"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, April 06, 2010

Laporan Perkembangan Tabung Guaman Aduan Salahlaku Pemimpin PAS Pusat

BAKI WANG TABUNG

Berdasarkan jumlah diatas, wang di dalam Tabung Guaman ini adalah dalam RM10,428.45

Terima kasih atas derma-derma yang diberi. Semoga Allah SWT memberi rahmat dan hidayat kepada para penderma

PERKEMBANGAN KES
1.0 Peguam telah pun dilantik dan telah pun berlaku satu pertemuan bersama peguam tersebut.

2.0 Syukur beliau bersetuju menerima kes ini. Cumanya, saya tidak dapat hitam putih lagi.

3.0 Saya akan mendedahkan identiti peguam tersebut setelah saya mendapat hitam putih dari beliau dan wang tabung ini dipindah ke akaun peguam.
Setakat ini, saya masih menunggu jawapan dari SU Agung berkenaan dengan aduan saya.

Tulang Besi

PRK Hulu Selangor: Calon Terbaik Pakatan Rakyat

17hb. April ni SPR dah tetapkan sebagai hari penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor. terlebih dahulu, elok sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Dr. Zainal - bekas Ahli Parlimen Hulu Selangor yang telah kembali ke rahmatullah.

Al-Fatihah......

Point - Calon.

Aku tak nampak calon lain yang lebih layak selain daripada Dato' Zaid Ibrahim. tak payah nak buang masa cerita balik siapa Dato' Zaid Ibrahim. orang Barisan Nasional tahu, orang Pakatan Rakyat pun tahu siapa Dato' Zaid.

Aku tak tau lagi aku sendiri dapat berkampung dekat Hulu Selangor atau tak, tengok pada bajet dulu, buat masa ni, aku masih dok tunggu "Wang Ehsan" yang UMNO janji nak bagi dekat rakyat Kelantan. mungkin turn aku lambat sikit, ataupun mungkin tak dapat langsung.

Minggu lepas Muhyiddin ada datang bagi "Wang Ehsan" dekat mana aku tak tau, dapat la RM150 hengget sorang budak-budak sekolah. berapa ramai yang dapat..? 70 orang beb..! 70 orang..!

RM150 x 70 = RM10,500 hengget. kos Muhyiddin datang Kota Bharu, makan, minum, tiket flight pergi - balik, upah kerahan tenaga pelajar supaya hadir (sape datang dapat claim gaji, kira macam kerja la haritu), sewa bas, upah itu-ini bla bla bla RM10,500 hengget tu celah gigi je la...

Janjinya nak bagi RM20 juta. yang tu janji baru... jangan lupa janji nak buat jambatan 2 lorong dekat Manek Urai masa Pilihanraya Kecil Manek Urai dulu, kos untuk jambatan 2 lorong Muhyiddin cakap masa tu ada le dekat-dekat RM9 juta.

Yang RM9 juta pun tak nampak lagi bila nak mula, apa lagi janji RM20 juta..? tau-tau sumbang pulak dekat Litar Sepang (SIC) RM20 juta. kononnya "Sumbangan Daripada KERAjaan Pusat" demi masa depan Sukan Bermotor Malaysia.

Hoi..! Pengerusi SIC tu ada dalam listing 10 manusia terkaya di Malaysia, yang tu on the spot dapat peruntukan..? Jelas, kalau korang nak bantuan, stakat koman-koman pakai moto EX5 ke, EGO ke, Kapcai ke, rumah kayu tiang pakai sendal dengan batang kelapa - jangan harap la nak dapat bantuan segera.

Kalau nak bantuan segera jugak, ada baiknya korang pergi bunuh ADUN atau Ahli Parlimen dekat kawasan korang, kompom bantuan segera sampai. silap haribulan, penuh rumah korang dengan barang keperluan mengalahkan rumah orang bandar.

Tak caya tanya orang-orang Felda sekitar Bagan Pinang.

Yang tu konsep 1Malaysia. "Rakyat DidaHULUkan, Orang Kaya DiUtamakan". fakap la...

Konsep, semua orang boleh cerita konsep bla bla bla bla bla... orang kampung sah ternganga dengar... paham..? memang la semua jawab paham... tapi sambil berkerut kening.

Lepas ni UMNO/BN akan sembang balik Agenda Pembangunan di Hulu Selangor. sah-sah akan timbul balik soalan - "sejak PKR pegang kerusi Parlimen Hulu Selangor, apa pembangunan yang PKR bawak disini..? skrip macam ni aku dah hafal dari dulu.

Tahun 1957 sampai 2008 UMNO/BN pegang Kerusi Parlimen Hulu Selangor agaknya Hulu Selangor cukup-cukup membangun. mungkin jugak PKR mundurkan balik Hulu Selangor dalam masa 2 tahun ni. bangunan pencakar langit semua dimusnahkan oleh PKR.

Agaknya la... yang tu kena tanya UMNO/BN.

Secara lojik la... kalau UMNO/BN pegang kerusi Parlimen selama tu, tak de pembangunan yang UMNO/BN bawak, tak payah la nak harap apa-apa dekat PKR yang baru 2 tahun dekat situ. yang tu ikut lojik la... lain la kalau korang nak pakai sifir Khir Toyo. "Pembangunan Harta benda Sendiri Membuktikan Kewibawaaan Dalam Peeennntadbiraaannn".

Khir Toyo kalau turun dekat Hulu Selangor, memang cari penyakit. elok kalau Pakatan Rakyat siapkan topi Mickey Mouse banyak-banyak kalau nak sambut Khir Toyo. nampak sikit "Tema"nya...

Balik pada calon.

Dato' Zaid Ibrahim bukan anak tempatan Hulu Selangor, Dato' Zaid can speak Kelate mace ambo jugok. jangan lupa Arwah Dato' Zainal (Al-Fatihah) dulu pun bukan anak tempatan jugak, tapi still boleh menang dengan jumlah majoriti yang tipis.

Aku tak nak kira majoriti yang tipis tu. kalau kira yang tu, baik tak yah bertanding. semtiman pengundi masa PRU-12 dulu yang memihak pada Pakatan Rakyat atas faktor Pak Lah dulu pun aku tak nak ambik kira jugak. sebab sentimen ni dia tak tetap.

Kita tengok pada apa yang bekas Ahli Parlimen Hulu Selangor dah sumbangkan pada para pengundi Hulu Selangor.

Setakat yang aku tau, Dato' Zainal cukup disenangi dan banyak jasanya pada orang tempatan selama dia berada di Parlimen Hulu Selangor. Dato' Zaid cuma perlu sambung tugasan Arwah Dato' Zainal (Al-Fatihah). Parlimen Hulu Selangor tak banyak demand untuk isu-isu tempatan. orang Hulu Selangor setakat yang aku tau, tak pernah berangan nak KLCC dekat sana. apa yang ada dah cukup, cuma perlu maintain dan tambah mana-mana yang perlu.

Paling penting, Dato' Zaid perlu ke Parlimen semula untuk melantangkan lagi suara Pakatan Rakyat dalam Parlimen. pada aku, Pakatan Rakyat memang memerlukan Dato' Zaid di Parlimen untuk keseimbangan, tapi yang lebih penting, Rakyat Malaysia LEBIH MEMERLUKAN orang seperti Dato' Zaid Ibrahim dalam Parlimen.

Rekod terbaik Dato' Zaid bagi aku ialah - melepaskan Jawatan Menteri yang disandangnya semata-mata kerana mempertahankan "Pendirian"nya yang menongkah arus dengan Parti asalnya tetapi selari dengan kehendak "Majoriti" rakyat.

Aku tak pandang orang politik yang "Pendirian"nya selari dengan "Perlembagaan" parti, tapi aku lagi suka orang politik yang "Pendirian"nya selari dengan kehendak "Majoriti" rakyat Marhaen".

Beb... orang Politik kalau nak kuat kena dengan Undi Majoriti Rakyat, bukan Perlembagaan Parti atau "Ahli-Ahli Parti Yang WALA'".

Untuk Parlimen Hulu Selangor, aku lagi suka kalau Dato' Zaid Ibrahim dicalonkan. kalah belum pasti, menang belum tentu. macam manapun, baik PKR, baik PAS, baik DAP dan juga pendokong-pendokong Pakatan Rakyat WAJIB kerja kuat untuk kemenangan.

Selamat Berjaya.

Monday, April 05, 2010

APCO & NASA: Syabas..! Tapi......

Riuh rendah pengikut “Fraksi UMNO”/”Geng Perpaduang” dalam blog saya memberitahu berkenaan dengan laporan Harakahdaily yang terbaru:
“Hampir semua anggota Parlimen PAS akan menyerahkan memorandum mengenai perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan APCO Wordwide kepada Yang Dipertuan Agung jam 12 tengahari ini.

Rombongan yang diketuai Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa ini akan menyerahkan memorandum itu jam 12 tengahari kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di pejabatnya.”
Misalnya, seorang pembaca bernama Ibnu Qalil meletakkan dlam ”shoutbox” saya:
IbnuQalil Ust Nasa ketuai MP PAS serah memo APCO kepada Agung
Details
2010-04-05 3:56 AM
Respon pertama saya adalah syabas kepada Timbalan Presiden PAS yang mengambil inisiatif menjuarai salah satu agenda Pakatan Rakyat. Cuma setakat yang saya tahu, inisiatif untuk menghantar memo kepada Agung adalah atas idea dan daya usaha YB Mahfudz Omar sewaktu membahaskan isu APCO ini.

Dan, oleh kerana Presiden dan MP Kuala Terengganu tidak menghadiri sidang Parlimen kerana menghadiri Sidang DUN Terengganu, maka Ustaz Nasa lah MP PAS yang paling tinggi ranking nya dari segi jawatan parti.

Maka secara otomatik, Ustaz Nasa menjadi ketua kepada rombongan MP PAS yang akan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memo bantahan hubungan UMNO-APCO. Laporan Harakahdaily tu pun lebih banyak mengambil kenyataan Mahfudz dari Ustaz Nasa.

