"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, July 20, 2008

MUZAKARAH DITAYANGKAN DALAM TV

Mengikut tradisi PAS, sejak dahulu hingga kini sentiasa berbincang dan bermuzakarah dengan sesiapa sahaja dalam menentukan keuntungan Islam di Malaysia.

Pada zaman Ustaz Fadzil Nor dulu pun, sering kedengaran PAS mengajak UMNO bermuzakarah bagi membincangkan beberapa isu, terutama berkaitan dengan Islam dan bangsa melayu.

Pandangan peribadiku, muzakarah ini adalah satu tindakan yang baik, tetapi kadangkala dengan UMNO, bermuzakarah ini perlu diambil sikap berhati-hati.

Jika merujuk kepada sejarah, UMNO akan “mengkambing hitamkan” sesiapa sahaja yang tidak sehaluan fahaman politik mereka. maklumlah, kedegilan mereka seperti kedegilan Bani Israel yang telah dihadapi oleh Musa A.S.

Jika dikala PAS berkuasa di dua buah negeri, iaitu kelantan dan Terengganu, PAS ada menyeru UMNO bermuzakarah, tetapi ditolak oleh UMNO, kerana mereka merasakan bahawa mereka masih lagi kuat, lantaran masih wujud lagi orang-orang MCA dan MIC dalam pakatan mereka.

Di tahun 2004, bertambah jelas lagi kesombongan UMNO dalam berinteraksi dengan parti-parti lawan mereka, disebabkan kemenangan mereka ketika itu boleh disifatkan sebagai “sapu bersih”.

Di tahun 2008, terbukti UMNO telah jatuh menjunam. Jatuh mereka bukan disebabkan gugurnya calon-calon UMNO, tetapi ramainya gugur calon-calon cina dan India dari Parti MCA dan MIC.

Memandangkan UMNO ini dikuasai oleh bangsa cina dan India secara froxy, menyebabkan kejatuhan MCA dan MIC memberi kesan besar terhadap UMNO itu sendiri.

Dengan kekalahan mereka di lima buah negeri, menyebabkan mereka seakan-akan mentikus. ”kereta” mereka sudah rosak teruk, dan kini mulalah mereka memandangkan kereta-kereta pembangkang yang kelihatan gagah, dan mula bertindak seperti “perasit”.

Ah.. itu mungkin sangka jahatku terhadap UMNO, tetapi kalau difikirkan dalam-dalam, tidak ada sangka baik terhadap UMNO, sebab bersangka jahat terhadap orang yang hina Islam adalah satu kemestian.

DALAM TV

Tuan guru Nik Abdul Aziz yang merupakan orang no 1 dalam PAS telah menyatakan kebimbangan beliau terhadap UMNO dalam muzakarah yang akan dilaksanakan.

Tengku Razaliegh juga keluarkan kenyataan, mencadangkan UMNO dan PAS bersatu selepas muzakarah diadakan. Mungkin dia ingat, PAS ni macam Semangat 46 dulu kot. Kalau PAS nak jahanam macam semangat 46, ikutlah pandangan tokoh politik bangang tu…

Padaku, kalau nak terselamat dari sebarang penipuan disebalik muzakarah yang akan diadakan, dicadangkan agar muzakarah ini ditayangkan di semua saluran TV media perdana Malaysia. Dengan ini, baru semua rakyat akan dapat melihat, siapakah yang sebenar-benarnya ikhlas dalam memperjuangkan agama dan bangsa di negara ini.

Kalau diadakan muzakarah ini secara tertutup, ianya akan melahirkan perbincangan dikalangan rakyat, yang dengan itu, kemungkinan besar akan timbullah berbagai-bagai cakap-cakap yang membawa kepada fitnah.

PENUTUP

Muzakarah dengan UMNO memang bagus, tetapi alangkah cantiknya kalau diadakan dulu muzakarah dengan PKR dan DAP. Muzakarah yang membincangkan untuk mencari titik pertemuan dalam berusaha mengharungi bahtera Pakatan Rakyat dalam memerintah Malaysia.

Wallahu ‘Alam

Sekian

Al-Bakistani
http://al-bakistani.blogspot.com/
abu_abdillah_azzam@yahoo.com

No comments: