"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, July 19, 2008

Cubaan cemar imej, Perkid akan ambil tindakan undang-undang

HULU LANGAT, 19 Julai (Hrkh) - Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (Perkid) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Penerangan Umno Dusun Tua, Zamri Mohamad yang didakwa cuba menjatuhkan imej pertubuhan itu.

Menurut Pengerusi Perkid, Masridzi Sat, bermacam-macam perkara yang cuba ditimbulkan oleh pihak Zamri termasuklah menuduh Perkid mengambil kesempatan mencari keuntungan dengan menjual bayi yang diperolehi daripada pelatih di situ.

Selain itu, katanya, Perkid juga dituduh melakukan penderaan kepada pelatih sehingga mengakibatkan kematian serta mengenakan tindakan rotan kepada pelatih.

Masridzi menjelaskan, kematian pelatih terbabit tidak ada kena-mengena dengan penderaan sebaliknya pelatih yang memang penagih tegar itu jatuh tersungkur di dalam bilik air sehingga menyebabkan kematian.

Menurutnya, perkara itu telah dimaklumkan kepada pihak berkuasa serta pihak hospital turut membuat bedah siasat ke atas mangsa dan mengesahkan tidak ada kesan-kesan penderaan.

Beliau juga mengesyaki apa yang cuba diprovokasikan oleh pihak Zamri dan kumpulannya adalah bermotifkan politik.

Ekoran daripada ketidakpuasan dengan kejayaan Perkid, katanya, Zamri dan beberapa pengikutnya yang dikatakan penduduk Dusun Tua kira-kira 25 orang berarak ke rumah Perkid untuk menyerahkan memorandum bantahan agar Perkid dipindahkan ke tampat lain.

Bagaimanapun, Masridzi yang menyambut perarakan Zamri dan kumpulannya lima meter dari rumah Perkid sangsi apabila hanya kira-kira 25 orang sahaja yang menyertai demonstrasi yang terdiri daripada budak-budak remaja.

"Ini bukan bantahan daripada penduduk, saya dimaklumkan ada bantahan daripada penduduk Dusun Tua ke atas Perkid, tapi yang datang tidak sampai 30 orang, semuanya budak-budak remaja. Saya tidak yakin ini adalah bantahan daripada penduduk, saya syak ini hanya untuk kepentingan peribadi," katanya.

Beliau juga tidak menafikan apa yang cuba dilakukan oleh Zamri dan kumpulannya itu bersifat dendam peribadi dan dengki dengan kejayaan Perkid.

Masridzi juga berkata, Rumah Perkid yang berada di tengah-tengah kawasan penduduk langsung tidak mengundang sebarang masalah kepada penduduk setempat malah mereka senang hati dengan kehadiran pelatih Perkid.

"Kami tidak mendapat apa-apa rungutan daripada penduduk di sini, malah mereka senang hati kita ada di sini, bahkan pelatih Perkid pun turut menolong penduduk yang membuat kenduri, jadi tidak timbul soal rumah Perkid ini menggangu penduduk sebagimana yang dituduh oleh kumpulan terbabit," katanya.

Perkid telah membuat dua laporan polis di Batu 14 Hulu Langat pada 15 Julai baru-baru ini berhubung laporan akhbar Harian Metro yang membuat fitnah mengatakan Perkid beroperasi secara haram.

Laporan polis kedua pada 18 Julai berhubung desakan daripada pihak yang tidak bertanggung jawab meminta Perkid menghentikan segera aktivitinya.

Dalam pada itu, Penguam Mohd Khairuddin Othman yang juga bersama-sama menerima memorandum daripada Zamri, memberi peringatan kepada pihak terbabit agar jangan mudah menuduh orang tanpa bukti yang kukuh.

Katanya, Perkid adalah pertubuhan yang berdaftar dan mempunyai surat pengesahan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak 2004 ini bermakna kerajaan mengiktiraf Perkid.

"Jadi soal tempat yang dikatakan menganggu penduduk, meleset semata-mata, ini kerana sebelum meluluskan Perkid pihak JKM telah datang ke tempat ini dan sudah meninjau suasana di sini," katanya.

Sehubungan itu, Zamri yang ditemui mengakui belum pernah mengadakan sebarang perbincangan dengan pihak Perkid dan pada hari ini adalah kali pertama mereka bertemu mata bagi menyentuh ketidakpuasan hati mereka terhadap Perkid.

Zamri juga gagal membawa tanda tangan bantahan penduduk apabila diminta oleh Peguam Perkid Khairuddin memandangkan demonstrasi yang dilakukan hari ini adalah bantahan penduduk.

"Saya tidak bawa tanda tangan bantahan penduduk hari ini, nanti saya akan bawa kemudian, sehingga hari ini ada 200 tanda tangan penduduk," katanya apabila disoal wartawan berkenaan jumlah tanda tangan yang sudah terkumpul.

Zamri yang mengetui demostrasi bantahan itu diiringi dengan kain rentang yang tertulis 'Ustaz saya minta nyawa, siasat ke mana bayi-bayi dijual', dan 'Nilai seksa RM400 beli kain kapan'.

Demonstrasi bantahan itu mendapat permit daripada pihak polis Hulu Langat yang membenarkan selama satu jam bermula 9.30 pagi.

Di dalam memorandum dua helai itu yang ditanda tangani oleh Zamri dan rakannya Saiful Nasir mendesak Perkid menghentikan operasinya dan berpindah dari kampung Dusun Tua.

Menurut memorandum itu, Perkid dikatakan menggunakan kekerasan yang melampau kepada pelatih antaranya, mencabut kuku pelatih, dirotan antara 100 hingga 200 kali ditapak kaki, ditampar dan ditumbuk.

Selain itu, memorandum itu juga menjelaskan Perkid menggunakan nama-nama orang tertentu untuk tujuan mendapatkan sumbangan. - mns_

-harakahdaily

No comments: