali kubur BARISAN NASIONAL dinegeri masing-masing mulai sekarang!
Jadi para pembaca sekelian yang masih belum jelas mengenai langkah dan keputusan yang diambil oleh para Pemimpin Pakatan Rakyat boleh mula berfikir 3 perkara tentang strategi yang digunakan oleh Pimpinan Pakatan Rakyat.1)Faktor Isu-Isu kritikal didahulukan kerana > 2)Faktor Masa-setiap isu mengambil masa untuk disiapkan dan > 3)Kesan & Keberkesanannya-hanya akan dapat dinikmati sebelum PRU13...Kesimpulannya,Pakatan Rakyat menggunakan strategi "kamikaze" bagi membuktikan keupayaannya mentadbir negeri-negeri dibawah kuasanya.Salah Langkah-Terkubur,Bijak mengurus-PRU13,SELAMAT DATANG KE PUTRAJAYA!BYE BYE BARISAN NASIONAL!!!
Monday, April 28, 2008
Bila Tak Faham Ajaran Islam.
Assalamualaikum...Apa dah berlaku dengan Malaysia?Apa dah jadi dengan orang Islam Malaysia?bENARKAH Komen seorang tu keluar dari mulut seorang Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ketika menghakimi rayuan seorang penoreh getah yang didapati bersalah memeluk kekasihnya.
Bukan hukuman yang dipersoalkan...tapi komen Hakim tersebut yang dipersoalkan.Antara kata-kata Hakim tersebut :
"Tidak ada orang akan keluar bertemu janji dengan kekasihnya dengan hukuman keterlaluan itu.
"Tidak ada lelaki yang ingin mengajak keluar anak dara kita lagi selepas ini.
Benarkah kata-kata itu terpacul dari mulut seorang Hakim Islam?Kerisauannya bukan kerana hukuman yang terlalu berat,tetapi lebih kepada kerisauan seorang ayah.risau takut anaknya tak berpeluang bergaul dengan lelaki-lelaki yang bukan muhrim diluar sana.Risau kalau-kalau anaknya tidak dapat "dirosakkan" oleh lelaki-lelaki nakal diluar sana(ungkapan paling sesuai).Disaat kejadian jenayah juvenil semakin meningkat ada pula orang-orang yang diamanahkan melaksanakan undang-undang seolah tak bersetuju dengan hukuman kerana kesalahan sebegitu.
Keterlaluankah hukuman tersebut?Mungkin agak keterlaluan bagi kita tetapi jika difikir kembali dengan akal,hukuman tersebut memang perlu...bukankah mencegah lebih baik dari merawat?Entahlah...tak faham...aku yang tak faham atau pak Hakim yang tak faham?
Sunday, April 27, 2008
Surat Terbuka Buat Pimpinan PAS.
Assalamualaikum..."Realpolitik Melayu Islam" - Apa sebenarnya yang dirancangkan oleh DSAI sebagai tonggak kepada Pakatan Rakyat?Apa sebenarnya yang dimainkan oleh DAP?Apa sebenarnya yang dilakonkan oleh PKR dan apa sebenarnya yang sedang dihadapi oleh PAS?Membaca artikel super_saiya membuat kita dalam dilema.
Mungkinkah kenyataan DAP sebagai satu signal seperti yang dikatakan oleh saudara Tarabulsi_2008 dalam analisisnya berkenaan isu tersebut(Realpolitik Melayu Islam)adalah benar?Bakal diketepikankah PAS dari Pakatan Rakyat?Mungkin juga...DAP memang sedari dulu menentang usul "Negara Islam" yang diperjuangkan oleh PAS.Memang dari dulu DAP tidak pernah bersetuju dengan PAS didalam isu "Negara Islam"...Didalam Pakatan Rakyat pun tidak ada hubungan secara langsung antara PAS & DAP.Lihat saja betapa lantangnya Lim Kit Siang dan Karpal Singh melontarkan pendiriannya sehingga bila Tok Guru menjemput mereka untuk melihat & bertanya sendiri kehidupan sahabat-sahabat mereka di Kelantan si Karpal menolak mentah-mentah jemputan tersebut.Sementelah pula DAP hari ini punya bilangan kerusi ke-2 terbanyak diparlimen bagi pihak Pakatan Rakyat.Dan Pakatan Rakyat pula bakal bertambah kerusinya seandainya "teori lompat parti" menjadi kenyataan...dimanakah Pas pada masa itu?
Kemungkinan juga apa yang berlaku dipihak PKR ialah adanya persetujuan bersyarat dari para perwakilan BN yang bakal melompat ke PKR?Mungkin perwakilan tersebut meletakkan persetujuan beralih ke PKR dengan syarat agenda asal PAS atau PAS sendiri digugurkan dari Pakatan Rakyat?Demi kuasa,manusia akan melakukan apa sahaja,hatta menggadai maruah sekalipun...macam-macam boleh berlaku didalam politik.Kenapa perlu timbul isu "lompat parti?".Tak bolehkah bersabar sedikit sehingga PRU13?Bukankah kemenangan didalam PRU lebih bermakna dari kemenangan yang "direka?".Biar rakyat yang menentukan kemenangan.Berikan mereka pilihan,biar tangan-tangan mereka yang menentukan pilihan mereka.Kenapa perlu pergi jauh mengangkat diri sendiri ke puncak kekuasaan?
Saya fikir sudah sampai masanya bagi pucuk pimpinan PAS melakukan satu perubahan yang serius didalam parti PAS.Perubahan yang dimaksudkan bukanlah dari segi "Perjuangan".Perjuangan PAS tidak perlu diubah,tidak perlu dipinggirkan,tidak perlu menukar dasar perjuangan."Kearah Negara Islam" tetap dijadikan perjuangan,Al-Qur'an dan Hadis tetap dijadikan rujukan.
Apa yang perlu berubah ialah organisasi pimpinan PAS dan keahlian PAS.Sudah sampai masanya bagi PAS menerima keahlian dari bukan Islam.Sudah sampai masanya bagi pimpinan PAS bersikap lebih terbuka kepada bukan Islam."Kelab Penyokong PAS" bukan kunci untuk meraih sokongan bukan Islam.Pimpinan PAS sendiri patut tahu berapa ramai bukan Islam yang menyokong PAS tetapi tidak dapat menjadi ahli PAS.PAS bukan satu "agama".PAS sekadar parti yang memperjuangkan Islam!Jadi apakah alasannya untuk bukan Islam tidak boleh menjadi ahli PAS?Perlu ada keterbukaan didalam hal ini.Tidak salah bagi seorang yang bukan Islam berjuang menegakkan Islam bersama-sama PAS.
Apa keistimewaan ahli "kelab penyokong PAS?".Berikan mereka ruang yang lebih luas lagi bagi mereka menyuarakan pandangan dan pendapat mereka didalam PAS.Biar mereka bersama-sama duduk sama rendah,berdiri sama tinggi dengan pimpinan PAS.Bukankah "ISLAM UNTUK SEMUA"?Ruang yang ada untuk masyarakat bukan Islam sekarang tidak menepati kata-kata "ISLAM UNTUK SEMUA".Seolah ada double standard.PAS perlu sedar,antara mereka(masyarakat bukan Islam)ada juga yang punya pandangan yang boleh digunapakai,ada yang boleh memimpin dan hanya berminat pada perjuangan dan dasar PAS tetapi sukar untuk disampaikan dengan adanya benteng yang memisahkan yang bukan Islam dengan yang Islam didalam parti PAS.mereka Disyaratkan supaya beragama Islam,barulah boleh menjadi ahli PAS.Bukankah tiada paksaan didalam Islam?Apakah hanya dengan menjadi seorang Islam barulah kepimpinannya diakui?Sempit sangatkah Islam itu?
Organisasi kepimpinan PAS juga perlu dirombak.Beri peluang dan ruang yang lebih kepada yang bukan Islam menyertai kepimpinan PAS dengan syarat mereka bersatu hati dan benar-benar faham akan perjuangan PAS.Bila dicadangkan penyertaan bukan Islam dalam kepimpinan PAS bukanlah bermakna kerusi Presiden juga boleh diberi kepada yang bukan Islam...maksudnya ialah beri peluang dan ruang didalam kepimpinan tetapi hadkan kepada beberapa jawatan(Presiden WAJIB beragama Islam).Dalam organisasi PAS sekarang mempunyai 3 kerusi Naib Presiden.Bahagikan ke3-3 kerusi Naib Presiden 1-mewakili Melayu(WAJIB beragama Islam),1-mewakili China(bukan Islam) dan 1-mewakili India(bukan Islam).Cadangan ini bukan sekadar strategi politik,tetapi perlu dilihat sebagai satu contoh dan bukti persepakatan antara Islam dan bukan Islam juga berbagai bangsa yang sudah semestinya akan memangkir kepada kejayaan PAS dalam menyatukan Ummah mengikut acuan Islam,Al-Qur'an dan Hadis.Dengan ini perumpamaan "Islam Untuk Semua" dapat dibuktikan dengan contoh yang amat jelas sekali kepada rakyat Malaysia khasnya.Sudah sampai masa dan ketikanya PAS membuat perubahan demi masa depan dan perjuangan PAS.Kenapa perlu membuang masa melayan karenah mereka yang tidak faham perjuangan PAS?
Sudah sampai masanya untuk PAS berdiri diatas kaki sendiri.PAS bukan sebuah parti "setahun jagung".PAS sudah ditubuhkan semenjak tahun 1951.PAS sudah berumur 56 TAHUN dan sepatutnya PAS sudah mempunyai tapak yang kukuh disebuah Negara Islam.Jentera PAS pula diakui sebagai jentera yang banyak menyumbang kepada kemenangan Pakatan Rakyat didalam PRU12.Tetapi apa yang berlaku ialah PAS masih menjadi pilihan TERAKHIR rakyat Malaysia dibelakang UMNO,PKR dan DAP.Berbeza dengan PKR yang melangkah teguh walaupun baru berumur setahun jagung.Kenapa PKR boleh berjaya?
Pimpinan PAS perlu melihat cadangan ini sebagai satu cara yang akan menarik sokongan rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama.Sampai bila PAS perlu bergantung pada parti lain?Sampai bila PAS mahu menjadi kuda tunggangan?Sampai bila PAS mahu dihina sedemikian rupa?Tidak serikkah PAS bergabung ketika perlu kemudian disisihkan?PAS bukan kad "KAD TOUCH "N" GO!!!"PAS bukan "KUDA TUNGGANGAN!!!"PAS juga bukan "MADU!!!"PAS adalah sebuah parti yang memperjuangkan agama Islam.Parti yang mendokong agama suci Islam.Perlukah sebuah parti yang memperjuangkan Islam di"PERKUDAKAN?".Pada pimpinan PAS(seandainya anda membaca artikel ini),tepuk dada tanya selera.Masih belum terlambat untuk membuat perubahan dan ingat : "ISLAM UNTUK SEMUA".
Beza antara merebut nama Allah dan mempertahankan akidah.
oleh DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
BANYAK pihak mendesak saya memberikan pandangan tentang penggunaan nama Allah oleh agama lain khususnya agama Kristian di Malaysia ini. Pada awalnya, saya selalu mengelak, cuma memberikan pandangan ringkas dengan berkata: “Isu ini bukan isu nas Islam, ianya lebih bersifat pentadbiran atau tempatan.
Peraturan ini mungkin atas alasan-alasan setempat seperti kenapa sekarang baru ditimbulkan isu ini? Kenapa hanya Bible dalam bahasa melayu sahaja yang hendak menggunakan panggilan Allah, tidak pula edisi inggerisnya? Adakah di sana ada agenda tersembunyi? Maka wujudnya tanda soal dan beberapa prasangka yang mungkin ada asasnya. Maka lahirlah kebimbangan terhadap kesan yang bakal timbul dari isu itu nanti.
Namun, akhir-akhir ini saya terus didesak. Saya kata: jika anda hendak tahu pendirian Islam bukanlah dengan falsafah-falsafah tentang akar bahasa itu dan ini yang diutamakan. Rujuk terdahulu apa kata al-Quran dan al-Sunnah. Lepas itu kita bincang hukum berkenaan bertitik tolak dari kedua sumber tersebut.
Kadang-kala kesilapan kita dalam mempertahankan perkara yang tidak begitu penting, boleh melupakan kita kepada isu yang lebih penting. Isu yang terpenting bagi saya adalah kefahaman mengenai keadilan dan kerahmatan Islam yang mesti sampai kepada setiap rakyat negara ini, muslim atau bukan muslim. Supaya gambaran negatif yang salah terhadap Islam dapat dikikis dari minda mereka yang keliru.
Di samping itu, hendaklah kita jelas bahawa yang membezakan akidah Islam dan selainnya bukanlah pada sebutan, atau rebutan nama Allah, sebaliknya pada ketulusan tauhid dan penafian segala unsur syirik. Di samping, kita mesti bertanya diri kita: mengapakah kita sentiasa merasakan kita akan menjadi pihak yang tewas jika orang lain memanggil tuhan Allah? Mengapakah kita tidak merasakan itu akan lebih memudahkan kita menyampaikan kepada mereka tentang akidah Islam?. Maka, apakah isu ini bertitik tolak dari nas-nas Islam, atau kebimbangan disebabkan kelemahan diri umat Islam itu sendiri?
Jika kita membaca Al-Quran, kita dapati ia menceritakan golongan musyrikin yang menentang Nabi Muhammad s.a.w juga menyebut nama Allah dan al-Quran tidak membantah mereka, bahkan itu dijadikan landasan untuk memasukkan akidah Islam yang sebenar.
Firman Allah: (maksudnya)
“Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!”
(Surah al-Zukhruf ayat 87-88).
Firman Allah dalam ayat yang lain: (maksudnya)
“Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid)
(Surah al-Ankabut ayat 63).
Ayat-ayat ini, bahkan ada beberapa yang lain lagi menunjukkan al-Quran tidak membantahkan golongan bukan muslim menyebut Allah sebagai Pencipta Yang Maha Agung. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w disuruh untuk mengucapkan kesyukuran kerana mereka mengakui Allah. Apa yang dibantah dalam ayat-ayat ini bukanlah sebutan nama Allah yang mereka lafazkan, sebaliknya ketidak tulusan tauhid yang menyebabkan akidah terhadap Allah itu dipesongkan atau bercampur syirik.
Justeru, soal bukan muslim mengakui Allah tidak dibantah oleh Islam, bahkan kita disuruh bersyukur kerana pengakuan itu. Cuma yang dibantah ialah kesyirikan mereka. Umpamanya, jika kita mendengar bukan muslim menyebut “Allah yang menurunkan hujan, atau menumbuhkan tumbuhan”, maka kita tentu gembira kerana dia mengakui kebesaran Allah.
Apakah patut kita kata kepadanya: awak jangan kata Allah yang menurunkan hujan, atau mencipta itu dan ini, awak tidak boleh kata demikian kerana awak bukan muslim, sebaliknya awak kena kata tokong awak yang menurun hujan”. Apakah ini tindakan yang betul? Tidakkah itu menjauhkan dia dari daerah ketuhanan yang sebenar? Kita sepatutnya berusaha mendekatkan dia kepada ajaran yang benar. Namun, jika dia berkata: “Tokong ini adalah Allah”. Saya kata: “Awak dusta, itu tidak benar! Maha suci Allah dari dakwaan awak”.
Maka, ketika Allah menceritakan peranan peperangan dalam mempertahankan keamanan dan kesejahteraan manusia, Allah menyebut: (maksudnya)
“..dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang (pencerobohan) setengah yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak dalam semua tempat itu dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Perkasa.
(Surah al-Hajj ayat 40).
Ayat ini mengakui tempat-tempat ibadah itu disebut nama Allah. Adapun berhubung dengan orang Kristian, Allah menyebut: (maksudnya)
“Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari yang tiga (triniti)”. padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa..
(Surah al-Maidah ayat 73).
Ayat ini tidak membantah mereka menyebut Allah, tetapi yang dibantah adalah dakwaan bahawa Allah adalah satu dari yang tiga.
Justeru itu kita lihat, orang-orang Kristian Arab memang memakai perkataan Allah dalam Bible mereka, juga buku-buku doa mereka. Tiada siapa pun di kalangan para ulama kaum muslimin sejak dahulu yang membantahnya. Jika ada bantahan di Malaysia, saya fikir ini mungkin atas alasan-alasan setempat yang saya sebutkan pada awal tadi. Cuma yang diharapkan, janganlah bantahan itu akhirnya memandulkan dakwah Islam dan menjadikan orang salah faham terhadap agama suci ini.
Saya selalu bertanya sehingga bilakah kita di Malaysia ini akan begitu defensive, tidak memiliki anti-bodi dan tidak mahu berusaha menguatkannya dalam diri? Akhirnya, kita terus bimbang dan takut kepada setiap yang melintas. Padahal itu bukan sifat Islam. Islam agama yang ke hadapan, misi dan intinya sentiasa disebarkan. Sehingga Allah menyebut: (maksudnya):
“Dan jika seseorang dari kalangan musyrikin meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke tempat yang selamat. Demikian itu (perintah tersebut) ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam).
(Surah al-Taubah ayat 6).
Ada orang tertentu yang berkata kepada saya: nanti orang Islam keliru kerana sebutan nama Allah itu sama antara mereka dan Islam. Lalu rosak akidah orang Islam kita nanti. Saya berkata kepadanya: “Jikalaulah sebutan nama tuhan itulah yang menentukan akidah Islam, tentulah golongan musyrikin Mekah tidak memerlukan akidah yang dibawa oleh Nabi s.a.w. Mereka telah sekian lama memanggil tuhan dengan panggilan Allah.
Lihatlah bapa Nabi kita Muhammad bernama ‘Abdullah yang bermaksud hamba Allah. Tentu sekali bapa baginda lahir pada zaman jahiliah sebelum kemunculan baginda sebagai rasul. Nama itu dipilih oleh datuk Abdul Muttalib yang menjadi pemimpin Quraish pada zaman dahulu. Quraish pada zaman jahiliah juga bertawaf dengan menyebut: LabbaikalLahhumma yang bermaksud: Menyahut seruanMu ya Allah!
Al-Imam Muslim dalam sahihnya meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi s.a.w dengan Quraish Mekah, seperti berikut:
“Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”. Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w menerima bantahan tersebut. Ternyata mereka menggunakan nama Allah.
Maka yang membezakan akidah Islam dan selainnya adalah tauhid yang tulus yang menentang segala unsur syirik. Ketidak jelasan dalam persoalan inilah yang menggugat akidah jenerasi kita. Mereka yang berakidah dengan akidah Islam sangat sensitif kepada sebarang unsur syirk agar tidak menyentuh akidahnya. Bukan semua yang mengakui Allah akan dianggap beriman dengan iman yang sah selagi dia tidak membersihkan diri dari segala unsur syirik.
Lihat, betapa ramai yang memakai serban dan jubah, berzikir sakan tetapi dalam masa yang sama menyembah kubur-kubur tok wali tertentu dengan cara menyeru dan merintih pemohonan darinya. Ini yang dilakukan oleh sesetengah tarekat yang sesat. Apa beza mereka ini dengan yang memanggil nama-nama berhala yang asalnya dari nama orang-orang saleh juga, yang mati pada zaman dahulu.
Firman Allah: (maksudnya)
" Ingatlah! Untuk Allah agama yang suci bersih (dari segala rupa syirik). dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung (sambil berkata): “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya. Sesungguhnya Allah akan menghukum antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan Yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik). "
(Surah al-Zumar ayat 3).
Di Malaysia kita pun ada yang memakai gelaran agama menentang pengajaran tauhid rububiyyah, uluhiyyah, asma dan sifat. Mereka ini menyimpan agenda musuh-musuh dakwah. Padahal pengajaran tauhid yang sedemikianlah yang mampu menjadikan muslim memahami dengan mudah hakikat tauhid. Mampu membezakan antara; sekadar mempercayai kewujudan Allah dengan mentauhidkan Allah dalam zatNya, ibadah kepadaNya dan sifat-sifatNya.
Persoalan tauhid anti syirik ini begitu mudah dan ringkas untuk memahaminya. Nabi s.a.w telah menyebarkannya dengan begitu pantas dan mudah. Seorang badawi buta huruf yang datang berjumpa baginda mampu memahami hanya dalam beberapa sessi ringkas. Bahkan mampu pulang dan mengislamkan seluruh kaumnya dengan akidah yang teguh. Namun, di kalangan kita, pengajaran akidah yang dinamakan ilmu kalam begitu berfalsafah dan menyusahkan.
Bukan sahaja badwi, orang universiti pun susah nak faham. Sehingga seseorang bukan bertambah iman, tetapi bertambah serabut. Bertahun-tahun masih dalam kesamaran. Diajar Allah ada, lawannya tiada, dengar lawannya pekak, lihat lawannya buta..lalu ditokok tambah dengan falsafah-falsafah dan konsep-konsep yang menyusahkan. Padahal penganut agama lain juga menyatakan tuhan itu ada, melihat, tidak buta, mendengar, tidak pekak dan seterusnya. Apa bezanya jika sekadar memahami perkara tersebut cuma?
Maka anak-anak orang Islam kita gagal memahami hakikat tauhid anti-syirik yang sebenar. Padahal ianya begitu mudah semudah memahami kalimah-kalimah akidah dalam surah al-Ikhlas yang ringkas.
Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Tambahan pula, perbahasan ilmu kalam, sekalipun mendalam dan kepenatan akal untuk memahami dan menguasainya, ia bukannya akidah…Lebih daripada itu perbahasan ilmu kalam telah terpengaruh dengan pemikiran Yunan dan cara Yunan dalam menyelesaikan masalah akidah. Justeru itu imam-imam salaf mengutuk ilmu kalam dan ahlinya serta berkeras terhadap mereka” (Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da’iyah, m.s. 92 Beirut: Muassasah al-Risalat).
Dahulu kelemahan ini mungkin tidak dirasa, tetapi apabila kita hidup dalam dunia persaingan, kita mula menderitai kesannya.
Jika akidah jenerasi kita jelas, apakah mereka boleh keliru antara ajaran Islam dan Kristian? Adakah mereka tidak tahu beza antara ajaran yang menyebut tuhan bapa, tuhan anak dan ruhul qudus dengan akidah Islam yang anti-syirik, hanya disebabkan adanya sebutan Allah? Begitu jauh sekali perbezaan itu! Bagaimana mungkin sehingga mereka tidak dapat membezakan antara malam dan siang? Apakah juga nanti kita tidak membenarkan pihak lain menyebut nama nabi Ibrahim, Ishak, Ya’kub, Daud dan lain-lain kerana budak-budak kita akan keliru lagi. Akidah apakah yang mereka belajar selama ini di KAFA, JQAF dan berbagai lagi sehingga begitu corot. Kalau begitu, sama ada sukatan itu lemah, atau tenaga pengajarnya perlu dibetulkan.
Maka sebenarnya, isu ini adalah isu kelemahan kita umat Islam dalam memahami akidah yang sebenar. Jenerasi kita tidak mempunyai benteng akidah yang kukuh. Lalu kita semua bimbang mereka keliru dengan akidah orang lain. Untuk mengatasi masalah ini, kita cuba mengambil pendekatan undang-undang. Agar dengan halangan undang-undang, kelemahan akidah generasi kita dapat dipertahankan.
Persoalan yang patut kita fikirkan, sehingga bilakah kita akan mampu terus hidup hanya berbekalkan oksigen dari saluran undang-undang sehingga kita yang majoriti, dengan segala peruntukan yang ada; TV, radio, berbagai-bagai institusi dan agensi yang dilindungi, masih takut kepada gerakan minoriti? Di manakah kehebatan Islam yang selalu kita sebut dan ceritakan sejarah kegemilangannya? Atau sebenarnya, kita tidak memiliki Islam seperti hari ia diturunkan? Maka kempen Islam kita selalu tidak berkesan.
Bagi saya, bukan soal nama Allah itu yang terlalu perlu untuk direbut atau dijadikan agenda besar. Tetapi, gerakan membina semula akidah yang sejahtera dan memahamkan generasi kita wajah Islam yang sebenar agar mampu bersaing dan menghadapi cabaran zaman.

.jpg)