"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, June 06, 2009

Keputusan Muktamar 55: Sungguh Pelik, Sungguh Hairan... - malaysiakini

Dekat atas ni berita yang dilaporkan oleh MStar Online pagi tadi, cerita yang sama jugak berlegar-legar sejak subuh tadi sebelum keluar di MStar Online... maklumat dari wartawan-wartawan dan jugak "orang dalam" juga mengesahkan perkara yang sama. Husam menang tipis dengan kelebihan majoriti sebanyak 40++.

Jadi ramai yang tersenyum dan berharap sangat untuk mendengar khabar rasmi ini secepat mungkin...

Pagi ni berita yang sama mula berlegar-legar di kawasan Stadium Malawati... cerita yang sama... Husam menang tipis. orang ramai makin semangat.

Orang ramai yang oenuh bersemangat mula memenuhi ruang legar dan juga dalam dewan Stadium Malawati.

Lebih kurang jam 10:12 pagi... diumumkan...

Tiba-tiba je aku terbayang gambar bendera PAS yang ada pulak keris dekat tengah-tengah... ish... apasal ek..?

Kesimpulan, Erdogan Menjadi Pilihan

Dengan keputusan Nasharuddin Mat Isa berjaya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden, ini bukannya bermakna golongan Pro Muqabalah telah mendapat sokongan majoriti dalam PAS.

Dengan undi yang diperolehi oleh Nasharuddin berjumlah 480 undi. 2 lagi calon iaitu Husam mendapat 281 undi manakala Abang Mat Sabu mendapat 261 undi. Sebelum ini telah digembar-gemburkan Nasharuddin mewakili golongan Ulama' (pro-muqabalah) manakala Husam dan Abang Mat Sabu pula mewakili golongan erdogan ataupun profesional.

Jadi, sekiranya Abang Mat ataupun Husam dapat menjalinkan 'pakatan' iaitu hanya seorang diantara mereka yang akan berentap dalam merebut jawatan ini, sudah pasti golongan yang dikatakan erdogan ataupun profesional ini akan mencapai kemenangan.

Walau apa pun, saya mengucapkan tahniah diatas kejayaan Nasharuddin mengekalkan jawatan beliau.

Road Show: Kempen Bubar DUN Perak - malaysiakini

Penceramah Jemputan : YB HJ. ZAINUDDIN YUSOF (ADUN Lubuk Merbau), YB M.KULASEGARAN (MP Ipoh Barat), YB CHANG LIH KANG (ADUN Teja), YB HJ. ISMAIL YUSOF (Pengerusi PKR Perak), YB AMRAN HARUN.

Tarikh :10 JUN 2009 (Rabu)

Tempat : Dewan Ust.Hj.Wahab Noor, Masjid Tinggi,Bagan Serai, Perak.

Masa : 9.00 malam

Semua Dijemput Hadir

Keputusan Rasmi : Ustaz Nasharudin Memenangi Timbalan Presiden PAS - malaysiakini

Timbalan Presiden PAS
Keputusan Rasmi : Ustaz Nasharudin Memenangi Jawatan Timbalan Presiden PAS

Keputusan Rasmi ini telah diumumkan oleh Datuk Mustafa Ali pada pukul 10:05 sebentar tadi...

Tahniah pada Ustaz Nasarudin, pada yang gagal, jangan lemah semangat.

Friday, June 05, 2009

Muktamar 55: Agenda Kepimpinan Rakyat - Siapa Yang Betul?

Muktamar PAS Pusat kali ke 55 bermula hari ini. Setakat kelmarin Dewan-dewan Ulama', Pemuda dan Muslimat telah menyempurnakan muktamar tahunan masing-masing. Banyak perkara dah dibincang dan diputuskan. Ada perkara yang biasa saja dan ada yang panas. Memang begitulah lumrah bermuktamar sejak 54 kali sebelum ini.

Seluruh dunia sedang memerhatikan muktamar kali ini khususnya sidang utama yang bermula hari ini. Seluruh rakyat Malaysia rentas kaum silang agama juga prihatin dan penuh minat. Ahli dan penyokong parti-parti gabungan Pakatan Rakyat lebih hebat ambil berat. Ahli dan penyokong PAS teruja dalam cemas. Para perwakilan berdebar-debar untuk menunaikan tanggungjawab berbahas dan mengundi. Semua orang ternanti-nanti keputusan pemilihan saf kepimpinan parti yang akan diketahui besok.

UMNO juga tidak ketinggalan. Media arus perdana sibuk mengulas dan menganalisis pertandingan jawatan tertinggi PAS kali ini khususnya jawatan Timbalan Presiden. Tergambar ada pertembungan besar dalam PAS hari ini. Ada kem ulama' dan ada kem profesional, atau ulama' lawan erdogan. Akhbar online dan blog politik riuh rendah dengan kempen mengempen dan bongkar membongkar. Seolah-olah kelompok pemimpin PAS sedang bergaduh besar merebut kedudukan.

Semua orang atau semua pihak berhujah, mengkritik, memberi pandangan malah mencadangkan supaya undi orang itu atau ini. Sama ada disedari atau tidak, semua orang yang berhujah dalam isu kepimpinan PAS ini sedang memberitahu; "Aku tahu perkara sebenar, aku tahu apa yang telah dilakukan oleh orang inidan orang itu, aku tahu apa yang sepatutnya dilakukan oleh orang ini dan orang itu, aku tahu siapa yang sepatutnya diundi oleh perwakilan dan hujah akulah yang betul. Mana-mana hujah yang berlawanan dengan hujah aku adalah tidak betul belaka."

Antara hujah-hujah yang popular (kategori 1) ialah :


- PAS mestilah dipimpin oleh golongan ulama'.

- Kepimpinan PAS mestilah gandingan antara ulama' dan profesional.

- Kepimpinan PAS pasca PRU12 mestilah berimej rentas kaum dan silang agama.

- Kepimpinan PAS mestilah berimej aktivis yang 'merakyat'dan tahan uji.

- Ulama' perlu diprofesionalkan manakala profesional perlu diulama'kan.

- Pemimpin PAS mestilah dipilih dari kalangan yang pro Pakatan Rakyat.

Antara hujah-hujah popular (kategori 2) ialah :


- Pemimpin pro-muqabalah (dengan UMNO) perlu disingkirkan.

- Kepimpinan PAS perlu dianggotai oleh lebih ramai golongan profesional.

- Bukan ulama' tidak layak menduduki jawatan tertinggi PAS.

- Ulama' atau bukan ulama' sama saja. Yang penting ialah kualiti kepimpinan.

Antara hujah-hujah popular (kategori 3 - panas!) ialah :


- Ustaz Nasharudin Mat Isa pro kerjasama PAS-UMNO.

- Ustaz Nasharudin Mat Isa menipu ketika isu pertemuan dengan pemimpin UMNO.

- TG Hadi Awang bertentangan pendapat dengan TG Nik Abdul Aziz.

- Dato' Husam Musa cemar lumrah pertandingan dalam PAS kerana berkempen berlebihan.

- TG Nik Aziz sokong kumpulan Erdogan.

Antara hujah-hujah popular (kategori 4 - terbakar!) ialah :


- TG Hadi Awang juga pro kerjasama dengan UMNO.

- TG Hadi Awang patut berundur kerana lemah daya fikir dalam hal strategi.

- Ustaz Nasharudin hidup mewah ala UMNO.

- Dato' Husam sombong, ada skandal, membayar blogger upahan dan gelojoh jawatan.

- UMNO sokong Ustaz Nasharudin.

Sebahagian pengulas malah melabelkan pemimpin-pemimpin PAS dengan perkataan yang amat buruk dan lucah termasuk babi, dungu, bengap, bahalol, lembab dan mati pucuk.

Dari satu sudut, ruang mengulas dan mengkritik yang terbuka luas di era teknologi ICT ini amat mendewasakan pentas politik tanahair. Parti dan pemimpin politik terdedah kepada pemantauan dan kritikan semua pihak. Hampir tiada lagi maklumat yang boleh dirahsiakan. Kesilapan pasti mengundang padah.

Forum maya sejuta panel 24 jam sehari sepanjang masa mungkin membuka ruang kepada perwakilan memperincikan sebab terbaik sebelum menentukan nama yang akan diundi.

Dari satu sudut yang lain keghairahan mengulas dan berhujah ini mungkin juga membuka peluang kepada UMNO untuk mengenalpasti kelemahan Pakatan Rakyat secara terperinci. Memang kita tidak mahu mendiamkan kesalahan atau kelemahan yang berlaku dalam parti-parti (PR) kita. Kita tegas dengan prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban. Kita serius dengan prinsip keterbukaan. Kita bukan yes man membabi buta kepada pemimpin-pemimpin parti kita. Namun kita ada musuh yang sentiasa menunggu peluang. Profesionalisme tempur politik dan pemikiran strategik menuntut pertimbangan untung-rugi dan penilaian kesesuaian senjata-medan.

Ketidakpuasan hati antara seorang dengan seorang yang lain adalah 'nature'. Apatah lagi dalam perkara yang besar seperti urusan kepimpinan rakyat. Perbezaan pendapat dan sudut pandangan juga adalah fitrah manusia. Bahkan dalam kehidupan haiwan yang satu spesis pun ada perbalahan dan pertikaian. Dalam satu perkara yang khusus, sejarah kemanusiaan membuktikan betapa persepsi, penilaian, pertimbangan dan pendirian manusia sentiasa tidak satu.

Oleh kerana itulah Islam mensyariatkan 'syura' sebagai platform pengurusan masyarakat, sebagai medan menemukan perbezaan dan merumuskan persepakatan. Satu keputusan syura bukanlah hasil persepsi dan pendirian asal yang sama di kalangan semua yang terlibat dalam proses itu. Ia cuma rumusan bagi pandangan dan penilaian yang berbeza.

Begitulah juga prinsip demokrasi. Walaupun syura dan demokrasi tidak sama namun dalam hal menguruskan perbezaan kedua-duanya mempunyai kehampiran. Semua orang atau semua pihak berhak mengemukakan pandangan dan penilaian masing-masing. Perbezaan diperinci dan dibincangkan untuk mencari titik persamaan atau mencari yang lebih baik. Akhirnya diputuskan satu kata sepakat. Keputusan itu berkuatkuasa.

Sama ada dalam sistem syura atau sistem demokrasi, pengurusan perbezaan sudut pandangan itu ada prosedur dan disiplinnya. Proses itu melibatkan seni komunikasi. Kualiti natijahnya sangat bergantung kepada komunikasi yang 'smart'.

Adakah kita berasa damai dan gembira jika anak-anak kita menguruskan perbezaan pandangan 'sesama mereka' dengan penggunaan perkataan babi, bodoh, dungu dan lembab? Apakah kita bahagia jika seorang anak kita menguruskan hujahnya dengan menelanjangkan kesilapan abang, kakak atau adiknya di depan khalayak ramai?

Barangkali perbandingan ini tidak tepat seratus peratus dengan dunia politik dan pengurusan masyarakat. Keluarga hanya sebuah unit masyarakat yang sangat kecil sedangkan kita membincangkan urusan masyarakat umum dan kepentingan yang jauh lebih besar. Namun begitu dalam banyak hal, kes kecil mampu menjadi asas kepada pemikiran berkaitan kes besar.

Penulis menyokong Dato' Husam Musa untuk jawatan Timbalan Presiden. Secara resmi, PAS Kawasan penulis juga mencalonkan Dato' Husam untuk jawatan itu dalam Mesyuarat Agong PAS Kawasan, April lalu. Tetapi penulis tidak sanggup menghentam Ustaz Nasharudin dengan bentuk hentaman yang penuh penghinaan. Sementelah terasa takut dengan butiran Fiqh Ad-Da'wa Wa Al-Baiyinat tentang urusan tuduhan dan pembuktian yang disyariatkan.

WaLlahu A'lam. Ini sekadar persepsi dan pandangan peribadi penulis. Tak mungkin penulis sentiasa 'betul' dalam semua perkara.

Muktamar 55: KERAjaan Perpaduan (Sokong Membawa Rebah..!) - malaysiakini

Mintak maaf para pembaca sekelian ahli-ahli PAS terutamanya para penyokong idea "KERAjaan Perpaduan" kelolaan beberapa individu didalam Parti Islam terbesar di Malaysia. artikel ini agak kasar hujahnya dan jugak agak menjelekkan bagi yang menyokong usaha-usaha kearah pembentukan "KERAjaan Perpaduan" ini.

Maka berkatalah Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi hari ini supaya golongan ulama sentiasa berusaha meyakinkan ahli-ahli parti terhadap idea-dea baru yang dicetuskan oleh pucuk pimpinan, contohnya pembentukan kerajaan perpaduan.

Kata Datuk Mohamed Daud Iraqi, ketika Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan idea tersebut, sepatutnya ulama adalah golongan utama yang menjalankan penyelidikan dan melihat sejauh mana idea ini tersurat dalam lipatan sejarah.

Ya... memang betul kata Datuk Mohamed Daud Iraqi. kalau dilihat dalam lipatan sejarah, idea seBANGANG inilah yang membuatkan PAS yang pada satu ketika dulu cukup kuat disaat kejatuhan UMNgOk/Barisan Nasiyonal dahulu turut tertonggeng menyembah bumi dan mengambil masa yang "sekejap" sahaja untuk bangun kembali iaitu "hanya sekitar 20 tahun sahaja".

Kalau budak perempuan, dah beranak pinak kalau tahap kesuburan tubuh badannya melangkaui tahap kesuburan pemikiran pemikir-pemikir yang mencambahkan idea BANGANG ini.

Kerana idea BANGANG beginilah makanya pada satu ketika dahulu PAS dikenali sebagai sebuah parti yang didalamnya dipenuhi oleh mereka-mereka yang handal-handal dalam bab-bab Agama Islam tetapi dangkal dalam hal-hal dunia yang sepatutnya turut dijuarai oleh mereka-mereka ini berpandukan kepada kehandalan mereka-mereka ini didalam ilmu akhirat.

Itu cerita BANGANG satu masa dulu dan yang terlibat dalam idea BANGANG ini satu masa dulu ialah orang-orang lama yang pengalaman politiknya kurang kerana pada masa dulu-dulu, tak siapa-siapa menyangka bahawa politik itu adalah sekotor ini.

Hari ini semenjak tamat PRU-12 idea BANGANG ini kembali bergema kesana-sini. ada lagi yang kurang prihatin dan masih punya kepercayaan karut bahawa idea "KERAjaan Perpaduan" adalah satu idea yang baik dan harus dipersetujui oleh semua rakyat Malaysia. siap nak buat sessi penerangan lagi supaya "kununnya" nak bagi rakyat faham.

Nah kau..! rasa-rasa aku la, kalau nak buat sessi penerangan, tak payah la buat sessi penerangan supaya rakyat paham apaa itu idea BANGANG tu (KERAjaan Perpaduan) sebaliknya eloklah kalau dibuat penerangan kenapa pemberi idea BANGANG itu gatal sangat nak bertomoih dengan parti yang satu masa dulu, kini dan selamanya tak habis-habis nak menyekat gerakan mengembangkan Islam di Malaysia.

Aku cukup-cukup tak paham bila ada pimpinan PAS yang nampak sangat-sangat berminat nak bergelumang dengan gerombolan yang satu masa dulu (sampai sekarang) tak habis-habis memburuk-burukkan dan sepanjang usianya berusaha keras nak membunuh kreadibiliti PAS yang semakin hari semakin mendapat tempat di Malaysia.

Lupakah orang-orang ini parti mana yang menganiaya mangsa-mangsa Memali dahulu..? lupakah orang-orang ini parti manakah yang mengISAkan beberapa sahabat-sahabat seperjuangan mereka-mereka ini yang berjuang mempertahankan hak rakyat..?

Berapa banyak kali nak kena peringatkan pemikir-pemikir goblog ini akan sejarah-sejarah hitam yang berlaku pada PAS dan juga saat-saat sukar yang PAS lalui akibat dari tindakan gila babi UMNgOk/Barisan Nasiyonal..?

Apa pemikir-pemikir songsang ni ingat hebat sangat ke mereka ni sekiranya PAS membentuk apa yang dinamakan sebagai "KERAjaan Perpaduan" dengan UMNgOk/Barisan Nasiyonal..?

Tak boleh ke pemikir-pemikir goblog ini bersabar sedikit sebelum PAS atas kekuatan sendiri bersama parti-parti PKR dan DAP dapat membentuk Kerajaan di Malaysia..? apa rasa-rasa umur dah nak sampai penghujung tapi matlamat tak tercapai maka idea BANGANG ini terpaksa dibuat supaya pemikir-pemikir ni tidak mati celik sebab kempunan nak pegang jawatan dalam kabinet Malaysia ke..?

Kadang-kadang aku heran dengan orang-orang macam ni... nak cakap tak cerdik, masing-masing pegang jawatan penting dalam parti, kelulusan bukan calang-calang, tapi tahap pemikiran sikit punya kusut. entah apa yang difikir aku tak tau.

Nak perbetul dari dalam? tak payah la dok buang masa... daripada dok sebok-sebok nak perbetul struktur yang dah reput tu, lagi baik perkuatkan lagi struktur yang dah sedia ada elok ni dari jadi reput macam struktur lama tu.

Tak fikir ke diorang ni..? berapa ramai dah yang nak perbetul dari dalam "kununnya" dulu last sekali jadi apa? semua jadi pariyah..! ni dah elok-elok dok dijawatan yang selesa dan dihormati nak jadi hero bergelumang dengan taik jugak. mungkin juga para pemikir-pemikir ni dah merasakan bahawa mereka-mereka ni dah hebat sangat dan akan pasti (kununnya) berjaya merubah struktur yang reput tu menjadi struktur yang kukuh kembali.

Pergh... tinggi gila cita-cita... hallo mereka-mereka yang berkenaan... jenguk-jenguk dalam parti sendiri dulu, nilai diri sendiri dalam parti sendiri baru letak level kamu dimana diluar parti. kalau dalam parti sendiri pun dah ramai yang tak boleh terima idea BANGANG macam ni, tak payah la nak cakap aku mampu buat perubahan diluar sana..! POOORAHHH...!!!

Ingatlah balik apa yang UMNgOk dah buat pada kita selama ini. berapa banyak kesusahan yang UMNgOk dah bagi pada kita dan sampai sekarang pun UMNgOk masih ada banyak modal untuk menghancurkan kita. "KERAjaan Perpaduan" adalah salah satu dari modal UMNgOk untuk menghancurkan PAS yang semakin mendapat tempat dihati sebahagian besar rakyat Malaysia ketika ini.

Aku tak nampak kebaikan dalam idea "KERAjaan Perpaduan" yang "kununnya" sedang diusahakan oleh sebilangan pemikir-pemikir goblog dengan UMNgOk... UMNgOk terlalu lemah ketika ini dan waktu UMNgOk lemahlah baru idea "KERAjaan Perpaduan" dipersetujui. ini ada udang sebalik batu...

Kenapa lepas selesai PRU-10 dulu idea "KERAjaan Perpaduan" yang diusulkan oleh PAS tak dipersetujui oleh UMNgOk..? sebab masa tu UMNgOk tak Ngok macam sekarang... jadi janganlah pulak ada pemikir-pemikir dalam PAS yang cuba ambik alih gelaran Ngok dengan usaha kearah "KERAjaan Perpaduan" dengan UMNgOk.

Hampir 20 tahun Kerajaan PAS di Kelantan, berapa banyak fitnah dah UMNgOk tabur dan berapa banyak cerita keburukan Kerajaan PAS Kelantan ditabur olleh UMNgOk keseluruh Malaysia melalui media perdana sampaikan kalau orang Johor tau siapa-siapa individu yang dikenali mereka adalah rakyat Kelantan, dengan selambanya mereka berkata " kesian negeri kamu ye... "dengar cerita" nak cari makan cukup susah di Kelantan... sampai kena mengemis di negeri lain...

Satu masa dulu kalau korang tak lupa sekitar tahun 1998, aaku ingat lagi bila akhbar dok mainkan isu kononnya hampir 90% pengemis-pengemis jalanan di Kuala Lumpur ialah rakyat Kelantan yang kesempitan dan terpaksa mengemis sampai ke Kuala lumpur untuk mengisi tembolok.

Dengan KERAjaan macam ni kamu nak bersekongkol? Khak Ptuih..!

Aku ingat lagi lebih dari sebulan media-media perdana dok siarkan kemiskinan rakyat Kelantan padahal pada hakikatnya jauh panggang dari api apa yang dipaparkan di media.

Tapi masih ada pemikir-pemikir BANGANG yang tahap pemikirannya jauh sangat melangkaui apa yang perlu difikir.

Aku dah malas nak cerita panjang-panjang, karang tak pasal-pasal ada pulak yang tak sempat habis baca artikel ni terus hempas laptop atau PC dengan kerusi sebab panas kepala.

Aku ada cadangan paling baik untuk pemikir-pemikir BANGANG yang tak habis-habis dok canang idea "KERAjaan Perpaduan" ni...

Ada baiknya para pemikir-pemikir BANGANG ni isytihar je keluar dari parti PAS dan umumkan terus kemasukan korang kedalam UMNgOk... ini masa yang terbaik untuk berbuat demikian. UMNgOk pada masa ni amat-amat kekurangan pemikir-pemikir.

Kalau ada rezeki, mungkin korang-korang yang aku maksudkan tadi akan dicalonkan dalam mana-mana Pilihanraya Kecil yang bakal diadakan dibeberapa tempat tak lama lagi. korang nak sangat kuasa kan? pergilah...

UMNgOk pun tengah tandus tu... mungkin kemasukan korang-korang dalam UMNgOk akan memudahkan lagi kerja Pakatan Rakyat menumbangkan Barisan Nasiyonal dalam PRU-13. yang ni aku cukup yakin.

Oi...sudah-sudahlah tu... kukuhkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat lagi bagus daripada dok repair buah labu reput tu... ni sape master mind ni..? Ngok betul la..! ish...

Mana-mana perwakilan yang nak memilih tu aku malas nak hint-hint dah... pilih je la team Erdogan untuk mana-mana jawatan yang diorang tu dicalonkan... kita nak perkukuhkan lagi Pakatan Rakyat. jangan buang masa yang ada untuk nak hadapi masalah-masalah yang bakal ditimbulkan oleh pro Muqabalah ni. buang masa.

PRU-13 dah dekat... nak buang masa dengan masalah-masalah yang sama atau nak gunakan masa singkat yang ada ni untuk kuatkan lagi Pakatan Rakyat? korang fikir la sendiri. semua dah cerdik. jangan jadi Ngok.

Cukuplah dok bagi bola tanggung dekat geng belah sana. patutnya sekarang ni kita dah smash dah. eh... nak smash macam mana kalau asyik-asyik kita je bagi bola tanggung?

Bangun oi, bangun...!!!

Ni aku nak tambah sikit lagi... Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang Menteri Besarnya ialah DS Ir Nizar dari parti PAS telah dijatuhkan dengan cara yang paling celaka sekali oleh UMNgOk/Barisan Nasiyonal..! jadi pada aku, mana-mana individu dalam Pakatan Rakyat yang masih nak promosikan lagi idea "KERAjaan Perpaduan" ialah mereka-mereka yang merestui apa yang dilakukan oleh UMNgOk/Barisan Nasiyonal terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Jadi mana-mana individu dalam Pakatan Rakyat yang "merestui" perkara ini dan berhajat "bertomoih" dengan UMNgOk/Barisan Nasiyonal dengan idea "KERAjaan Perpaduan", maka lebih celakalah individu-individu itu kerana merestui perbuatan jahat yang dilakukan oleh orang luar terhadap sahabat sendiri..!

Nyah kau celaka-celaka sekelian..!

Thursday, June 04, 2009

Jawatan NO 1, 2 Dan 3 Harus Dipimpin Ulamak?

Dalam Buletin Utama TV3 Suku malam ini, sibuk mereka membuat laporan mengenai Muktamar Dewan Ulamak PAS yang telah berlangsung hari ini. Ada usul yang telah diketengahkan hari ini iaitu tempat NO 1, NO 2 dan NO 3 haruslah dipimpin oleh golongan ulamak.

Aku pun teringin nak komen nih.., pasal aku tengok MSO begitu mendapat tempat kat TV3 Suku malam ini. Begitu banyak ruang masa yang telah diberikan kepada beliau yang bagi aku tak lebih daripada ada agenda yang terselindung. Naik menyampah aku dibuatnya.

Cuba tengok semasa mereka (TV3 Suku)menemuramah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, YB Dr Hj Dzulkefly Ahmad. Yang aku sempat dengar hanyalah 'inilah masanya....', lepas tu terus dipotong. Kalau tak silap aku tak sampai pun seminit. Bagi aku, komen yang sebegini kira best... Apakah ini juga kerana Dr Dzul merupakan golongan profesional?