Jadi, penyokong-penyokong perpaduang sekelian, saya nasihatkan jangan lah berasa gembira sangat. Benda ni benda terpaksa buat bukan yang Ustaz Nasa nak buat sangat. Kalau Ustaz Nasa semangat sangat dalam isu ni, sudah tentu dia akan terlibat dalam perbahasan dan tidak membuang masa berborak dengan Husni Hanadzlah di kantin Parlimen.

Saya bukan tak tau, puak2 perpaduang dalam PAS sering menyebarkan berita kononnya Husni Hanadzlah mengangkat Presiden PAS setinggi-tingginya. Tapi, kalau betul cerita ni, apasal Husni tak masuk PAS sampai sekarang.

Agenda Perpaduang ni adalah campuran antara kebodohan (naivity) dengan ketamakan (greed). Itu adalah kesimpulan saya.

Tulang Besi
APCO: MP PAS serah memo kepada Agung hari ini

Hampir semua anggota Parlimen PAS akan menyerahkan memorandum mengenai perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan APCO Wordwide kepada Yang Dipertuan Agung jam 12 tengahari ini.

Rombongan yang diketuai Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa ini akan menyerahkan memorandum itu jam 12 tengahari kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di pejabatnya.

Memorandum ini bertujuan memohon kepada Yang Dipertuan Agung agar campurtangan berikutan keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menarik balik perjanjian dengan syarikat itu.

Ini kerana, APCO juga mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Israel dan dipercayai turuk terlibat dalam merancang 'One Israel' sebelum memberikan khidmat perhubungan awam kepada kerajaan Malaysia.

Dalam sidang Parlimen minggu lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan APCO Wordwide.

APCO adalah juga syarikat perhubungan awam yang berpengkalan di Amerika dilaporkan turut terlibat memberikan perkhidmatan yang sama kepada Israel.

Beberapa bekas pegawai khidmat rahsia tentera Zionis Israel juga berada dalam lembaga penasihat APCO.

"Kami telah berulang kali memohon agar Perdana Menteri mengkaji balik hubungan ini, namun beliau menolaknya bahkan mempertahankan APCO," kata Datuk Mahfuz Omar kepada Harakahdaily.

Bagi Mahfuz, hubungan antara kerajaan Malaysia dan APCO ini sangat bahaya kepada kepentingan negara kerana khidmat ini akan mendedahkan maklumat sulit negara kepada syarikat asing yang ada kepentingan dengan Israel.

Ia amat sensitif kepada umat Islam bahkan juga seluruh rakyat negara ini, katanya.

APCO sudah dua kali menafikan perkara ini dan antaranya didedahkan sendiri oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin.

Namun, akhbar Strait Times Singapura mengesahkan wujudnya perjanjian antara APCO dengan Israel ini.

Dalam ucapannya, Anwar mendakwa, APCO diperkenalkan oleh Omar Mustapha Ong iaitu rakan kongsi syarikat Ethos Consulting, kepada Najib. Omar Mustapha pula adalah rakan karib Khairy semenjak Datuk Seri Abdullah masih menjadi Perdana Menteri.

Perdebatan TULANG BESI Dgn Aktivis PERKASA

NOTA EDITOR: Berikut adalah satu perbahasan antara seorang aktivis PERKASA bersama Tulang Besi. Selamat membaca.
9:28am Aktivis PERKASA
saya pun baru baik drpd demam bro..
masa perlancaran Perkasa tmph haritu saya deman sebenarnya
tapi atas dasar tanggungjawab redah jugak lar
mcmana perkembangan PAS skang

9:29am TULANG BESI
tak tau
apa yang saudara dengar?

9:30 amAktivis PERKASA
setakat ni saya byk fokus agenda saya yg say bagitau sedara
iaitu penyatuan org2 melayu islam tanpa mengira parti politik

9:31am TULANG BESI
semoga berjaya la
UMNO kat Singapura pun bergaduh sesama sendiri
http://www.facebook.com/profile.php?v=app_2347471856&ref=profile&id=1604406281#!/note.php?note_id=382764496876

9:31am Aktivis PERKASA
mcm2 cacian, tohmahan, hinaan dan kutukan saya terima drpd kedua2 belah pihak baik kerajaan dan pembangkang..tapi bagi saya itu asam garam dlm perjuangan..kadang2 ada gak smpi rasa sedih dan penat bro

9:32am TULANG BESI
sebab perjuangan penyatuan melayu ni tidak praktikal
sebab melayu sudah pun bersatu di bawah Sultan
Melayu tidak pernah berpecah, cuma berbeza pendapat
hairan, UMNO di singapura tu dah lah lemah, tak nak bantu orang Melayu
sebuk bergaduh sama sendiri

9:35am Aktivis PERKASA
saya disini nak nyatakan atas dasar saya lihat pepecahan sesama sendiri terutama antara parti politik disebabkan itu saya berada didalam PERKASA dimana byk ahlinya terdiri drpd umno, pas, pkr dan melayu yg tiada parti politik
permainan politik yg terlalu lama ni membuat saya lihat sesuatu harus dilaukan

9:36am TULANG BESI
bang, itu bukan perpecahan, itu PERSAINGAN


9:36am Aktivis PERKASA
bukan ramai org umno yg boleh terima duduk semeja dgn pas dan PKR

9:36am TULANG BESI
Buat apa nak bersatu dengan puak2 korup macam UMNO
demi persatuan, taik dan mentega kita gaulkan
logik tak?

9:36am Aktivis PERKASA
saya bole terima mana2 pihak yg mempunyai arah tuju yg sama

9:36am TULANG BESI
Perjuangan PERKASA adalah perjuangan menggaulkan taik dengan mentega

9:37am Aktivis PERKASA
bro, jika dikatakan persaingan takkan lar sehingga bole melibatkan pergaduhan, kutuk mengutuk dan sebagainya

9:37am TULANG BESI
Persaingan untuk kebaikan
bukan menggaulkan tahi dgn mentega

9:37am Aktivis PERKASA
bagi saya biar lah apa jua yg sedara nak katan ttg taik dan mentega..

9:38am TULANG BESI
nak kata apa lagi, itulah hakikat perjuangan saudara
perjuangan menggaulkan tahi dgn mentega

9:38am Aktivis PERKASA
lebih baik dpt buat kita bersatu dahulu supaya kaum2 lain dan agam lain menghormati kita

9:38am TULANG BESI
hahahahaha nak bersatu dgn koruptor
dgn perompak
dgn penipu

9:39am Aktivis PERKASA
kita lihat cina walau pun berbeza pahaman politik tetapi apa2 yg berkenan dgn bangsa dan hak mereka, mereka bersatu..

9:39am TULANG BESI
mana ada CIna sebuk untuk bersatu
mereka bersaing dan mereka dapat yang terbaik dalam masyarakat mereka untuk memimpin.

doktrin PERKASA ni akan MENGHANCURKAN orang Melayu seperti
mengaul taik dgn mentega

9:40am Aktivis PERKASA
kini bagi saya walaupun melayu mempunyai pelbagai2 parti politik, tetapi harus ada satu mekanisma utk bersatu jika bersentuhan isu2 bangsa melayu dan islam

9:40am TULANG BESI
si luncai terjun dengan labu2nya
biarkan biarkan
dah ada dah semua tu

9:40am Aktivis PERKASA
biarlah apa jua yg dikatakan tetapi demi allah niat saya ikhlas dlm penyatuan ini

9:41am TULANG BESI
skrg bukan untuk bersatu agenda
skrg kerja kita membuang para koruptor dan penipu dari kepimpinan melayu
i.e. Berahim Ali

9:41am Aktivis PERKASA
sahabaat saya nak kena chow..nak ke melaka..nanti balik kita berdiskusi
Pak Brahim diri dia, dan saya diri saya
sahabat dua org yg berbeza
drpd segi pemikiran dan agenda
apa2 pun wasalam sahabat..

9:42am TULANG BESI
wsalam

9:42am Aktivis PERKASA
jgn lupa mkn ubat,, banyakkan rehat..perjuangan kita masih jauh
wasaalam

Kerajaan PR Selangor Memenuhi Janji

Gambar diatas adalah tawaran Barisan Alternatif/Pakatan Rakyat kepada rakyat Selangor sekiranya memerintah, sebelum PRU 2008 yang lepas.

Untuk membaca tawaran kerajaan Selangor yang diambil dari Laman Web rasmi Kerajaan Selangor, sila rujuk di sini:
1.0 Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES): Berapa banyak kempen dan usaha yang dilakukan oleh PAS Selangor untuk membantu orang Melayu di Selangor kepada program ini. Yang lebih memalukan, DAP lebih banyak mendaftar orang Melayu yang miskin kepada program ini dari PAS Selangor.

2.0 Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS).

3.0 Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu (m3).

4.0 Hadiah Anak Masuk Universiti.

5.0 Caruman Takaful/ Perubatan Percuma Warga Emas.

6.0 Program Penigkatan Hasil Bahan Batuan Dan Mineral.

7.0 Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC).

8.0 Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang.

9.0 MESRA USIA EMAS.

10.0 Pinjaman Pelajaran Selangor.

11.0 Khidmat Kaunseling Kerajaan Negeri Selangor.

12.0 Skim Komprehensif Takaful Selangor.

13.0 Maklumat Pelan Bencana.

14.0 Kempen Pelancongan Selangor.

15.0 Program Pekerja Yang Diberhentikan (Retrenchment Helpline).
Bagi saya, segala tawaran Barisan Alternatif/Pakatan Rakyat hanya tinggal 10% sahaja yang masih belum dipenuhi.

Dengan kata lain:

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT MEMENUHI JANJI. Adapun kerajaan UMNO dan Barisan Nasional, janji2 mereka di Bagan Pinang setahun lepas pun, mereka masih belum penuhi. Sila baca di sini.

Tulang Besi

Sunday, April 04, 2010

UMNO Singapura Pun Bergaduh Sesama Sendiri

NOTA EDITOR: Rupanya bukan setakat UMNO di Malaysia sahaja yang bergasak sesama sendiri, budaya tersebut ada di UMNO Singapura juga. Sepatutnya UMNO Singapura berjuang melawan PAP dan Lee Kuan Yew, mereka ambik keputusan berlawan sesama sendiri.

Perebutan Presiden PKMS (UMNO Singapura) adalah kerena sesiapa mengawal PKMS akan mengawal bangunan PKMS di Singapura.

Oleh kerana bangunan PKMS berada di tempat yang strategik, maka mereka mendapat banyak wang dari sewa yang diberikan kepada peniaga2 di bangunan tersebut. Bangunan tersebut adalah bangunan yang dibina oleh UMNO Singapura sewaktu UMNO ditubuhkan dahulu di sana.

Juga, ada khabar angin, pemegang jawatan PKMS ini mendapat elaun dari UMNO Malaysia. Jadi, sekarang ini keseluruhan perjuangan UMNO Singapura adalah untuk menguasai kepimpinan PKMS. Ini suapaya mereka dapat mengawal pentadbiran bangunan PKMS yang berada di kawasan yang strategik di Singapura

Sebelum ini, saya pernah menulis berkenaan betapa Melayu telah pupus di Riau, sekarang ini UMNO Singapura pun tak lebih dari sebuah pertubuhan untuk berebut kekayaan sesama sendiri.

Padahal hak istimewa orang Melayu termaktub dalam Perlembagaan Singapura. Seharusnya PKMS berjuang untuk hak2 orang Melayu yang termaktub itu. Bukan sebuk bergaduh sesama sendiri. Pada waktu yang sama, PAP telah mengupah beberapa "ekor" orang Melayu Singapura untuk bercakap mewakili orang Melayu dalam PAP.

"Boneka2" MP Singapura ini lah yang telah bangkit "menentang" segala usaha untuk mengembalikan hak istimewa orang Melayu di Singapura seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Singapura.

Pokoknya, perjuangan Melayu adalah perjuangan sia-sia. Mereka yang menjadi "pejuang" Melayu lebih suka berjuang untuk kepentingan diri mereka sendiri semata-mata. Inikah perjuangan yang PAS hendak "berpadu?

Tulang Besi
Barisan kepimpinan PKMS perjelas pucuk pimpinan yang sah
By Azahar Mohd

BARISAN kepimpinan Persatuan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS) yang kini diketuai presidennya, Encik Osman Hassan, dan timbalannya, Encik Ali Asjadi, adalah pucuk pimpinan yang sah.

Malah Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi telah menolak tindakan guaman dengan kos yang diambil mantan presiden, Haji Borhan Ariffin; Encik Ramli Mohamad dan Cik Nor Lella Mardiiiah Mohamed terhadap pucuk pimpinan sekarang.

Barisan kepimpinan PKMS yang diketuai Encik Osman, Encik Ali dan Setiausaha Agung PKMS, Encik Malik Ismail, berkata demikian sewaktu sidang akhbar yang diadakan di PKMS bagi menjelaskan laporan akhbar tentang pergaduhan kelmarin dan laporan tentang perebutan kuasa dalam pucuk pimpinan parti.

Menurut Encik Malik, tidak timbul isu mengenai dua pasukan - pasukan baru atau pasukan lama - dalam PKMS.

'Laporan akhbar adalah tidak benar. Kepimpinan PKMS sekarang ialah pucuk pimpinan yang sah. Malah Mahkamah Rendah telah menolak tindakan guaman yang dikemukakan Haji Borhan, Encik Ramli dan Cik Nor Lella dan mengarahkan mereka membayar ganti rugi sebanyak $800 kepada kami.

'Namun mereka masih tidak berpuas hati dan mengemukakannya di Mahkamah Tinggi. Mahkamah Tinggi juga telah menolak saman mereka dan telah mengarahkan mereka membayar kos kepada kami sebanyak $2,500 dan pembayaran $575.40 pada Julai lalu kepada PKMS. Sehingga kini kami belum menerima sesen pun daripada mereka,' ujar Encik Malik.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pergaduhan di luar bangunan PKMS yang mengakibatkan empat orang dirawat di hospital, dengan salah seorang dirawat di unit jagaan rapi kerana keretakan di kepala.

Polis juga memberkas 21 orang, termasuk dua wanita, kerana merusuh dengan senjata merbahaya.

Keempat-empat yang yang cedera itu ialah Encik Ramlan Mohamad (retak di kepala), Mohamed Salleh Mohamed Said, Encik Mohamad Yusof Jaffar dan Encik Azhar Ali.

Dalam pada itu Encik Malik turut mempertikaikan dakwaan Cik Nor Lella bahawa pihaknya menggajikan pendatang haram.

'Itu tidak benar sama sekali. Malah keanggotaan Cik Nor Lella telah digantung kerana dia pernah mengubah kepala surat untuk membekukan akaun PKMS,' dakwa Encik Malik pula.

Mengenai insiden pergaduhan yang berlaku kelmarin, Encik Malik berkata hanya sembilan anggota PKMS yang terlibat - bukan 15 hingga 20 seperti yang dilaporkan beberapa akhbar.

'Di pihak kami, kami amat menyesali kejadian yang berlaku. Kami juga sedih dengan kecederaan yang dialami Encik Ramlan, terutama dalam bulan Ramadan ini.

'Kami difahamkan dua kereta ronda polis sedang berada dekat dengan bangunan PKMS. Sepatutnya mereka menghentikan pergaduhan berdarah itu,' dakwanya lagi.

Friday, April 02, 2010

Mengapa A.Awang & Ghani Shamsuddin yang Terkeluar Dari Syura?

SU Agung dilaporkan berkata:
“Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mustafa berkata, tanggapan di laman blog itu tersasar sama sekali kerana penulisnya tidak mempunyai maklumat yang tepat berhubung isu tersebut.

“Sebab itulah yang bukan-bukan,” katanya yang mengaku tidak perlu ambil peduli dengan dakwaan-dakwaan itu.

Katanya, dengan pindaan terbaru perlembagaan PAS - yang menetapkan pelantikan anggota tambahan, daripada tujuh kepada lima orang - sudah tentu menjadi persaingan untuk dipilih ke majlis syura lebih sengit kerana bilangannya makin sedikit.
Setakat yang saya baca dari pernyataan Dato Mustafa Ali tiada salahnya. Lagipun, Dato Mustafa Ali tidak terlibat dalam proses pemilihan Ahli Majlis Syura.

Dua yang terbuang adalah:
a. Ustaz Ahmad Awang
b. Ustaz Ghani Samsuddin
Kedua-duanya bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang melayakkan mereka menganggotai mana-mana badan yang menggunakan nama “Ulama”. Ertinya dari segi kelayakan, mereka lebih layak.

Kita nak tanya:
a. Mengapa dalam dua tokoh yang terbuang itu terdiri dari mereka yang anti kepada “Kerajaang Perpaduang”?
b. Mengapa tidak membuang Ustaz HAshim jasin kerana disamping menjadi Ahli Majlis Syura, beliau juga adalah PJ Perlis, AJK PAS Pusat dan Ketua Pembangkang. Ertinya beban kerja beliau lebih banyak kalau terus berada dalam Syura.
c. Dato Harun Din yang melanggar keputusan parti secara terbuka MASIH DIKEKALKAN sebagai Ahli Majlis Syura.
d. Dari segi produktiviti, bukan Ustaz Ghani Shamsuddin lebih produktif dari yang lain. Kebolehan ustaz Ghani dalam IT pasti memberikan nafas baru kepada Majlis Syura Ulama PAS.
e. Mengapa mesyuarat tersebut tidak meminta Dewan Pemuda menamakan calon selain Ustaz Zaharuddin yang merupakan “MENANTU” Presiden PAS? Beliau pun cuma exco Pemuda lantikan semata-mata dan tidak dipilih di dalam Muktamar Pemuda.
Bagi saya, kalau nak buang dua, seharusnya yang terbuang adalah:
a. Ustaz Harun Din – melanggar disiplin parti dan ada saham memecah belahkan PAS.
b. Ustaz Hashim Jasin – Beban tugas serta keadaan kesihatan beliau serta
kedudukan beliau yang jauh di Perlis yang tiada lapangan terbang.
Dengan terbuangnya kedua-ua tokoh tersebut memberi persepsi bahawa Majlis Syura Ulama PAS sekarang ini adalah pro UMNO.

Itu sahaja. Dan Cikgu Pa tidak dapat memberi apa-apa alasan yang dapat mengubah persepsi ini kerana persepsi ini berdasarkan kebenaran.

Tulang Besi
Mustafa: Tak timbul isu 'gugur' Ahmad Awang

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (bawah, kanan) berkata tidak timbul isu penyingkiran tokoh-tokoh tertentu dalam majlis syura ulama parti itu kerana anggotanya dipilih adalah daripada kalangan yang terbaik.

“Orang yang dipilih mestilah tahu selok belok agama. Orang macam saya ini tidak layak,” katanya sambil ketawa ketika diminta mengulas mengenai bekas naib presidennya, Ahmad Awang yang tidak terpilih semula menganggotai majlis tersebut.

Mustafa menerangkan, untuk dipilih sebagai anggota majlis tersebut, semua mereka disyaratkan faham dan mahir dalam selok-belok agama.

Pada 23 Mac lalu, 12 anggota majlis tersebut - badan tertinggi dalam PAS - bersidang kali pertama bagi melantik lima anggota tambahannya, antaranya Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Dr Haron Din, Hassan Shukri dan Hashim Jasin.

Bagaimanapun, pengguguran Ahmad - yang dispekulasikan lebih awal di laman blog - cuba dikaitkan dengan agenda “kumpulan pro-kerajaan perpaduan” apabila tokoh dari Perak itu dilihat sebagai antara yang paling lantang menentang idea tersebut.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mustafa berkata, tanggapan di laman blog itu tersasar sama sekali kerana penulisnya tidak mempunyai maklumat yang tepat berhubung isu tersebut.

“Sebab itulah yang bukan-bukan,” katanya yang mengaku tidak perlu ambil peduli dengan dakwaan-dakwaan itu.

Katanya, dengan pindaan terbaru perlembagaan PAS - yang menetapkan pelantikan anggota tambahan, daripada tujuh kepada lima orang - sudah tentu menjadi persaingan untuk dipilih ke majlis syura lebih sengit kerana bilangannya makin sedikit.

Sebelum ini, anggota majlis tersebut terdiri daripada empat wakil jawatankuasa pusat dan empat lagi daripada Dewan Ulama. Kelapan-lapan mereka kemudiannya melantik tujuh anggota tambahan, menjadikan jumlah keseluruhannya 15 orang.

Manakala perlembagaan barunya pula mengatakan, selain masing-masing empat wakil daripada kedua-dua dewan itu, dua lagi dewannya - Pemuda dan Muslimat - turut diperuntukkan masing-masing dua kerusi, menjadikan jumlah keseluruhannya 12 orang.

Mereka kemudiannya akan bermesyuarat dan melantik lima lagi anggota tambahan, menjadikan anggita keseluruhannya 17 Orang.

Sementara itu, diminta mengulas kenapa PAS perlu meminda perlembagaan sehingga mengubah struktur majlis tersebut, Mustafa menjelaskan, cadangan yang diutarakan dalam muktamarnya pada tahun 2006 itu sebenarya melibatkan banyak perkara.

“Majlis syura ini hanya sebahagian daripadanya,” kata bekas pemimpin PAS Terengganu itu.

“Kita mahukan lebih perwakilan. Kita hendak juga dengar pandangan-pandangan daripada Dewan Pemuda dan Muslimat,” kata Mustafa.

Pilihanraya Kecil Hulu Selangor - 25hb. April, 2010

Suruhanjaya Pilihan Raya sebentar tadi mengumumkan pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ditetapkan pada Ahad, 25 April.

Menurut pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, penamaan calon pula ditetapkan pada Sabtu, 17 April.

Beliau membuat pengumuman itu selepas mengadakan mesyuarat selama dua jam di pejabatnya di Putrajaya.

Katanya, SPR menerima pemakluman kekosongan kerusi Hulu Selangor pada 29 Mac oleh speaker Dewan Rakyat.

Writ pilihan raya akan dikeluarkan hari ini - 2 April dan notisnya pula akan dikeluarkan tiga hari selepas itu.

SPR juga mengumumkan pelatinkan pegawai daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahalan sebagai pegawai pengurus pilihan raya dan tujuh orang pembantunya.

Kerusi Hulu Selangor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu akibat barah otak.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Zainal membuat kejutan dengan merampas kerusi selamat BN di Hulu Selangor daripada penyandang Datuk G.Palanivel yang juga merupakan Timbalan Presiden MIC, dengan majoriti tipis 198 undi.

Kematian Zainal Abidin dilihat ramai penganalisis memburukkan lagi keadaan di PKR yang baru-baru menghadapi masalah apabila tiga ahli parlimennya berpaling tadah manakala seorang lagi dipecat.

Bagaimanapun, kekosongan kerusi Hulu Selangor juga bukan berita gempira bagi Barisan Nasional yang menghadapi dilema untuk mencari calon yang sesuai.

Sejak kematian bekas timbalan menteri besar Selangor itu, Umno berusaha keras untuk melobi kerusi itu yang secara tradisinya diserahkan kepada sekutunya, MIC.

-Malaysiakini

Program 20k Peluang Pekerjaan di Selangor

Syukur rakyat Selangor dapat kerajaan yang prihatin terhadap rakyat nya.
Here is the beginning of my post. And here is the rest of it.

Apa Nak Jadi Dengan Timbalan Presiden PAS Kita Ni?

NOTA EDITOR: Wartawan Harakah telah menegur Timbalan Presiden PAS kerana tidak turut serta dalam perbahasan menentang UMNO sewaktu isu APCO dibentangkan oleh Ketua Pembangkang. Timbalan Presiden lebih rela berborak dengan Husni Hanadzlah dari mengambil bahagian dalam menelanjangkan kemunafikan UMNO kerana mengambil syarikat Yahudi/Zionis sebagai penasihat dan rakan kongsi maklumat.

Sepanjang rekod beliau di Parlimen, kita jarang dengar Timbalan Presiden PAS menaikkan isu-isu yang membuat UMNO tidak selesa. Jauh sekali menyerang UMNO di pentas Parlimen sepanjang 2008-2010. Amat jarang sekali kita dengar Nasa dengan lantang mempersoalkan kebobrokan dan kemunafikan UMNO dan Barisan Nasional. Hatta dalam isu tuduhan liwat Anwar, Nasa diam membisu sehingga ke hari ini.

Nasa lebih suka menunjukkan ke”jantan”an beliau kepada sesama MP Pakatan Rakyat berbanding dengan UMNO/BN. Masih kita tidak lupa bagaimana Nasa dengan bengis memberi amaran kepada wakil DAP Perak, Ngeh Hoo Kam, supaya jangan sekali-sekali mempersoalkan peruntukan untuk masjid kerana ia boleh membawa kepada terurainya Pakatan Rakyat.

Memang semenjak menang 2008, Tulang Besi mendapat laporan dari beberapa sumber yang berotoriti, bahawa Timbalan Presiden PAS lebih suka bergaul dengan MP2 UMNO dan BN berbanding dengan MP2 Pakatan Rakyat (sekiranya beliau di Parlimenlah). Dan sejak 2008 lagi Tulang Besi telah melahirkan rasa bimbang Tulang Besi terhadap sikap dan perangai Ustaz Nasa yang lebih selesa bergaul dgn wakil-wakil rakyat UMNO.

Nah, sekarang terbukti maklumat yang Tulang Besi dedahkan sebelum ini. Ustaz Nasa lebih suka berborak dengan Husni Hanadzlah berbanding berbahas dan mendedahkan kejahatan serta kemunafikan UMNO.

Tulang Besi sendiri banyak mempersoalkan kenapa isu-isu besar seperti di bawah tidak pernah diambil pusing oleh Ustaz Nasa:
a. 10 Lesen Special Draw Baru yang diluluskan Najib dalam bulan pertama Najib menjadi Menteri Kewangan.
b. Tuduhan fitnah liwat ke atas Anwar Ibrahim.
c. Cadangan lesen judi sukan yang diberikan oleh Berjaya Group kepada Najib Tun Razak.
d. APCO dan kaitan UMNO dengan rejim Zionis.
e. Zahid Hamidi berjumpa Presiden Israel.
f. Royalti Minyak Kelantan dan banyak lagi
Kita harus puji Cikgu Pa, SU Agung PAS Pusat,kerana beliau dengan berani dan tegas telah terlibat dalam usaha memperjuangkan royalti minyak Kelantan dan secara terbuka berdiri dan bersama barisan PAS untuk menjatuhkan Barisan Nasional serta memperjuangkan kebenaran.

AGENDA KERAJAANG PERPADUANG MASIH SEGAR BUGAR

Seharusnya ini menjadi pengajaran kepada perwakilan PAS yang telah mengundi Ustaz Nasa sebagai Timbalan Presiden tahun lepas.

”KAMU TELAH MEMBUAT PILIHAN YANG SALAH”

Ustaz Nasa telah dipilih atas nama mempertahankan kepimpinan ulama dan menentang proksi Anwar dari menguasai PAS. Ternyata alasan-alasan menyokong Nasa itu meleset sama sekali. Tiada proksi Anwar dalam PAS serta kepimpinan Ulama tetap wujud walaupun Husam menjadi Timbalan Presiden.

Ini adalah manifestasi agenda “KERAJAANG PERPADUANG” yang ditaja oleh Nasaruddin dan geng beliau. Ia menyebabkan Timbalan Presiden PAS tidak jauh tarafnya dengan ahli “Back-Bencher” UMNO di Parlimen.

Hasil dari pemilihan Ustaz Nasa adalah seorang Timbalan Presiden yang pasif dan lebih suka bercampur dengan MP2 UMNO di Parlimen dari menjalankan tugas sebagai wakil rakyat PAS di Parlimen.

Itulah Timbalan Presiden yang telah dipilih oleh Perwakilan2 PAS atas nama mempertahankan kepimpinan ulama serta menentang Proksi Anwar. Dapatlah mereka Timbalan Presiden yang tak jauh beza dengan BBC di Parlimen.

Sikap Nasa yang tidak mahu mengambil bahagian di dalam menyerang dan menghancurkan UMNO sudah maklum kepada kita semua, kecuali perwakilan-perwakilan PAS yang telah mengundi beliau.

Tak hairanlah secara terbuka, Syed al Habshi, Ketua UMNO Bahagian Cheras telah menawarkan Timbalan Presiden PAS menjadi ahli di dalam Bahagian yang beliau ketuai itu.

Bukan PAS tidak pernah ada kepimpinan tertinggi yang masuk UMNO. Bekas Presiden PAS sendiri, Arwah Dato Asri melompat masuk UMNO dan mati dalam UMNO. Kalau setakat Timbalan Presiden semata-mata, takda hal.

Ada orang beritahu saya, Timbalan Presiden PAS ini, badannya masih dalam PAS namun hatinya sudah pun bersama UMNO. Tak tau betul ke tidak cakap kawan saya ini, tapi itu adalah pengamatan beliau yang agak kenal rapat.

Tulang Besi

p/s - Sekurang-kurangnya arwah Ustaz Bakar Hamzah dan Ustaz Hasan Adli, tidak pernah menyertai UMNO. Sehingga mereka mati, mereka secara terbuka mengisytiharkan diri mereka sebagai ahli dan pendokong PAS. Dan mereka tidak takut untuk menyerang dan menelanjangkan UMNO walaupun pada masa itu keahlian PAS mereka telah mati. Itu namanya orang yang berprinsip.

Teringat kesah Ustaz Bakar Hamzah yang dipanggil ke “Debat Olok-Olok” sewaktu cadangan debat PAS-UMNO hangat sekitar 80’an. Selesai debat tersebut, Ustaz Bakar Hamzah terus ke Pejabat PAS bertemu kepimpinan PAS dan menceritakan apa yang berlaku dalam debat olok-olok UMNO itu. UMNO menjemput beliau kerana UMNO ingatkan Ustaz Bakar Hamzah telah kerat rotan dengan PAS. Rupanya, Bakar Hamzah masih setia sebagai ahli dan pendokong PAS, terus melaporkan dengan detail apa yang berlaku.

Apa saya nak kata, kalau Bakar Hamzah masih hidup, lagi teruk Ustaz Nasa kena maki dengan dia berbanding cara Zainul Faqar menegur Timbalan Presiden.