
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Wednesday, July 16, 2008
Anwar bermalam dalam tahanan polis
kemaskini 12:29am
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bermalam dalam tahanan polis selepas beliau ditangkap tengah hari tadi, demikian dimaklumkan oleh ketua penerangan PKR Tian Chua.
Isterinya dan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur kira-kira jam 11.25 malam.
Naib presiden PKR Mohamad Azmin Ali, bersama seorang lagi naib presiden Sivarasa Rasiah dan ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff juga masuk ke bangunan IPK - tidak lama selepas Anwar dibawa pulang dari hospital Kuala Lumpur pada 10.35 malam.
Sebelum itu, 10 kenderaan polis mengiringi Anwar ke hospital dari ibu pejabat polis itu pada jam 8.35 malam dan sampai kira-kira 10 minit kemudian.
Anwar dimasukkan ke wad diraja dengan kawalan kira-kira 40 anggota polis untuk rawatan biasa.
Mohamad Azmin dan Yusmadi kelihatan masuk ke wad itu jam 10 malam.
Sebelum itu, Mohamad Azmin bersama ketua perhubungan PKR Pulau Pinang, Datuk Zaharin Mohd Hashim bertemu perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Parlimen.
Pertemuan bermula jam 9 malam, yang melibatkan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berlangsung kira-kira 45 minit.
Mohamad Azmin berkata Abdullah memberi jaminan "tiada kejadian mata lebam" seperti 1998.
Anwar kelihatan keluar jam 10.20 malam dengan konvoi lima kenderaan polis menuju IPK.
Kira-kira 50 penyokongnya yang berkumpul di hospital melaungkan slogan "reformasi" dan "hidup Anwar" dengan disambut lambaian tangan Anwar.
Lebih 30 wartawan dan jurugambar berada di luar wad itu yang dipisahkan oleh garisan polis.
Beliau tiba di IPK kira-kira 10.35 malam dan sempat melambai kepada kumpulan penyokongnya di pinggir Jalan Hang Tuah yang menunggu sejak siang.
Anwar sebelum ini memberi keterangan kepada polis enam jam mulai 2.30 petang selepas dibawa ke IPK jam 1.11 petang tadi.
Beliau ditangkap sewaktu hampir tiba di kediamannya di Segambut Dalam, Kuala Lumpur tengah hari tadi selepas memberikan keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya berhubung isu dakwaan pemalsuan laporan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Kira-kira 500 penyokong penasihat PKR berkumpul di pinggir Jalan Hang Tuah sejak beliau ditahan tengah hari tadi.
Awal malam ini, mereka menyalakan lilin dan melaungkan slogan "reformasi."
Manakala sekumpulan 50 anggota polis, termasuk berpakaian biasa, berada di seberang jalan - sebelah bangunan IPK.
Mereka bersurai dengan aman sejurus selepas tengah malam ini selepas diarahkan oleh polis.
Malaysiakini difahamkan satu mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Tertinggi PKR akan diadakan di ibu pejabat parti di Tropicana, Petaling Jaya.
Taklimat tentang perkembangan penahanan Anwar disampaikan oleh timbalan presiden Dr Syed Husin Ali.
-malaysiakini
Berita Terkini Dari Luar IPK.
Janji PDRM tinggal janji...PDRM tipu lagi.
Gerakan REFORMASI ke 2 dilancar dengan rasminya pada 17hb.julai 2008 pada jam 23:15!!!
Himpunan Laporan Tangkapan DSAI
Jul 16, 08 4:41pm
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta para penyokongnya dan rakyat Malaysia supaya bertenang ekoran tindakan polis menahannya hari ini.
Beliau juga meminta mereka supaya menolak sebarang percubaan provokasi, yang boleh dijadikan alasan untuk mengisytiharkan keadaan darurat.
Mantan timbalan perdana menteri itu menyatakan demikan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat beliau petang ini.
berita lanjut di [ sini ]
Kami dikepung, kata peguam
Jul 16, 08 6:12pm
"Saya berada di dalam kereta bersamanya ketika apabila beliau ditahan. Kami dikepung. Mereka (pasukan polis) berkata 'anda ditahan'"
Katanya, anggota polis tidak menunjukkan sebarang waran tangkap ketika mereka menahan Anwar dekat rumahnya di Segambut Dalam.
berita lanjut di [ sini ]
Musa: Penahanan Anwar ikut undang-undang
Jul 16, 08 6:27pm
Penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bagi membantu siasatan polis berhubung tuduhan meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, adalah sesuatu amalan biasa dalam siasatan kes jenayah dan
dibuat mengikut proses undang-undang, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.
"Polis tahu apa yang mereka lakukan dan polis hanya jalankan tanggungjawab bagi menyiasat kes ini," katanya kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di Sepang petang ini dari Brunei.
berita lanjut di [ sini ]
Mengapa Anwar ditahan di luar rumah...
Jul 16, 08 7:29pm
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ditangkap di dalam rumahnya kerana ia boleh menimbulkan kekecohan, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Bakri Mohd Zinin hari ini.
Pada masa ini, katanya, Anwar sedang membantu dalam siasatan satu kes liwat yang telah dilaporkan kepada polis oleh seorang pembantu beliau.
Pada 28 Jun lalu, Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis mendakwa dia telah diliwat oleh Anwar.
berita lanjut di [ sini ]
Anwar ditahan polis bertopeng
Jul 16, 08 1:15pm kemaskini 8:34pm
Polis menahan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar rumahnya di Segambut Dalam dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur tengahari ini.
Menurut peguam dan naib presiden PKR Sivarasa Rasiah, polis telah menunggu kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa masuk mantan timbalan perdana menteri itu ke dalam kereta polis bercermin gelap meluru ke IPK Kuala Lumpur.
berita lanjut di [ sini ]
TERKINI : Dari IPK
DSAI & Peguamnya Sankara Nair enggan membuat sebarang kenyataan atau menjawab apa-apa soalan dari pihak polis selagi belum menerima salinan laporan yang dibuat oleh bekas pekerjanya Saiful Bukhari atas tuduhan meliwat.
Kemungkinan besar DSAI akan dibawa ke Hospital untuk pengambilan sample DNA.
berita lanjut menyusul.
PRESS STATEMENT - Anwar Ibrahim arrested July 16 1:05 PM
KUALA LUMPUR, July 16, 2008 3:30 PM
This afternoon at 1:05 PM Anwar Ibrahim, former Deputy Prime Minister of Malaysia, was arrested outside of his home in Kuala Lumpur. He was due to issue a statement at IPK KL (Kuala Lumpur Police Contingent Headquarters) at 2:00 PM based on an agreement reached with the police on Tuesday.
Anwar Ibrahim was returning from the Anti Corruption Agency to his home after giving a statement pertaining to the police report that has been filed regarding suppression of material facts in the case involving him in 1998. He was accompanied by his senior legal team, staff, and security.
As he entered the neighborhood of his home, a contingent of ten police cars, half unmarked and half patrol, forced the two cars in Anwar Ibrahim’s entourage to stop. There was a contingent of 20 balaklava-clad masked commandos (UTK) who accosted him, reminiscent of the forces sent to arrest Anwar Ibrahim at his home in September 1998.
An officer approached Anwar Ibrahim and demanded that he accompany the police in an unmarked vehicle to the Kuala Lumpur Police Contingent Headquarters. His lawyers were not permitted to travel with him to the police station.
This arrest has taken place less than fifteen hours after Anwar Ibrahim appeared live on Malaysian television for the first time since 1998, and announced to millions of viewers his intention to stand for election, and upon the formation of a new government, to lower the domestic price of fuel by 50 sen. The overwhelming majority of Malaysians expressed their support of his televised statement.
These events are deeply disturbing to us and indicate that this entire episode is a repeat of the actions taken against Anwar Ibrahim in 1998. During the last few weeks the government owned mainstream media has demonized and vilified him. His staff has been harassed and we see a conspiracy being hatched to thwart the political change that is imminent in Malaysia.
Under no circumstances will the people of Malaysia and the international community tolerate any harm coming to Anwar Ibrahim. We remind Prime Minister Abdullah Badawi of the promise he made to ensure Anwar Ibrahim’s protection.
We have been able to communicate with Anwar Ibrahim, who calls upon his supporters and the people of Malaysia to remain calm and to reject any attempts at provocation, which will give a pretext for an emergency situation to be declared.
OFFICE OF ANWAR IBRAHIM
CONTACT PRESS@AICASSOCIATES.COM
Raja Petra terima waran tangkap
Polis mengeluarkan waran tangkap terhadap penulis blog terkenal Raja Petra Kamarudin berhubung siasatan akaun berkanunnya yang mengaitkan isteri timbalan perdana menteri dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Raja Petra dikehendaki hadir di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur jam 10 pagi esok.
Peguam pengendali Malaysia Today menerima waran itu pagi ini dan
Raja Petra mengesahkan perkara itu dengan polis petang ini, kata isterinya Marina Lee Abdullah.
Dalam akuan berkanunnya bertarikh 18 Jun lalu, Raja Petra menuduh Rosmah antara tiga individu yang berada di tempat kejadian ketika wanita Mongolia itu dibunuh pada 19 Oktober 2006.
Katanya, beliau mendapat maklumat yang boleh dipercayai bahawa antara kira-kira jam 10 malam 19 Oktober 2006 dan awal pagi berikutnya, malam mangsa dibunuh, terdapat dua orang lagi di tempat kejadian.
Beliau menamakan dua individu itu sebagai seorang kolonel, yang menurutnya pakar bom 'C4' dan isterinya yang dikatakan pengawal peribadi Rosmah.
Laporan perisikan
Mayat Altantuya ditemui telah hancur dibom dengan 'C4' di sebuah kawasan hutan di Puncak Alam, Shah Alam. Kes perbicaraan pembunuhannya masih berjalan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Dalam akuan itu, Raja Petra mendakwa kolonel itu yang memasang bom C4 di beberapa tempat di badan Altantuya, dengan disaksikan oleh Rosmah dan pengawal peribadinya.
Raja Petra mendakwa lagi, beliau membuat akuan itu kerana beliau mempunyai maklumat yang boleh dipercayai mengenai pembabitan orang-orang berkenaan yang sehingga ini belum dikaitkan atau dipanggil sebagai saksi oleh pihak pendakwaraya dalam kes perbicaraan kes tersebut.
Penulis blog sensasi itu berkata, beliau juga membuat akuan bersumpah tersebut kerana beliau sedar bahawa menjadi kesalahan jika tidak mendedahkan bukti-bukti yang boleh membantu polis dalam siasatan kes jenayah.
Datuk Seri Najib Razak dan isterinya menafikan pembabitan mereka dengan Altantuya dan kes tersebut seperti dakwaan Raja Petra.
Hati "Itu" Telah Ditutup...
fikir-fikirkan...
Salam,
Saya dah lama jadi pemerhati sarkas para ahli politik Malaysia. Hari ni baru terbukak hati nak luahkan sbb saya dah bosan dgn pergaduhan yang tidak berpunca dan akibat perebutan kuasa. Saya tak pernah menyokong kerajaan BN mahupun pihak pembangkang sebelum saya melaksanakan tanggungjawab mengundi. Tapi nampaknye, selepas keputusan PRU12, kerajaan BN semakin melampau kerana tidak boleh menerima tamparan hebat tersungkur di kebanyakkan negeri (menang pun hanya atas undian hantu serta undian tipu). Apakah pucuk pimpinan takut dgn kehadiran muka2 baru utk sama2 berganding bahu memimpin rakyat dan memajukan negara? Saya tidak bekerja utk membayar tax utk ahli politik corrupt yang menghabiskan mase dgn bercakaran seperti anjing dan kucing. Saya sebahagian dari rakyat yang pada mase skrg ini, seperti hilang kepercayaan and confidence pade kerajaan. Apakah pucuk pimpinan ingin syok sendiri sehingga rakyat dipinggirkan?
Apa pun urusan kita di Malaysia ini, terlalu banyak campur tangan politik. Contract tak siap, duit sudah kering. Kenapa? Kerana dibahagikan kpd setiap authorities yang meluluskan permohonan (walaupun pemohon tidak layak utk mendapatkan sesuatu contract) supaya dapat dikelabui mata2 pemimpin bermata putih ini. Sudahnya, projek terbengkalai kerana fund tidak mencukupi dan yang menanggung ini adalah rakyat. Kenapa penyokong kerajaan BN (Buruk Negara) masih tidak nampak akan hal2 ini? Belum lagi dikira Datin terhormat kita membeli-belah di London menggunakan duit rakyat. Apakah kita masih buta akan kos kehidupan yang semakin meningkat namun pihak sepatutnye berdiam diri malah mengatakan tindakan mereka sesuatu yg akan dihargai rakyat kemudian hari? Kite lah yang bekerja utk mereka..kite yg memberi makan mereka, dgn duit gaji itulah yang kite bayar kan kereta, baju, rumah, dan segala kelangkapan mereka di atas badan...kenapa kite yang dirompak sekarang? Mengapa kite terus membiarkan mereka merompak kita walhal terang-terangan mereka berjuang demi nasib utk maintain kaya-raya berstatus sedangkan disebalik status itu...mereka mempunyai agenda yang teramat buruk. Jangankan ingin membela, entahkan nasib kita langsung tidak dipeduli. Apa sudah jadi pada Malaysia yg dahulunya dikhabarkan sebagai negara aman?
Saya geram melihat tuduhan dan muka selamba Saiful mendakwa dia diliwat. Apa benarkah itu terjadi kerana klu dilihat dr segi physical, Dato' Seri Anwar tidak mungkin boleh menang jika Saiful put up a fight to defend himself. Bodohlah si polan tu jika betul sodomy berlaku dan dia tidak melawan. Atau dia sudah disumbat dgn RM6 mil di bahagian yang didakwa diliwat tu utk menutup mulut dan menipu seluruh Malaysia mengenai keadaan nya dan juga menampakkan konon2 nya keburukkan DSAI? Contoh paling baik rakyat boleh lihat how seorang yang terpelajar (graduan UNITEN) boleh putih mata dan jadi bodoh kerana duit atau habuan yang akan disua sekiranya dia mampu membantu menyumbat DSAI ke penjara. Provocation yang paling bagus utk menghalang DSAI membela nasib rakyat. Saiful itu adalah puppet yang cukup memalukan selain dari Shabery Cheek Berbuih (STRAWBERRY SHAKE)dgn kenyataan yang tiada point malah sentiasa mengungkit kisah silam DSAI. Fokus debate utk Shabery Cheek sepatutnya bertajuk "Kisah Silam Anwar Ibrahim Dan Kenapa Dia Tak Patut Menghalang Kerajaan BN". Dan paling bodoh lagi knp kita masih tak sedar bahawa POLIS itu adalah hak mutlak kerajaan BN. Masakan Altantunya boleh diletupkan begitu sahaja. Inikan pula dakwaan liwat, kan begitu senang utk memutar belitkan fakta utk rakyat, tidak begitu?
PM patut bersyukur tiada sniper hebat di Malaysia ini. Teringat saya satu joke yang diterima melalui SMS beberapa hari selepas PRU12. Joke berbunyi "Pak Lah dan Samy Vellu naik helicopter. Pak Lah berkata kpd Samy Vellu, "Jika saya campakkan note RM1 sebanyak RM27, ade 27 orang akan gembira. Samy vellu pula berkata "Jika saya mencampak Rm27,000 ade 27 ribu orang akan gembira". Lalu disambung pilot helicopter, "Jika saya campakkan anda berdua ke bawah, ade 27 juta rakyat akan gembira". One person of this conversation has gone down, I'm just waiting for another one to go. Jun 2010 amat jauh saya rasakan sekiranya perbalahan dan keadaan runcing sekrg berterusan. Pandai Pak Lah nak resign Jun 2010. Dia dah rasa agaknya bahang recession bakal tiba. Lepas tangan dan lari adalah yang paling baik. Apa pulak nasib rakyat=KITA SEMUA di tangan Najib Tun Razak. Apakah kita semua akan diletupkan bagi mengurangkan berlakunya pemberontakan? Apakah KJ akan sedar diri di saat turun nya pak mertua kesayangan (kerana ada kepentingan?). Saya tak sanggup utk hidup dalm keadaan huru-hara apalagi dibwah pemerintahan manusia yang tidak berkaliber. Jika benar ini negara demokrasi dan rakyat berhak utk bersuara, knp yang berjuang utk keadilan ditangkap walhal itu bukan jenayah berat. Pemimpin boleh dihormati andai dia ikhlas berjuang demi Allah, agama dan negara. Tapi pemimpin harus diganti jika dia tidak layak lagi memimpin dan tidak mendapat penghormatan yang sepatutnya.
DAP: Tangkapan tidak perlu
Tangkapan mendadak Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh sekumpulan unit khas bahagian siasatan jenayah polis "tidak perlu" selepas penasihat PKR rela disiasat tengah hari ini, kata setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.
"Apa yang rakyat Malaysia mahu lihat kedaulatan undang-undang dan bukannya huru-hara dan demokrasi, bukannya tindakan polis," katanya dalam satu kenyataan ringkas tidak lama selepas Anwar ditahan dekat rumahnya di Segambut Dalam.
"DAP mendesak Anwar dibebaskan segera."
-malaysiakini
Anwar ditahan, Azmin sangsi kenapa Khairy minta sampel DNA Anwar
Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Hrkh)
Beberapa minit sebelum Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim ditahan berhampiran rumahnya pada jam 1.15 petang tadi Dewan Rakyat turut kecoh berhubung kes Liwat Anwar.
Dewan Rakyat kecoh hampir setengah jam ketika menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin berucap dengan membuat tuduhan terhadap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan liwat.
Khairy mencetus kemarahan ahli Parlimen Pakatan Rakyat antaranya, Ketua
Pembangkang, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Azmin Ali (KeADILan
Gombak); Gobind Singh Deo (DAP Puchong); Yusmandi Yusof (KeADILan
Balik Pulau) dan beberapa ahli Pakatan Rakyat lain yang turut mengecam
Khairy.
Perang mulut antara Khairy dengan Azmin bermula apabila Khairy
menyifatkan Anwar tidak mengikut undang-undang kerana tidak ke Balai
Polis untuk memberi keterangan kepada pihak polis.
Malah, Khairy juga mendesak sampel DNA Anwar diserahkan kepada polis
jika Ketua Umum KeADILan itu meskipun bagi Azmin dan Gobind siasatan
polis belum selesai.
Tuduh menuduh bergelandangan dalam Dewan Rakyat antara Azmin dengan
Khairy ditambah dengan beberapa orang ahli Parlimen yang menyebabkan
suasana tak keruan.
Azmin juga menyifatkan bahawa Rembau (Khairy) adalah Perdana Menteri
yang sebenarnya mentadbir Malaysia walaupun Perdana Menteri yang
dinamakan kini adalah dari Kepala Batas (Dato' Seri Abdullah Ahmad
Badawi).
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Dato' Wan Junaidi Tunku Jaffar yang
menjadi orang tengah dalam perdebatan itu terpaksa beberapa kali meminta
ahli-ahli dewan bertenang dan tidak melontarkan sebarang tuduhan.
Sementara itu di Azmin yang ditemui di Lobi Parlimen menyatakan
kesangsiannya terhadap kenyataan Khairy, itu yang disifatkan
menjustifikasikan awal dalam kes liwat Anwar.
"Soal DNA, kita setuju dengan soal dia nak satu forensik bebas menyiasat,
tetapi siapa yang akan menganggotai forensik itu benar-benar berwibawa
dalam jalankan siasatan,"
Namun kata Azmin, beliau melihat bagaimana Khairy seperti boleh tahu
tentang laporan polis terhadap Anwar itu sedangkan pihak yang dituduh
sehingga kini tidak pernah mendapat salinan laporan itu.
Sedangkan, katanya sepatutnya pihak yang dituduh (Anwar) menerima
laporan polis tersebut.
"Bagaimana Rembau (Khairy) boleh tahun tentang laporan itu, saya cabar dia
agar dia jawab dalam dewan, " katanya.
Beliau juga sangsi bahawa mungkin ada satu konspirasi terhadap tuduhan
liwat Anwar.
Perkembangan mengenai Anwar, sehingga kini Anwar dilaporkan dibawa ke IPK Kuala Lumpur dan orang ramai mula berkumpul bagi memberi sokongan kepada Anwar.
Polis yang menahan beliau dilaporkan memakai topeng dan berkaca mata gelap.
Antara pimpinan PAS yang ada di IPK ialah, Dr Hatta Ramli dan Dr Zulkifly Ahmad.
Anwar ditahan polis bertopeng
Polis menahan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar rumahnya di Segambut Dalam dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur tengahari ini.
Beliau ditahan sekumpulan anggota polis, termasuk yang bertopeng dan berjaket - dipercayai Bahagian Jenayah Berat, kira-kira sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya.
Menurut peguam R Sivarasa, pihak polis telah menunggu kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa mantan timbalan perdana menteri itu, ke dalam kereta polis bercermin gelap dan membawanya ke IPK Kuala Lumpur.
Anwar tiba di IPK Kuala Lumpur jam 1.11 tengahari dengan dikawal oleh konvoi 15 kenderaan.
Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan kepada pemberita di Parlimen bahawa Anwar telah ditahan.
Katanya, beliau menerima panggilan telefon dari Anwar yang mengesahkan bahawa beliau telah ditahan.
Anwar juga, katanya, memberitahu bahawa beliau dilayan secara kasar oleh anggota polis yang menahannya itu.
Wan Azizah berkata, Anwar memintanya pulang ke rumah untuk menenangkan anak-anaknya dan kemudiannya pergi ke pejabat polis terbabit.
Naib presiden PKR, Azmin Ali tiba kira-kira jam 1.26 tengahari, dan menyifatkan tindakan polis itu sebagai "tidak bertamadun" kerana Anwar telah mengesahkan akan datang.
Lagi pula, tambahnya, masa yang diberikan oleh polis sehingga jam 2 petang juga belum lagi tamat.
Beliau juga menyifatkan tindakan polis sebagai tidak wajar kerana Anwar dikeluarkan dari keretanya di tepi jalan utama.
Kira-kira 200 penyokong Anwar termasuk ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat kini berhimpun di IPK Kuala Lumpur.
Mereka termasuk Yusmadi Yusof, Zuraidi Kamaruddin, Dr Zulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli, Tian Chua serta Karpal Singh.
Wan Azizah pula tiba dengan anak perempuannya, Nurul Nuha pada jam 1.30 hari.
Jika sabit kesalahan, orang yang melakukan kesalahan itu boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat.
-malaysiakini