"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, October 16, 2008

Hangpa Tak Paham Ka?

Tengku Razaleigh Hamzah yang menawarkan diri bertanding jawatan presiden, mengalu-ngalukan cadangan agar bahagian mencalonkan calon yang belum lagi menerima cukup kuota pencalonan untuk bertanding pada pemilihan parti Mac tahun depan.

"Bagaimanapun terpulanglah kepada bahagian untuk memutuskan jika mahu berbuat demikian.

Tidak ada peraturan dalam perlembagaan parti untuk membenarkan bahagian-bahagian membuat pencalonan bagi calon yang belum mencapai kuota mereka," kata beliau.

Tengku Razaleigh setakat ini belum lagi memperoleh sebarang pencaloan untuk jawatan presiden yang ditawar untuk ditandingi.

Bekas Menteri Kewangan itu berkata anggota Umno hendaklah memilih calon yang mempunyai trek rekod yang bersih dan tidak terbabit dengan skandal termasuk rasuah kerana parti memerlukan seorang pemimpin yang bebas daripada skandal serta tidak menyebabkan imej buruk kepada parti.

Hangpa kena paham "makna"nya tu... tak kan tak paham-paham?

Maknanya - Calonkanlah aku oi...!!!

3 comments:

kulatlapok said...

salam PERISIK RAKYAT:

Lahhhh lupa pulak orang tua ni.. nama dia tak juga naik2 .. kesian dia, kesian dia, kesian dia, kesian dia.... (ni lagu penyu menangis).

Unknown said...

Kereta yang layak dijual kat kilang besi buruk..

Anonymous said...

Sebab tuu le umno tak leh berubah, dorg tak berani nak pilih org lain. Semua nye jadi Mr YESman je..
Bukan le bermakna yg KULI ni bersih n baik sangat, tapi, antara pemimpin umno yg ada, yg ni kira boleh le sebab dia dah lama tak pegang kuasa so, automatiknye "jahatnye" pun kurang le banding dgn yg lain-lain tu..
Nak pilih Najib sebab nak ikut teori RAHMA'N' kut, apakata pilih Tengku..teori boleh tukar jadi RAHMA'T', amacam??
Jgn le pilih Shabery, jadi RAHMA'S' le jawab nye..kah,kah,kah...
Memang korang kuat "ramas" pun, meramas harta rakyat....