"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, August 30, 2008

Pertemuan Rahsia Anwar: Telur Pak Lah Kecut..!

(Dikemas kini) PETALING JAYA: Dilihat sebagai amaran kepada pihak-pihak yang cuba untuk membentuk kerajaan persekutuan menggunakan jalan belakang, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengingatkan agar tidak merampas kuasa yang diberikan oleh rakyat secara tidak sah.

Ketika membentangkan ucapan Bajet 2009 di Parlimen hari ini, Abdullah tidak merujuk dengan khusus mana-mana pihak tetapi pemerhati politik melihat ia menjurus ke arah Pakatan Rakyat yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri kembali ke Dewan Rakyat semalam selepas memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh Selasa lalu.

Bekas Menteri Kewangan itu telah berulang menegaskan akan membentuk kerajaan menjelang 16 September ini.

mStar Online
difahamkan semalam beliau mengadakan pertemuan dengan sekumpulan Ahli Parlimen dari Sarawak di ibu negara - kira-kira lapan jam selepas mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat.

Terdahulu petang semalam ahli-ahli Parlimen Sabah dan Sarawak telah membuat ikrar taat setia untuk tetap bersama Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Abdullah.

"Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Barisan Nasional yang diberi mandat oleh rakyat pada bulan Mac lalu akan terus memelihara kestabilan politik dan meningkatkan kemakmuran ekonomi negara.

"Usaha pihak tertentu yang cuba menggugat kestabilan ini, dengan merampas kuasa secara tidak sah tanpa mandat majoriti rakyat, perlu ditolak," kata Abdullah yang juga Pengerusi Barisan Nasional.

Selepas pilihan raya umum ke-12 pada Mac lalu, tegas beliau, "kita tidak boleh membenarkan ketidakpastian yang timbul berterusan."

"Sedikit sebanyak ia akan memberi kesan negatif kepada pelabur asing, sentimen ekonomi dan juga pasaran modal," katanya.

Abdullah yang juga Menteri Kewangan menambah, beliau tidak akan membenarkan gangguan yang dirasai sekarang berterusan.

"Saya tidak akan membenarkan mandat rakyat dirampas daripada parti Barisan Nasional yang telah menang majoriti pilihan raya umum secara sah dan mengikut lunas demokrasi.

"Saya yakin rakyat akan terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional untuk melaksanakan tugas-tugas mentadbir negara.

"We need to get on with the business of governing and not waste any more time with opportunistic threats to seize the people’s mandate through undemocratic means
, dengan izin," kata beliau.

Abdullah membangkitkan perkara itu di akhir ucapannya yang disiarkan menerusi televisyen tempatan.

Ucapan beliau memakan masa kira-kira 90 minit bermula pukul 4 petang tadi.

-mSTAR Online

1 comment:

Anonymous said...

Betul ke Pak Lah ada teluq. Aku ingat memang dah tak ada sejak Semangat 46 dulu