
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Thursday, October 16, 2008
Roslan SMS Harus Nafi Cerita Ini...!!!
Yang dapat dilihat, Roslan begitu marah kerana seolah-olah nasihat saya itu mengatakan bahawa Roslan tidak menyukai Pakatan Rakyat. Justeru itu saya meminta dengan segala hormatnya supaya Roslan SMS menafikan cerita atau maklumat yang saya sudah sekian lama simpan ini.
Kita semua maklum Pak Lah telah mendedahkan muzakarah antara PAS dengan UMNO pada 20 hb Julai 2008. Namun, pada 12 Julai 2008, telah berlaku mesyuarat Pemuda PAS Pusat. Di dalam mesyuarat tersebut isu perbincangan dengan UMNO telah dibincangkan secara lantang,. Namun, Ketua Pemuda, Salahuddin Ayub dengan jelas menegaskan bahawa perkara ini telah dibincangkan di peringkat Pusat dan segala cerita berkaitan perjumpaan dengan UMNO telah dinafikan oleh pimpinan PAS Pusat.
Apa yang pelik dan hairannya berkaitan mesyuarat tersebut adalah kelambatan beberapa Exco Pemuda PAS Pusat di dalam menghadiri mesyuarat tersebut. Menurut maklumat saya, mereka yang lambat menghadiri mesyuarat Pemuda PAS pada 12 hb tersebut kerana mereka telah menghadiri mesyuarat lain di Bangi.
Mesyuarat tersebut diadakan pada waktu pagi kira-kira jam 8 pagi. Mengikut ramai exco pemuda yang menghadiri mesyuarat tersebut, Roslan SMS adalah pemanggil kepada mesyuarat tersebut dan terlibat dalam mesyuarat tersebut.
Perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat Bangi tersebut adalah betapa perlunya PAS bermuzakarah dan berbincang dengan UMNO. Juga, disebutkan betapa Islam sekarang ini di dalam bahaya sekiranya PAS berada dalam Pakatan Rakyat.
Oleh sebab itu, exco2 pemuda yang dijemput tersebut diminta supaya memainkan peranan supaya Pemuda PAS tidak menentang usaha berbaik dan berbincang dengan UMNO ini kelak.
Roslan SMS yang begitu marah dengan saya itu terlibat di dalam mesyuarat ini dan juga bertanggungjawab menganjurkan mesyuarat tersebut. Ini bererti beliau pernah terlibat dalam usaha-usaha anti Pakatan Rakyat sejak sebelum Pak Lah mendedahkan muzakarah tersebut.
Ini adalah maklumat yang saya dapat dari sumber yang tersangat boleh dipercayai. Namun, sekiranya Roslan SMS tidak suka dengan maklumat ini, saya dengan segala hormatnya menjemput Roslan SMS menafikan maklumat ini dengan sejelas-jelasnya.
Sekiranya tidak, saya merasakan Roslan SMS seharusnya menerima nasihat saya tempohari.
Tidak hairanlah, kita lihat sekarang ini terdapat exco-exco Pemuda yang secara terangan menyokong Muzakarah dan mempertahankan tindakan muzakarah ini. Rupanya, mereka telah mengetahui maklumat muzakarah ini sebelum Pak Lah mendedahkannya di media tempatan.
Syukur, segala fitnah terhadap Pakatan Rakyat ini telah terbukti fitnah dan tidak benar. Misalnya, maklumat kononnya DAP dan PKR mengizinkan Islam dipermainkan dalam kerajaan terbukti fitnah 100%, kononnya DAP menghalang azan di Puchong dan Kota Damansara, Anwar Ibrahim agen Amerika dan Barat dsbnya.
Hakikatnya banyak program Islam tidak berjalan di Selangor kerana kelemahan PAS dan bukannya kerana halangan dari DAP atau KeAdilan.
Saya amat gembira sekiranya Roslan SMS menafikan maklumat ini dengan sejelasnya.
-Tulang Besi
Harga Gas Dapur Tak Turun Ke?
Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) hari ini mendesak kerajaan agar menurunkan segera harga runcit gas memasak memandangkan harga petrol dan diesel diturunkan sebanyak 40 sen seliter dan 38 sen seliter dalam tempoh beberapa bulan ini.Presidennya, Mohd. Firdaus Abdullah berkata, kerajaan perlu menurunkan harga gas memasak kerana bahan berkenaan masih kekal pada harga tinggi walaupun harga petrol dan diesel telah diturunkan oleh kerajaan sebanyak tiga kali dalam tempoh tidak sampai tiga bulan.
Misalnya, kata beliau, harga tabung gas memasak 14 kilogram dinaikkan kepada RM24.50 ekoran kerajaan mengumumkan kenaikan harga bahan api tidak lama dulu, tetapi harga berkenaan kekal walaupun harga petrol dan diesel sudah diturunkan sebanyak 40 sen dan 38 sen seliter sehingga hari ini.
''Bagaimanapun, apabila harga bahan api dikurangkan sebanyak tiga kali, harga gas memasak kekal pada paras tinggi dan perkara ini perlu diberi perhatian," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kerajaan semalam menurunkan harga bahan api sebanyak 15 sen bagi petrol dan 20 sen bagi diesel iaitu kali ketiga dalam tempoh tidak sampai tiga bulan.
Kit Siang Desak AG Letak Jawatan Segera..!
Pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Kit Siang, mendakwa di Dewan Rakyat semalam bahawa siasatan peringkat tertinggi 'mengesahkan' Peguam Negara (AG) Malaysia, Tan Sri Abdul Gani Patail, menyalah guna kuasanya dengan mereka bukti dalam perbicaraan mantan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 10 tahun lalu, lapor laman berita Malaysiakini semalamLim berkata beliau mendapat tahu Datuk Idrus telah membuat kesimpulan bahawa peguam negara itu memang menyalah guna kuasanya untuk mereka bukti terhadap Datuk Seri Anwar.
Oleh itu, Lim mendesak Tan Sri Abdul Gani supaya meletak jawatan serta-merta.
'Bagaimana kita hendak benarkan seorang penjenayah (berkhidmat) sebagai AG? Apa yang sedang berlaku kepada Malaysia?' katanya.
Dakwaan bahawa Tan Sri Abdul Gani dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, mereka bukti dalam perbicaraan Datuk Seri Anwar muncul semula dalam satu dokumen mahkamah seorang pegawai polis bersara.
Mat Zain Ibrahim, yang mengetuai siasatan terhadap insiden 'mata lebam' Datuk Seri Anwar pada 1998, membayangkan dalam dokumen itu bahawa Tan Sri Abdul Gani melengahkan proses siasatan dan menyembunyikan fakta-fakta penting kes itu daripada pengetahuan AG ketika itu, Tan Sri Mohtar Abdullah.
Ketika itu Tan Sri Abdul Gani menjadi timbalan kanan pendakwa raya.
PM mahu peniaga turun harga barang
Perdana Menteri berkata, peniaga perlu melaksanakan tanggungjawab sosial bagi membantu meringankan beban rakyat tanpa perlu menunggu sehingga kerajaan bertindak.
"Berapa banyak kita turun, berapa kali kita turun... takkan tak boleh turun sikit secara sukarela," katanya selepas merasmikan majlis penutup Program Semangat Merdeka 2008 dan sambutan Aidilfitri di Akademi Kenegaraan di sini, semalam.
Masalahnya nak ke peniaga dan peruncit tu? Kementerian yang menguruskan hal ehwal pengguna buat apa? goyang kaki? makan gaji buta? setakat nak "mintak" peniaga turun harga barang tapi tak de nak ambik tindakan rasanya baik tak payah...
Sape-sape pun boleh suruh... bodoh piang punya Pi Em..!
Khak Ptuih..!
Najib denies power abuse ... again
KUALA LUMPUR, Oct 16 - Datuk Seri Najib Abdul Razak again denied any abuse of power in in the Altantuya Shaariibuu murder case, telling Barisan Nasional MPs today that his associate Abdul Razak Baginda would be free if there was any interference."Najib said there is no abuse of power. If he did, Razak would be free," a BN lawmaker told The Malaysian Insider after the breakfast meeting outside Parliament with Najib who, as BN chief whip, holds regular strategy meetings with the coalition's lawmakers.
The deputy prime minister made similar denials two days ago as he tries to quell a fresh storm of allegations swirling around the case after Malaysia Today carried a report detailing what it alleged was an exchange of text messages between Najib and prominent lawyer Datuk Shafee Abdullah.
The lawyer initially represented Abdul Razak who was eventually charged with abetting two police officers in the murder of Altantuya in 2006.
Opposition politicians and critics have seized on text message exchanges published in the Malaysia Today news portal, whose editor Raja Petra Kamarudin is detained under the Internal Security Act and is facing criminal charges of sedition and criminal defamation related to the murder case.
In one SMS, Najib allegedly tells the lawyer that Razak - his advisor - "will face a tentative charge but all is not lost".
Malaysia Today said this message raises some questions about Najib's role in the case. "Why did he mention 'tentative' charge and that 'all is not lost' for RB (Razak Baginda)? How would Najib know this before Razak was charged? These are important questions which will have ramifications, not just on this case but far beyond," a posting on the website said.
Meanwhile, Najib also told Umno lawmakers present at the meeting to reply and rebut allegations with substance, noting that some of them have done well with amply researched materials in the on-going budget debate.
"He told us that accusations such as the Eurocopter deal cannot be left unchallenged as public perception is important," another BN lawmaker told The Malaysian Insider, referring to opposition claims that the recently-announced Eurocopter contract to replace the air force Nuri helicopters was rushed and too pricey.
Najib, who is aiming to replace Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi as prime minister next march, also cautioned Umno MPs not to hurt the feelings and sensitivities of lawmakers from BN component parties in their parliament replies as relations in the BN are tense following some racial slurs and statements by the Malay lawmakers.
-TMI
Baik Untuk Kami???
Mentang-mentang pencalonan dah cukup... kah kah kah kah kah... awal-awal dah nampak takut kena cabar... aku ingat muka sembab ni dah berubah, rupanya dok tang lama jugak... cih...Tan Sri Muhyiddin Yassin yang setakat ini telah memperoleh pencalonan terbanyak untuk jawatan Timbalan Presiden Umno mengesyorkan supaya tempoh kempen pemilihan parti dipendekkan.
Ketika mengemukakan pandangan peribadinya hari ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, tempoh kempen yang panjang boleh menjejaskan tugas calon-calon yang memegang jawatan Kabinet.
"Semakin pendek tempoh berkempen lebih baik untuk kami," kata beliau kepada pemberita di sini sebentar tadi.
Aku suka ayat "semakin pendek tempoh berkempen lebih baik untuk kami" tu... bunyik dia macam "makin singkat tempoh kempen, makin kurang la pencabar aku"... kah kah kah kah kah...
Habis Madu, Sepah Dibuang: Pak Lah Mula Dipinggirkan...
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Johari Baharom menyelar segelintir anggota Kabinet yang didakwa mula menjauhkan diri daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berikutan pengumuman tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno.Johari berkata, beliau pernah melalui pengalaman yang sama ketika bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersara pada Oktober 2003.
"Saya telah melalui semua ini ketika Dr Mahathir bersara dahulu.
"Saya adalah bekas setiausaha politik beliau dan saya lihat ini berlaku. Dan segala yang dilalui Dr Mahathir itu, Pak Lah akan lalui juga," katanya pada penutup Program Semangat Kemerdekaan anjuran Biro Tata Negara di Akademi Kenegaraan di sini, hari ini.
Johari berkata, sepatutnya semua pihak, terutama ahli-ahli Kabinet wajar terus menghormati Abdullah walaupun beliau telah mengumumkan tempoh persaraannya kerana beliau tetap Perdana Menteri sehingga hari terakhir.
"Tetapi saya lihat kini ada pihak yang mula melarikan diri dari Pak Lah pada saat-saat akhir khidmat beliau," tambahnya.
Mengimbau pengalamannya dengan Dr. Mahathir, Johari berkata, beliau masih ingat bagaimana pada hari terakhir bekas Perdana Menteri itu mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet pada hari Rabu tiga hari sebelum bersara, beliau masih bersikap seperti seorang Perdana Menteri dan tidak seperti seorang yang akan bersara.
"Saya harap, Pak Lah juga akan bersikap begitu dan saya harap semua pihak juga akan terus menghormati Pak Lah sebagai seorang Perdana Menteri," tambahnya.
Nazri Tak Paham Bahasa Melayu...
Mohamed Nazri berkata, siasatan kes itu masih dijalankan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan ia bukan dilakukan oleh Pejabat Peguam Negara seperti yang didakwa anggota Parlimen DAP bagi Ipoh Timur, Lim Kit Siang pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalaan 2009 persidangan Dewan Rakyat semalam.
"Saya menafikan kenyataan Kit Siang itu kerana seperti yang kita semua tahu bahawa badan yang bertanggungjawab menjalankan siasatan itu ialah BPR dan bukannya Peguamcara Negara Datuk Idrus Harun.
"Ini adalah kerana berdasarkan kepada 'peraturan kehakiman asli' sendiri. Ia adalah tidak wajar bagi seseorang daripada Pejabat Peguam Negara menjalankan siasatan berkenaan kerana beliau akan menyiasat bosnya sendiri, menyebabkan penyiasatan menjadi tidak adil," katanya pada sidang akhbar di Bangunan Parlimen di sini semalam.
Mohamed Nazri berkata, beliau juga telah menghubungi BPR dan diberitahu bahawa siasatan masih dijalankan dan sebarang laporan lengkap belum diperolehi.
TP - Mamat ni tak reti bahasa melayu kot... setau aku Kit Siang tak cakap pun siasatan dah selesai... yang Kit Siang cakap, AG didapati terlibat memalsukan dokumen je... tak cakap pun sisatan selesai... apa la bangang menteri UMNO ni...
Otromen KJ Masih Yakin
Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yakin akan mendapat cukup pencalonan untuk melayakkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda pada pemilihan parti itu Mac depan."Mungkin sebab saya boleh dikatakan sudah menjadi calon 'underdog' sekarang.
"Jadi saya kena yakinkan balik ahli parti di peringkat akar umbi dan perlu bekerja lebih kuat lagi untuk mendapatkan sokongan daripada mereka," katanya yang enggan menjawab soalan mengenai peluangnya untuk menang dalam merebut jawatan itu.
Setakat ini, Exco Pemuda, Datuk Mukriz Mahathir yang menerima 40 pencalonan telah layak untuk bertandinng jawatan itu.
Khairy hanya mendapat 19 pencalonan manakala bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo (12) dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlism Datuk Zahidi Zainul Abidin (1) setelah 72 bahagian Pemuda mengadakan persidangan perwakilan.
Kuota bagi layak bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno ialah 39 pencalonan.
28 ditahan, halang Kg Plentong Tengah diroboh
kemaskini 12:55pm Seramai 28 orang termasuk pemimpin PAS ditangkap polis di Kampung Baru Plentong Tengah, Johor Bahru kerana cuba menghalang tindakan merobohkan kawasan setinggan tersebut.
Menurut setiausaha jawatankuasa bertindak penduduk, Taslim Nani, semua yang ditahan termasuk dua wanita dibawa ke balai polis Johor Jaya.
Mereka ditangkap sewaktu mengadakan benteng manusia di jalan masuk ke kampung itu dengan memegang tangan antara satu sama lain.
Kira-kira 500 penduduk membantah usaha perobohan itu.
Taslim, yang kini masih ditahan, memberitahu Malaysiakini, ahli jawatankuasa badan perhubungan PAS Johor Syed Othman Syed Abdullah turut dibawa ke balai polis berkenaan.
Menurutnya lagi, pengerusi jawatankuasa itu Sameon Abdullah pengsan sewaktu ditahan.
Bagaimanapun butiran lengkap kejadian ini masih belum jelas.
Pemaju kawasan itu Bukit Lenang Sdn Bhd merobohkan perkampungan itu selepas mendapat perintah mahkamah.
Menurut presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hassan Karim, yang juga bertindak sebagai peguam kumpulan penduduk itu, rundingan sedang dibuat antara penduduk dengan pemaju tersebut dan 291 buah dijangka tidak akan dirobohkan.
Tambahnya, beberapa rumah yang dirobohkan, setakat ini, tidak berpenghuni.
Menuru seorang penduduk, kira-kira 100 anggota polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan 200 lagi anggota polis termasuk yang berpakaian biasa hadir di kawasan itu yang sedang dirobohkan.
Kampung Baru Plentong Tengah, seluas 113 ekar, dipercayai mula dibangunkan antara 25 hingga 30 tahun lalu. Ia didiami lebih 2,000 orang, sebahagian besarnya Melayu, dengan 310 buah rumah.
Sementara itu, tiga orang peguam sedang berusaha untuk mendapatkan kebenaran pihak polis untuk bertemu dengan mereka yang ditangkap itu.
Ketiga-tiga peguam tersebut ialah John Fernandez, Kuna Nadesan
dan Mathews George.
John memberitahu Malaysiakini sebentar tadi bahawa mereka tidak dibenarkan masuk menemui kumpulan yang ditahan.
Katanya, mereka juga tidak dibenarkan menemui pegawai penyiasat bagi kes tersebut.
[Laporan penuh menyusul]