"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, August 30, 2008

Pay Time..!: Dr. Mahathir kecewa

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga mempertikaikan kebebasan media dengan menekankan banyak perkara yang disentuh beliau pada sidang media baru-baru ini, susulan kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak dilaporkan oleh media arus perdana.

"Selepas pengumuman Barisan Nasional kalah di Permatang Pauh pemberita datang ke Yayasan Kepimpinan Perdana dan mendesak supaya saya adakan satu sidang akhbar.

"Dalam sidang akhbar itu saya secara terus terang berkata sidang akhbar tidak berguna kerana mereka tidak akan dibenar melaporkan jawapan-jawapan saya melainkan yang boleh diputar supaya ternampak saya menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan kerajaannya.

"Seperti yang saya jangka laporan yang dibuat berlainan dengan apa yang saya perkatakan," kata beliau dalam tulisan terbaru blognya hari ini.

Kata Dr. Mahathir, apabila ditanya berkenaan dengan penurunan harga minyak, beliau menjawab bahawa ia ada kaitan dengan Permatang Pauh.

"Kita patut ada lebih banyak pilihan raya kecil supaya harga minyak dikurangkan lagi.

"Yang dilapor ialah saya berkata penurunan harga minyak adalah baik untuk rakyat. Itu sahaja," katanya.

Malah, kata Dr. Mahathir, beliau juga ditanya tentang perancangannya selepas Permatang Pauh dan sama ada akan kembali ke UMNO.

"Saya ingatkan mereka bahawa saya keluar UMNO dengan bersyarat. Saya akan mohon kembali ke UMNO jika Dato Seri Abdullah tidak lagi menjadi presidennya, iaitu jika dibenar.

"Apabila saya kembali saya akan turun padang dan bekerja keras untuk menarik balik bekas-bekas penyokong UMNO dan BN yang telah sokong parti lawan dalam pilihan raya Umum ke-12," katanya.

Beliau keluar Umno Mei lalu.

Kata bekas Presiden Umno itu, beliau menjelaskan yang kerja tersebut memerlukan masa.

"Kalau kepimpinan bertukar pada Jun 2010, tidak ada masa untuk pulih parti sebelum pilihan raya umum ke- 13.

"Semua ini tidak sedikitpun dilapor dalam mana-mana akhbar atau televisyen. Inikah yang dikatakan kebebasan media yang dijanjikan oleh Dato Seri Abdullah," soal beliau.

-mSTAR Online

TP - zaman che'det dulu, kami dipihak pembangkang dah tempoh macam-macam, bila kami suarakan perkara-perkara tu semua, che'det cakap - tak dak...mana ada berat sebelah...masa tu che'det adalah PM...hari ni, che'det dok sebaris dengan kami. giliran che'det pulak nikmati hidangan dari pemerintah sebagaimana kami terima dulu...bezanya sekarang, kami dah kalih dengan semua ni manakala che'det pulak.........kesian...orang baru...pasti bengang bila kenyataan diputar belit kan???

Pay Time..!

Pantun ‘Cari Ganti’



cilok dari Minda Mufti

Entah...

Saje nak imbas balik post mortem yang setengah pihak pro KERAjaan buat lepas kekalahan UMNO/BN masa PRU-12 hari tu.

Bukan apa... ni aku tengok melalui bacaan keputusan PRK P-044.aku tak tau orang lain punya bacaan macam mana, tapi dari awal lagi aku dok main teka-teki betul atau tak post mortem yang setengah pihak buat tu.

Ada pendapat mengatakan bahawa keputusan pengundian masa PRU-12 hari tu dipengaruhi oleh undian "lepas geram" penyokong-penyokong & ahli-ahli UMNO/BN yang cenderung memangkah Pakatan Rakyat sebab tak puas hati dengan sesetengah pimpinan UMNO/BN.

Hasil post mortem tu buat bacaan sokongan pada Pakatan Rakyat 50:50 sebab kami yang bertugas tak tau adakah mereka-mereka yang tergolong dalam golongan "pengundi lepas geram"(suka UMNO/BN tapi sokong Pakatan Rakyat)akan mengulang trend yang sama dalam PRK P-044 atau tak...

Lepas PRK P-044 berlalu dengan keputusan yang amat cemerlang - majoriti Pakatan Rakyat bertambah & minoriti UMNO/BN makin berkurang aku dapat simpulkan bahawa sebenarnya post mortem yang dibuat oleh sesetengah pihak lepas PRU-12 adalah post mortem yang salah...

Bacaan sebenarnya ialah mereka yang mengundi Pakatan Rakyat ialah mereka yang mahukan perubahan & bukannya kerana undi simpati atau undi lepas geram.

Untuk yang ni aku yakin sangat-sangat.

Kenapa aku yakin? aku ada beberapa asas yang aku jadikan sandaran... siapa yang tak kenal ahli-ahli & penyokong-penyokong UMNO/BN?taksubnya pada parti memang terkenal seantero dunia hatta kalau parti depa ditegur pasti yang menegur akan dianggap sebagai penderhaka pada Tanah Melayu.

Disaat ini jugak kita sedang melihat kejatuhan UMNO/BN pada graf terendah dalam sejarah politik Malaysia.bagi aku tak mungkin ada pro UMNO/BN yang sanggup menjatuhkan parti depa sendiri pada saat ini lebih-lebih lagi bila isu "melayu" dimainkan oleh bos-bos depa sementelah pula DAP adalah kerajaan memerintah di Pulau Pinang.isu ni paling sensitif bagi UMNO/BN & tak mungkin pro UMNO/BN akan mengundi Pakatan Rakyat pada saat isu ini dimainkan oleh sivaji.

Apa yang aku nampak sekarang ialah perubahan graf pengundian ke 2-2 pihak di P-044 adalah kerana 2 faktor berikut :

1 - Pengurangan undi dipihak UMNO/BN adalah kerana pengundi yang dahulunya mengundi UMNO/BN(kerana kurang yakin pada Pakatan Rakyat ketika PRU-12)kini telah beralih arah memberi undi kepada Pakatan Rakyat kerana semakin hilang keyakinan kepada UMNO/BN yang semakin hari semakin jelas putar belitnya.

2 - Pertambahan majoriti Pakatan Rakyat adalah kerana pengundi yang dahulunya mengundi UMNO/BN(kerana kurang yakin pada Pakatan Rakyat ketika PRU-12)kini telah beralih arah memberi undi kepada Pakatan Rakyat hasil dari kecemerlangan pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang dikuasai mereka seterusnya menjadi faktor yang meyakinkan pengundi untuk mengundi Pakatan Rakyat.

Aku jangkakan lepas ni, kalau ada lagi PRK dimana-mana mukabumi Malaysia, akan dimenangi oleh Pakatan Rakyat kerana telah menunjukkan kecemerlangan dalam mentadbir negeri-negeri dibawah penguasaannya dengan baik walaupun diserang dari segenap arah oleh UMNO/BN.

UMNO/BN boleh terus buat post mortem kekalahan depa dalam PRK P-044 tapi aku yakin result yang depa dapat mesti tak sama dengan aku sebab aku bukan pakar... tapi kalau tak percaya, boleh cuba beranikan diri adakan 1 lagi PRK kat mana-mana & kita tengok keputusannya...

Ada berani ka?

Post Mortem

Semalam, hari Jumaat, ada member nak buat kenduri sikit pasai nak sambut puasa. Tambahan pulak, sebagai tanda puas, kerja dia kat Permatang Pauh berbaloi. Oleh kerana dia jiran dekat rumah, dia minta aku tolong belikan ayam.



Nak mintak tolong, tak jadi masalah. Tapi bila dia mintak sponsor…..teruk sikit. Tapi bila aku pikir balik, hari tu banyakorang sponsor aku kat Matang Pauh. Malaysiabiz sponsor duit minyak. Topeng Perak sponsor nasi kandaq. Matcomot sponsor McDonald. Ummi sponsor cucoq. Kalau keluar duit sendiri, dah tentu habis tujuh lapan puluh. Tapi dah takdir, kalau Tuhan kata kena keluaq…keluaq la.



Aku pun pergi kat market Kuala. Pergi market pukul 11.00… apa yang tinggal? Dari jauh Ah Hee jual ayam dah jerit. “Ah Mat aaaa! Matang Pau apa macam? Atak lawan ka?”



“Whoa!! lugi la lu. Manyak syiok lo. Ciak beh liao!”



“Talak bikin makan busat ka?” Ah Hee tanya aku.



“Tu pasai la aku datang cari ayam. Nak buat kenduri”



“Ayam atak bulu ka…..tatak bulu punya?”



“Yang tak dak bulu la…yang dah proses. Yang ada bulu nak kena potong…kena buang bulu…sapa nak buat?”



“Mau ayam PKR ka…mau ayam BN?” Ah Hee tanya lagi.



“Cilaka hang..aku nak yang murah..Tak kira la…ayam BN ka…ayam PKR ka…ayam Pas ka…”



“Mau mulah punya…lu angkat ayam BN.” kata Ah Hee.



“Ayam hang ni…hang potong ka…hang katuk?” aku tanya kat Ah Hee.



“Haiya!..Gua mana atak potong punya. Itu Haji kasi potong punya. Gelenti olang Melayu boleh makan punya.”



“Aku tau la hang tak potong. OK..bagi aku lima ekor.” Yang tu saja aku mampu.



“Thieu na seng….lima ekoq mau kasi sapa makan? kita olang semayang hantu pun talak cukup punya. Angkat sepuluh ekoq la..”



“Aku ada tujuh puluh ringgit saja…cukup atau tidak.. itu saja bajet aku”



“Cincai la…lebih gua sponsor.” kata Ah Hee. Selamaaat!



“Mau post mortem ka?” Ah Hee tanya kat aku.



“Potong saja la..”



“Gua manyak syiok post mortem ini BN punya ayam.” kata Ah Hee.”Mula-mula buang dia punya kepala.” Cut! sekali tetak putus kepala ayam. ” Ini kepala tak boleh pakai punya…sudah rosak. ini ayam aaa….tatak akai punya. Lu kasi lepas sama dia aaa…dia tak tau cali makan punya. Hali-hali, dia tunggu olang kasi makan. Satu hali olang tatak kasi makan aaa… gelenti mati punya. Itu PKR punya ayam aaa… tiga hali talak kasi makan pun boleh hidup punya.



Ini ayam BN punya mulut aaa.. lagi tak boleh pakai. Itu ayam PKR aaa..pagi-pagi sudah bunyi…koo…koo.koo..koooooo! Tapi ini ayam BN, kali-kali cakap busuk punya. Lu talak caya…lu dengar apa dia cakap..cock…cock…cock…cock….cock.



“Kaki… lu mau ka tak mau?” tanya Ah Hee



“Aku nak buat apa dengan kaki? ” aku bagi tau Ah Hee.



“Lu manyak pandai!!! Ini kaki aaaa.. Cina pun tak mau ooo. OK…Sikalang kita belah dua.. lu tengok dia punya hati…manyak hitam. Ini tali perut aaa…juai pun talak laku pasai dia punya bau manyak busuk. Hali-hali makan pellet. Ini pedai aaa…lu kasi potong.Ayam BN punya pedai….itu bulu ayam pun ada. Tapi itu PKR punya ayam…dalam itu pedai ada pasir. Itu pasai Cina punya olang manyak suka itu PKR punya ayam!”



“Hei! Ayam PKR ni ayam apa?” aku tanya Ah Hee.



