"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, August 30, 2008

Pay Time..!: Dr. Mahathir kecewa

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga mempertikaikan kebebasan media dengan menekankan banyak perkara yang disentuh beliau pada sidang media baru-baru ini, susulan kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak dilaporkan oleh media arus perdana.

"Selepas pengumuman Barisan Nasional kalah di Permatang Pauh pemberita datang ke Yayasan Kepimpinan Perdana dan mendesak supaya saya adakan satu sidang akhbar.

"Dalam sidang akhbar itu saya secara terus terang berkata sidang akhbar tidak berguna kerana mereka tidak akan dibenar melaporkan jawapan-jawapan saya melainkan yang boleh diputar supaya ternampak saya menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan kerajaannya.

"Seperti yang saya jangka laporan yang dibuat berlainan dengan apa yang saya perkatakan," kata beliau dalam tulisan terbaru blognya hari ini.

Kata Dr. Mahathir, apabila ditanya berkenaan dengan penurunan harga minyak, beliau menjawab bahawa ia ada kaitan dengan Permatang Pauh.

"Kita patut ada lebih banyak pilihan raya kecil supaya harga minyak dikurangkan lagi.

"Yang dilapor ialah saya berkata penurunan harga minyak adalah baik untuk rakyat. Itu sahaja," katanya.

Malah, kata Dr. Mahathir, beliau juga ditanya tentang perancangannya selepas Permatang Pauh dan sama ada akan kembali ke UMNO.

"Saya ingatkan mereka bahawa saya keluar UMNO dengan bersyarat. Saya akan mohon kembali ke UMNO jika Dato Seri Abdullah tidak lagi menjadi presidennya, iaitu jika dibenar.

"Apabila saya kembali saya akan turun padang dan bekerja keras untuk menarik balik bekas-bekas penyokong UMNO dan BN yang telah sokong parti lawan dalam pilihan raya Umum ke-12," katanya.

Beliau keluar Umno Mei lalu.

Kata bekas Presiden Umno itu, beliau menjelaskan yang kerja tersebut memerlukan masa.

"Kalau kepimpinan bertukar pada Jun 2010, tidak ada masa untuk pulih parti sebelum pilihan raya umum ke- 13.

"Semua ini tidak sedikitpun dilapor dalam mana-mana akhbar atau televisyen. Inikah yang dikatakan kebebasan media yang dijanjikan oleh Dato Seri Abdullah," soal beliau.

-mSTAR Online

TP - zaman che'det dulu, kami dipihak pembangkang dah tempoh macam-macam, bila kami suarakan perkara-perkara tu semua, che'det cakap - tak dak...mana ada berat sebelah...masa tu che'det adalah PM...hari ni, che'det dok sebaris dengan kami. giliran che'det pulak nikmati hidangan dari pemerintah sebagaimana kami terima dulu...bezanya sekarang, kami dah kalih dengan semua ni manakala che'det pulak.........kesian...orang baru...pasti bengang bila kenyataan diputar belit kan???

Pay Time..!

No comments: