"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, July 24, 2009

PerKATAK Beri KATAK 2..!

KUALA LUMPUR 22 Julai - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) memberi kata dua kepada Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) supaya membatalkan demonstrasi dan perarakan ke Istana Negara bagi membantah akta itu pada 1 Ogos ini.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, jika ia dipersetujui, pihaknya akan merayu Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) supaya membatalkan demonstrasi menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dijadual berlangsung pada tarikh dan kawasan yang sama.

Sekiranya tidak diendahkan GMI, Ibrahim menegaskan pihaknya akan turun padang menyertai demonstrasi Pewaris dan menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya menyertainya.

Sehubungan itu, beliau mendesak pihak berkuasa memastikan rancangan GMI itu digagalkan bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.

"Perkasa tak pernah turun ke jalan raya tunjuk perasaan, namun apabila kita komited kita akan genggam bara api sampai jadi arang, kita bukan turun (berdemonstrasi) untuk main- main.

"Saya sendiri sudah lama tak berucap pada acara tunjuk perasaan tapi kalau saya sudah mula, saya tidak akan berhenti," tegasnya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pada 1 Ogos ini, GMI yang membantah ISA dan Pewaris yang mempertahankan akta itu akan berdemontrasi dan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum mereka.

Kedua kumpulan yang berbeza pandangan itu dijangka bertembung di jalanan kerana mereka menggunakan laluan yang sama ke Istana Negara.

Sementara itu, Ibrahim menjelaskan, penglibatan Perkasa dalam isu itu bukannya untuk mengeruhkan keadaan sebaliknya kerana mahu melihat demonstrasi dan perarakan itu tidak berlaku demi kestabilan dan keamanan.

Katanya, Perkasa bimbang ia akan mencetuskan keadaan huru-hara memandangkan terdapat pelbagai isu berbangkit seperti kematian pegawai khas Exco Selangor, Teoh Beng Hock yang kini dieksploitasi pihak tertentu sehingga berbaur perkauman.

Katanya, jika tidak bertembung dengan kumpulan penyokong ISA sekalipun, perhimpunan GMI itu terdedah kepada provokasi oleh pihak yang bertanggungjawab.

"Saya syak mungkin ada dalang di sebaliknya, ia bukan soal ISA sahaja tapi mereka mungkin ada niat untuk cetuskan sesuatu yang tidak baik bagi mengalihkan perhatian rakyat dalam isu tertentu," katanya.

Ditanya sama ada tindakan pihaknya yang turut berdemonstrasi akan memburukkan keadaan, Ibrahim dengan tegas berkata: "Terpulanglah kalau itu dikehendaki GMI yang mahu himpunkan 40,000 orang.

"Dia kena ingat penduduk Malaysia semuanya ada 26 juta, GMI tak boleh paksa semua orang ikut kehendak dia,'' katanya.

TPU - Komen aku dekat bawah ni...

Thursday, July 23, 2009

TGNA: Meragukan, Tapi Bukan Haram

KOTA BAHARU, 23 Julai (Bernama) -- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui perbuatan memegang lilin di majlis memperingati kematian orang bukan Islam adalah "sesuatu yang meragukan" tetapi berpendapat perbuatan itu tidak haram di sisi Islam.

Beliau mengulas tindakan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin yang memegang lilin dalam majlis memperingati kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada seorang anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Menteri Besar Kelantan itu juga menegaskan perbuatan itu tidak bercanggah dengan agama jika umat Islam dapat membezakan antara adat resam dan budaya dengan agama sesuatu kaum.

"Tapi saya, selalu (apabila) orang (beragama) Hindu jemput saya pergi ke majlis dia, Cina jemput pergi majlis dia, saya akan tanya ini agama ke atau adat resam.

"Saya kata kalau agama saya tak boleh pergi tapi kalau adat resam saya boleh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan 2009 di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV, di sini, Khamis.

Sebelum itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa dalam laporan akhbar mempertahankan tindakan Mohd Nizar dengan menyatakan ia tidak menyalahi ajaran Islam manakala Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pula mahukan ulama Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Mohd Nizar itu.

Nik Abdul Aziz berkata, lilin ini sudah menjadi budaya kepada orang Melayu di mana anak-anak turut menggunakan lilin sewaktu menyambut hari jadi dan ia sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat sekarang.

"Jadi lilin digunakan sebagai satu simbolik untuk masalah umur," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya pandangannya mengenai tindakan seorang model yang rela dirotan selepas didapati bersalah kerana minum arak oleh Mahkamah Majistret Kuantan kelmarin, Nik Aziz berkata tindakan itu wajar kerana menunjukkan pesalah terbabit sudah insaf.

Menurutnya, jika model itu boleh menerima hukuman sebat, maknanya dia sudah terlepas hukuman di akhirat dan ini bertepatan dengan langkah Pas mahu melaksanakan hukum hudud.

Ku Li Sertai PKR?

Walaupun menafikan beliau akan menyertai PKR selepas dijemput secara terbuka oleh Datuk Zaid Ibrahim, Tengku Razaleigh Hamzah dipercayai mempertimbangkannya dengan saksama.

Bahkan, desas-desus yang mengatakan beliau akan menuruti jejak Datuk Chua Jui Meng yang menyertai PKR selepas menafikannya, kini bertiup kencang dan tidak ditolak oleh rakannya, Ustaz Ibrahim Azmi.

Seterusnya di : Siasah

Gas Kelantan: Ahli Parlimen Kelantan Akan Lawat Pelantar

KOTA BHARU, 23 Julai : 30 orang yang terdiri dari anggota Parlimen dan ADUN di samping para wartawan dan pemimpin masyarakat akan dibawa melawat pelantar minyak dan gas yang dikatakan berada di perairan Kelantan 4 Ogos ini.

Turut dipelawa menyertai rombongan itu adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin Abu Bakar.

Menurut maklumat Siasah, rombongan itu dianjurkan oleh kerajaan negeri Kelantan melalui EXCOnya, Datuk Husam Musa.

Husam ketika dihubungi Siasah berkata, tujuan lawatan ini adalah untuk membuktikan bahawa ada pengeluaran gas dan minyak berlaku di kawasan pertindihan antara Kelantan dengan Thailand.

Mereka dijangka akan menaiki sebuah kapal nelayan laut dalam dan bakal mengharungi laut China Selatan selama 12 jam sebelum sampai ke pelantar minyak itu.

Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri apa yang didakwa oleh Husam sebelum ini bahawa Petronas mengeluarkan minyak dari perairan Kelantan.

Oleh itu, sebagaimana Terengganu dan Sabah, kerajaan negeri Kelantan juga berhak mendapatkan royalti sebanyak lima peratus dari Petronas.

Sebelum ini, kerajaan negeri Kelantan telah menghantar surat kepada Petronas dan kerajaan Pusat menuntut royalti RM1 bilion yang menjadi hak rakyat negeri itu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin dalam kenyataannya meminta Petronas menjawab isu ini dalam masa 48 jam namun sehingga kini tidak ada sebarang kenyataan dari Petronas mengenainya.

Sumber - SIASAH

*Kalau tiada aral melintang, aku akan ikut sekali rombongan ni... tunggu pengumuman seterusnya...

Rosmah: 1Malaysia Kecewa..!

Hari ni aku kecewa lagi... bukan aku je yang kecewa rasanya, tapi mungkin jugak 1Malaysia turut sama kecewa...

Sebab apa aku kecewa...?
Bukan sebab gambar ni... aku tak kecewa pun bila gambar keluarga 1Malaysia melakukan tawaf menegelilingi kaabah keluar dalam banyak media, malah aku pun gembira dan aku pun berdoa semoga keluarga 1Malaysia akan pulang dengan wajah baru... wajah penuh cahaya...

Tapi hari ni aku kecewa sebab...
ISTERI Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bermesra dengan salah seorang pesakit kanak-kanak ketika melawat Wad Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur sempena hari lahir suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Kuala Lumpur hari ini. Gambar UTUSAN

Ceh... ingatkan dah insaf... rupa-rupanya belum... "Puaka" betul..!

Khak Ptuih..!

Aku Dah Cakap Dah RM, RM Semua Gila..!

Aku dah cakap dah penguatkuasa undang-undang dekat Malaysia ni semuanya gila babi..!

Haritu SPRM, ni PDRM pulak..!

Semua gila babi... H1N1 dah menular... tahap cipan dah ni... hati-hati semua oi..!

PEWARIS - Copy & Paste

  • Gerakan penyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menambahkan kekuatan mereka dengan melibatkan kumpulan baru dengan dua lagi lokasi perhimpunan 1 Ogos nanti.
  • Timbalan Presiden II Pewaris, Rahimuddin Md Harun memberitahu Malaysiakini hari ini, dua NGO Melayu ini akan berkumpul di Masjid Negara mulai jam 11 pagi dan akan bergerak ke Dataran Merdeka jam 1 tengah hari.
Pergh..! disebabkan semua program yang PEWARIS anjurkan diciplak tarikh, waktu dan juga masa, maka aku cadangkan supaya PEWARIS tukar nama...

Copy & Paste..!

Kah kah kah kah kah...!!!

Buat masa ni PEWARIS plan supaya penyokongnya pakai baju putih, GMI pulak pakai baju merah-hitam... esok aku agak PEWARIS pun tukar kaler baju jugak...

Supaya senang media perdana nak putar-belit jumlah dan gambar penyokong masing-masing...

Kah kah kah kah kah...!!!

Siapa Sebenarnya Yang Terlibat Dengan Kongsi gelap..?

Bravo..!

Yang lain-lain dalam komponen Barisan Nasional nampaknya dah mula sedar akan kehendak dan kepentingan "Rakyat"... masing-masing mula menghayati slogan "1Malaysia" yang dicipta oleh Najib PM.

Tapi sayang... orang yang mencipta slogan "1Malaysia" dan juga parti "MeLAYU" UMNgOk... masih gagal...

Gagal mengawal nafsu dan juga gagal mengakui kesalahan... masih lagi ada RM, RM, RM, RM, RM, RM dalam kepala otak mereka..!

Buduh sungguh..!

Part yang paling best korang baca dekat bawah ni...
Dalam kes BTH pro BN dok tuduh Pakatan Rakyat melalui DAP terlibat dengan Kongsi Gelap... macam mana pula dengan dakwaan Ong yang juga datang dari parti komponen BN ni..?

Ada sape-sape nak komen..?

Ikut Langkah Chua: Beratus Ahli MCA Keluar Parti

Dua hari lepas, 323 ahli MCA bahagian Sungai Besar, Selangor, telah keluar parti dan menyertai PKR. Borang keahlian diserahkan melalui DS Anwar Ibrahim.

Kita mendapat maklum, MCA bahagian tersebut mulai lumpuh selepas PRU-12 yang lalu. Dijangka beribu lagi ahli MCA sekitar kawasan Sungai Besar akan keluar parti dan menyertai sama ada PKR atau DAP.

Untuk makluman, jiran kawasan Sungai Besar ialah Sekinchan di sebelah selatan dan Sabak Bernam di sebelah utara. Sekinchan ialah kubu kuat DAP dan dikuasai oleh ADUN-DAP.

Sumber - Fakulti Siyasah Syar'iyah

ETIKA Emas Diserbu Secara Gerila..!

Salam,

Malam semalam TV3 telah siarkan ETIKA EMAS BERNIAGA SECARA HARAM, kemudian di nafikan oleh Presiden ETIKA EMAS Saudara AMIN SUFIAN juga di TV3 demikian juga dalam dada-dada akhbar dalam negara kita.

APAKAH TUDUHAN ?

Tuduhan mungkin juga ETIKA EMAS ini di syaki mengambil wang dari pembeli emas secara tidak sah atau ETIKA EMAS mengembangkan perniagaannya hasil dari sumber haram ? atau wang panas dan sebagainya

Bank Negara telah menjalankan tugasnya atas arahan ? Dan mereka menyerbu juga mungkin atas arahan, apa yang kita tahu dari TV3 ialah kerana ada aduan dari orang tertentu ,apa tujuan ? Inipun kita tak tahu, yang jelas ETIKA EMAS sebuah syarikat orang melayu yang beragama islam yang banyak membuat kerja amal dengan aktiviti derma kepada yang memerlukan termasuk golonganyang tidak bernasib baik.

Baca seterusnya di blog PakKaramu di[sini]...