“Niamah ka hai! itu kampong punya ayam la…. “



-mat saman kati

Malam Ni Tak Payah Balik...

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Sempena sambutan perayaan Ambang Merdeka di ibu kota Sabtu malam, perkhidmatan komuter akan dilanjutkan sehingga pukul 2 pagi Ahad bagi kemudahan orang ramai.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan akhbarnya berkata perkhidmatan tren tambahan ini beroperasi di semua laluan perkhidmatan KTM Komuter meliputi laluan Seremban-Rawang-Seremban, Sentul-Pelabuhan Klang-Sentul dan Rawang-Kuala Kubu-Rawang.

Katanya perkhidmatan tambahan bermula pada 11 malam dan ketibaan tren adalah setiap 20 minit.

Orang ramai juga dinasihatkan membeli tiket perjalanan dua hala bagi mengelak kesesakan di mesin jualan tiket.

TP -maka berbodong-bodong lah nak-nak muda membawa segala yang berharga ke ibukota/e untuk menjaja untung nasib...untung baik, dapat menuai hasil sembilan bulan lagi... untung tak baik, dapat menadah bontot untuk serotan dua...apalah ada pada nafsu? serakah itu tak penting, yang penting "perayaan"...ayuh kita merdekakan diri mereka...

Born in Sabah, but she’s an illegal

ZAMBOANGA, Aug 30 — Rina, 17 years old and heavily pregnant, is waiting for her husband to be deported.



The two were caught in a round-up of illegal immigrants in the city of Sandakan in Sabah in early June.



After spending several weeks in a detention centre, she was put on a ferry to the southern Philippine port of Zamboanga, along with around 100 other Filipinos without papers. It was the first time that she had set foot in the country. Her parents were Muslim Filipinos from the impoverished Sulu islands, who migrated to Sabah in the early 1980s in search of better-paid work.



Both eventually got the coveted identity cards allowing them to stay in Malaysia. But like the children of many second-generation migrants, Rina (not her real name) was born into a shadow world. She never went to school or visited a doctor for fear of being exposed as an “illegal”.



“It was too hard for my parents to get my papers,” she said.



Her 18-year-old husband comes from a village on Jolo, an island in the Sulu chain, but she does not know its name.



So she spends her day listlessly waiting for him to arrive at a government centre for displaced persons in Zamboanga.



“I want to stay in the Philippines and finally have the peace of mind that I never had in all my life in Sabah,” she said.



Most of the Filipinos deported from Sabah are from an autonomous region for Muslims in the south. Its provinces are among the country's poorest.



Philippine government figures show that some 8,000 Filipinos were deported from Sabah in the first seven months of this year. Last year, nearly 12,000 were sent packing.



The numbers are set to rise sharply since Malaysia launched a crackdown earlier this month on illegal immigrants. Most of them are Filipinos and Indonesians working on oil palm plantations or construction sites and factories. Many of those deported will try to return to find work or rejoin their families.



Among them is Amina Hasan, 20.



She and her two-month-old daughter arrived in Zamboanga from Sandakan on Aug 13, along with 127 other deportees. Her husband, a construction worker, is still in Sabah.



“I hope I can secure the documents and finances to return legally, but if not I'll be forced to go back the other way,” she said.



That will probably be her only option. Under the clampdown, Malaysia is now registering deportees using biometric fingerprint readers. Even if she secures valid papers to return to Sabah, she will be denied entry under new regulations.



Most slip back from Sulu's southernmost islands. The night trip, usually in outrigger boats called bancas, costs between 3,000 and 4,000 pesos (RM285), say those that have done it.



Deportees are on at most twice-weekly ferry sailings from Sandakan to Zamboanga. They are met at the dockside by government social workers, put on trucks and taken to the centre for displaced persons in the city's Mampang district.



The clients — as the staff call them — usually stay only for a few days before being given a small allowance to get home. Around 70 per cent of the deportees are male, typically aged between 18 and 35. Everybody there complained earlier this month of poor food or too little of it during their detention in Sabah. But nobody said they had been mistreated.



The centre's director Nadzma Hussein said around 20 per cent of deportees arrive with health problems, mainly respiratory and skin conditions. A few cases of tuberculosis also turn up.



But she said: “The situation is improving and their physical appearance is much better this year; they used to arrive looking very dirty.”

-TMI

Pakar Politik Boomerang.

Korang tau tak Boomerang tu apa?kalau tak tau Boomerang tu apa, korang baca nih:

A
boomerang is a simple wooden implement used for various purposes. It is primarily associated with Australian Aborigines, but other forms are found amongst peoples of North East Africa, Sardinia, Arizona and southern California Native Americans and in India. Besides the ancient boomerangs of Egypt and Sardinia, another old one found so far was discovered in a cave in the Carpathian Mountains in Poland and is believed to be about 20,000 years old.[1]

Boomerangs come in many shapes and sizes depending on their geographic/tribal origins and intended function. The most recognizable type is the returning boomerang, a kind of
throwing stick that, when thrown correctly, travels in a curved path and returns to its point of origin. Other types of boomerang are of the non-returning sort, and indeed, some are not thrown at all but are used in hand-to-hand combat by Aboriginal people.[2]

Boomerangs can be variously used as hunting weapons, percussive musical instruments, battle clubs, fire-starters, decoys for hunting waterfowl, and as recreational play toys. The smallest boomerang may be less than 10 cm from tip-to-tip, and the largest over 2 meters in length. Tribal boomerangs may be inscribed and/or painted with designs meaningful to its maker. Most boomerangs seen today are of the tourist or competition sort, and are almost invariably of the returning type.-referance
[ here ]

Aku alih bahasa secara ringkas.

Boomerang ialah sejenis senjata yang kalau hangpa baling kuat-kuat dia akan berpatah balik tepat mengenai kepala hangpa...

Balik pada cerita asal pasal Boomerang...

Kat Malaysia ni semenjak bermulanya PRU-12, makin ramai pakar Boomerang timbul terutamanya pakar politik Boomerang.

Sebab apa aku panggey depa ni pakar politik Boomerang?sebab selalunya senjata yang depa hantar & isu yang depa hantam kuat-kuat pada pihak lawan jarang tak kena balik kepala otak dungu depa...

Ketua pakar politik Boomerang pada pengamatan aku ialah Pak Lah Badol...Pak Lah Badol masa pi kat Permatang Powh kempen Pilihanraya Kecik dia habaq dekat rakyat Permatang Powh - Sudah Sampai Masanya Orang Tinggal Tetap Jadi Wakil Rakyat Permatang Pauh - rujukan [sini].

Kenyataan bangang Pak Lah Badol dijawab sinis selepas ceramahnya oleh pengunjung ceramah tersebut dengan 1 soklan maut - Wakil Rakyat Kepala Batas tinggal kat mana? Pak Lah Badol tak jawab soklan tu sebaliknya terus bergegas ke Lapangan Terbang & berlepas pulang ke kediaman rasminya di Putrajaya berdekatan Kepala Batas...samdol punya PM...

Pakar politik Boomerang yang seterusnya pulak ialah Mat Bijan...Mat Bijan pernah keluarkan kenyataan dalam mukasurat depan akhbar perdana jaminan bahawa rege minyak tidak akan naik selepas pilihanraya...

Kenyataan bangang Mat Bijan pulak dijawab sinis oleh Pak Lah Badol dengan kenaikan rege minyak yang "mampu bayar" oleh semua penduduk Malaysia sehingga mengakibatkan Mat Bijan terdiam terusss tanpa sebarang komen semasa isu kenaikan rege minyak berkumandang dicorong telinga Mat Bijan...ni lagi sekor samdol...TPM samdol...

Pakar Politik Boomerang seterusnya yang aku rasa berada dalam carta ke-2 tertinggi ialah Mat Ezam Kotak...Mat Ezam Kotak suatu masa dolu-dolu amat sinonim dengan rehsia 6 kotaknya & pembongkaran salahlaku rasuah dipihak KERAjaan...tup tup sekarang Mat Ezam Kotak sudah berada dalam parti KERAjaan yang Mat Ezam Kotak anggap pusat rasuah negara.

Kenyataan Mat Ezam Kotak dalam kebanyakan ceramahnya ialah - Saya tau banyak rehsia penyelewengan DSAI & saya akan dedah...sampai ke la ni Mat Ezam Kotak masih tak dedah apa-apa pun salahlaku DSAI sebaliknya 6 kotak Mat Ezam Kotak pulak dipersoalkan kebanyakan pengunjung ceramahnya sehingga mengakibatkan Mat Ezam Kotak hilang pada hari terakhir kempen Pilihanraya Kecil P-044 kerana tak sanggup berhadapan dengan soklan pengunjung yang jugak berkotak-kotak...ni samdol muncong panjang..."kerrana apa?"...kerana kotak......

Pakar Politik Boomerang yang seterusnya ialah pegawai khas Mat Bijan...dikhabarkan Pegawai Khas Mat Bijan ialah individu yang menyusun & menjayakan acara sumpah mubahalah Saiful sehari sebelum hari penamaan calon dengan tujuan untuk menjatuhkan kreadibiliti DSAI dimata pengundi-pengundi di Permatang Powh...

Tapi akhirnya dengan izin Allah swt bom yang dihantar ke kem Pakatan Rakyat, makan tuan bilamana disaat-saat akhir kempen P-044 Ustaz Ramlang telah muncul di Permatang Powh menjelaskan perihal sebenar sumpah Saiful.kenyataan & penjelasan Ustaz Ramlang itu akhirnya telah menjadi Bom yang amat kuat & impaknya telah menaikkan kembali kreadibiliti DSAI & menjunamkan UMNO/BN kedalam jirat cina berhampiran Yayasan Aman, Permatang Powh...lagi sekali senjata makan tuan...bertambah sekor lagi samdol...patut la TPM kita samdol...pegawai khas dia samdol...sesuai...

Pakar Politik yang berada dalam carta tertinggi samdol-samdol pakar politik boomerang ialah Nallakarupan@NallaKURAPan...

Kenyataan "killer" dari Nallakarupan@NallaKURAPan ialah bilamana Nallakarupan@NallaKURAPan mendedahkan bahawa DSAI telah menerima wang sebanyak RM60juta dari Magnum corporation untuk tujuan-tujuan tertentu & akibat dari kenyataan Nallakarupan@NallaKURAPan, BPR telah membuka kertas siasatan terhadap Nallakarupan@NallaKURAPan berhubung dakwaan tersebut...

Buat masa ini Nallakarupan@NallaKURAPan telah menghilangkan diri sebab masa dia buat kenyataan tersebut mungkin dia tengah mabuk todi haram & terlupa kesan & akibat dari kenyataannya...dia ingat senang-senang boleh cakap ikut suka mak pak belah sepupu bini tiri mak dia je kot...

Sebenarnya ramai lagi pakar politik boomerang dalam kem dacing tapi aku malas nak detail satu persatu...kalau aku detail satu persatu, mau makan 3-4 muka surat...tu pun bahagian KJ je...belum lagi masuk bahagian Mat Buih disiring bibir lagi tu...

Apapun yang aku list kat atas tu kira hardcore la...sebab nampak sangat bangang...yang lain pun bangang jugak, tapi yang kat atas tu aku hilite sebab jawatan depa kira jawatan tertinggi & yang 2 ekor lagi tu tak de jawatan tapi lagak mengalahkan Koffi Annan...

Samdol, samdol, samdol, samdol & samdol...

Santai Kejap...Rilekskan minda...










Bonus kakitangan awam antara 50 insentif Bajet 2009

(Dikemas kini) PETALING JAYA: Bajet 2009 yang bertemakan Kerajaan Prihatin menyediakan hampir 50 insentif termasuk bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 serta pencen minimum RM720.

Bonus kepada lebih sejuta kakitangan awam akan dibayar melalui dua kali pembayaran iaitu pada September dan Disember.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pemberian bonus itu sebagai menghargai peningkatan produktiviti dan sumbangan kakitangan sektor awam kepada pembangunan negara.

"Kerajaan bersetuju memberi bonus bersamaan sebulan gaji dengan minimum RM1,000 bagi tahun 2008. Bonus akan diberi dalam dua bayaran, pada bulan September dan Disember 2008," kata Abdullah, yang juga Menteri Kewangan, ketika membentangkan Bajet 2009 di Parlimen, hari ini.

Pada tahun lepas, tiada bonus diberikan selepas kerajaan pada Julai memberikan pelarasan gaji antara 7.5 dan 35 peratus.

Dalam pada itu, pesara kerajaan yang berkhidmat sekurangkurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009.

Seramai 75,000 pesara wajib termasuk penerima pencen terbitan akan mendapat manfaat ini, dengan peruntukan tambahan RM140 juta pada tahun depan.

Abdullah berkata, langkah itu bertujuan untuk membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran menampung sara hidup harian.

Kerajaan menghargai jasa pesara yang telah menyumbang kepada kemajuan yang negara kecapi hari ini, kata Abdullah yang juga Menteri Kewangan semasa membentangkan Bajet 2009 di Dewan Rakyat.

Sementara itu, isu rumah yang mempunyai bil elektrik RM20 ke bawah sebulan tidak akan dikenakan bayaran berkuatkuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.

Abdullah berkata, langkah untuk meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah itu akan memanfaatkan 1.1 juta isi rumah.

Kerajaan akan menanggung kos bil berjumlah RM170 juta itu.

Abdullah berkata, kerajaan yakin matlamat menghapuskan kemiskinan tegar akan dapat dicapai pada 2010.

Tahun lalu kakitangan awam tidak mendapat bonus.

-mSTAR Online

GEMPAQ !!! TAHUKAH ANDA ??

1 – Tahukah anda belanjawan SUKOM 1998 – masih lagi BELUM di audit. Sudah 10 tahun. Telah ada 3 Menteri Belia dan Sukan silih berganti TETAPI kenapa belanjawan SUKOM 98 masih belum di bentangkan ke Parlimen.

2 – Tahukah anda bahawa Senator Jins Shamsuddin telah 'kelentong' kerajaan negeri Perak dengan projek filem Pasir Salak?

3 – Tahukah anda hingga ke hari ini belum ada laporan polis yang lengkap tentang percubaan membunuh Sharifah Aini di hadapan Sri Pentas?

4 – Tahukah anda hingga ke hari ini masih belum di ketahui laporan tentang siapa yang membakar Dewan Tunku Chancelor Universiti Malaya pada tahun 2001. Keyvaas dan Azlina pada minggu kejadian mengakui memiliki bukti. Mana buktinya?

5 - Tahukah anda siapa pembunuh Norita Shamsuddin ? Apa terjadi dengan kes ini?

6 – Tahukah anda apa terjadi dengan 6 BUAH KOTAK MAT EZAM?

7 – Tahukah anda syarikat mana yang membuat lebuhraya MRR2 yang runtuh rantah?

8 – Tahukah anda apa terjadi dengan saman Edry KRU yang menuduh ‘gambar bogel’ Pemuda United Malays National Organisation ini adalah kerja ‘copy n paste’?Siapa yang 'copy n paste'?

9 – Tahukah anda dimana Samy Veloo dan Siti Hasmah membuat rambut palsu?

10- Tahukah anda siapa nama isteri Najib yang pertama?

-Tukar Tiub