"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, October 16, 2008

Habis Madu, Sepah Dibuang: Pak Lah Mula Dipinggirkan...

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Johari Baharom menyelar segelintir anggota Kabinet yang didakwa mula menjauhkan diri daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berikutan pengumuman tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno.

Johari berkata, beliau pernah melalui pengalaman yang sama ketika bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersara pada Oktober 2003.

"Saya telah melalui semua ini ketika Dr Mahathir bersara dahulu.

"Saya adalah bekas setiausaha politik beliau dan saya lihat ini berlaku. Dan segala yang dilalui Dr Mahathir itu, Pak Lah akan lalui juga," katanya pada penutup Program Semangat Kemerdekaan anjuran Biro Tata Negara di Akademi Kenegaraan di sini, hari ini.

Johari berkata, sepatutnya semua pihak, terutama ahli-ahli Kabinet wajar terus menghormati Abdullah walaupun beliau telah mengumumkan tempoh persaraannya kerana beliau tetap Perdana Menteri sehingga hari terakhir.

"Tetapi saya lihat kini ada pihak yang mula melarikan diri dari Pak Lah pada saat-saat akhir khidmat beliau," tambahnya.

Mengimbau pengalamannya dengan Dr. Mahathir, Johari berkata, beliau masih ingat bagaimana pada hari terakhir bekas Perdana Menteri itu mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet pada hari Rabu tiga hari sebelum bersara, beliau masih bersikap seperti seorang Perdana Menteri dan tidak seperti seorang yang akan bersara.

"Saya harap, Pak Lah juga akan bersikap begitu dan saya harap semua pihak juga akan terus menghormati Pak Lah sebagai seorang Perdana Menteri," tambahnya.

No comments: