"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, August 30, 2008

Bonus kakitangan awam antara 50 insentif Bajet 2009

(Dikemas kini) PETALING JAYA: Bajet 2009 yang bertemakan Kerajaan Prihatin menyediakan hampir 50 insentif termasuk bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 serta pencen minimum RM720.

Bonus kepada lebih sejuta kakitangan awam akan dibayar melalui dua kali pembayaran iaitu pada September dan Disember.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pemberian bonus itu sebagai menghargai peningkatan produktiviti dan sumbangan kakitangan sektor awam kepada pembangunan negara.

"Kerajaan bersetuju memberi bonus bersamaan sebulan gaji dengan minimum RM1,000 bagi tahun 2008. Bonus akan diberi dalam dua bayaran, pada bulan September dan Disember 2008," kata Abdullah, yang juga Menteri Kewangan, ketika membentangkan Bajet 2009 di Parlimen, hari ini.

Pada tahun lepas, tiada bonus diberikan selepas kerajaan pada Julai memberikan pelarasan gaji antara 7.5 dan 35 peratus.

Dalam pada itu, pesara kerajaan yang berkhidmat sekurangkurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009.

Seramai 75,000 pesara wajib termasuk penerima pencen terbitan akan mendapat manfaat ini, dengan peruntukan tambahan RM140 juta pada tahun depan.

Abdullah berkata, langkah itu bertujuan untuk membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran menampung sara hidup harian.

Kerajaan menghargai jasa pesara yang telah menyumbang kepada kemajuan yang negara kecapi hari ini, kata Abdullah yang juga Menteri Kewangan semasa membentangkan Bajet 2009 di Dewan Rakyat.

Sementara itu, isu rumah yang mempunyai bil elektrik RM20 ke bawah sebulan tidak akan dikenakan bayaran berkuatkuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.

Abdullah berkata, langkah untuk meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah itu akan memanfaatkan 1.1 juta isi rumah.

Kerajaan akan menanggung kos bil berjumlah RM170 juta itu.

Abdullah berkata, kerajaan yakin matlamat menghapuskan kemiskinan tegar akan dapat dicapai pada 2010.

Tahun lalu kakitangan awam tidak mendapat bonus.

-mSTAR Online

No comments: