"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, July 20, 2008

Jambatan ke-2 tetap dibina

KEPALA BATAS 19 Julai - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa kerajaan akan tetap meneruskan pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang walau apa jua keadaan sekalipun.

Justeru Perdana Menteri menekankan supaya pelaksanaan pembinaan jambatan kedua itu tidak perlu diperincikan, sebaliknya orang ramai seharusnya menunjukkan minat terhadap pembinaannya.

"Tidak perlu kita perincikan perkara itu, apa pun kita akan membina jambatan tersebut, itu sahaja yang orang ramai sepatutnya berminat," katanya.

Beliau mengulas mengenai desas-desus yang menyatakan bahawa UEM Bhd., tidak lagi menjadi kontraktor kepada projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Dalam pada itu, menjawab soalan mengenai cadangan Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya Kerajaan Persekutuan memberi wang tunai kepada kerajaan negeri sebagai menggantikan projek Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR) dan monorel yang ditangguhkan baru-baru ini, Abdullah berkata: "Kita tiada cita-cita dan tiada cadangan untuk menunaikan permintaan mereka."

Sementara itu menyentuh mengenai hasrat Naib Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat untuk merebut jawatan Presiden parti itu, Perdana Menteri memberitahu beliau menyerahkan kepada ahli-ahli MCA untuk menentukan jawatan yang ingin mereka tandingi.

"Saya boleh sokong semua, nanti kata saya campur tangan pula. Ini adalah pemilihan dalam MCA, jadi biarlah MCA putuskan siapa yang nak memimpin MCA dan biarlah ahli MCA sendiri yang menentukan sama ada dia nak menjadi calon untuk jawatan berkenaan, maka terpulang kepada mereka,

"Saya tidak ada peranan langsung dalam hal ini," katanya.

-Utusan

TP - Amaran! Baca boleh, percaya.....? jangan...

No comments: