Assalamualaikum...
Tak habis lagi dengan pendedahan kerajaan negeri yang baru tentang perilaku kerajaan negeri terdahulu.di Perak MB Ir Nizar mendedahkan bagaimana bekas ADUN & bekas exco BN menghabiskan sebanyak RM8juta peruntukan kerajaan persekutuan dalam masa 2 bulan sebelum pilihanraya.
Cukup hebat...RM8juta dalam masa 2 bulan sahaja.kalau 1 tahun mahu mencecah R48juta!bukan sikit jumlahnya tu & macam biasa jawapan yang diberi ialah : peruntukan RM8 juta yang dibelanjakan itu adalah dana kerajaan Persekutuan yang diluluskan pada Oktober 2007 dan ia dibelanjakan dengan sah kerana peruntukan kerajaan pusat dibenarkan dibawa ke tahun berikutnya untuk dimanfaatkan bagi menyiapkan projek-projek kecil.itu kata bekas exco kerajaan negeri sebelum ini Datuk Ramly Zahari.
Macam biasalah...setiap pembongkaran adalah penafiannya...tapi apa yang dipersoalkan bukan dari mana duit itu datang.yang dipersoalkan ialah bagaimana duit itu DIHABISKAN dalam masa 2 bulan sahaja...jadi para bekas ADUN & bekas exco...bentangkanlah pada umum untuk apa & bagaimana wang sebanyak tu dihabiskan...kalau banyak sangat dalihnya tak mustahil anda semua akan dicap sebagai penyeleweng.kalau betul dibelanjakan untuk rakyat,tak perlu takut & berlengah untuki mendedahkan...berani kerana benar,takut kerana KORUP!

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Tuesday, June 03, 2008
Rakyat Perak Nak Tahu...
Monday, June 02, 2008
PAKATAN RAKYAT MAHUKAN SOALAN DARI ANDA.
dipetik dari : Tranungkite Demokrasi pembabitan anda semua, menerusi soalan yang diutarakan membantu ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat melaksanakan tugas mereka sebagai wakil rakyat untuk rakyat dan negara. Oleh itu, kirimkan soalan-soalan anda kepada http://mail.google.com/mail/h Sila sertakan sekali dalam kiriman emel anda: - nama penuh (nama samaran boleh diterima dengan syarat disertakan nama penuh) dipetik dari http://www.suarakeadilan.com
PAKATAN RAKYAT MAHUKAN SOALAN DARIPADA ANDA
Dilulus terbit pada Monday, June 02 @ 19:27:22 MYT oleh greenboc
Oleh tele_bam
"
AHLI-ahli Parlimen Pakatan Rakyat mahukan soalan daripada anda untuk dikemukakan di sidang parlimen kedua yang akan berlangsung daripada 23 Jun hingga 15 Julai.
Soalan-soalan yang boleh diutarakan perlulah berkaitan isu seperti masalah, aduan, cadangan atau apa-apa berkaitan dengan kawasan Parlimen anda.
- alamat dan no telefon
- Ahli parlimen di kawasan anda
Kerajaan Pusat Yang "Prihatin"...
Assalamualaikum...Bosan betul bila baca kenyataan media dari wakil kerajaan pusat...terbaru sekali ialah kenyataan dari TPM sendiri yang menafikan bahawa Kerajaan Pusat tunduk kepada pembangkang didalam isu BMC...lepas Sulaiman(Timbalan Menteri Pelancongan - Isu MOU pelancongan)kali ni giliran "Timbalan Perdana Menteri" pulak menonjolkan ke"dungu"annya...malang betul rakyat Malaysia dapat TPM lembab...
Memang betul kerajaan pusat tidak tunduk pada pembangkang,memang betul...Keputusan Kerajaan Pusat mengarahkan laluan Bandar Mahkota Cheras ke persimpangan Bandar Hussein Onn dibuka serta-merta bukan atas desakan atau tunduk kepada parti pembangkang sebaliknya ia dibuat kerana kerajaan pusat "prihatin terhadap penduduk di kawasan itu"...amboi...sedap ayat tu...
Prihatin ye?betul la tu prihatin...krisis tu dah berlanjutan selama 2 tahun baru hari ni nak cerita tentang "prihatin" ya Najib?prihatinnya kamu...dah berbelas kali penduduk BMC berdemo membantah baru hari ni nak cerita tentang "prihatin" ye Najib?Kesnya dah sampai ke Mahkamah baru kamu nak cerita tentang prihatin ye Najib?hampir semua akhbar menyiarkan laporan tentang masalah penduduk BMC baru hari ni nak cerita tentang "prihatin" ye Najib?boleh dikatakan dalam semua saluran berita ada keluar berita penduduk BMC baru hari ni kamu nak cerita tentang "prihatin" ye Najib?
Najib & Kerajaan Pusat memang prihatin...buktinya semua fakta diatas tu...& juga sedikit penambahan lagi...oleh kerana Najib & Kerajaan Malaysia "prihatin" pada rakyat makanya sepanjang minggu lepas hampir seluruh penduduk BMC terpaksa keluar berdemo untuk menyatakan bahawa Najib & Kerajaan Malaysia "prihatin" pada rakyat Malaysia.oleh kerana ke"prihatin"an Najib & Kerajaan Malaysia jugalah makanya FRU terpaksa dikerahkan untuk "menjaga" keselamatan penduduk BMC & "membelasah" para penduduk yang berdemo menyatakan ke"prihatin"an Najib & Kerajaan Malaysia...
Ada lagi...oleh kerana Najib & Kerajaan Malaysia "prihatin"lah makanya penduduk BMC mengumpul sendiri wang untuk menyewa jentolak untuk mengalihkan tembok penghadang yang dibina oleh Syarikat Konsesi terbabit.semua itu dilakukan sebagai membuktikan ke"prihatin"an Najib & Kerajaan Malaysia tak begitu?juga kerana Najib & Kerajaan Malaysia "prihatin"lah makanya Menteri Besar Selangor dari Pakatan Rakyat terpaksa terpaksa menghantar surat kepada Menteri Kerja Raya,Datuk Ir Mohd Zin Mohamed meminta campur tangan menteri untuk menyelesaikan krisis BMC.semua itu berlaku kerana ke"prihatin"an Najib & Kerajaan Pusat...
Saya sebagai rakyat Malaysia merasa amat berbangga kerana Najib & Kerajaan Malaysia "amat prihatin" pada masalah rakyat...Syabas Najib.anda memang "prihatin"...anda bukan sahaja "prihatin" malah anda juga amat-amat LEMBAB!!!LEMBAB segala-galanya...saya ingin mencadangkan supaya Najib & Kerajaan Malaysia menjadikan "LEMBAB & PRIHATIN" sebagai motto Kerajaan Pusat.amat sesuai dengan cara kerja anda...pelaksanaan yang "LEMBAB tetapi "PRIHATIN" memang menjadi tatacara kerja Kerajaan Pusat selama ini...lagi bagus kalau ditambah satu lagi perkataan pada "motto" baru Kerajaan Pusat..."LEMBAB,KURANG AKAL tetapi PRIHATIN"...cukup sesuai!!!
Sinar Harian - Media Alternatif Terbaru.
Assalamualaikum...
Ini bukan promosi tetapi kenyataan.siapa antara pembaca yang pernah mendapatkan Sinar Harian sebagai bahan bacaan & sumber informasi anda?saya telah mengikuti perkembangan akhbar Sinar Harian semenjak ia mula diterbitkan pada tahun 2006 di Terengganu & Kelantan.pada masa itu saya bekerja di Kemaman & sehingga kehari ini saya masih menjadikan akhbar Sinar Harian sebagai media informasi saya selain laman-laman web & blog.
Tak dinafikan akhbar tersebut menepati kehendak saya tetapi bukan bermaksud ianya hanya menyiarkan berita dari sebelah pihak sahaja ataupun hanya dari parti pembangkang sahaja tetapi ianya amat menyeluruh bagi saya.banyak yang didedahkan.bagi saya akhbar Sinar Harian adalah satu-satunya akhbar yang amat rasional didalam penyampaian berita & maklumatnya.
Hari ini kita dihidangkan dengan satu berita pendedahan dari kerajaan & keesokan harinya atau 2-3 hari selepas itu kenyataan dari pembangkang pula akan mengisi ruang akhbar sebagai kesinambungan berita.ada tuduhan & ada penafian.ini amat bertepatan dengan etika kewartawanan bagi saya.semua pihak diberi ruang untuk menyatakan pendirian masing-masing & pembaca boleh menilai setiap berita itu dengan amat matang.berbeza dengan media perdana yang sudah dianggap "senior"...hanya pandai menyiarkan berita dari sebelah pihak sahaja & pembaca pula terpaksa bersusah payah mencari kesahihan berita tersebut.
Kita mengharapkan agar akhbar Sinar Harian terus bersikap profesional dan menjadi media informasi yang amat berguna bagi seluruh rakyat Malaysia tanpa memikirkan keuntungan semata-mata dan semoga Sinar Harian tidak akan berpihak kepada mana-mana parti baik kerajaan mahupun pembangkang didalam menyampaikan sesuatu berita.
Ingat - Maklumat Benar,Rakyat Sejahtera.
Semoga Sinar Harian terus gah menjadi media informasi rakyat Malaysia & diharap akhbar ini tidak akan tersenarai didalam list "BOIKOT MEDIA" satu hari nanti.
Sunday, June 01, 2008
Bila Loceng Berbunyi...
dipetik dari KLpos :
| Oleh Ahmad Shukran Shaharuddin | |
| Ahad, 01 Jun 2008 | |
| SUASANA di Parlimen kini banyak berbeza. Banyak kalangan pasti lega persidangan yang berlangsung hampir sebulan ditangguhkan Khamis lepas. Ia bersambung lagi Jun...Pelbagai drama, kejutan dan telatah dapat dilihat di Dewan Rakyat sejak ia mula bersidang 28 April lepas dengan catatan sejarah bahawa 99 anggota baru masuk gelanggang buat pertama kali, sebagai pembuat undang-undang. Persidangan badan perundangan (legislative) itu pasca pilihan raya ke-12 menjadi tumpuan, manakala anggota-anggota dewan berlumba-lumba untuk mengambil bahagian, baik penyokong kerajaan mahu pun pembangkang, antara sebab utamanya mungkin kerana ia disiarkan secara langsung oleh RTM1, satu sejarah baru. Ia menarik perhatian kerana Barisan Nasional (BN) hanya menguasai majoriti mudah apabila pembangkang iaitu DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menguasai 81 kerusi, di samping seorang wakil Bebas. Gelagat wakil Bebas tunggal dari Pasir Mas itu, Datuk Ibrahim Ali sering diperhatikan kerana bertindak sebagai "orang di atas pagar". Detik-detik yang berlaku menyuburkan amalan Demokrasi Berparlimen di negara ini, dengan Yang di-Pertua Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan dua timbalannya Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Ronald Kiandee sentiasa tercabar setiap kali mengendalikan perjalanan mesyuarat yang kadangkala bertukar hangat akibat tingkah laku sesetengah anggota Parlimen yang mencabar kewibawaan mereka. Semua ini membuktikan bahawa Dewan Rakyat bukan hanya 'rubber stamp' untuk meluluskan undang-undang seperti yang pernah didakwa pembangkang, yang seterusnya digunapakai dalam urusan rakyat seharian apabila diluluskan. Apabila RTM menyiarkan secara langsung sesi soal jawab selama 30 minit, 'orang-orang lama' di dewan dilihat cuba mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri masing-masing. Pada hari pertama, pelbagai peraturan mesyuarat dikemukakan kepada speaker menyebabkan sesi soal jawab terganggu hingga akhirnya hanya tiga soalan yang mampu dijawab pihak kerajaan dalam tempoh yang ditetapkan sebelum perbahasan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong. "Ini semua sebab nak masuk televisyen," kata Ibrahim Ali, yang bertanding menggunakan tiket Pas dan orang yang mula-mula dibidas Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) selepas selesai upacara mengangkat sumpah kerana Ibrahim tidak memakai lounge suit sebagaimana yang disyaratkan. Namun Pandikar membuat `ruling' kemudiannya dan memberikan kelonggaran kepada Ibrahim kerana beliau tidak mempunyai ketua Whip untuk memberitahunya sebagai wakil bebas. Ibrahim segera memuji: "Tahniah, Tuan Speaker memang bijaksana". Wakil Parlimen dari Sabah Datuk Anifah Aman (BN-Kimanis) dan Abdul Ghapur pula lantang bercakap mengenai masalah rakyat Sabah, sambil memberi amaran tsunami politik lebih dahsyat boleh berlaku jika rintihan rakyat negeri itu tidak diambil peduli oleh pimpinan Barisan Nasional Pusat. "Bukan bererti apabila kita menyuarakan aspirasi rakyat, kita menentang kerajaan. Bukan bererti apabila kita keluarkan kata-kata keras, kita nak melompat parti. Apa yang kita nak beritahu di Dewan ini, rakyat Sabah tidak melompat seperti lima buah negeri di Semenanjung," kata Anifah. Menurutnya, tidak mustahil lompat "keluar dari rumah banglo dan masuk rumah teres, jika mereka tidak diberi ruang yang cukup di rumah banglo. Rumah teres pun rumah tereslah, asal kita sama-sama menikmati kemudahan. Tinggal di rumah banglo pun tidur di tepi tandas sahaja," kata Anifah. Kenyataan seperti itu membuatkan ura-ura kononnya wakil rakyat melompat parti menjadi hangat lebih-lebih lagi kerana sebelum ini Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata beberapa wakil rakyat BN di Sabah akan menyertai pembangkang untuk menubuhkan kerajaan. Hakikatnya tidak diragui apabila Abdul Rahman Dahalan (BN-Kota Belud) mengakui ditawarkan pihak pembangkang dengan bercakap kepada wartawan di luar Dewan bahawa ganjaran itu `cukup untuk hidup selama tiga generasi'. Hasilnya dua laporan kepada Badan Pencegah Rasuah dibuat oleh Abdul Rahman di Sabah dan Kuala Lumpur. Sidang kali ini juga tidak sunyi dengan ungkapan kurang manis dilemparkan antara penyokong kerajaan dan wakil pembangkang, seperti `Projek Babi Negara' oleh Mahfuz Omar dari PAS sebagai reaksi kepada Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang memberi kependekan P-K-R untuk "Projek Khinzir Raksasa". Tidak cukup dengan itu, ungkapan bahasa Tamil iaitu `ukkar' (bermaksud duduk) oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Idris Haron membuatkan persidangan tergendala sehingga 10 minit berikutan pertikaman lidah dengan pembangkang kerana dikatakan boleh membawa maksud yang lucah jika salah sebut. N.Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) yang cuba memberitahu speaker maksud ungkapan Tamil itu kemudian terpaksa memohon maaf atas perbuatannya melangkaui tempat duduknya dan pergi ke sisi Speaker untuk membisikkan maksudnya. Lobi Parlimen juga tidak kurang sunyi dengan peristiwa baru apabila Gobalakrishnan membawa anak perempuan P Waythamoorthy berumur enam tahun dan mengadakan sambutan majlis hari jadi bersama kek dan menyanyikan lagu `Happy Birthday To You'. Ibrahim pula diserbu sekumpulan 30 orang golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang berkerusi roda kerana beliau didakwa menghina Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) kerana tidak bangun semasa mahu bercakap di dalam Dewan sedangkan Karpal memang berkerusi roda kerana kecederaan jalan raya sejak 2003. Keadaan itu menyebabkan beberapa anggota Parlimen seperti Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) menimbulkan isu keselamatan di Parlimen yang kini begitu mudah didatangi orang luar. Bekas anggota Parlimen Hulu Langat Badrul Hisham Abdul Aziz yang sering datang mengikuti persidangan di Parlimen, berkata suasana Parlimen pada tahun 80-an tidak sesibuk sekarang malah kawasan meletak kereta sentiasa penuh dan seringkali melimpah ke kawasan luar Parlimen. Pihak media juga terpaksa mengerahkan lebih ramai wartawan bertugas sehingga lima atau enam orang di Parlimen menyebabkan Pusat Media Parlimen sesak dan memerlukan tambahan kerusi meja. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga seringkali dilihat berada di pejabatnya di bangunan Parlimen sekiranya tidak ada urusan di luar dan mengadakan beberapa mesyuarat, begitu juga timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak. Rabu lepas, buat pertama kalinya satu undi belah bahagian diadakan berbeza dengan biasanya undian suara, atas permintaan wakil pembangkang bagi meluluskan sebahagian Rang Undang-Undang Perbekalan (2007) 2008. Senario ini tidak pernah berlaku sebelum ini dan dilihat oleh sesetengah pihak sebagai cubaan pembangkang untuk tidak meluluskan Rang Undang-undang itu di bawah tajuk Peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun berjumlah RM16.810 bilion sebelum itu dibahaskan di peringkat jawatankuasa. Implikasinya, jika BN tidak boleh mengatasi undi pembangkang pada undi belah bahagian itu, wang yang sudah dibelanjakan kerajaan tidak sah dari segi undang-undang. Keputusan untuk menjalankan undi belah bahagian menyebabkan ramai anggota BN yang berada di luar dewan termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta beberapa orang Timbalan Menteri yang berada di Dewan Negara yang sedang bersidang bergegas masuk ke Dewan Rakyat untuk mengundi. Malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dilihat keluar dari Dewan untuk memanggil masuk anggota dari kerajaan yang berada di luar. Hasilnya BN mengatasi undi pembangkang dengan 92 undi berbanding 60, dengan seorang tidak mengundi...sekali lagi semua menoleh ke arah Ibrahim Ali yang sebelum ini disyaki tidak mengundi calon pembangkang untuk pemilihan timbalan speaker. Apabila ditemui selepas undi belah bahagian, beberapa anggota pembangkang yang ditemui berkata: "Mungkin kami akan bernasib baik pada masa akan datang." Kehadiran anggota menjadi soal penting kali ini di Parlimen, dan apabila loceng berbunyi, ia mampu mencetuskan spekulasi. |
Batal MOU Pelancongan - Kerajaan Pusat Kebudak-budakan.
Assalamualaikum...
Khamis tempohari sekali lagi Parlimen gamat dengan soalan bertubi-tubi dari wakil pembangkang kepada wakil kerajaan tentang rasionalnya keputusan kerajaan pusat membatalkan memorandum persefahaman berkaitan pelancongan di 5 negeri yang diterajui Pakatan Rakyat.
Timbalan Menteri Pelancongan,Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman diasak bertubi-tubi dengan berbagai soalan & kecaman wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.setelah teruk diasak Sulaiman hanya mampu memberi alasan - kerajaan pusat sebelum ini menghadapi masalah & kesulitan dengan negeri pembangkang kerana negeri tersebut tidak membayar gaji Kakitangan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri(MPTN).
Sulaiman juga mengatakan bahawa tuduhan tersebut tidak berasas kerana kementerian tidak pernah meminggirkan mana-mana negeri.kerajaan pusat tetap akan bekerjasama dengan negeri di bawah pentadbiran pembangkang tambahnya lagi ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia(pindaan)2008 di dewan rakyat Khamis lalu.
Apa yang kita faham didalam masalah ini ialah,tuduhan Sulaiman & kementerian Pelancongan sebenarnya yang tidak berasas sama sekali.memang benar kerajaan negeri tidak membayar gaji kakitangan terbabit kerana ia bukannya dibawah bidang kuasa kerajaan negeri sebaliknya SEBARANG URUSAN BERKAITAN GAJI KAITANGAN TERBABIT ADALAH URUSAN MPTN YANG DIKENDALIKAN OLEH KEMENTERIAN PELANCONGAN MANAKALA KEMENTERIAN PELANCONGAN PULA BERADA DIBAWAH BIDANG KUASA KERAJAAN PUSAT!
Samada kita yang tidak faham bidang kuasa kerajaan pusat ataupun wakil kerajaan pusat sendiri yang tidak faham bidang kuasa kementerian sendiri.apa yang nyatanya ialah wakil kerajan pusat adalah mereka-mereka yang tidak punya kreadibiliti untuk memegang jawatan didalam portfolio masing-masing sehingga apabila berhujah di Parlimen pun mereka-mereka ini sekadar berhujah seperti "budak-budak"...sekadar bercakap tanpa fakta yang menyokong hujah.ini menjadikan apa sahaja yang kerajaan pusat lakukan seolah benar & rasional belaka.
Kerajaan pusat pula semakin hari semakin memperlihatkan kebudak-budakan setiap wakil kementeriannya dengan mengetengahkan wakil-wakil yang sebenarnya tidak layak untuk berkhidmat,rata-rata wakil kementerian kerajaan pusat hanya pandai membaca tetapi tidak meneliti & berfikir sebelum melakukan sesuatu atau mengambil sesuatu keputusan.
Apa kreadibiliti wakil kementerian kerajaan yang dapat dibanggakan jika segala hujah dapat dipatahkan dengan fakta dari wakil kerajaan negeri sahaja?inikah barisan exco yang "berkualiti" dari kabinet Pak Lah?
Saturday, May 31, 2008
Pilihanraya Kecil - Anwar(PR) vs Ezam(BN).
Assalamu'alaikum...Khabarnya Anwar masih menunggu surat pengesahan rasmi bahawa beliau layak memegang jawatan awam selepas menjalani hukuman penjara atas tuduhan rasuah yang hingga kini dinafikan beliau.menurut Anwar,sebaik sahaja mendapat pengesahan,beliau tidak akan teragak-agak untuk bertanding didalam mana-mana pilihanraya kecil yang bakal diadakan.dimana?itu tak menjadi masalah bagi Anwar kerana menurut PKR semua MP & ADUN PKR bersedia melepaskan jawatan mereka bagi memberi laluan kepada PM in waiting mereka.
Siapa bakal lawan Anwar?bagi saya...dari kalangan UMNO sekarang,tiada yang lebih layak selain saudara Ezam.walaupun masih baru & mentah(kununnya)didalam UMNO Ezam bukan calang-calang orang & ini harus diterima oleh semua ahli UMNO tak kira junior mahupun senior.
Mengapa Ezam?
Kita harus melihat pengalaman Ezam bersama Anwar sebagai taruhan.siapa yang lebih mengenali Anwar kalau bukan Ezam.sebelum era Reformasi Ezam sudah bersama Anwar,dalam era Reformasi pun saudara Ezam juga masih bersama Anwar malahan sama-sama berkongsi pusat tahanan ISA bersama Anwar.wujudnya PKR pun hasil usaha Ezam & Anwar & 2 kali pilihanraya Ezam telah bersama Anwar & akhirnya dikhabarkan Ezam keluar dari PKR pun kerana berselisih faham dengan Anwar...jadi siapa lagi yang lebih layak untuk bertanding dengan Anwar kalau bukan Ezam?
Bagi Anwar pula,pasti tak menjadi masalah sekiranya lawannya bukan Ezam.kalangan ahli UMNO pun...jika dijadikan lawan PR dalam mana-mana pilihanraya kecil pasti akan terkubur tak kira siapa wakil PR pun...lihat saja keputusan PRU12 tempohari.itu buktinya...UMNO/BN hampir terkubur.
Jadi,saya meramalkan seandainya pilihanraya kecil diadakan dimana-mana tempat dibumi Malaysia,sudah pasti pertembungan dua pejuang ini akan berlaku & ianya bakal menjadi pilihanraya kecil paling hebat dalam sejarah Malaysia.LAWAN TETAP LAWAN!!! vs LAWAN TETAP LAWAN!!!
2 calon dari 2 parti yang hebat,ke2nya pernah bekerjasama,ke2nya bekas ahli UMNO,ke2nya dilucutkan keahlian,ke2nya mewujudkan PKR,ke2nya sama-sama membangkitkan era Reformasi & ke2nya punya idola masing-masing.bezanya seorang masih setia dengan perjuangan Reformasi manakala seorang lagi berpatah balik.
Sama-sama kita tunggu pertembungan 2 gergasi Reformasi.pasti hebat & pasti menjadi sejarah paling hebat dalam politik Malaysia.Ayuh Pakatan Rakyat...perang semakin hampir,mulakan semua jentera dari sekarang!!!
Friday, May 30, 2008
Polis Nafi FRU Guna Kekerasan - Siapa BANGANG?
Assalamualaikum...
Petikan dari Sinar Harian,Jumaat 30 Mei 2008 :
KUALA LUMPUR - Polis menafikan dakwaan seorang lelaki yang mendakwa dibelasah anggota Polis Simpanan Persekutuan(FRU)menggunakan cota selain ditendang dalam kekecohan di Bandar Mahkota Cheras,disini Selasa lalu.
Ketua Polis Selangor,Datuk Khalid Abu Bakar berkata,lelaki itu tidak dibelasah,sebaliknya cedera akibat terjatuh ketika bergelut dengan FRU.
Sekali lagi seluruh rakyat Malaysia cuba ditipu oleh pihak Polis yang diamanahkan untuk melindungi rakyat Malaysia.apa ada dalam kepala otak Ketua Polis Selangor?apa dia fikir dengan penjelasan bodoh dia tu kita dapat terima apa yang berlaku?
Terjatuh ketika bergelut?bodoh sangatkah rakyat Malaysia untuk percaya kenyataan tu?mengikut laporan dari akhbar tempatan - LELAKI TERSEBUT SEDANG MEMANDU.MEMANDU?kalau tengah memandu macam mana tiba-tiba boleh bergelut dengan FRU pulak?silap mata ke?orang BANGANG macam Ketua Polis Selangor je yang boleh terima kenyataan & keluarkan kenyataan BANGANG macam tu!MEMANDU & TIBA-TIBA BERGELUT DENGAN FRU LALU TERJATUH?orang BANGANG je yang boleh faham cerita BANGANG macam tu betul tak?
Macam mana lelaki tu boleh keluar dari kereta sedangkan dia dilaporkan sedang memandu?tak mungkin lelaki tu akan keluar tanpa kekerasan.kalau dia keluar dengan rela hati,tak mungkin dia akan bergelut dengan FRU betul tak?melainkan dia dipaksa keluar dengan kekerasan.
Kenapa pihak FRU menahan kereta lelaki tu?apa motifnya?sebab lelaki tu bergelut dengan FRU?orang BANGANG je yang boleh faham cerita BANGANG macam ni betul tak?mungkin FRU nampak lelaki ni sedang bergelut dengan FRU sambil memandu kereta....sape tau?Malaysia Boleh!!!ataupun mungkin lelaki tu memandu keretanya ke tempat demonstrasi bersama dengan teman wanitanya dan rakan-rakannya semata-mata untuk bergelut dengan FRU!sape tau kan?Malaysia Boleh!!!
Ada lagi satu kemungkinan......mungkin FRU tau niat lelaki ni datang untuk suka-suka bergelut dengan FRU...sebab itulah FRU menahan kereta lelaki tersebut untuk menunaikan hasrat lelaki tersebut untuk bergelut dengan FRU & seterusnya hasrat lelaki tersebut terkabul disamping lelaki tersebut juga diberi "bonus" oleh FRU yang prihatin dengan mencederakan lelaki tersebut supaya lelaki tersebut mendapat satu kenangan paling indah dalam hidupnya.
Siapa tau kan?lagi sekali Malaysia Boleh!!!
Thursday, May 29, 2008
UMNO vs UMNO.
Akhirnya tanpa kita sedari,peperangan era baru UMNO telah bermula.saya tidak dapat meramal dengan tepat apa yang akan berlaku dalam senario politik Malaysia mulai hari ini tetapi dari pemerhatian saya yang masih mentah ini "mungkin" akan berlaku & bermulanya perang antara pro kepimpinan UMNO sekarang(PM)dengan pro kepimpinan UMNO dahulu(Mantan PM).
Pertamanya,dengan kemasukan Ezam kedalam UMNO yang sudah pasti membawa dendam lama...ya...dendam terhadap Mantan PM Che' Det yang satu masa dahulu telah manjatuhkan Gerombolan Reformasi UMNO pimpinan Mantan TPM & Ezam.
Bila Ezam bercakap tentang rasuah dan salahgunakuasa,saya tidak nampak ianya ditujukan kepada sesiapa melainkan kepada Mantan PM & para penyokong-penyokongnya."KERANA APA..?"kerana memberontaknya Ezam pada kerajaan UMNO/BN ialah berasal dari tindak-tanduk Mantan PM Che' Det.& sekarang Mantan PM Che' Det sudah berada diluar UMNO maka mudahlah lagi bagi Ezam untuk meneruskan serangan & agendanya dalam perjuangannya yang "belum selesai" iaitu mendedahkan salahlaku Mantan PM Che' Det.
Kenapa memilih UMNO sebagai platform?
Kita sedia maklum berlaku perpecahan didalam UMNO.UMNO pro Pak Lah & UMNO pro Che' Det.ke2-2 "pro" ni saling cuba menjatuhkan antara 1 sama lain.pro Pak Lah dengan agenda & kepentingannya sendiri sedaya upaya cuba mempertahankan kuasanya & pro Che" Det juga dengan agenda & kepentingannya sendiri sedaya upaya cuba untuk menjatuhkan kepimpinan Pak Lah & menaikkan para pro Che" Det bagi mengekalkan penguasaan Che" Det dalam politik Malaysia.
Ezam pula dilihat masih menyimpan dendam pada Mantan PM & setelah 10 tahun mendedahkan salahlaku Mantan PM diluar UMNO diatas platform PKR & GERAK,Ezam masih gagal malahan langsung usahanya langsung tidak berhasil kerana bagi kerajaan Malaysia pimpinan UMNO/BN suara-suara dari luar UMNO/BN tidak lebih dari sekadar suara sumbang yang mahu menjatuhkan kerajaan tidak kira ianya benar atau tidak.
Saya melihat Ezam sebagai seorang yang pandai mengambil kesempatan diatas ke2-2 kemelut diatas untuk mencapai cita-citanya menjatuhkan Mantan PM yang telah lama didendaminya.Dengan kedudukan Pak Lah yang semakin hari semakin suram,Ezam bertindak mendekati Pak Lah & menawarkan dirinya untuk membantu Pak Lah mengembalikan pengaruh Pak Lah & seterusnya mengekalkan kuasanya.
Bagaimana?
Ezam dengan cita-cita reformasi rasuahnya akan mendedahkan 1 demi 1 salahlaku Mantan PM dari dalam UMNO & sudah pasti dengan kreadibiliti yang ada padanya selama ini,pengaruh Mantan PM akan sedikit demi sedikit akan terhakis dan dalam masa yang sama kedudukan Pak Lah akan semakin kukuh & Ezam juga akan menjadi "hero" bagi para pro Pak Lah...tak mustahil dari sini Ezam akan membina penyokongnya yang tersendiri & para pro Khairy sudah pasti akan menjadi penyokong no1 Ezam didalam UMNO kerana hasil kerjanya(itupun jika benar telahan saya).
Walau bagaimanapun segala analisis diatas hanya sekadar telahan sahaja.terlalu banyak yang berlaku didalam politik Malaysia mutakhir ini & ada antaranya berada diluar kotak pemikiran kita.Tapi apa yang pastinya ialah - Kemasukan Ezam kedalam UMNO/BN sedikitpun tidak menjejaskan Pakatan Rakyat tetapi lebih kepada menambahkan lagi pergolakan dalaman UMNO/BN...selamat datang ke era perang UMNO vs UMNO.wisma Putra bakal bergegar lagi...
Wednesday, May 28, 2008
Isu Minyak - Kerajaan Malaysia Bodoh.
Assalamualaikum...Pendekatan terkini kerajaan Malaysia didalam menangani isu minyak di Malaysia melihatkan ianya tak lebih dari satu tindakan yang amat bodoh.amat bodoh kerana tindakan tersebut sebenarnya tidak akan memberi apa-apa kesan pun kepada ekonomi Malaysia & ianya sedikitpun tidak membantu rakyat Malaysia mahupun tokey-tokey stesyen minyak di kawasan sempadan Malaysia.
Kita rujuk pada berita yang dipetik dari [ Malaysiakini ] Sedikit petikan dari berita :
Semua stesen minyak di sempadan negara dilarang menjual petrol dan diesel kepada kenderaan asing berkuatkuasa Jumaat ini.
Menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata larangan itu membabitkan stesen minyak dalam jarak 30 hingga 50km di kawasan sempadan negara.
Apa yang dapat diselesaikan disini?30-50km perjalanan tak akan menghabiskan setangki minyak kenderaan baik diesel mahupun petrol.hanya habiskan RM10(diesel)ataupun RM15(petrol)& tangki masih berbaki untuk meneruskan perjalanan jiran kita beratus-ratus km sekiranya(memang pun)mereka mengisi penuh tangki kenderaan mereka & kerajaan Malaysia masih menanggung & memberi "subsidi" kepada bukan warganegara Malaysia.kalau saya sebagai bukan warganegara pun akan sanggup menambah sedikit belanja saya untuk mengisi penuh tangki kenderaan saya & ianya masih berbaloi rasanya.
Dari sudut ekonomi pula keputusan tersebut pastinya tidak akan memberi apa-apa kelebihan pun kepada negara Malaysia.apa kelebihannya?entah...yang pastinya akan menambah lagi beban kerajaan kerana difahamkan kementerian berkenaan akan menempatkan pegawainya untuk memantau & mengawasi aktiviti berkenaan distesyen-stesyen minyak berhampiran sempadan.tambah lagi perbelanjaan untuk menggaji pegawai2 yang akan ditempatkan ditempat-tempat berkenaan...kerajaan yang "bijak".
Kenapa kerajaan yang "bijak" & "prihatin" tak terfikir 1 pendekatan yang lebih baik,menjimatkan,menguntungkan rakyat dan meningkatkan ekonomi penduduk Malaysia?
HAPUSKAN TERUS SUBSIDI PADA PENGGUNA KENDERAAN LUAR NEGARA!!!
Kan lebih baik dihapuskan terus subsidi minyak untuk kenderaan luar negara,untuk kenderaan Malaysia harga minyak ditetapkan mengikut kadar biasa & untuk kenderaan luar negara ditetapkan mengikut harga TANPA SUBSIDI!!!lebih mudah kan?tak perlu pemantauan & tak perlu pengawasan.sudah pasti tokey-tokey stesyen minyak akan lebih bersetuju dengan pendekatan ini & sudah pasti(tokey-tokey stesyen minyak)akan bertambah pendapatan mereka jika dilakukan begini.mereka pun tentu tidak akan menjual minyak pada kadar harga subsidi kepada kenderaan luar negara kerana mereka akan rugi!tak betul?
Dari sudut ekonomi pula...dengan beban harga minyak yang tinggi sudah pasti rakyat luar negara akan berfikir 2-3 kali untuk "menyesakkan" Malaysia dengan kenderaan mereka.kalau ada pun kita juga yang mendapat untungnya.tak betul?
Hanya ada 2 pendekatan akan diambil oleh rakyat luar negara bagi mengatasi "beban harga minyak tanpa subsidi" dan sudah pasti rakyat Malaysia yang akan mendapat keuntungan dari pendekatan mereka itu.
1 - mereka akan menyewa kenderaan Malaysia ataupun menggunakan kenderaan awam yang ada di Malaysia untuk urusan pekerjaan di Malaysia dan disini pendapatan negara & rakyat Malaysia akan bertambah melalui hasil penyewaan kenderaan Malaysia & tambang kenderaan awam.jangan lupa...jalan raya kita juga akan mengalami sedikit pengurangan kesesakan & serba sedikit masalah kesesakan lalulintas terutama dibandar besar seperti Johor Baru akan dapat diatasi...tak betul?
2 - mungkin ada antara mereka terutama rakyat Singapura akan mengambil keputusan lebih drastik - beli kenderaan Malaysia.jika langkah ini digunakan oleh mereka,sudah tentu kita juga yang akan mendapat untung melalui hasil penjualan kereta di Malaysia.tak mustahil penjualan kereta Nasional akan bertambah kerana kalau mereka mengambil keputusan begini pun tak kan mereka nak beli kereta mewah beratus ribu sedangkan mereka hendak mengurangkan belanja mereka.dapatkan kereta biasa yang harganya berpatutan cukuplah...asalkan didaftar di Malaysia & nikmati harga minyak yang rendah...sekali lagi saya nak tanya...tak betul ke?
Saya masih terfikir sampai sekarang,kenapa kerajaan Malaysia yang dikatakan "prihatin" dan "mesra rakyat" tidak pernah berfikir lebih jauh didalam apa jua keputusan yang dibuat?kenapa tak difikirkan semua kemungkinan & kesan yang bakal diperolehi didalam melaksanakan sesuatu perkara?banyak keputusan yang diambil oleh kerajaan Malaysia selama ini tidak pernahpun meyelesaikan apa-apa sebaliknya hanya menambah beban kewangan negara Malaysia...kalau ada pun hanya sekadar - WIN WIN SITUATION...
Sepatutnya kerajaan wajib membuat penyelidikan yang lebih jauh sebelum melaksanakan apa-apa perkara.perlu memikirkan kesannya pada rakyat,kesannya pada negara,kesannya pada ekonomi Malaysia & sebaiknya megurangkan beban perbelanjaan kerajaan...sampai bila kita nak berpegang pada keputusan WIN WIN SITUATION sedangkan rakyat luar sentiasa mengambil kesempatan pada negara kita?
Rasanya kerajaan Malaysia masih Bodoh.
Tamat
