"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, October 16, 2008

Dua Laporan BPR Dibuat Terhadap Setiausaha Politik MB Perak

IPOH, 16 Okt (Bernama) -- Dua laporan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dibuat terhadap Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Misbahul Munir Masduki atas dakwaan salah guna kuasa.

Laporan pertama dibuat oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Manik Zainol Padzi Paharuddin di ibu pejabat BPR Perak di sini manakala laporan kedua dibuat oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Manik dan Labu Kubong, Suib Sulaiman di pejabat BPR di Teluk Intan.

Zainol Padzi yang juga Ketua Pemuda Umno Perak dalam laporannya mendakwa Misbahul Munir mengeluarkan surat arahan meminta Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyerahkan kerja menyenggara sungai, parit dan tali air kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) secara runding terus.

Sebelum ini semua kerja berkenaan diserahkan kepada PPK yang kemudiannya membuka tawaran tender kepada kontraktor di kawasan masing-masing, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

"Dengan arahan menyerahkan semua kerja-kerja ini terus kepada JKKK yang dilantik kerajaan negeri seolah-oleh menidakkan bidang tugasan dan keupayaan kontraktor di kawasan tersebut," katanya.

Zainol Padzi mendakwa surat arahan kepada Pengarah JPS itu bertarikh 16 Sept lalu manakala surat arahan dari JPS kepada JKKK dikeluarkan bertarikh 6 Okt.

Sementara itu di TELUK INTAN, Suib, 55, dalam laporannya mendakwa Misbahul Munir menyalahguna kuasa dalam pelaksanaan projek pembangunan bernilai RM300,000 di kawasan persawahan Sungai Manik dan Labu Kubong.

Bercakap kepada pemberita di luar pejabat BPR Teluk Intan, Suib mendakwa Misbahul Munir mengarahkan Pengarah JPS menarik balik kerja menyelenggarakan projek pembangunan sawah Sungai Manik daripada pengerusi JKKK Persekutuan dan diserahkan kepada pengerusi (JKKK) yang dilantik oleh kerajaan negeri.

Beliau mendakwa sebanyak 36 pengerusi JKKKP telah menerima tawaran kerja bernilai RM300,000 sebelum ini tetapi telah ditarik balik ekoran arahan berkenaan.

Suib yang juga Pengerusi JKKKP Parit 12A Sungai Manik mengesahkan telah menerima surat daripada Pengarah JPS negeri bertarikh 16 Sept lalu dengan arahan penarikan balik berkuatkuasa 6 Okt lalu.

"Saya berharap tindakan undang-undang dapat diambil terhadap Setiausaha Politik itu...saya membuat aduan ini kerana mendapati tindakan Setiausaha Politik itu telah menyalahguna kuasa dan bersikap tidak adil,” katanya.

Sementara itu, Misbahul Munir menyifatkan dua laporan BPR itu sebagai gimik politik oleh pihak yang ingin menonjolkan diri semasa musim persidangan perwakilan bahagian Umno sekarang.

Dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini petang ini, beliau mendakwa surat yang didakwa sebagai bukti salah guna kuasa itu adalah surat biasa daripada Setiausaha Politik bagi memudahkan pengurusan kerajaan negeri.

Beliau berkata surat itu dikeluarkan selepas beliau menerima aduan daripada JKKK yang baru dilantik kerajaan negeri bahawa mereka menghadapi masalah mendapatkan kerja-kerja penyenggaraan tali air, parit dan longkang dari Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

"Seperti yang berlaku di masa lain, saya telah mengeluarkan surat memohon Pengarah JPS untuk memberikan kerja-kerja terbabit terus kepada JKKK ataupun melalui LPP kepada JKKK...tidak timbul soal mengarahkan kerana saya hanya memohon dan keputusan muktamad adalah ditangan Pengarah JPS, Datuk Ir Abdul Razak Dahalan," katanya.

Beliau mendakwa tindakan Zainol Padzi itu hanya gimik politik murahan Umno untuk mencari apa jua kesilapan yang mungkin dilakukan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

"Sesungguhnya dalam kes surat saya kepada pengarah JPS, saya sesekali-kali tidak pernah mengarahkan diserahkan kerja-kerja selenggaraan parit kepada JKKK yang baru," katanya.

Beliau berkata pengarah JPS juga tidak perlu melaksanakan permintaan yang beliau lakukan itu jika ia salah dan bertentangan dengan etika.

Misbahul Munir berkata beliau sedia disiasat dan dipanggil BPR berhubung dakwaan berkenaan kerana ia adalah tugasan yang dilakukan dalam bidang kuasanya sebagai Setiausaha Politik.

6 comments:

~PakKaramu~ said...

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Sebenarnya orang-orang UMNO ni memang nak cari pasal, cerita ni sebenarnya bukan boleh di jadikan hujah rasuah, sebab mereka nak ikut cara lama mereka sedangkan sekarang bukan mereka yang memerintah, so apa nak heboh-heboh sangat, negeri Perak PR yang memerintah, maka mereka wajiblah bertanggungjawab tentang kerja buat yang berkait dengan pentadbiran, apa kena mengena dengan kerajaan pusat

Setiausha Menteri Besar Perak jangan takut dengan barua-barua tu, kerja mereka memang macam tu, tak tahu malu !

matcomot said...

aku cuma nak bg tau....pendapatan dari saudara misbah daripada menjadi setiusaha politik MB perak cuma rm1500 sebulan.

aku bukan kata saudara misbah rasuah.tapi fikir lah sendiri....kesian kat dia..

berjuang dgn seikhlas hati tetapi masih ramai yang iri hati dan tak puas hati.

org gila shj yg blh tuduh saudara misbah sebegini

keris_warisan010 said...

Alahhhh, benda ni biasalah bila dah ade kuasa, sape-sape pun same aje...., 2 kali 5, 5 kali 2.

Unknown said...

Keris warisan masih berfikiran jumud..kesian aku...kat hang..

Anonymous said...

Mana ada sama..zaman pemerintahan Rasulullah dengan zaman pemerintahan Quraisy ada sama ke??
Elok le projek tu diserahkan secara runding terus kepada JKKK, tanpa melibatkan PPK sebab PPK cuma jadi org tengah dan depa ni akan pilih kroni..Bile projek diserah terus kpd JKKK, PPK hilang kuasa dan tak leh "mashukkk" le..tu sebab yg marah tu...
Serupa le dgn kes JKKKp, yg JKKKpersekutuan nak sebok dgn projek ni apasal??
Biar le "kampung" yg buat projek ni, kenapa "persekutuan" nak bolot semua? JKKKPersekutuan boleh buat projek di negeri yang diperintah KERAjaan persekutuan le..jgn sebok di negeri yg di perintah kerajaan Pakatan..

Anonymous said...

Zainol Padzi ni memang sial punya melayu. Umno Totok karat biru ni...
Mamat Dajal ni saja nak buat cerita je..Orang Umno memang sial..macam bagus..
"Wooi Zainol Padzi" {kalau hang baca blog ni...la) hang la melayu paling sial sekali kat perak ni...
Be Natang Kau....