"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, October 16, 2008

Nazri Tak Paham Bahasa Melayu...

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menafikan dakwaan bahawa siasatan kes insiden 'mata lebam' Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah selesai dan hasil laporan itu mendapati terdapat elemen penyalahgunaan kuasa oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Mohamed Nazri berkata, siasatan kes itu masih dijalankan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan ia bukan dilakukan oleh Pejabat Peguam Negara seperti yang didakwa anggota Parlimen DAP bagi Ipoh Timur, Lim Kit Siang pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalaan 2009 persidangan Dewan Rakyat semalam.

"Saya menafikan kenyataan Kit Siang itu kerana seperti yang kita semua tahu bahawa badan yang bertanggungjawab menjalankan siasatan itu ialah BPR dan bukannya Peguamcara Negara Datuk Idrus Harun.

"Ini adalah kerana berdasarkan kepada 'peraturan kehakiman asli' sendiri. Ia adalah tidak wajar bagi seseorang daripada Pejabat Peguam Negara menjalankan siasatan berkenaan kerana beliau akan menyiasat bosnya sendiri, menyebabkan penyiasatan menjadi tidak adil," katanya pada sidang akhbar di Bangunan Parlimen di sini semalam.

Mohamed Nazri berkata, beliau juga telah menghubungi BPR dan diberitahu bahawa siasatan masih dijalankan dan sebarang laporan lengkap belum diperolehi.

TP - Mamat ni tak reti bahasa melayu kot... setau aku Kit Siang tak cakap pun siasatan dah selesai... yang Kit Siang cakap, AG didapati terlibat memalsukan dokumen je... tak cakap pun sisatan selesai... apa la bangang menteri UMNO ni...

No comments: