"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, March 27, 2010

Harun Din Engkar Keputusan Parti, Dikekalkan Dalam Syura?

Hairan saya. Dato Harun Din telah melanggar keputusan PAS dalam isu "Kalimah Allah secara terbuka. Kalau nak tengok bukti dan keterangan boleh klik di sini.

Dato Harun Din secara terang-terang melanggar keputusan parti. Beliau telah melakukan "keengkaran" pada tahap maksima. Namun, parti masih mengekalkan beliau sebagai Ahli Majlis Syura?

Pada waktu yang sama, Ustaz Ahmad Awang, yang mengikut keputusan parti 100%, tidak pernah melanggar apa-apa disiplin parti, telah dibuang dari Majlis Syura.

Ini bermakna:
1.0 Keputusan Parti tidak penting untuk ahli PAS mengikutinya. Sesiapa sahaja boleh melanggarnya kerana tetap akan diberikan jawatan.

2.0 Sesiapa yang mengikut dan menjadi penyokong "Geng Perpaduang" akan terlepas dari apa-apa tindakan disiplin.

3.0 Sesiapa yang menentang "Agenda Perpaduang" akan dibersihkan dari parti

4.0 Presiden PAS tiada maruah apabila keputusan parti yang dibuat atas nama beliau sendiri telah tidak dihormati oleh Dato Harun Din

5.0 Taat kepada disiplin parti tidak akan dipandang oleh kepimpinan parti.

6.0 Penggantungan Khalid Samad adalah salah satu tindakan membersihkan mereka yang menentang agenda Perpaduang dalam PAS.

7.0 Kalau TGNA tidak dilantik Mursyidul Am, usaha membawa PAS kepada UMNO akan lebih rancak lagi selepas ini.
Tulang Besi

Friday, March 26, 2010

Ahmad Awang Dipecat Dari Syura?

Di samping “khabar angin” bertiup kencang mengatakan Tok Guru Nik Aziz tidak akan disambung perlantikan beliau sebagai Mursyidul Am, turut tersebar adalah khabar bahawa Ustaz Ahmad Awang juga akan ditamatkan khidmat beliau sebagai Ahli Majlis Syura.

Saya berharap sangat kedua-dua khabar angin ini terbukti tidak benar. Namun, dalam politik Malaysia, khabar angin biasanya lebih benar dari khabar rasmi. Contohnya, kes pemukulan Rahim Nor terhadap Anwar Ibrahim

Harap-harap tiada amalan membalas dendam dalam PAS hanya kerana Ahmad Awang secara terang-terang:
a. Menolak kerajaan Campuran UMNO-PAS di Perak
b. Menolak permintaan Haramsani yang mana Haramsani diketahui mempunyai hubungan intim dengan salah seorang anggota Syura yang senior
c. Mendedahkan konspirasi menubuh kerajaan perpaduan di Perak di hadapan para perwakilan PAS tahun lepas
d. Menjadi "icon" menentang usaha "PERPADUANG" di dalam PAS
Lagi satu yang herannya, orang yang langgar keputusan parti dalam isu Kalimah Allah secara terang-terang masih dilantik semula sebagai Ahli Majlis Syura?

Apa akan jadi pada disiplin parti selepas ini, saya pun tak tau?

Tulang Besi

p/s - ada satu khabar angin terbukti tidak betul yakni Tulang Besi tidak pernah membayar yuran keahlian PAS. Tulang Besi tidak pernah terlepas bayar yuran keahlian tetapi Tulang Besi selalu bayar pada PAS Kawasan Lembah Pantai melalui Haji Sulaiman, bekas YDP PAS Lembah Pantai. Hj Sulaiman ni biasanya kita jumpa di Restoran Amjal Lembah Pantai kerana beliau mempunyai gerai menjual rojak dan laksa di situ.

p/s - Tulang Besi dinasihatkan oleh peguam supaya membuat laporan polis ke atas pendedahan maklumat keahlian PAS oleh blogger picisan bernama Batu Api. Tulang Besi bercadang untuk berbuat demikian minggu depan tetapi masih memikirkannya.
Majlis Syura: Ahmad Awang tidak terima maklumat
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 26 Mac: Ustaz Ahmad Awang (gambar), bekas anggota Majlis Syura Ulama PAS pagi tadi berkata, beliau tidak pula diberitahu oleh kepemimpinan PAS bahawa khidmatnya tidak lagi diperlukan oleh majlis itu seperti yang dispekulasikan di dunia maya sejak dua hari yang lalu.

“Ana memang tidak ada menerima apa-apa lagi maklumat itu,” jelas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Bagaimanapun, beliau secara peribadi telahpun memberitahu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa beliau masih bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut demi memperkukuh parti.

“Ahad lepas, apabila Presiden singgah di Semangol (Perak), saya ada bertanya tentang perlantikan semula Majlis Syura dan beliau (Abdul Hadi) menjelaskan beberapa orang akan dilantik.

“Dari pertanyaan saya itu, Ayah Chik (Abdul Hadi) tentu faham bahawa saya masih bersedia untuk pikul tanggungjawab perkukuh parti walaupun saya tolak pelawaannya untuk saya dilantik semula menjadi Pesuruhjaya PAS (Perak) selepas muktamar lalu (2009),” ujarnya.

Maka, beliau berkata, tidak timbul persoalan bahawa beliau tidak berminat lagi untuk memberi komitmen kepada parti seperti yang didakwa oleh pihak tertentu.

Ini kerana, menurut beliau, perbualannya dengan Abdul Hadi jelas mencerminkan beliau bersedia memikul amanah tersebut demi memperkukuh parti.

“Kalau saya tidak berminat untuk menjadi (ahli majlis) syura, perkukuh parti, takkan saya bertanya Ayah Chik (Abdul Hadi) tentang perlantikan semula majlis syura,” ujarnya.

Ditanya tentang kaedah baru dalam perlantikan semula Majlis Syura Ulama, beliau berkata, kaedah tersebut sekadar menurut tatacara Perlembagaan PAS yang baru dipinda.
Katanya lagi, sepatutnya usia menjawat jawatan dalam majlis tersebut sehingga bulan September ini.

Namun, kesemua anggota Majlis Syura, termasuk dirinya bersedia untuk melepaskan jawatan lebih awal demi memudahkan pengurusan pentadbiran parti, tidak lebih dari itu.

Dalam perkembangan yang lain, beliau berkata, dengan tidak dilantik lagi Pesuruhjaya PAS membolehkan beliau memperkukuhkan parti dengan beberapa aktiviti dakwah yang lain.

Aktiviti dakwah tersebut, menurut beliau, termasuk membina sebuah pusat pendidikan dakwah di peringkat negeri.

“Sebenarnya saya tengah fokus tentang projek membina pusat pendidikan dakwah di sini, nak buat rumah anak yatim, kelas-kelas al-Quran, jadi saya perlu fokus mencari RM6 juta hingga RM7 juta,” ujarnya.

Air Mata Melayu Di Johor "Darul UMNO"...

Apabila hujan turun teringat trajedi semalam..

Kisah pertama : "Terlihat kelibat seorang surirumah yg sedang 'mengendong' anak lalu sy bertanya: Belum pindah lagi ke kak.. dia menjawap: tunggu masa je dik.. tu dah dengar jentera berat menderum.. kejap lagi runtuh la rumah ni.. sambil mengemas barangan dlm rumahnya...

setengah jam kemudian bila saya ke situ lagi.. jentera rumah sedang meruntuhkan rumah yg telah didiami lebih 20 tahun.. beliau hanya mampu melihat sambil air matanya tumpah.. tangisan anak yg didukong semakin kuat...

Kisah kedua : seorg surirumah baru hendak mengemas barangan rumahnya.. sepontan si-suami melarang seraya berkata ..'dah la tak payah kemas barang tu.. biar la .. dulu kita mula duduk sini tak ada pa yg kita bawa.. biarla kita keluar pun dgn kosong tangan'.. si isteri terkedu.. maka bercucurlah air mata..

Kisah ketiga : 'seorg kanak2 yg masih mentah lagi bertanya sepontan kpd si-ayah setelah rumahnya ranap diroboh.. 'Ayah malam ni kita nak tidur kat mana....".. kat sini la.. kata si-ayah dalam keadaan kalut dan binggung.. dan sempat berkata kpd sy.. kita serahkan kpd Allah utk membalasnya..

Kisah keempat: Dalam tangisan kanak2 berpakaian sekolah dgn diiiringi hujan dan dentuman guruh semasa rantaian manusia dibena utk menghalang ratusan polis menerpa demi mempertahankan rumah dan surau.. ada seorang insan yg berlainan agama dan kaum (seorg watrtawan india).. betul2 dihadapan sy .. dia mendakap kanak2 tersebut utk meredakan tangisan dan tidak terkecuali air mata insan tersebut turut tumpah atas kekejaman dihadapannya..

kisah kelima : "dalam keadaan yang agak kecoh semasa trak polis bersedia utk diisi oleh insan2 malang dan pembela insan.. polis dan anggota PTD seramai lebih 200 org berkeras utk merobohkan rumah penduduk yg berbaki 12 rumah ..

hujan terus mencurah namun semangat penduduk serta pembela penduduk tidak luntur.. terus membuat rantaian manusia utk memepertahankan hak.. bekalan elektrik dan air yg masih berfungsi utk surau dan beberapa rumah dah mula dipotong.. kanak2 mula menangis ,tidak kurang juga linangan air mata ditumpahkan oleh penduduk dan sesiapa juga yg berada disitu..

Lokasi: Denai Pinggiran Johor ..

Sumber - SharpShooter

DAP Tolak Judi. UMNO Taja Judi. Mana Suara PAS?

Dalam sebuk-sebuk UMNO memperjuangkan “Kalimah Allah” sehingga terbakarnya beberapa gereja seluruh Malaysia, tiba-tiba “Musryidul Am” UMNO dilaporkan berkata:
Malaysia plans to review proposals to legalise sports betting ahead of the World Cup finals in South Africa, a report said Wednesday
"There are proposals, but we will see first," Prime Minister Najib Razak was quoted as saying by the New Straits Times.

The newspaper said sports betting may legalised in time for the World Cup which is played from June 11 to July 11".
Artikel yang sama dari AFP melaporkan bahawa projek ini (judi sukan) adalah tajaan Berjaya Group/Vincent Tan. Mungkinkah Najib mampu menolak permintaan Berjaya Group ini apabila Vincent Tan dilaporkan telah berjasa kepada Najib dalam pengambilan Perak.

Mengikut Raja Petra Kamaruddin:
Whatever it may be, the thing that prompted her to abandon the party that no longer appreciated her services was the RM25 million that Vincent Tan of Berjaya paid her. Yes, she was paid a cool RM25 million in cash, more money than any Malaysia Today reader will see it many lifetimes.
Dilaporkan oleh Raja Petra bahawa Vincent Tan telah membeli Timbalan Speaker Perak untuk melompat ke BN. Pelompatan Hee ini telah menjayakan “coup-de-tat” di Perak.

Maka, adat orang meniaga, apabila wang telah keluar, maka haruslah wang tersebut diganti semula dengan keuntungan. Mampukah Najib menolak permintaan Vincent Tan untuk mengadakan judi sukan sedangkan UMNO terhutang budi dan “body” dengan Vincent Tan.

NOTA: Di Malaysia, tokeh judi dilayan dengan layanan istimewa berbanding ulama Islam i.e. Vincent Tan, Ananda Krishnan, Lim Goh Tong dsbnya.

DAP YANG LAWAN. MANA PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN PAS?

Saya hairan mengapa isu ini tidak dimasukkan dalam ucapan Presiden sewaktu Perbahasan Titah Baginda Yang Dipertuan Agung baru baru ini.

Mengikut Twitter ZainulFaqar, ucapan Presiden lebih merupakan khutbah jumaat berbanding ucapan polisi seorang Presiden parti. Inilah masalahnya apabila Presiden melantik orang yang tidak mengerti politik dan ekonomi seperti Dr Shamsuri sebagai Setiausaha Politik beliau. Hasilnya, dapatlah Presiden ucapan-ucapan bertaraf khutbah di kampung yang disediakan oleh SU politik beliau yang dunggu lagi terpalit skandal konspirasi.

Ucapan Timbalan Presiden juga tidak menyentuh soal ini. Sememangnya Timbalan Presiden PAS, kalau beliau hadzir, tidak pernah memberi ucapan yang baik pun selama beliau di Parlimen selama ini.

Yang menaikkan isu ini adalah wakil DAP, Anthony Loke yang bukan Islam. Nasib baiklah ada Dr Dzul Ahmad yang digelar sebagai pemimpin yang tidak wala’ menyelamatkan maruah PAS. Habis tu Presiden pun tak kesah pasal isu ni.

Sepatutnya Presiden atau Timbalan Presiden mesti mengeluarkan kenyataan yang KERAS menghentam Najib. Tapi, adakah Presiden takut isu seperti ini akan membuat ahli-ahli PAS lebih benci kepada UMNO sekaligus mengagalkan lagi agenda Perpaduang? Sudah tentu Dr Shamsuri mampu menjawab soalan ini.

Sekarang ini, orang Islam di Malaysia terpaksa bergantung harap pada Ahli-Ahli Parlimen dari DAP untuk memperjuangkan isu Judi dan Arak. Presiden dan Timbalan Presiden PAS seboleh-boleh mahu mengelak isu ini kerana mungkin ia membahayakan agenda “PERPADUANG”.

Anthony Loke dilaporkan berkata:
“Ahli parlimen Rasah, Anthony Loke hari ini mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk tampil bagi menjawap di Dewan Rakyat berhubung laporan agensi berita asing bahawa kerajaan bercadang mempertimbangkan agar pertaruhan atau judi sukan dibenarkan di negara ini.

Ini kerana katanya, pertaruhan berkenaan akan menjadi punca kepada masalah gejala sosial yang lain, khusnya di kalangan masyarakat Cina.

Menurut Loke (kiri), untuk mempertimbangkan keputusan yang akan memberi impak sosial yang sebegitu besar, kerajaan seharusnya membuat pungutan suara.
Tulang Besi
Sports betting under review in Malaysia - AFP

KUALA LUMPUR — Malaysia plans to review proposals to legalise sports betting ahead of the World Cup finals in South Africa, a report said Wednesday.

"There are proposals, but we will see first," Prime Minister Najib Razak was quoted as saying by the New Straits Times.

The newspaper said sports betting may legalised in time for the World Cup which is played from June 11 to July 11.

It said the Berjaya Group, a major Malaysian conglomerate with holdings ranging from lottery to casino operations, was seeking approval from the government to operate sports betting activities in the country.

Illegal betting on football is rife in Malaysia and the World Cup is expected to see a surge with millions of dollars changing hands.

The Berjaya Group made a similar proposal a few years ago, but then prime minister Abdullah Ahmad Badawi shot down the request. Gambling is forbidden in Islam and Malaysia has a large Muslim population.

A senior Malaysian sports official, on condition of anonymity, told AFP that the government could channel the revenue generated from legalising betting to promote sports.

The official, however, cautioned that it would not eradicate match-fixing.

"The fight against match-fixing is never ending. By legalising betting, it will not totally eradicate match-fixing. What we need to do is to remain vigilant," he said.
Corruption has long blighted football in Asia, particularly in Malaysia, Vietnam and China.

Asian Football Confederation chief Mohamed bin Hammam has previously described match-fixing as a "cancer" that is destroying the game in Asia.
__________________________________________________

Judi sukan, Pakatan minta Najib perjelaskan

Ahli parlimen Rasah, Anthony Loke hari ini mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk tampil bagi menjawap di Dewan Rakyat berhubung laporan agensi berita asing bahawa kerajaan bercadang mempertimbangkan agar pertaruhan atau judi sukan dibenarkan di negara ini.

Ini kerana katanya, pertaruhan berkenaan akan menjadi punca kepada masalah gejala sosial yang lain, khusnya di kalangan masyarakat Cina.

Menurut Loke (kiri), untuk mempertimbangkan keputusan yang akan memberi impak sosial yang sebegitu besar, kerajaan seharusnya membuat pungutan suara.

MP Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad yang juga hadir pada sidang media di lobi Parlimen berkata tindakan mempertimbangkan judi sukan itu suatu pendedahan yang agak menggangu fikiran.

Katanya, adalah mengejutkan bahawa Najib cuba berganjak dari dasar Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution pula berkata Najib wajar menjelaskan kenapa beliau sanggup mempertimbangkan judi itu. Jika alasanya untuk meraih jumlah wang yang besar, katanya ia adalah bukti bahawa kerajaan mengabaikan rakyat.

Calon PRK Hulu Selangor

Kalau PAS nak letak calon, aku cadangkan Abang Mat Sabu... masuk Parlimen, "Ustaz" Zulkifli Nordin sure diam, lumpuh, migrain tak terkata. Brahim Ali, pun sama jugak, ni baru kena buku dengan ruas.

Kalau PKR nak letak calon, aku cadangkan...
Semua setuju..?

Komen...

Pencacai UMNgOk dan Fraksi UMNgOk jangan sebok..!

Thursday, March 25, 2010

Pilihanraya Kecil Hulu Selangor...

MP Hulu Selangor Meninggal dunia.

Al-Fatihah pada yang berkenaan...

PKR ada 2 pilihan sekarang.
1. Letak calon "Tangkap Muat" yang boleh melompat-lompat dalam keadaan tertentu.

2. Serah je kerusi tu pada PAS atau DAP.
Setuju..?

Al-Fatihah...

Istana Kelantan Bergolak..?

Tengahari tadi:
Datuk Wan Hashim Wan Daud mengumumkan, Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra dilucutkan daripada jawatan baginda sebagai Pemangku Raja negeri itu berkuat kuasa hari ini.
Sebentar tadi, segerombolan lebih kurang 8 buah Trak Merah FRU dan juga 2 buah bas yang membawa anggota FRU keluar dari perkarangan Istana Kelantan dan menuju ke PCB.

...??? ggapo dio neh..?

Setiausaha Sulit Sultan Kelantan Umum Pemangku Sultan Dilucutkan Jawatan

NOTA EDITOR: Tulang Besi bawa berita ni dalam blog Malaysiawaves dan website Perisik Rakyatkerana Tulang Besi terkejut. Tulang Besi tak sangka maklumat Tulang Besi dapat berkenaan politik Kelantan (termasuk usaha membuang Husam dari EXCO) adalah tepat. Setakat ini, maklumat Tulang Besi dapat tiada yang canggung.

Tulang Besi tahu siapa yang telah mencadangkan penubuhan "Medical Board" bagi menyiasat keadaan kesihatan Tuanku Sultan Kelantan dalam mesyuarat EXCO yang berkaitan. Tapi, tak boleh bagitua kat sini, rahsia.

Cuma minta para pembaca mendoakan segala perancangan Fraksi UMNO berkaitan dengan pembuangan Dato' Husam Musa dari EXCO Kerajaan Negeri Kelantan digagalkan oleh Allah SWT. Dah nampak satu tanda-tanda kekuasaan Allah SWT dalam perkara ni dah.

Dato' Husam banyak kelemahan. Tapi, konspirasi pembuangan Dato' Husam bukan kerana kelemahan beliau, malahan kerana ketegasan beliau kepada puak-puak "make balok". Itu yang Tulang Besi boleh bagitau setakat ni.

Sekian
Setiausaha Sulit Sultan umum Pemangku Raja Kelantan dilucutkan jawatan - Harakahdaily

KOTA BARU, 25 Mac: Setiausaha Sulit Sultan Kelantan yang perlantikannya dipertikaikan minggu lalu, Datuk Wan Hashim Wan Daud mengumumkan, Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra dilucutkan daripada jawatan baginda sebagai Pemangku Raja negeri itu berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman mengejutkan itu, yang dilihat merumitkan lagi krisis Istana Kelantan, diumumkan oleh Setiausaha Sulit baru Sultan Kelantan itu pada sidang media di sini sebentar tadi.

Dalam pada itu, Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan mencadangkan agar kerajaan negeri memanggil sidang tergembar DUN Kelantan untuk membincangkan perkembangan terbaru ini. Saranan itu dibuat dalam satu sidang media oleh Pengerusinya, Abdullah Yaakob, Adun Air Lanas.

Semalam, Pengelola Istana Kelantan memaklumkan, hanya Pemangku Raja dan Majlis Perajaan Kelantan mempunyai kuasa mengenai perkara ini kerana Sultan Kelantan masih gering.

Wan Hashim, dalam sidang medianya berkata, keputusan itu diambil selepas baginda mengingkari arahan Sultan Kelantan agar tidak meneruskan sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan yang dijadual 30 Mac ini.

“Berikutan daripada keingkaran Yang Maha Mulia Pemangku Raja mematuhi titah perintah Sultan Kelantan agar tidak meneruskan sebarang bentuk perayaan termasuk penganugerahan darjah-darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan rasmi ke-60 baginda Sultan Kelantan serta di atas kegagalan Yang Maha Mulia Pemangku Raja memelihara, melindungi dan mempertahankan kehormatan diri dan Perlembagaan Negeri Kelantan, maka Duli Maha Mulia Sultan Kelantan dengan ini menamatkan pelantikan Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja,” kata beliau pada sidang media di Istana Mahkota, Kubang Kerian.

Keputusan ini diumumkan sehari selepas Tengku Muhammad Faris Petra mengumumkan bahawa Sultan Kelantan masih gering dan tidak boleh menjalankan tugas berhubung hal ehwal negeri mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan.

Semalam Tengku Muhammad Faris Petra bertitah bahawa mengikut klausa (1)(b) Artikel 22A undang-undang itu, baginda yang telah dipilih menjadi Pemangku Raja pada 24 Mei tahun lepas, kini menjalankan tugas-tugas pemerintah dan Yang Dipertuan Negeri sehingga Sultan Ismail Petra sembuh.

Dalam satu titah yang disampaikan oleh Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad pada satu sidang akhbar di Istana Balai Besar semalam, baginda menegaskan bahawa sebarang kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak tanpa terlebih dahulu mendapat laporan perubatan daripada panel doktor pakar yang telah dilantik adalah tidak tepat, tidak sah dan tidak terpakai.

Selamatkah RAHSIA2 PAS Di Bawah Penguasaan Fraksi UMNO?

Bila maklumat-maklumat sensitif seperti maklumat keahlian berada di tangan dan kekuasaan pemimpin-pemimpin PAS yang kita tahu pro kepada UMNO, maka keselamatan dan kerahsian maklumat tersebut dalam bahaya yang amat sangat.

Bukti awal adalah bagaimana mudahnya blogger Batu Api yang pro kepada “Kerajaang Perpaduang” secara mudah dapat mengeksploitasi maklumat rahsia keahlian PAS Tulang Besi.

Mereka cuba membuat alasan sebegini yang mereka tinggalkan di blog saya:
“mana tau maklumat ni didedahkan oleh pejabat SUA. ntah2 dari tempat lain. bersangka baik lah sikit. TB pun pernah dedah maklumat keahlian dia kat sini - http://www.malaysiawaves.com/2010/02/aduan-rasmi-tindakan-melanggar.html”.
Cuba jawab, bagaimana seekor blogger picisan bernama Batu-Api boleh tahu alamat kediaman saya yang telah saya lupa, yakni:
“No. 61, Jalan Maarof, Bangsar Park, Kuala Lumpur”
Maklumat ini hanya terkandung dalam pengkalan data PAS Pusat yang sepatutnya bertaraf "RAHSIA". Bagaimana seekor blogger picisan macam Batu Api boleh mendapat makluamt yang AMAT RAHSIA ini?

Maklumat yang bertaraf “Highly Classified” yang kalau di dalam tentera, sesiapa yang mendedahkan maklumat ini boleh dihukum mati.

Ini bererti “Geng2 Perpaduan” di dalam PAS sudah pun menguasai maklumat-maklumat rahsia parti. Apa yang boleh menjamin mereka tidak menjual maklumat tersebut pada UMNO?

Apa lagi maklumat parti yang sudah didedahkan pada UMNO? Saya AMMAATTTT takut bahawa kerahsiaan dalam PAS sudah tidak wujud lagi.

Ini juga bererti, maklumat-maklumat seperti:
a. Kewangan parti
b. Dokumen-dokumen sensitif
c. Minit-minit mesyuarat
d. Strategi-stategi pilihanraya
e. Senarai calon-calon pilihanraya
f. Surat menyurat rasmi parti
g. Program-program parti
Semuanya boleh dikompromi kerahsiannya dan mudah untuk sampai ke tangan UMNO.

Kalau manusia kaki buat fitnah macam Batu Api@Firestone dengan mudah mendapat maklumat rahsia parti , saya tak tau lah apa lagi maklumat parti yang telah sampai ke pengetahuan UMNO dan Special Branch.

Mamat Batu Api ni kaki sebar fitnah. Ertinya halal dan haram tidak menjadi masaalah bagi mamat ni. Orang yang tidak hairan dengan halal haram sudah tentu mudah dibeli dengan UMNO dan musuh Islam. Kita tidak tahu apakah rahsia parti lain yang telah dijual oleh mamat ni pada UMNO? Al maklumlah nak berpadu, mestilah berani kongsi sedikit sebanyak maklumat dengan UMNO.

Saya takut dan khuatir, mamat Batu Api ni dah jual kesemua maklumat keahlian PAS Pusat pada UMNO ataupun Bukit Aman. Mana kita tahu? Kita bukan kenal pun sapa Batu Api ni?

Bukan setakat tu, mamat ni mungkin dah jual maklumat keahlian pada CIA. Mana kita tahu? Orang macam Batu Api yang tidak hirau halal dan haram akan lakukan apa sahaja.

Saya harap sangat Batu Api@Firestone ditangkap dan dikenakan hukuman setimpalnya kerana mendedahkan rahsia parti dan menjatuhkan nama baik PAS serta menjatuhkan maruah Setiausaha Agung PAS Pusat.

PAS Terengganu Ikut Perlembagaan Atau Tidak?

Bersambung dari artikel Tulang Besi “Apabila Lawyer Cabuk Mentafsir Perlembagaan PAS”, suka Tulang Besi menarik perhatian kepada PAS Terengganu.

Tulang Besi diserang kiri dan kanan kononnya Tulang Besi tidak mengikut Perlembagaan PAS Pusat kerana mengadu terus kepada SU Agung PAS Pusat.

Di Terengganu, pemilihan kepimpinan di peringkat Kawasan dan Negeri termasuk Dewan-Dewan dilakukan tidak mengikut perlembagaan PAS. Di Terengganu, mereka memilih pemimpin di peringkat Kawasan dan Dewan dengan menggunakan sistem yang serupa dengan DAP.

Mereka panggil sistem ini: Sistem Gugusan.

Secara mudahnya, para perwakilan Kawasan hanya akan memilih sebanyak 13 (atau lebih, saya tak ingat jumlah tepat) Ahli Jawatankuasa Kawasan.

AJK2 yang dipilih ini kemudiannya akan bermesyuarat dan memilih senarai kabinet baru mereka termasuklah YDP kawasan, TYDP Kawasan, NYDP Kawasan, Ketua Penerangan dan Bendahari Kawasan. Selain dari itu, AJK2 ini juga akan melantik AJK2 tambahan ke dalam kabinet mereka.

Ustaz Nasaruddin Tantawi pernah menerangkan sistem ini dalam artikel beliau ”Tahniah DPP Negeri Terengganu .”. Artikel tersebut saya bawa di bawah artikel saya ini.

Sesiapa sahaja yang membaca Perlembagaan PAS Pusat akan melihat bahawa jawatan-jawatan YDP, TYDP dan NYDP MESTI DIPERTANDINGKAN. Jawatan Ketua Penerangan, Bendahari dll sahaja yang tidak dipertandingkan dan dilantik oleh YDP dgn persetujuan AJK.

Dari Perlembagaan PAS:
(2) Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua dan Ketua Urusan ‘Ulamak PAS Kawasan itu hendaklah dipilih dan dilantik tiap-tiap dua tahun sekali daripada ahli-ahli PAS Kawasan itu dalam mesyuarat agung tahunan yang ada pemilihannya.
Jadi, mereka yang marah dengan Tulang Besi kerana, kononnya, tidak mengikut Perlembagaan PAS Pusat, apa komen mereka terhadap PAS Terengganu?

Kalau mengikut Perlembagaan PAS Pusat, KESELURUHAN PEMILIHAN KAWASAN DAN DEWAN di Terengganu adalah TIDAK SAH!!!.

Sistem yang digunakan oleh PAS Terengganu adalah lebih mirip kepada Democratic Action Party (DAP). Ia bukannya sistem yang ditunjuk oleh Perlembagaan PAS Pusat.

Saya tak tau nak kata apa lagi. Bagaimana perlanggaran Perlembagaan PAS Pusat boleh dilakukan oleh sebuah negeri secara terang-terangan sebegini, saya pun tak tau. Apa pun alasannya, oleh kerana kita telah pun berada dalam zaman ini, maka PAS Terengganu WAJIB kembali ke sistem yang ditunjuk oleh Perlembagaan parti.

Kalau tidak, apa gunanya ada Perlembagaan PAS Pusat kalau sesiapa sahaja boleh melanggarnya seperti yang dilakukan oleh PAS Terengganu?

Juga, di mana akhlak PAS Terengganu apabila mereka memilih pemimpin dengan membelakangkan Perlembagaan PAS Pusat?

Seingat saya, sistem ini adalah atas cadangan dari Pemuda PAS Pusat sewaktu tahun 80an dulu. Setahu saya tiada pindaan perlembagaan dibuat ke atas cadangan Pemuda PAS Pusat ini. Mungkin dahulu alasan “trial” boleh digunakan tapi sekarang ini sudah lebih 30 tahun masa berlalu.

KAlau PAS Terengganu mahu kekal sistem “DAP” itu, maka wajiblah Perlembagaan PAS Pusat dipinda. Kalau tidak mahu dipinda, maka wajiblah PAS Terengganu mengubah sistem mengikut Perlembagaan PAS Pusat.

Tulang Besi

p/s - contoh yang diberikan oleh Ustaz Nasarudddin Tantawi adalah berkaitan dengan Dewan Pemuda Negeri. Peruntukan Perlembagaan adalah:
“(2) Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua dan dua pertiga daripada Ahli-ahli Jawatankuasa yang disebutkan dalam ceraian (1)(g) Fasal ini hendaklah dipilih dan dilantik oleh Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri daripada pemuda-pemuda ahli PAS dalam negeri itu pada tiap-tiap dua tahun sekali atau pada mana-mana Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri yang ada pemilihannya.”
Bandingkan dengan pernyataan Nasruddin Tantawi dari artikel beliau:
“Setelah disyurakan , Al Fadhil Yb. Ustaz Mohd Nor Hamzah diamanahkan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu sementara Timbalannya disandang oleh Al Fadhil Ustaz Wan Shukairi Abdullah dan Naib Ketua ialah al Fadhil Ustaz Ridzuan Hashim ,
Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi at 14:01”
Lampiran 1: Artikel Nasruddin Tantawi