"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, August 30, 2008

Dr M kecam k'jaan haram Malaysia Today

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengecam kerajaan kerana memungkiri janjinya selama ini untuk tidak menapis kandungan internet - dasar yang perkenalkan semasa pentadbirannya dahulu.

mahathir hulu langat 120408 press conference"Bila kerajaan membuat janji kepada negara dan kemudian memungkirinya, maka kerajaan bukan sahaja hilang kredibiliti tetapi juga rasa hormat rakyat sebelum ini," kata Dr Mahathir dalam blognya - Chedet blog.

Dr Mahathir yang memperkenalkan dasar tiada tapisan internet pada pertengahan tahun 1990-an, berkata tindakan kerajaan itu menunjukkan "tahap keangkuhan yang menindas menyerupai sebuah negara kuku besi".

Rabu lalu, Malaysiakini melaporkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengarahkan semua penyedia perkhidmatan internet (ISPs) di negara ini supaya mengharam Malaysia Today.

"Saya tidak sentiasa bersetuju dengan Malaysia-Today.net dan (editor lamanweb itu) Raja Petra Kamaruddin. Beliau adakalanya agak tidak bertanggungjawab," tambah Dr Mahathir.

"Tetapi tindakan mahkamah telahpun diambil terhadapnya. Jika dia didapati bersalah, terdapat hukuman yang mencukupi yang boleh dijatuhkan (ke atasnya)," tambahnya.

malaysia today website 270808Raja Petra (kiri) sedang berdepan dengan beberapa saman, termasuk tuduhan menghasut dan melakukan fitnah selepas beliau mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya dengan kes pembunuhan seorang wanita Mongolia.

Tapisan internet


Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar mempertahan tindakan terhadap Malaysia-Today, dengan berkata lamanweb itu diharamkan kerana ia menyiarkan kandungan yang berunsur 'fitnah'.

bar council sedition forum 110808 raja petraSementara itu, parti pembangkang, PKR turut mengecam keputusan kerajaan itu, yang disifatkannya sebagai tindakan terdesak kerajaan Barisan Nasional.

Sambil menyifatkannya sebagai serangan terbaru terhadap kebebasan awam, parti itu berkata, keputusan tersebut merupakan tapisan terhadap internet.

"Ia juga merupakan satu tindakan terdesak kerajaan BN yang masih tergugat selepas mengalami kekalahan berturut-turut dan enggan menerima isyarat yang jelas dari rakyat berulang-kali melalui peti undi.

"Alasan yang diberikan bahawa Malaysia Today merupakan sebuah lamanweb yang berunsur menghasut adalah tidak berasas sama sekali dalam mana-mana prinsip undang-undang, memandangkan terdapat undang-undang yang mencukupi yang mengendalikan aktiviti seumpama itu dan masih belum ada sebuah mahkamah pun di Malaysia yang telah mendapati lamanweb itu menyiarkan kandungan yang berunsur menghasut," tambah Setiausaha Agung PKR, Salahuddin Hashim dalam satu kenyataan hari ini.

salahuddin hashim pkr sec genSalahuddin menegaskan, PKR memandang serius tentang kemungkinan ia merupakan langkah permulaan dalam percubaan yang lebih besar untuk mengekang rakyat Malaysia daripada mengakses internet, yang selama ini menjadi benteng kebebasan bagi mereka yang mahu mendapatkan pandangan alternatif.

Laman alternatif


Oleh itu, katanya, PKR menggesa SKMM dan kerajaan supaya mengotai janjinya kepada KRM (Koridor Raya Multimedia) dan segera menarik balik arahan tersebut.

PKR juga, tambahnya, menentang sebarang percubaan untuk mengenepikan hak rakyat untuk mengakses maklumat alternatif.

Di bawah Bil Jaminan 10 Perkara KRM, kerajaan berjanji untuk memastikan tiada tapisan internet.

Raja Petra yang mengasaskan Malaysia Today, telah menyediakan laman alternatif melalui penyedia internet asing.

Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa tindakan kerajaan itu tidak akan menghalangnya untuk terus menulis.

Malaysiakini telah menyemak dengan laman alternatif tersebut dan sehingga 1 tengahari tadi, ia masih aktif.

-malaysiakini

1 comment:

Anonymous said...

Tun ni putar lebih...! rakyat bukan bodoh..seperti mana Tun dah memperbodohkan RAKYAT.
ambil kesempatan cari publisiti.
apa yg berlaku pada RPK dari UMNo.
Umno ni Tun punya bukan umno zaman Tunku.
kalau Tun masih bertahta bukan saja RPK tapi pada semua bloggers yg membangkang pada UMNO.
UMNo yg ada sekarang ni sama je tak ada beza pun.
GUA SERU PADA SEMUA kalau TUN ckp JANGAN PERCAYA LAH.....PUTAAAAAAR LEBIH.