
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Thursday, October 23, 2008
Dakwa hina Islam: Pelajar UPM adu ke Jakim
Seorang pegawainya Fahmi Azar Mistar dituduh menyentuh sensitiviti agama apabila didakwa berkata "tidak guna solat kalau tidak bayar yuran" kepada seorang aktivis pelajar sewaktu dua mahasiswi tersebut diarahkan keluar asrama minggu lepas.
Nor Farhana Farzieana Azmi dan Nur Shafiqa Mohd Ali mulai semalam dibenarkan kembali menginap di Kolej Tun Perak sepanjang minggu peperiksaan yang sedang berlangsung.
Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM) membuat aduan tersebut kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Putrajaya hari ini berhubung kenyataan pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) itu yang disifatkan boleh menimbulkan kekeliruan.
"Kami harap pihak Jakim dapat merujuk perkara ini dengan universiti dan beliau (pegawai terbabit) harus minta maaf," kata presidennya Mohd Safwan Ab Ghani, yang membuat aduan tersebut, kepada Malaysiakini.
Mohd Safwan, yang baru sebulan memegang jawatan presiden persatuan berpengaruh itu berkata, dua pelajar termasuk aktivis itu Mohd Lukman Al-Hakim Low Abdullah yang menjadi saksi kejadian turut hadir.
Lima lagi pelajar mengiringi mereka bertiga.
Ketika pindah barang
Mereka turut menamakan Fahmi Azar dalam aduan kepada jabatan Islam itu.
Menurut Mohd Safwan, aduan tersebut diserahkan kepada bahagian perhubungan awam Jakim.
Pada 15 Oktober lepas, Fahmi Azar didakwa pernah berkata kepada Mohd Lukman Al-Hakim sewaktu sekumpulan pelajar hadir untuk melihat Nor Farhana Farzieana dan Nur Shafiqa memindah keluar barang-barang dari kolej tersebut.
Kedua-dua pelajar wanita itu dibuang dari Kolej Tun Perak atas alasan "tinggal secara tidak sah".
Pegawai HEP berkenaan enggan mengulas sewaktu dihubungi sebentar tadi.
Sementara itu, satu blog Angin Perubahan mendakwa Mohd Lukman Al-Hakim pernah menumbuk Fahmi Azar susulan kenyataan pegawai itu.
Menurut blog itu, satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian tersebut.
Bagaimanapun aktivis pelajar itu menafikan dan membuat satu lagi laporan polis pagi dengan mendakwa coretan blog itu "palsu" dan "menjatuhkan maruahnya."
-malaysiakini
Pak Lah to be PM till March; party polls may be in December
OCT 23 - Prime Minister Datuk Seri Abdullah Badawi said today the Umno supreme council will meet next Thursday to consider bringing forward Umno polls to December.
However the Umno president said that even if the party holds its elections in December, he will still hand over power to the new Umno president only in March assuming Barisan Nasional (BN) remains in control of the government.
Abdullah has already announced he will not seek re-election as Umno president, and Datuk Seri Najib Razak is the favourite to take over the party's leadership.
The party's general assembly had been postponed to next March to ensure a smooth transition of power, but some senior Umno leaders have been asking recently for the polls to be held in December instead.
Blog dakwa siswa tumbuk pegawai HEP
Dalam blog Angin Perubahan, aktivis itu didakwa memukul pegawai berkenaan Fahmi Azhar Mistar sewaktu mereka hadir menyaksikan perpindahan keluar dua mahasiswi Nor Farhana Farzieana Azmi dan Nur Shafiqa Mohd Ali dari Kolej Tun Perak sehari sebelumnya.
Blog itu mendakwa insiden itu bertelingkah dengan Fahmi "sebelum bertindak ganas memukul pegawai terbabit" pada 12.15 tengah hari 15 Oktober lepas.
Kejadian itu telah dilaporkan kepada polis dengan nombor Serdang/006582/08, lapor blog itu lagi.
"Mangsa menegur Norfarhana dan rakan-rakannya agar menjelaskan hutang kepada kolej sebelum berpindah kerana menduduki kolej secara haram.
"Kemudian tiba-tiba mangsa dipukul sekuat hati oleh Lokman," coretan di blog itu dipetik.
Dalam laporannya, Mohd Lukman Al-Hakim yang juga jurucakap kumpulan pelajar 'promahasiswa' itu turut menyebut Fahmi Azhar mempunyai kaitan dengan blog tersebut berdasarkan gambar yang dimuatkan dalam blog itu.
Pada masa kejadian, tambahnya, beliau tidak nampak orang lain mengambil gambar.
Jelasnya, pada waktu kejadian, beliau hanya menepis tangan pegawai tersebut kerana tidak puas hati dengan kata-kata yang dianggapnya "menghina Islam".
Laporan ini dibuat selepas beliau menemani presiden Persatuan Mahasiswa Islam UPM, Mohd Safwan Ab Ghani mengadu kenyataan Fahmi kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Putrajaya.
Nur Shafiqa, exco persatuan itu, dan Nor Farhana Farzieana, bekas exco Majlis Perwakilan Pelajar UPM, dibenarkan kembali ke kolej kediaman itu mulai semalam sepanjang minggu peperiksaan sekarang.
-malaysiakini
UPM: "Harimau Maut" Dalang Disebalik Penyingkiran?
14hb. Oktober, 2008 beberapa hari menjelang final exam yang dijadualkan bermula pada 20hb. Oktober, 2008, warga UPM dikejutkan dengan berita Penyingkiran 2 pelajar ahli ProM UPM dari kolej kediaman mereka.rujuk [sini].Sebenarnya aku pun tak tau sangat perkembangan awal hal-hal berkaitan isu berkenaan, tapi kebetulan pulak aku berada di majlis konvo UPM dari hari pertama sampai semalam dan sempat jugak aku jumpa dan berhubung dengan beberapa pelajar yang berkenaan lepas dapat tau berita tu dalam malaysiakini.
Hasil perjumpaan dengan pihak yang berkenaan, semuanya buntu bila diajukan sebab-sebab yang menyebabkan terjadinya penyebab kepada sebab-sebab yang jadi penyebab.nah kau...
Aku sempat jumpa sorang member dari unit Multimedia UPM (geng lama) sembang-sembang hal-hal yang tak berkenaan lepas tu tersembang lak hal yang mungkin ada kaitan.tapi geng tu tak tau la pulak pasal hal penyebab kena singkir ni... aku tak sembang pun dengan dia.
Teringat pulak aku sikit perbualan dengan geng PMIUPM pasal aktiviti-aktiviti awal ProM UPM dengan PMIUPM sebelum berlaku penyingkiran tu. mungkin ada sikit kaitan.
Beberapa hari sebelum tu pihak ProM UPM ada menghantar memorandum kepada pihak HEP.rujuk [sini].Antara tuntutan-tuntutan dalam memorandum tersebut ialah :
1 - Suruhanjaya pilihanraya melibatkan pemerhati luar yang adil dan saksama.
2 - Pilihanraya tidak berat sebelah.
3 - Mansuhkan penggunaan e-voting kerana pelaksanaannya diragui.
4 - Sistem bertanding atas tiket parti, bukan individu.
5 - Tiada gejala samseng atau pergaduhan berlaku.
6 - Tiada campur tangan pihak yang tiada kena mengena terutama pihak keselamatan dan pengurusan kolej.
7 - Wang cagaran calon dikurangkan daripada RM100 kepada RM30 atau RM50.
8 - Tempoh kempen rasmi dipanjangkan kepada tujuh hari bekerja berbanding lima hingga tujuh hari sebelum ini.
9 - Membenarkan penggunaan bahan kempen yang berwarna.
Yang no 3 tu jadik kaler lain sebab dia ada "special" sikit bagi aku.mungkin ada kaitan dan mungkin juga antara penyebab kepada penyingkiran 2 pelajar tersebut.
Apa tu e-voting?
E-voting ialah satu sistem pengundian online yang digunapakai oleh UPM sejak beberapa tahun dulu.kelebihan penggunaan sistem ini ialah pihak yang memantau perjalanan pilihanraya kampus dapat menjamin pengundian yang bersih dimana sistem ini tidak memungkinkan untuk mana-mana pelajar mengundi lebih dari 1 kali kerana adanya penggunaan id untuk setiap pelajar.
Sistem ini amat berkesan didalam menjamin peratusan mengundi yang tinggi iaitu melebihi 95%.mana la tak tinggi peratusannya, setiap pelajar yang belum mengundi akan dapat dikesan dengan mudah oleh para pemantau dan sekiranya anda dikesan sebagai individu yang "belum mengundi" kelibat anda akan dicari sehingga kelubang cacing (ni hangpa kena tanya geng-geng "Harimau Maut", budak-budak UPM tau la sape "Harimau Maut" ni... pada mata aku tak lebih tak kurang macam "Perintis Pemuda UMNO" je... berani dekat belakang.kalau kat depan jangan harap la... aku rasa geng-geng ni semua jenis pengguna "lampin pakai buang").
Manipulasi
Disebalik kebaikan dan kelebihan sistem e-voting, terdapat satu lagi kelebihan sistem ini yang amat-amat diminati oleh geng-geng "Harimau Maut" aka "Perintis Pemuda UMNO" iaitu ianya mudah dimanipulasi.
Sistem ini juga dapat mengesan undian setiap pengundi.kalau hangpa undi ProM atau Aspirasi maka para "sahabat-sahabat" yang punya kelebihan mengakses (pihak HEP confirm la dapat akses) sistem ini akan dapat mengesannya semudah menekan butang "enter" sahaja.
Kemungkinan jika pihak HEP adalah mereka-mereka yang tidak bebas (Pro Aspirasi atau Pak Penakan Aspirasi) maka kemungkinan anda akan menerima habuan tak cukup markah atau apa-apa sahaja yang berkenaan mengikut "budi-bicara" pihak HEP adalah cerah.
Anak-anak muda "Harimau maut" aka "Perintis Pemuda UMNO" yang berani dibelakang "Back-up" juga selalu memanipulasi keadaan ini.ramai pelajar yang mengadu diugut atau akan di"apa-apa"kan (aku tak tau la samseng tahap mana geng-geng "Harimau Maut" aka "Perintis Pemuda UMNO" ni tapi aku rasa tak lebih tak kurang macam kerismudin je kot) oleh geng-geng ini sekiranya didapati memilih lawan "Harimau Maut" aka "Perintis Pemuda UMNO" atau dengan erti kata lain memilih calon pro Pakatan Rakyat.
Lagi Tentang E-Voting
Satu perkara lagi yang mungkin tak ramai yang tahu tentang sistem e-vote ini ialah adanya satu urusniaga yang melibatkan pihak UPM dengan UTM (aku tak pasti yang mana tapi kemungkinan besar UTM Skudai) berkenaan sistem ini.
Aku difahamkan bahawa pihak UTM telah membeli sistem ini daripada UPM dengan harga yang cukup tinggi (berapa juta aku tak pasti) dan ianya akan digunakan untuk sesi pilihanraya kampus UTM yang akan datang.ada sahabat dari UTM yang dapat sahkan berita ni? (aku dapat info ni dari unit Multimedia UPM).
Perkaitan Antara E-Vote, "Harimau Maut" & PRK
Disebabkan masing-masing gagal untuk mengesan sebab musabab ke 2-2 pelajar tersebut disingkirkan dari asrama mereka dalam keadaan yang cukup kritikal (menjelang final exam) dan pihak HEP UPM juga gagal memberi sebab-sebab penyingkiran maka aku buat kesimpulan hasil sembang-sembang aku dengan mereka-mereka yang terlibat dan juga beberapa info yang aku dapat ada 2 perkara yang mungkin menjadi penyebab kepada penyingkiran 2 pelajar tersebut dari asrama mereka.
Sebab yang pertama ialah campurtangan politik dalam kampus.hasil maklumat yang aku dapat memaklumkan bahawa geng-geng "Harimau Maut" mendapat back-up dari beberapa individu berpengaruh dalam HEP UPM atau dengan kata lain mereka "digunakan" oleh tangan-tangan tertentu dari luar kampus untuk mengekang pengaruh pro Pakatan Rakyat didalam kampus.
Kebangkitan pengaruh Pakatan Rakyat harus disekat didalam Universiti (ini tidak berlaku di UPM sahaja tetapi juga berlaku di pusat-pusat pengajian tinggi yang lain di Malaysia) dan mana-mana individu yang mempunyai bakat memperluaskan pengaruh pro Pakatan Rakyat harus disingkir dari asrama.
Sebab yang kedua ialah berkenaan dengan tuntutan ProM UPM mengenai pemansuhan e-vote.jika tuntutan ini (yang ke 3 - mansuhkan e-vote) mendapat sokongan yang menyeluruh dari para mahasiswa dan juga mahasiswi UPM, pihak UPM akan menghadapi masalah "kreadibiliti".ini membabitkan urusan penjualan sistem berkenaan kepada UTM yang bernilai "mahal" macam yang aku sebutkan diatas.
Macamana UPM nak jual produk yang "ditolak" penggunaannya di tempat ianya dilahirkan kepada UTM jika kampung halamannya menolak ketelusan sistem tersebut?
Sekiranya hal ini (penolakan sistem tersebut) diketahui umum lebih-lebih lagi para mahasiswa/siswi yang bakal menggunakan sistem itu nanti, pasti mereka juga akan bangkit menolak penggunaan sistem tersebut di UTM dan ini pasti menimbulkan krisis di UTM selepas ini.
Oleh itu aku melihat penyingkiran 2 pelajar tersebut dari asrama lebih kepada untuk melindungi kepentingan-kepentingan beberapa individu berkaitan dan juga 1 usaha untuk menyekat kebangkitan gelombang perubahan didalam kampus.
Ada beberapa perkara yang perlu diteliti lagi dalam hal ini.nanti kita bongkar pulak siapa "Harimau Maut"... sibacul atau pengecut?
Mengapa Tolak Islam ?
Inginkah aku ceritakan kepada kamu akan sebuah kisah, bagaimanakah seorang manusia hina dahulunya, kini menjilat ludahnya sendiri. Bukannya ingin menimbulkan sensitiviti agama, tapi sekadar buat renungan kita bersama. Wahai para mujahid Islam sekalian, aku ini dahulunya adalah musuh kamu yang nyata. Aku adalah pejuang untuk memeriahkan lagi alam kemaksiatan di atas muka bumi ini. Bukan ingin aku membuka dosa silamku, tapi untuk agar kita sedar, bagaimanakah sebuah kehidupan dahulu yang penuh dengan kegembiraan,keseronokkan dan kebahagian, akhirnya kini ditinggalkan.
Benar, dahulu aku adalah penggemar minuman arak, aku adalah budak samseng di jalanan, aku adalah golongan yang menghina agama Islam habis-habisan. Aku adalah anak derhaka kepada ibu bapa, aku adalah orang yang sangat benci kepada golongan yang masuk kepada agama Islam. Tidak dinafikan, walaupun keindahan dan kebersihan Islam itu telah ku lihat, namun kerana manusia Islam di hadapan ku, aku menjadi insan yang keliru, mungkin kerana aku terlalu menginginkan kebebasan di waktu itu. Jawapan ku mudah ketika itu, mengapa perlu ada halal haram, sedangkan Tuhan menyediakan untuk kita semua di atas muka ini, untuk kita menikmatinya. Berdosalah kita, kalau kita menolakknya. Ya Allah, mulut ini pernah menghina Mu Ya Allah, ampunilah dosa silam yang begitu berat untuk ku bayar, dengan perjuangan yang tidak seberapa ini. Ya… aku pernah mencaci, dan memaki hamun, Zat Tuhan Yang Maha Suci.
Kini aku terpaksa menelan kembali segala kata-kata dahulu yang aku ucapkan. Kata-kata hujan penghinaan kepada agama Islam yang suci, dan kini aku menjadi begitu taksub kepada agama ini. Semakin aku mendalaminya, semangatku semakin berkobar-kobar. Perasaan bertambah takut dan risau semakin membuak-buak, semoga aku akan selamat daripada azabnya. Amin.
Ya, dahulu aku seorang yang hebat menghina agama Islam, tidak terbayang dosa yang telah aku lakukan. Aku tahu dan faham, golongan yang kembali kepada agama Islam, diibaratkan seperti kain putih. Namun, kain putih ini akan sentiasa diancam debu dosa kesilapan dengan kelemahan diri seorang insan biasa bergelar manusia.
Baru-baru ini mereka dikejutkan, mengapa aku begitu marah dan melampau, sehingga aku digelar anak kurang ajar. Ya aku akui, memang sikap melampau yang aku lakukan itu adalah sikap yang melampau pada seorang pegawai Univerisitui. Aku ada menepis tangannya, dengar kata dia sudahpun membuat laporan polis, dan kini pihak Keselamatan Universiti sedang membuat siasatan, buatlah apa sahaja, aku mengharapkan satu hari nanti mereka akan faham. Kalau boleh aku ingin melakukan lebih daripada itu pada masa tersebut. Jiwa ku benar-benar memberontak, dengan mendengar ucapan yang benar-benar menghancurkan perasaan hormatku kepadanya. Kalau aku mengaku aku yang bersalah, bermakna aku mengiktiraf kembali kebiadapan aku di zaman kejahilan lampau.
Ya, hati ini mula merajuk dan berkecil hati. Mengapa mereka mempersoalkan tindakan aku yang sepatutnya. Sedangkan pandangan mereka sekadar pandangan dari jauh, tanpa merasai keadaan apakah yang berlaku ketika itu. Aku yang merasainya, aku yang mendengarnya, dan aku adalah saksinya, dan aku adalah insan yang bersalaman dan kata-kata itu jelas terdengar di telingaku. Semua yang ada di situ ada mendengarnya. Cakaplah apa sahaja, berilah pandangan apa sahaja. Adakah ucapan “Tidak Guna Sembayang… wajib ataupun haram sekali kita mengiktirafnya? Demi menjaga kesucian agama ini, sehingga kini belum ada dalil yang mereka berikan kepada ku. Berilah kalau ada, aku sedia mendengar dan memahaminya. Kerana dengan siapakah aku pelajari agama ini, kalau bukan dengan mereka semua……
Dia kata tak guna sembayang.. kalau tak bayar yuran kolej. (Yuran kolej sudah dibayar). Yuran kolej bukan syarat untuk kita menunaikan kewajipan mendirikan solat. Kalau begitu, semua pelajar-pelajar UPM yang tak bayar yuran kolej bagaimana kedudukan keislamannya. Sebagai Mualaf, aku mohon penjelasan. Kepada PMIUPM, sila buat tindakan, kalau benar-benar kamu ingin mengangkat martabat Islam di kampus hijau ini.
Tatkala maruah Islam dicabar, tatkala Mahasiswa dihina sebegitu rupa… adakah masih perlu berdiam diri dengan gaya…. “melihat sahaja”Aku datang ke agama ini, malangnya.. mereka ibarat menolak kehadiranku dalam agama ini, Mengapa.. mengapa…. mengapa…..? Mengapa…? Sesungguhnya, dia adalah insan yang benar-benar nyata bersalah, adakah perlu dibiarkan saja, Islam dijatuhkan di hadapan mata dengan ungkapan yang hina… adakah masih boleh untuk diriku berdiam diri ???
-Suara Sepanjang Jalan
Wednesday, October 22, 2008
'Ramai jadi mangsa, tapi membisu'
"Kes yang berlaku pada saya hanyalah sebahagian kezaliman yang berlaku terhadap mahasiswa. Bukan sahaja di UPM tetapi di kampus-kampus lain pun, saya percaya perkara ini berlaku," kata Nor Farhana Farzieana Azmi.
"Sebagai mahasiswa, kami hadir di sini bukan untuk meraih simpati tetapi kami hadir supaya suara mahasiswa boleh didengar oleh seluruh masyarakat di seluruh negara."
Mereka ditemani ahli parlimen Ampang dan juga ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.
Nur Shafiqa mendakwa terdapat berbelas-belas lagi pelajar yang disenaraikan perlu membuat rayuan untuk tinggal di asrama tetapi mereka ini tidak diminta keluar seperti kedua-duanya.
"Ada nama-nama lain (disenaraikan), tetapi nama-nama lain sengaja diletakkan untuk bagi tidak nampak macam untuk cover (menutup persoalan itu)," katanya.
Tambahnya, berdasarkan maklumat yang diperolehinya daripada seorang pegawai pengurusan asramanya Kolej Tun Perak, tiada penyingkiran pelajar pada semester ini kerana kemasukan ke kolej kediaman berkurangan.
"Beliau cakap, memang semester ini tidak akan ada (pelajar) yang dibuang. Tetapi oleh sebab kami diberi arahan untuk dibuang, maka diletakkan nama-nama lain untuk mengaburi," tambah Nur Shafiqa.
Nor Farhana Farzieana pula berkata mereka muncul untuk mendedahkan isu itu "tanpa tekanan dan campur tangan pihak lain."
"Inisiatif yang diambil ini adalah kesedaran diri kami bahawa mahasiswa bukan anak kecil yang boleh ditindas," katanya.
Mereka berharap ahli-ahli parlimen sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat agar tampil menyuarakan isu yang sama.
UPM petang ini membenarkan mereka kembali tinggal di asrama berkenaan sehingga tamat minggu peperiksaan "atas dasar prihatin."
Sementara Zuraida berkata, beliau berjanji memastikan kedua-dua pelajar itu dapat mengikuti peperiksaan dan memastikan keputusan mereka tidak dianiaya.
"Saya akan ambil tindakan susulan, bercakap dengan pengurusan (kolej) profesor madya Dr Jasni (Sabri) untuk tanya pendapatnya, untuk berlaku adil," katanya.
Zuraida juga mengesyaki penyingkiran pelajar itu berkaitan dengan pilihanraya kampus - yang dijangka diadakan awal tahun depan - kerana bergiat aktif bersama persatuan yang tidak pro-Aspirasi, kumpulan pelajar yang menyokong kerajaan.
-malaysiakini
UPM: Farhana, Shafiqa boleh tinggal semula di kolej
Naib canselornya Profesor Datuk Nik Mustapha Raja Abdullah membenarkan mereka terus tinggal di Kolej Tun Perak sehingga tamat minggu peperiksaan akhir "atas dasar prihatin".
"Pelajar juga boleh memohon untuk tinggal di kolej kediaman lain tertakluk kepada kekosongan penginapan dan peraturan kolej berkenaan," jelas ketua Bahagian Komunikasi Korporat UPM Abdullah Arshad.
Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini petang ini [kenyataan lengkap di bawah], Abdullah berkata bagaimanapun kedua-duanya masih dianggap bersalah kerana melanggar peraturan kolej kediaman.
Difahamkan keputusan terbaru itu - selepas seminggu pelajar-pelajar wanita itu menumpang di rumah rakan mereka di luar kampus - dicapai oleh UPM pagi ini.
Dihubungi selepas keputusan rasmi itu, Nur Shafiqa berkata mereka belum membuat keputusan untuk kembali ke kolej.
"Barang-barang pun sudah dipindahkan, mungkin balik sekejap-sekejap," katanya.
Beliau masih tidak berpuashati dengan keputusan itu dengan alasan ia dibuat "seolah-olah hendak menutup kes ini."
"Surat (rasmi kebenaran tinggal semula) pun belum dikeluarkan, dan sebab pun tidak diberitahu," katanya, sambil menambah UPM telah memaklumkan keputusan itu kira-kira jam 4 petang tadi.
Nor Farhana Farzieana dan Nur Shafiqa (foto kanan), yang diarah keluar 15 Oktober lepas, mendedahkan nasib mereka di bangunan Parlimen hari ini dengan ditemani wakil rakyat PKR Zuraida Kamaruddin.
Manakala Persatuan Mahasiswa Islam UPM mendakwa, dengan penyingkiran dua mahasiswi ini, seolah-olah wujud usaha sistematik sejak tiga tahun lepas tidak membenarkan pemimpin dan ahli persatuan itu tinggal di asrama
Dua pelajar itu mencapai keputusan CGPA lebih 3.5 mata turut bergiat aktif dalam kegiatan berpersatuan tetapi tetap didakwa "tidak cukup merit" untuk layak mendapat kemudahan asrama.
Mereka yang menganggotai Kelab al-Biruni UPM, sebuah kumpulan eksklusif pelajar cemerlang universiti itu, kini sedang menghadapi peperiksaan akhir semester.
Dalam surat arahannya 14 Oktober lepas, UPM menyatakan kedua-duanya berada di kolej itu "secara tidak sah" dan "tanpa pengetahuan pihak pengurusan kolej".
Kedua-duanya menetap di kolej itu sejak awal semester ini setelah pengurusan kolej meluluskan permohonan mereka.
Pada asalnya, nama mereka tidak tersenarai sebagai penghuni kolej itu semasa pendaftaran semester ini, awal Julai lalu, walaupun dimaklumkan mendapat tempat seminggu sebelumnya.
Hasil perbincangan dengan pentadbiran kolej, Malaysiakini difahamkan, mereka akhirnya dibenarkan tinggal.
Namun, Jumaat dua minggu lepas, selepas menginap lebih tiga bulan di asrama berkenaan, pintu bilik mereka telah dikunci oleh pengurusan kolej tanpa sebarang notis rasmi.
Borang permohonan Mahasiswa Luar kampus (MLK) turut diselitkan bagi menyatakan mereka harus mencari kediaman di luar UPM.
Mereka bagaimanapun tidak mengisi borang itu kerana tidak berminat berbuat demikian.
Kedua-dua pelajar perempuan itu sekarang menumpang di rumah seorang rakan di Seri Serdang, taman perumahan bersebelahan kampus tersebut.
Kenyataan media UPM: Kes dua pelajar dibuang kolej
UPM ingin memaklumkan bahawa dua pelajar berkenaan iaitu Nor Farhana Azmi dan Nur Shafiqa Mohd Ali didapati menginap secara tidak sah di kolej berkenaan setelah merujuk kepada Sistem Maklumat Pelajar.
Kedua-dua pelajar ini tidak memenuhi kriteria untuk terus menginap pada sesi kemasukan 2008/2009 seperti yang ditetapkan oleh pihak kolej dan universiti.
Pelajar berkenaan sedia maklum akan peraturan berkenaan memandangkan setiap pelajar dibekalkan buku merit.
Berikutan itu, pelajar berkenaan telah disenaraikan sebagai pelajar yang tidak berjaya menginap di Kolej Tun Perak pada 23 April 2008 (cuti akhir semester bermula 28 April – 6 Julai 2008).
Bagaimanapun, pelajar berkenaan telah melanggar peraturan kolej dan terus tinggal di kolej berkenaan secara tidak sah setelah pemeriksaan dilakukan oleh pihak pengurusan kolej pada 25 September 2008.
Peringatan kepada pelajar telah dimaklumkan tetapi pelajar berkenaan masih degil dan terus menginap sehingga pihak kolej mengambil tindakan pada 15 Oktober 2008.
Secara asasnya, kes ini menunjukkan pelajar tetap bersalah kerana tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Pada awal semester, pihak kolej telah memberi peluang dan menasihatkan pelajar berkenaan untuk membuat permohonan semula untuk tinggal di kolej berkenaan serta pada masa yang sama, pihak kolej telah mendapatkan tempat untuk dua pelajar berkenaan di kolej kediaman lain yang lebih besar kapasitinya memandangkan Kolej Tun Perak memberi keutamaan kepada kemasukan Kor SUKSIS dan pengambilan kedua universiti.
Pada asalnya, pelajar tersebut telah bersetuju setelah pihak kolej menggunakan budi bicara yang memberi masa tiga hingga empat hari untuk pelajar berkenaan memindahkan barang-barang ke kediaman baru.
Sebaliknya, dua pelajar berkenaan hanya memindahkan barang-barang mereka daripada stor simpanan ke bilik lain yang tidak diketahui dan menurut ahli blok, mereka juga jarang berada di blok kerana takut dikesan oleh pihak pengurusan.
Ini menunjukkan pelajar tersebut tidak merasa bersalah walaupun terdapat keputusan yang dipersetujui bersama dengan pihak kolej berkenaan.
Pada pandangan UPM, pelajar berkenaan telah melanggar peraturan kolej kediaman.
Bagaimanapun berdasarkan laporan kes, Naib Canselor UPM telah menimbang situasi pelajar berkenaan dan atas dasar prihatin yang mengambil kira minggu peperiksaan akhir, Naib Canselor UPM bersetuju membenarkan pelajar terbabit untuk terus tinggal di Kolej Tun Perak sehingga tamat minggu peperiksaan akhir.
Pelajar juga boleh memohon untuk tinggal di kolej kediaman lain tertakluk kepada kekosongan penginapan dan peraturan kolej berkenaan.
Dengan keputusan ini, Naib Canselor UPM berharap pelajar berkenaan dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada peperiksaan akhir bagi semester pertama sesi 2008/2009.
Abdullah Arshad
Ketua, Bahagian Komunikasi Korporat
Universiti Putra Malaysia
-malaysiakini
DUN Penanti Diisytihar Serambi Mekah Utara
Pencapaian beliau semenjak mula menduduki kerusi Ketua Menteri P.Pinang amat menakjubkan dan dilihat lebih ke hadapan dari lain-lain negeri di bawah Pakatan Rakyat. Kerisauan masyarakat Islam di P.Pinang sebelum ini telah mula terhakis apabila Lim Guan Eng turut prihatin dengan permasalahan umat Islam di P.Pinang. Langkah pertama mula beliau dilantik sebagai Ketua Menteri, kawasan pertama yang beliau lawati adalah kawasan majoriti penduduk Melayu dan Islam. Beliau turut mengumumkan kenaikan elaun Guru KAFA di P.Pinang.
Baru-baru ini paling menakjubkan apabila sebuah daerah di P.Pinang iaitu kawasan Penanti telah dirancang untuk dibangunkan sebagai `Serambi Mekah' di P.Pinang. Mungkin tidak ramai yang percaya di bawah pemimpin Cina akan wujud satu daerah yang bercirikan Islam. Keprihatinan Lim Guan Eng terhadap masyarakat Melayu dan Islam di P.Pinang menyebabkan UMNO P.Pinang tidak mampu berdiri gagah sebagai pejuang Melayu Islam. Sebagai jalan keluar untuk menutup kelemahan mereka, UMNO P.Pinang terpaksa memainkan isu-isu perkauman dan ketuanan Melayu.
baca selanjutnya di [sini].
Usaha sistematik singkir pemimpin PMIUPM dari kolej?
Presidennya Mohd Safwan Ab Ghani berkata, sejak tiga tahun lepas, mereka "dibuang kolej beramai-ramai tanpa sebab yang munasabah bahkan sampai ada yang dipermainkan dengan begitu hina oleh pihak pengurusan kolej."
"Kami bimbang perkara yang sama akan terus berulang dari satu generasi (pelajar) ke satu generasi yang lain sehingga ia menjadi satu permainan yang yang cukup menyeronokkan bagi sesetengah pihak," katanya, mengulas dua pelajar cemerlang UPM, seorang daripadanya exco PMIUPM, yang dibuang dari Kolej Tun Perak minggu lepas.
"Kami tertanya-tanya apakah salah kami sehingga kami dilayan sebegini buruk. Apakah dosa kami sehingga kami dinafikan hak dan didiskriminasikan oleh pihak pengurusan kolej dan universiti.
"Nur Shafiqa Mohd Ali dan Nor Farhana Farzieana Azmi, yang dibuang kolej kediaman pada 15 Oktober, mendedahkan nasib yang mereka alami di bangunan Parlimen hari ini.Di sidang media tengah hari tadi, mereka mendakwa banyak lagi mahasiswa yang mengalami nasib seumpama mereka tetapi tidak berani menyuarakannya.
"Kes yang berlaku pada saya hanyalah sebahagian kezaliman yang berlaku terhadap mahasiswa. Bukan sahaja di UPM tetapi di kampus-kampus lain pun, saya percaya perkara ini berlaku," kata Nor Farhana Farzieana.
Beliau, exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UPM sesi lepas, dan rakan senasibnya Nur Shafiqa Mohd Ali, exco PMIUPM, muncul di depan ramai seminggu selepas dikenakan tindakan tersebut.
Kedua-duanya yang menganggotai Kelab al-Biruni UPM, sebuah kumpulan eksklusif pelajar cemerlang universiti itu, kini sedang menghadapi peperiksaan akhir semester.Dalam kenyataannya hari ini, Mohd Safwan menyebut beberapa kes pembuangan kolej yang melibatkan anggota dan pemimpin PMIUPM.
Pada sesi semester 2006-2007, tiga exco wanita persatuan itu didakwa dikenakan tindakan "tanpa alasan yang kukuh.
"Sesi berikutnya, kata Mohd Safwan, seorang exco persatuannya Nor Fathiah Daud "dibuang kolej pada hari pendaftaran kemasukannya di Kolej Mohamad Rashid padahal segala urusan pembayaran yuran dan pemberian kunci bilik telah selesai."
"Sebelum itu, beliau dibuang dari Kolej Pendeta Zaaba tanpa alasan yang kukuh," katanya.
Presiden PMIUPM sesi lepas Mohd Shukri Fahmi Shukor dan seorang exconya Mohd Sulhi Waqiyuddin "dibuang kolej sebaik sahaja memenangi kerusi Majlis Perwakilan Pelajar UPM dengan alasan 'setelah maklumat pelajar dikemaskini, nama anda didapati tidak tersenarai untuk tinggal di kolej ini'."
"Kes-kes ini hanyalah secebis daripada episod sedih yang menimpa ahli PMIUPM. Banyak lagi kes-kes yang kami tidak sebut di sini," kata Mohd Safwan.
"Melihat kepada kes ini yang saya sifatkan sebagai menjadi-jadi dan semakin melampau, saya sebagai presiden baru PMIUPM, ingin membuat satu dimensi baru dengan mengambil keputusan nekad untuk mendedahkan kes ini ke pengetahuan umum dengan harapan nasib kami dapat dibela.
"Inilah realiti sebenar yang terpaksa kami hadapi sebagai mahasiswa."
Mohd Safwan menyeru ahli politik dan NGO memberikan "pembelaan" berhubung nasib yang mereka alami.
"Kehadiran kami di kampus hijau ini bukanlah untuk dianaktirikan, tetapi mengharapkan tunjuk ajar bagi kami memimpin masyarakat pada suatu hari nanti," tambahnya.
-malaysiakini
Kabinet Mangkuk Hayun, Taiwan & Thailand
Dengan anugerah tanah yang subur, iklim bersesuaian, tenaga kerja ramai, berkemampuan dan diiringi kedudukan ekonomi serta politik yang stabil, belum cukup untuk dijadikan pengukur kejayaan tanpa usaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan dengan sebenar-benarnya slogan "Pertanian Adalah Perniagaan".
"Kita boleh pelajari dari Thailand", itu adalah kesimpulan yang diperoleh hasil lawatan selama empat hari Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed ke negara jiran itu.
TP - Kan aku dah cakap Kabinet Malaysia memang kabinet mangkuk hayun... Bulan lepas yang pi sampai ke Taiwan habaq dekat rakyat pi timba ilmu pertanian tu menatang hapa???
Aku tak banyak masa nak komen panjang-panjang, lagipun korang pun tau nak pikiaq sendiri kan?
Pak Lah - Ketua Kabinet Mangkuk Hayun.