Sambung cerita, tempat Presiden dah sah tidak dipertandingkan. Sekarang yang tinggal hanya calon Timbalan Presiden dan Naib Presiden. Aku hanya nak tumpukan perhatian pada jawatan NO 2 (timbalan presiden). Mereka mengatakan Nasaruddin Mat Isa mewakili ulamak, manakala Dato' Husam dan Abang Mat Sabu mewakili golongan 'erdogan' (siapa yang mula2 ilhamkan gelaran ini aku pun tak tahu).

Aku malas nak ulas sangat sebab Tuan Guru Nik Aziz (TGNA), Mursyidul Am PAS (tokguru yang paling aku sanjung) telah mengulas mengenai istilah 'erdogan' ini. Yang aku nak bagi tahu ringkas sahaja iaitu TGNA mengatakan lebih kurang berbunyi, 'kewujudan golongan erdogan dalam PAS adalah satu kebaikan'.

Bagi aku yang penting disini ialah, golongan mana yang dilihat sudah beberapa kali yang begitu berminat untuk 'bersama dengan UMNO', samada golongan ulamak ataupun erdogan?. Tidak kiralah dengan ungkapan nama apa sekali pun. Yang jelas..., kearah untuk bersama dengan UMNO.....

Muktamar 55: Persediaan Berjalan Lancar (photo 3) - malaysiakini

Ok... jom jenguk dekat luar stadium lak... meriah beb... aku rasa hari ni orang lagi ramai daripada hari penamaan calon PRK Penanti hari tu... serius bro... gua tak tipu..!

Herba... banyak betul gerai herba... aku rasa macam PAS buat muktamar dekat tanah besar cina la... heran betul la...

PAS 4 All... semua orang boley pakai lambang PAS, semua orang boley pangkah PAS, semua orang boley sokong PAS, semua orang suka PAS... UMNgOk pun suka PAS jugak... tapi suka nak ambik kesempatan la... UMNgOk... biase la... bila dah lembik, mula la caarik talian hayat... sape gatal-gatal nak kerjasama dengan UMNgOk, memang Ngok..!

Sokong Husam oi..! koh koh koh...!!! sempat lagi tu...

Mula-mula sampai aku ingat yang ni kemah MAFREL bila tengok dari jauh... rupa-rupanya bukan... nasib baik...

Ahso ni melompat macam kangaroo Australia bila aku snap gambar dia... aku ingat dia terlompat sebab terkejut bumbung stadium runtuh, rupa-rupanya dia terkejut aku ambik gambar dia... cih...

Ni bukan gerai Puteri UMNgOk, tak de kene mengena dengan Puteri UMNgOk... ini gerai menjual ubat-ubatan dan jugak herba-herbaan... esok korang jenguk la sendiri. aku malas nak tanya tadi...

Kalau nak beli jacket ke, vest ke, T-Shirt itam ke (aku rasa yang pakai kopiah tu SB tu... dok monitor gerai "Black 1Malaysia la tu kununnya..!) boleh singgah ke gerai ni ha... no gerai..? entah... pandai-pandai la korang... ingat aku ni ape..? receptionist..?

Untuk para Muslimah, boleh jenguk-jenguk gerai Busana Muslimah... banyak baju-baju yang bersopan-santun... kalau ada duit lebih, boleh belikan yang kaler pink untuk anak jiran yang disyaki sebagai Puteri UMNgOk, bagi dekat dia barang selai dua yang menutup aurat... moga-moga dapat bagi kesedaran... Insya-Allah...

Ini gerai jual buku-buku... orang tua-tua cakap ini gerai Ilmu.

Ni kalau ada yang bawak anak-anak tu tak payah nak risau-risau... bawak je anak tu pergi belakang stadium, lepas tu biar je budak-budak tu main dekat sini puas-puas... tapi jangan la dok khayal pulak... kang ada lak yang berpusing-pusing dok carik anak ilang...

Polis tak de masa nak jaga anak-anak kita ngan nak perati kot-kot ada orang jahat. polis ngan SB dok sebok perati pemimpin politik... jangan harap dekat diorang sangat... tak kan tu pun nak kena pesan kot..?

Unit Amal mesti ada, kalau tak de unit amal, polis kene kerja kuat jaga lalu lintas... dengan adanya unit amal, polis boleh lepak-lepak dekat superbike masing-masing kasi kilat... koh koh koh...!!!

Huh... belum apa-apa dah jem... esok lagiiiiiiiii la jem... jangan lupa bawak roti banyak-banyak..!

Yang mana bawak kereta tak payah nak risau pasal parking... parking memang luas sangat-sangat... jangan lupa bawak payung... panas oi... kalau tak kena paanas, nasib baik kena hujan... jadi, sediakan payung sebelum hujan..!

Paham tidak ni..?

Muktamar 55: Persediaan Berjalan Lancar (photo 2) - malaysiakini

Kita masuk dalam stadium pulak tengok setakat mana dah persediaan untuk hari besar esok...

Photobucket
Bendera seluruh negeri di Malaysia ditempatkan dibahagian kiri dan kana pentas utama.

Photobucket
Pentas utama belum siap sepenuhnya lagi... masa aku sampai tadi bro-bro technician tengah sebok dok buat soundcheck... testing-testing wan, tu, tri... lightning aku tak tau dah siap ke belum. ala... malam ni ok la tu..!

Photobucket
Deretan kerusi. pilih je la korang nak duduk kat mana, janji ada pas... kalau tak de pas, boleh duduk belah atas... bahagian bawah kalau tak salah aku untuk perwakilan je.

Photobucket
Ha... ni pandangan pentas utama dari atas tempat duduk VIP... sebelum VIP duduk, aku dah duduk dulu..!

Photobucket
Team sound system tengah set up... jangan kacau, kang dia blast woofer tu kang, tebabom jantung kau..! oi.. speaker mana oi..? dah kene angkut keluar ke..? Siva..! Siva..! esok pastikan unit amal jaga betul-betul semua speaker-speake yang ada. aku bukan apa... polis ni dia fobia sikit ngan speaker ni...

Photobucket
Penat..? lepak..? ke curik tulang..? koh koh koh...!!!

Photobucket
Siaran langsung ini ditaja oleh Sony... sama brand ngan kamera aku da...

Photobucket
Bro ni tengah siapkan skirting dekat keliling tempat duduk tetamu dan jugak pemerhati... sebab buat dekat Selangor, maka temanya ialah kaler kuning... ni nak bodek Tan Sri Khalid ke apa ni..?

Bersambung...

Muktamar Pas: Pro-Umno atau Pro-Pakatan?

Oleh: Matsamankati

Muktamar Pas makin panas. Tahun ni tak macam tahun-tahun yang lalu. Sebelum ni aku tak pernah ambil pot pasai Muktamar Pas..tapi tahun ni lain sikit.

Aku kata lain sebab Pas berada dalam keadaan paling kuat. Dua negeri dikuasai oleh Pas..Nasib tak baik Perak dirampas oleh UBN…kalau tidak …ada tiga Menteri Besar dari Pas.

Dan muktamar kali ini juga diwakili oleh begitu banyak golongan. Ulama, professional, puak muqabalah, puak erdogan…tak tau pasai apa tiba-tiba begitu banyak mazhab dalam Pas.

Apakah puak professional tak boleh jadi ulama? Apakah ulama tidak professional? Apa yang membezakan ulama dan professional? Apakah mereka yang belajar di Timur tengah itu dikatakan ulama, dan layak memimpin Pas…manakala yang belajar di universiti tempatan itu hanya layak digelar professional dan tak layak memimpin Pas.

Fuh!! aku ingatkan …Pas for all..rupanya macam Animal Farm juga. “All animals are equal but pigs are more equal than others.”

Bagi aku…gelaran-gelaran dan puak-puak yang digembar-gemburkan dalam Pas ini hanyalah usaha untuk menjahanamkan Pas.
Dan bagi aku…dalam Pas cuma ada dua golongan…pro-Umno dan pro-Pakatan.

Pro-Umno lebih selesa bekerjasama dengan Umno..sebab depa merasakan lebih baik bekerjasama dengan Umno atas dasar Melayu/Islam. Bagi depa..DAP lebih bahaya dari Umno. PKR juga lebih teruk dari Umno.

Manakala pro-pakatan lebih professional politik mereka. Mereka berpegang kepada janji.

Politik Pas turun naik macam wau. Bila ditiup angin…dia naik. bila tak ada angin..dia jatuh. Dan angin ini bergantung kepada Umno. Bila Umno jatuh…Pas naik. Bila Umno naik..Pas jatuh.

Tahun 90…Umno jatuh disebabkan perbalahan Tengku Razaleigh dengan Mahathir. Pas naik sampai dapat menawan Kelantan. Tahun 99, Pas dapat menambah satu lagi negeri…Terengganu…bila Anwar bergaduh dengan Mahathir.

Tahun 2004, Umno naik…dan Pas jatuh sampai hilang Terengganu. Kelantan tinggal nyawa-nyawa ikan.

Tahun 2008, Pas naik balik bila Mahathir bergaduh dengan Pak Lah. Pas dapat menawan Kedah dan menambah kerusi dengan banyak dinegeri-negeri lain.

Tetapi setiap kali Pas naik…yang bagi jatuh bukan sahaja Umno…tapi orang dalam Pas sendiri.

Tahun 99, Pas naik bila Anwar bergaduh dengan Mahathir. Tapi bila menang…Pas ingat orang sokong perjuangan dia. Dan ramai pemimpin Pas jadi besar kepala..terutama diTerengganu. Barisan Alternatif hanya tunggangan untuk mencari kemenangan…bila menang, BA diketepikan. Hj. Hadi…dengan bantuan penasihat-penasihat dari Terengganu…tidak memerlukan BA. Hasilnya…BA lingkup.

Tahun 2004…tak payah cakap. Dengan kekuatan Pak Lah dengan imej Mr. Clean…dan BA yang cacamarba…semua lingkup.

Selepas 2004, Anwar dibebaskan. Dari situ BA dipulihkan kembali. DAP yang meninggalkan BA juga kembali bersama walaupun tidak kembali kedalam BA. Tetapi Anwar berjaya menyatupadukan Pas, PKR dan DAP.

Tahun 2008…BA dan DAP berjaya memenangi 5 negeri dan terlahirlah Pakatan Rakyat. Pas mendapat dua negeri dan tiga Menteri Besar.

Tapi ada pemimpin Pas yang lupa diri. Bila menang…mereka kembali keperangai asal…melupakan kawan yang menaikkan mereka. Mereka lebih suka kepada musuh yang ditentang semasa pilihanraya…daripada rakan yang membantu mereka mencapai kejayaan. Mereka sanggup menikam kawan dan berpeluk dengan musuh. Dan ironisnya…mereka-mereka inilah yang dikategorikan sebagai golongan ulama.

Sebaik saja keputusan pilihanraya 2008 diumumkan…Hasan Ali berlari menemui Khir Toyo untuk menubuhkan kerajaan diSelangor. Masa aku mula-mula menulis perkara ini dulu…teruk aku kena maki hamun. Akhirnya kebenaran terserlah juga bila Pak Lah sendiri mengakuinya.

Tak habis disitu…ada pula usaha untuk bermuzakarah dengan Umno. Bila aku tulis tentang pertemuan di London diantara pemimpin Pas yang diketuai oleh Ustaz Nasharudin dengan pemimpin Umno…dengan bersaksikan wakil dari Ikhwanul Muslimin..lagi sekali aku kena maki. Mahfuz dan Ustaz Nasha juga mengeluarkan amaran akan menyaman mereka yang menyebarkan cerita. Masa tu ada tiga orang yang bercakap tentang pertemuan ini…Penarik Beca..Raja Petra dan Matsamankati. Tapi sampai hari ini tak ada sapa yang kena saman…sebab akhirnya rahsia tersebut pecah juga… dan apa yang kami cakapkan adalah benar.

Bukan setakat cerita itu benar..malah segala kertas cadangan untuk kerjasama tersebut telah dipersetujui! Tetapi apabila rahsia tersebut terbongkar…segala perancangan tersebut tidak berjaya.

Kemudian…mungkin kita masih ingat 16 September. Mengapa gagal? Siapa yang menggagalkannya?

16 September gagal kerana Hj. Hadi enggan bersetuju..kerana jumlah Ahli Parlimen Melayu/Islam dalam Pakatan Rakyat lebih rendah berbanding Bukan Melayu/Islam.

Hj. Hadi lebih rela Umno memegang kuasa daripada membiarkan Anwar menjadi Perdana Menteri…dengan jumlah Ahli Parlimen Melayu yang lebih sikit dari bukan Melayu. Walaupun Anwar sudah meyakinkan Hj. Hadi …bahawa lebih ramai Ahli Parlimen Umno akan menyertai Pakatan Rakyat bila tiba masanya..tapi Hj. Hadi enggan menerimanya.

Aku bukan nak menyalahkan semuanya kepada Hj. Hadi…kerana Hj. Hadi menerima nasihat dari penasihat-penasihatnya. Dan lebih malang…bila penasihat Hj. Hadi seperti Mustafa Ali dan Ustaz Nasha merupakan penyokong Umno…bukan penyokong Pakatan Rakyat.

Kalau dulu aku cerita benda ni…lagi teruk aku kena maki. Tapi bila orang Pas sendiri bukak cerita dan ia bukan menjadi rahsia lagi..baru aku cerita. Bukan pasai aku cuba menyembunyikan kebenaran…tapi biarlah orang Pas sendiri yang sedar. Tak la teruk aku kena maki lagi.

Mengapa Ustaz Nasha beria-ia benar nak berpeluk dengan Umno dan meninggalkan rakan-rakan yang menjulang Pas sehingga ketahap sekarang? Mengapa semasa kempen…Umno tu teruk sangat dan bila menang…DAP dan PKR pulak yang teruk? Mengapa pengundi-pengundi ditipu?

Dan orang-orang yang mahu berpeluk dengan Umno ini…sekarang dikategorikan sebagai Ulama…manakala yang taat kepada janji-janji pilihanraya..tidak layak dipanggil Ulama…tetapi sekadar Professional! Dan orang professional tidak layak memimpin Pas!

Apakah kerja Ulama itu memperkudakan rakan-rakan untuk naik…dan memperdayakan pengundi untuk menang pilihanraya? Dan bila menang…kuda-kuda tunggangan patut ditembak mati dan pengundi-pengundi yang menyokong dulu diketepikan?

Muktamar Pas kali ini akan menjadi ‘turning point’ sama ada Pas akan naik lagi dalam pilihanraya akan datang…atau jatuh sekali lagi.

Dan sekiranya ahli-ahli Pas memilih mereka yang mahu berpeluk dengan Umno..Pakatan Rakyat akan jatuh lagi macam BA tahun 2004. Pas bukan sahaja akan dilihat gagal mengurus kemenangan…malah akan dilihat sebagai tidak tahu menunaikan janji.