"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, July 20, 2008

Data DNA Lama Masih Boleh Diguna, Kata Anwar

PETALING JAYA, 19 Julai (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan pendiriannya untuk tidak menjalani semula ujian deoksiribonukleik asid (DNA) kerana DNA beliau yang diambil dahulu, termasuk yang terakhir pada 2004, masih boleh digunapakai.

Anwar berkata tiada alasan kukuh mengapa beliau perlu menjalani ujian itu sekali lagi memandangkan data DNA tidak akan berubah walau tersimpan beribu tahun.

"Sepanjang enam tahun saya dipenjarakan berkaitan kes terdahulu, lima, enam kali darah saya diambil dan kali terakhir saya juga ada menjalani ujian DNA pada 2004.

"Sebenarnya sampel DNA yang baru tidak diperlukan tetapi data DNA yang diperlukan. Data tidak akan berubah walau 2000 tahun sekalipun. Jadi kalau sudah ada, saya tidak nampak apa sebabnya untuk saya serahkan sekali lagi," katanya ketika berucap di ibu pejabat PKR di sini, Sabtu.

Anwar berkata beliau turut mengikut nasihat peguam dan juga pakar dalam dan luar negara memandangkan bukan sahaja sampel DNA malah darah, kuku dan juga rambutnya turut pernah diambil.

Katanya beliau juga tidak mahu gambar tubuh badannya diambil ketika beliau diperiksa di Hospital Kuala Lumpur tiga hari lepas kerana ia hanya akan menjatuhkan maruah dan mengaibkan dirinya.

"Sudah dua minggu tetapi saya tidak tengok lagi laporan yang dibuat Saiful Azlan Bukhari (individu yang mendakwa diliwat oleh Anwar), jadi secara teknikalnya saya tidak tahu apa kandungan pertuduhan dan dituduh di bawah apa," katanya.

Anwar berkata kerana beliau yakin tidak bersalah, beliau menerima dirinya dibogelkan dan diperiksa seluruh badan.

"Cuma saya tidak mahu gambar saya dirakamkan. Pada tahun 1998 mereka sudah mengambil gambar saya dalam keadaan sebegitu yang mengaibkan maruah saya," katanya.

Hari ini, Hospital Kuala Lumpur (HKL) mempertahankan kenyataan asalnya bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak pernah ditelanjangkan apabila beliau menjalani pemeriksaaan perubatan Rabu lepas.

Sementara itu, Anwar berkata meskipun beliau kini melalui suatu keadaan yang 'kritikal' namun agenda untuk bertanding dalam pilihan raya kecil akan ditetapkan dalam sedikit masa lagi.

-- BERNAMA

TP - Polis bangang, PM bangang, DR.HKL bangang, BN bangang, penyokong BN bangang, yang pangkah BN masa PRU12 lagi la bangang sebab sokong orang-orang bangang...kalau dah yang bangang kene bangangkan dekat yang bangang, jawab dia bangangang!......mampuih la kome semua...

No comments: