
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Sunday, July 20, 2008
Abdullah : Percayalah pada ku
Anwar dalam laporan akhbar mendakwa telah dibogelkan dan alat sulitnya diukur. Harap-harap tiada mana-mana Mufti mencadangkan supaya Anwar dan Dr Zaininah bermuhabalah bagi menentukan siapa yang bercakap benar.
Dalam perkembangan lain, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata bahawa, Polis hanya akan menyerahkan salinan laporan yang dibuat oleh bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu hanya apabila beliau dihadapkan ke mahkamah kelak.
"Terlalu banyak tuduhan dan dakwaan dilemparkan ke atas kami dalam soal ini dan perkara lain. Kami akan terus bertindak secara profesional dalam pendekatan kami dan menjalankan tugas kami mengikut undang-undang," kata beliau.
Memanglah patut orang tuduh polis macam-macam.Polis buat macam-macam dalih.Polis bertindak keatas Anwar seolah-olah beliau telah melakukan satu jenayah yang besar semata-mata atas tuduhan Saiful yang tidak pun disertakan dengan pembuktian yang sahih
"Sudah dua minggu tetapi saya tidak tengok lagi laporan yang dibuat Saiful Azlan Bukhari (individu yang mendakwa diliwat oleh Anwar), jadi secara teknikalnya saya tidak tahu apa kandungan pertuduhan dan dituduh di bawah apa," rungut Anwar yang terpaksa diambush dan digiring oleh polis bertopeng dan terpaksa pula merengkuk semalaman dalam lokap.
Polis tanpa malu masih mahu mengaku bahawa mereka bertindak secara profesional. Sesungguhnya kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak hospital dan polis susah untuk dipercayai dan PM Abdullah Badawi nampaknya beriya-iya sangat mahu memberikan keyakinan kepada Anwar supaya percaya kepadanya.
Boleh percaya kah? Ingat tak lagi kata Mahathir? Ya, Mahathir kata, Abdullah ini seorang yang kuat menipu! Walaupun Mahathir juga terkenal sebagai seorang pembohong, dalam hal ini, eloklah percaya kata-kata Mahathir – kita ambil iktibar sebagaimana kisah syaitan yang ditangkap mencuri lalu mendedahkan rahsia kelebihan ayatul-Kursi.
Cuma dalam hal ini, Mahathir bukan mendedahkan rahsia Abdullah sebagai seorang pembohong, sebab hal tersebul merupakan hal yang dah termaklum , Mahathir hanya membetulkan idgham bighunnahnya sahaja.
-alhusseyn
Saturday, July 19, 2008
Anwar: Lebih 6 kali darah saya diambil...
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sepanjang enam tahun beliau dipenjarakan dahulu, lebih enam kali darahnya diambil.
"(Pada tahun) 2004 ada lagi (contoh) DNA yang diambil daripada saya," katanya.
Oleh itu, katanya, tiada alasan mengapa beliau perlu menjalani ujian itu sekali lagi memandangkan data DNA tidak akan berubah walau tersimpan beribu tahun.
"Sebenarnya contoh DNA yang baru tidak diperlukan tetapi data DNA yang diperlukan. Data tidak akan berubah walau 2000 tahun sekalipun," katanya ketika berucap kepada kira-kira 250 ahli dan penyokong PKR di ibupejabat PKR di Petaling Jaya petang tadi.
Anwar mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam bahawa DNA Anwar yang baru diperlukan, kerana yang ada sudah lama.
Polis sedang menyiasat aduan terhadap Anwar yang dibuat oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR pada 26 Jun lalu.
Sambung keterangan
Anwar enggan memberi contoh baru DNA beliau kerana bimbang ia akan dimanipulasi seperti yang didakwanya pernah berlaku 10 tahun yang lalu ketika perbicaraan kes pertamanya pada 1999.
Sementara itu, Anwar juga memberitahu bahawa beliau akan menyambung memberi kenyataan kepada Badan Pecegah Rasuah (BPR) Isnin ini.
Pada 16 Julai lalu, polis menahannya di luar rumahnya di Segambut Dalam ketika dalam perjalanan pulang daripada memberi keterangan pada BPR di Putrajaya dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur. Beliau dibebaskan keesokannya.
Sementara itu, dalam ucapannya, Anwar menasihatkan ahli-ahli PKR supaya tidak membenarkan diri mereka diprovoksi oleh pihak polis.
Beliau juga menggesa kepimpinan PKR supaya meneruskan perjuangan dan menggerakkan rakyat dan masyarakat.
"Jangan benarkan kita diprovokasi oleh pihak polis atau sesiapa. Jangan bagi ada pergaduhan," kata Anwar.
Beliau juga menyeru ahli dan penyokong PKR supaya menunaikan solat hajat dan berdoa agar Pakatan Rakyat dapat memerintah Malaysia.
Musa, Gani tidak terbabit dalam siasat kes Anwar
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini memberi jaminan bahawa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak akan terlibat dalam siasatan berhubung tuduhan liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata berikutan laporan oleh Anwar kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung tuduhan pemalsuan fakta melibatkan Musa dan Abdul Gani, maka adalah wajar bagi kedua-dua mereka dikecualikan daripada siasatan terhadap ketua umum PKR itu.
"Ketua Polis Negara dan Peguam Negara tidak akan mengambil apa jua peranan berkaitan kes Anwar," katanya kepada pemberita di Kepala Batas hari ini.
Menurut laporan Bernama, Rabu lalu, Anwar memberikan keterangan kepada BPR di Putrajaya, yang meliputi tiga aspek utama iaitu pemalsuan fakta, penghilangan fakta dan pemalsuan laporan perubatan dari Jabatan Forensik, yang membabitkan Musa dan Abdul Gani.
Sebelum itu pada 1 Julai lalu, Anwar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam, mendakwa Musa dan Abdul Gani terlibat memalsukan keterangan dalam siasatan kes beliau dipukul pada tahun 1998, oleh Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Abdul Rahim Noor.
Abdul Gani ketika itu merupakan Timbalan Pendakwaraya manakala Musa ialah pegawai penyiasat kes.
Anwar ditahan oleh sepasukan polis berhampiran rumahnya Rabu lalu dan dibebaskan dengan jaminan polis pada keesokkan harinya, bagi membantu siasatan berhubung laporan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, kepada polis pada 28 Jun lalu, mendakwa dirinya diliwat oleh mantan timbalan perdana menteri itu.
etika ditanya sama ada Musa dan Abdul Gani akan digantung tugas berikutan laporan polis yang dibuat oleh Anwar terhadap mereka, Abdullah berkata beliau tidak nampak keperluan untuk menggantung perkhidmatan mereka.
Abdullah berkata pegawai yang membuat siasatan ketika ini tidak akan merujuk hasil siasatan kes itu kepada mereka.
"Pegawai itu tidak membuat sebarang rujukan kepada mereka dan (saya) tidak nampak (mengapa) mereka perlu digantung perkhidmatan," katanya.
-malaysiakini
Istana T'ganu tidak anugerah darjah kebesaran
Istana Terengganu, buat pertama kalinya, tidak menganugerahkan sebarang darjah dan pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan ke-46 Sultan Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin, esok.
"Sama ada selepas ini (esok) ada majlis penganugerahan darjah dan pingat kebesaran atau tidak, saya tidak pasti," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah Kejohanan Jet Ski Asean Watercross Super Cup 2008 di Pantai Batu Burok di Kuala Terengganu hari ini.
Menurut Bernama, penyampaian hadiah itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.
Mengulas lanjut, Mokhtar berkata majlis tahlil dan doa selamat tetap diadakan di masjid-masjid di seluruh negeri itu, mulai malam ini serta di Istana Maziah tengah hari esok.
Beliau berkata sambutan Hari Keputeraan Sultan Terengganu tahun ini diadakan dalam keadaan sederhana.
-malaysiakini
Cubaan cemar imej, Perkid akan ambil tindakan undang-undang
HULU LANGAT, 19 Julai (Hrkh) - Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (Perkid) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Penerangan Umno Dusun Tua, Zamri Mohamad yang didakwa cuba menjatuhkan imej pertubuhan itu.
Menurut Pengerusi Perkid, Masridzi Sat, bermacam-macam perkara yang cuba ditimbulkan oleh pihak Zamri termasuklah menuduh Perkid mengambil kesempatan mencari keuntungan dengan menjual bayi yang diperolehi daripada pelatih di situ.
Selain itu, katanya, Perkid juga dituduh melakukan penderaan kepada pelatih sehingga mengakibatkan kematian serta mengenakan tindakan rotan kepada pelatih.
Masridzi menjelaskan, kematian pelatih terbabit tidak ada kena-mengena dengan penderaan sebaliknya pelatih yang memang penagih tegar itu jatuh tersungkur di dalam bilik air sehingga menyebabkan kematian.
Menurutnya, perkara itu telah dimaklumkan kepada pihak berkuasa serta pihak hospital turut membuat bedah siasat ke atas mangsa dan mengesahkan tidak ada kesan-kesan penderaan.
Beliau juga mengesyaki apa yang cuba diprovokasikan oleh pihak Zamri dan kumpulannya adalah bermotifkan politik.
Ekoran daripada ketidakpuasan dengan kejayaan Perkid, katanya, Zamri dan beberapa pengikutnya yang dikatakan penduduk Dusun Tua kira-kira 25 orang berarak ke rumah Perkid untuk menyerahkan memorandum bantahan agar Perkid dipindahkan ke tampat lain.
Bagaimanapun, Masridzi yang menyambut perarakan Zamri dan kumpulannya lima meter dari rumah Perkid sangsi apabila hanya kira-kira 25 orang sahaja yang menyertai demonstrasi yang terdiri daripada budak-budak remaja.
"Ini bukan bantahan daripada penduduk, saya dimaklumkan ada bantahan daripada penduduk Dusun Tua ke atas Perkid, tapi yang datang tidak sampai 30 orang, semuanya budak-budak remaja. Saya tidak yakin ini adalah bantahan daripada penduduk, saya syak ini hanya untuk kepentingan peribadi," katanya.
Beliau juga tidak menafikan apa yang cuba dilakukan oleh Zamri dan kumpulannya itu bersifat dendam peribadi dan dengki dengan kejayaan Perkid.
Masridzi juga berkata, Rumah Perkid yang berada di tengah-tengah kawasan penduduk langsung tidak mengundang sebarang masalah kepada penduduk setempat malah mereka senang hati dengan kehadiran pelatih Perkid.
"Kami tidak mendapat apa-apa rungutan daripada penduduk di sini, malah mereka senang hati kita ada di sini, bahkan pelatih Perkid pun turut menolong penduduk yang membuat kenduri, jadi tidak timbul soal rumah Perkid ini menggangu penduduk sebagimana yang dituduh oleh kumpulan terbabit," katanya.
Perkid telah membuat dua laporan polis di Batu 14 Hulu Langat pada 15 Julai baru-baru ini berhubung laporan akhbar Harian Metro yang membuat fitnah mengatakan Perkid beroperasi secara haram.
Laporan polis kedua pada 18 Julai berhubung desakan daripada pihak yang tidak bertanggung jawab meminta Perkid menghentikan segera aktivitinya.
Dalam pada itu, Penguam Mohd Khairuddin Othman yang juga bersama-sama menerima memorandum daripada Zamri, memberi peringatan kepada pihak terbabit agar jangan mudah menuduh orang tanpa bukti yang kukuh.
Katanya, Perkid adalah pertubuhan yang berdaftar dan mempunyai surat pengesahan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak 2004 ini bermakna kerajaan mengiktiraf Perkid.
"Jadi soal tempat yang dikatakan menganggu penduduk, meleset semata-mata, ini kerana sebelum meluluskan Perkid pihak JKM telah datang ke tempat ini dan sudah meninjau suasana di sini," katanya.
Sehubungan itu, Zamri yang ditemui mengakui belum pernah mengadakan sebarang perbincangan dengan pihak Perkid dan pada hari ini adalah kali pertama mereka bertemu mata bagi menyentuh ketidakpuasan hati mereka terhadap Perkid.
Zamri juga gagal membawa tanda tangan bantahan penduduk apabila diminta oleh Peguam Perkid Khairuddin memandangkan demonstrasi yang dilakukan hari ini adalah bantahan penduduk.
"Saya tidak bawa tanda tangan bantahan penduduk hari ini, nanti saya akan bawa kemudian, sehingga hari ini ada 200 tanda tangan penduduk," katanya apabila disoal wartawan berkenaan jumlah tanda tangan yang sudah terkumpul.
Zamri yang mengetui demostrasi bantahan itu diiringi dengan kain rentang yang tertulis 'Ustaz saya minta nyawa, siasat ke mana bayi-bayi dijual', dan 'Nilai seksa RM400 beli kain kapan'.
Demonstrasi bantahan itu mendapat permit daripada pihak polis Hulu Langat yang membenarkan selama satu jam bermula 9.30 pagi.
Di dalam memorandum dua helai itu yang ditanda tangani oleh Zamri dan rakannya Saiful Nasir mendesak Perkid menghentikan operasinya dan berpindah dari kampung Dusun Tua.
Menurut memorandum itu, Perkid dikatakan menggunakan kekerasan yang melampau kepada pelatih antaranya, mencabut kuku pelatih, dirotan antara 100 hingga 200 kali ditapak kaki, ditampar dan ditumbuk.
Selain itu, memorandum itu juga menjelaskan Perkid menggunakan nama-nama orang tertentu untuk tujuan mendapatkan sumbangan. - mns_
Erti Persahabatan Bagi UMNO , “Tangan Kanan Acu Pistol Kepala DSAI/PKR” , “Tan
Oleh ulitmayang
Dalam keadaan , tangan kanan memegang pistol dan mengacukan ke kepala DSAI/PKR , manakala tangan kiri memeluk erat PAS sebagai seorang muslim sejati.
Agak sukar untuk GURU - GURU bagi menerangkan kepada murid – murid sekolah , peringkat menengah yang sudah ada akal , lebih – lebih lagi kepada peringkat yang lebih rendah , situasi sebegini.
Adakah terdapat perumpamaan yang sesuai , bagi menjustifikasikan keadaan yang terjadi kini ?
oh ya , mungkin PEPAT DI LUAR DAN RENCONG DI DALAM ? .
Bagaimana dengan kata – kata ini TELUNJUK LURUS KELINKING BERKAIT ?
Boleh lah tu , kalau tak betul – betul tepat , itu lah personaliti sebenar UMNO.
Tapi masih juga risau , sangsi dan syak yang melampaui tahap keraguan yang munasabah , macam mana UMNO boleh KONAR LEPER atau KONAR BARING , bukan setakat 1800 , tetapi 3600 dalam sekelip mata ?
Jaguh – jaguh handalan dunia dalam Formula One , spt Luis Hamilton , Rulf Shumaccer , dan team Mc Larren Mercedes , Sauber Petronas dan lain – lain kena belajar dari orang – orang UMNO , khususnya pemimpin – pemimpinnya , bagaimana cara – cara nak konar leper atau konar baring , nanti dalam Sepang F1 , 2009.
Adakah ini satu Umpan/perangkap/jerangkap/jerut Untuk PAS ?
Mungkin tidak boleh dinafikan ini sebahagian dari konspirasi terancang , bagi merosakkan nama baik .PAS [ Walaubagaimanapun , motif paling utama IALAH untuk menghancurkan PAKATAN RAKYAT.]
UMNO sedar , PAS tak mungkin dapat dihancurkan. Ini fakta.
Tetapi , ia boleh menjadikan nama PAS , begitu buruk dan hina di mata masyarakat.
Bagaimana mungkin , PAS boleh terjebak dengan situasi ini , dimana rakan dalam PR dihina begitu rupa , diaibkan , difitnah , dimalukan dan hancur maruahnya , tiba – tiba PAS boleh menyambut “SALAM” persahabatan ‘SEJATI” atas nama islam , dakwah dan Melayu ?
Bagaimana pandangan masyarakat umum , khususnya mereka yang tidak berparti , iaitu orang – orang atas pagar dengan sikap PAS ini?
Bagaimana pandangan dan PERASAAN masyarakat umum , khususnya mereka yang tidak berparti , iaitu orang – orang Cina dan India yang telah memberikan sokongan begitu padu kepada PAS , dengan sikap PAS ini?
Sekiranya ini berlaku , sangtlah malang bagi PAS . Ini sama lah dengan kata – kata SDR SUBKI ABDU LATIF , dalam media SIASAH , keluaran 13 -19 julai 2008 , ms 45 , Terbitan 0106 , bertajuk TIADA RUNDINGAN PAS DAN UMNO, di bawah kolum TERKENANG SEMASA LALU.
Bagaimana pandangan masyarakat umum , khususnya mereka yang menjadi musuh tradisinya ,dalam BN ? UMNO mengharapkan , ianya menjadi bertambah benci. Ini sudah dikira berjaya oleh UMNO.
Tidaklah susah untuk musuh , yang sudah membuat penyelidikan dan pembangunan SECARA MENDALAM , bagi mencemarkan nama baik lawannya ? Kacang bossssssssssssss!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Oleh kerana sudah ada persetujuan pucuk pimpinan tertinggi parti , untuk diadakan muzakarah , nak buat macam mana lagi , PAS kena teruskan juga muzakarah , perbincangan , dan perundingan ini. Nanti dituduh mungkir janji pulak. Mungkir janji itu , salah satu cirri orang MUNAFIK
Semoga berjaya membawa UMNO kembali kepada Islam , yang telah gagal dibuat oleh DSAI , dari tahun 1981 hingga 1998 , dalam program islamisasinya. InsyaAllah
-tranungkite
Muzakarah dengan Dr M dahulu - Mahfuz
KUALA LUMMPUR, 19 Jul (Hrkh) - Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu bermuzakarah dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan untuk bermuzakarah dengan PAS, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Haji Mahfuz Omar.
"Banyak perkara yang belum selesai antara Perdana Menteri dengan Dr Mahathir. Banyak persoalan yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir tidak dijawab oleh Perdana Menteri.
"Selagi perkara itu tidak diselesaikan, Perdana Menteri tidak ada kredibiliti untuk bercakap mengenai perbincangan dengan mana-mana pihak," katanya.
Menurut Mahfuz, walaupun Dr Mahathir berusaha bertemu Perdana Menteri untuk menjernihkan keadaan, apa yang berlaku selepas itu ternyata semakin buruk akibat sikap Perdana Menteri yang enggan menangani pelbagai persoalan yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir.
"Perdana Menteri bukan sahaja tidak mengatasinya (persoalan yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir), jawab pun tidak," kata beliau.
Keengganan Perdana Menteri untuk menjawab pelbagai persoalan yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir itu menyebabkan beliau disyaki tidak berterima kasih dan tidak menghormati orang yang mengangkatnya ke jawatannya kini sebagai Perdana Menteri, kata Mahfuz.
"Jika orang yang melantiknya ke jawatannya sekarang pun tidak dihormatinya, apa jaminan Perdana Menteri boleh menghormati pihak lain?
"Perbincangan atau muzakarah memerlukan rasa hormat antara satu sama lain," kata Mahfuz.
Menurut beliau, bukan sahaja masalah hubungan dengan Dr Mahathir perlu diselesaikan oleh Perdana Menteri, malah beliau perlu menyelesaikan hubungannya dengan mereka yang dipimpinnya.
"Walaupun Perdana Menteri berikrar mahu berundur dan mengharap diberi peluang dua tahun lagi, namun mereka yang dipimpinnya tetap tidak berpuas hati.
"Baru-baru ini, (Naib Presiden Umno, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) berkata, dua tahun terlalu lama. Ketua Pemuda Umno, (Datuk Seri) Hishammuddin (Tun Hussein) dan (Datuk) Shahrir (Abdul Samad) pula menolak saranan supaya tidak diadakan pertandingan memandangkan Abdullah sudah hendak berundur sebagai Presiden Umno.
"Kenyataan-kenyataan itu hakikatnya adalah undi tidak percaya kepada Abdullah. Bagaimana hendak berunding dengan orang menghadapi undi tidak percaya?" kata Mahfuz lagi.
Beliau bagaimanapun mengucapkan terima kasih di atas kesediaan untuk bermuzakarah itu._
MB: Kes MP Kelana Jaya ditumbuk selesai
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kejadian Ahli Parlimen Kelana Jaya ditumbuk oleh seorang pembantu setiausaha sulit beliau semalam, sudah selesai.Kejadian tersebut, Loh Gwo Burne ditumbuk oleh oleh pembantu Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad ketika cuba memberi pandangan masing-masing yang mewakili penduduk setempat.
Ia berlaku selepas Loh mempersoalkan pembinaan surau Al- Istiqamah semasa upacara pecah tanah pembinaan surau itu di Fasa Kedua Desa Mentari di Kelana Jaya.
Sebelum Loh ditumbuk telah berlaku kekecohan di mana sekumpulan penduduk membantah pembinaan surau itu yang didakwa tidak mendapat kelulusan daripada Majlis Bandaraya, Petaling Jaya.
Abdul Khalid berkata, kedua-dua pihak telah bermaafan sesamanya akibat kejadian yang berpunca daripada salah faham.
Menteri besar menyifatkan kejadian itu sebagai 'hal anak-anak muda PKR', demikian menurut laporan Bernama.
"Ia lebih kepada isu dalaman, biasalah anak-anak muda ghairah untuk bawa pendapat masyarakat cuma mungkin cara itu yang tidak kena," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Falak Selangor 2008 anjuran Jabatan Mufti Selangor di Shah Alam hari ini.
