"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, October 16, 2008

Harga Gas Dapur Tak Turun Ke?

Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) hari ini mendesak kerajaan agar menurunkan segera harga runcit gas memasak memandangkan harga petrol dan diesel diturunkan sebanyak 40 sen seliter dan 38 sen seliter dalam tempoh beberapa bulan ini.

Presidennya, Mohd. Firdaus Abdullah berkata, kerajaan perlu menurunkan harga gas memasak kerana bahan berkenaan masih kekal pada harga tinggi walaupun harga petrol dan diesel telah diturunkan oleh kerajaan sebanyak tiga kali dalam tempoh tidak sampai tiga bulan.

Misalnya, kata beliau, harga tabung gas memasak 14 kilogram dinaikkan kepada RM24.50 ekoran kerajaan mengumumkan kenaikan harga bahan api tidak lama dulu, tetapi harga berkenaan kekal walaupun harga petrol dan diesel sudah diturunkan sebanyak 40 sen dan 38 sen seliter sehingga hari ini.

''Bagaimanapun, apabila harga bahan api dikurangkan sebanyak tiga kali, harga gas memasak kekal pada paras tinggi dan perkara ini perlu diberi perhatian," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kerajaan semalam menurunkan harga bahan api sebanyak 15 sen bagi petrol dan 20 sen bagi diesel iaitu kali ketiga dalam tempoh tidak sampai tiga bulan.

1 comment:

goddamn those who should b damn said...

mentri2 kita semuanya makan steak impot australia,rumah depa tak masak ooi.lu mampuih lu punya pasailah. KERAjaan BN yg 'prihatin' ni kan dah suruh u org ubah cara idup,lain kali masak bakaqlah kayu api ataupun surat abaq utusan malayau, tu kan banyak kat rumah.