Beliau berkata kes itu juga akan dirujuk kepada Ketua Bahagian PKR terbabit iaitu, Syed Shahir Syed Mohamud bagi membincangkan tindakan selanjutnya kerana ia hanya membabitkan isu di bahagian berkenaan.
Perbezaan pendapat itu, katanya, perkara biasa dan berlaku di mana-mana, cuma cara untuk menyatakan perbezaan pendapat itu perlu mengikut saluran yang betul agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.
Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata kejadian itu mencerminkan bahawa PKR tidak bijaksana dalam menangani isu yang menyentuh agama.
"Kita (Barisan Nasional) biasanya konsensus berunding antara sesama kita tentang hak masing-masing di mana masjid di mana surau di mana gereja kita benarkan semua.
"Nampak sesama dia sudah wujud pertelingkahan sebegitu sampai (ke tahap) fizikal ahli parlimennya ditumbuk ini menunjukkan mereka tidak berjaya mengawal keadaan," katanya ketika
diminta mengulas mengenai kejadian itu selepas merasmikan Seminar Sehari "Islam Hadhari atau Hadharah Islamiah ?" anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini.
Muhammad yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata nampaknya Pakatan Rakyat retak kerana beberapa peristiwa yang memperlihatkan keretakan itu seperti ada yang tidak diajak berunding, ada yang terasa terpinggir dan ada yang cuba menguasai.
-malaysiakini
كو جاري
دلوروغ كليتا

دالم رمبغ مالم
دباوه كمرلافن نيون
كهيدوفن باكاي تياد سياغ
كو جاري
دهوتن باتو
مأنوسيا ملورو تمفا جمو
دالم داكافن سراكه نفسو
باكاي توهن تياد دسيتو
كو جاري
دتانه كرسغ
هاث باتو-باتو هيتم
كريغ دان كونتغ
كو جاريددأيره سفي
دهنيغ دينيهاري
ميسوري دناي
مييغكف وجه سوجي
مرمبس أير دكالي
سجود مرينتيه فد الهي
كو ماسيه دسيني
ممرهاتي
كيني كو فستي
أف يغ كو جاري
ciplak dari ustazmuda
Penyerahan royalti tanpa 'bukti hitam putih'
KUALA TERENGGANU, 19 Julai (Hrkh) - Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said menjelaskan bahawa tidak ada keterangan 'hitam putih' daripada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung penyerahan royalti petroleum lima peratus kepada kerajaan negeri Terengganu.
Ahmad dilaporkan sebagai berkata, kerajaan negeri itu dijangka akan menerima wang royalti petroleum dan gas itu yang pertama, September ini selepas ia dihentikan sejak tahun 2000 ketika PAS memerintah negeri itu.
Tidak diketahui bagaimana kaedah penyerahan dan berapa jumlah royalti yang akan diterima kerajaan itu dari kerajaan pusat.
Ahmad menyatakan demikian dalam pertemuan antara Dewan Harian dan Wakil-wakil Rakyat PAS Terengganu dalam satu pertemaun dengan Menteri Besar itu di Wisma Darul Iman di sini 15 Julai lalu.
Dato' Ahmad berjanji akan meneruskan kes tuntutan royalti petroleum itu di mahkamah sekali gus tidak akan menarik balik kes itu demi kebaikan rakyat dan negeri tersebut.
Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Haji Harun Taib berkata, pertemuan PAS dan Dato' Ahmad bertujuan meminta penjelasan sejauh mana janji PM untuk menyerahkan semula wang royalti petroluem berkenaan.
Ia tidak ada kena mengena dengan sebarang pakatan untuk menubuh kerajaan baru di Terengganu buat masa terdekat.
Dato' Harun membuat kenyataan berkenaan ketika berucap di Majlis Perasmian Sambutan Dua Dekat Madrasah Darul Taqwa, Kuala Nerus di sini baru-baru ini.
Turut berucap di majlis berkenaan ialah Ahli Dewan Undangan (Adun) Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah dan Mudir Madrasah Darul Taqwa, Ustaz Haji Mohd. Yaaqub.
Terdahulu, hampir semua Ahli Dewan Harian dan wakil-wakil rakyat PAS negeri itu hadir dalam pertemuan di Wisma Darul Iman itu.
Pertemuan itu berlangsung lebih sejam, menyentuh pelbagai isu termasuk penjelasan mengenai status penyerahan royalti petroluem dan gas oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Terengganu, kronisme dan lain-lain. - mns_