"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, July 15, 2008

Petronas catat perolehan RM223.1b

Jul 15, 08 1:54pm
Kumpulan Petronas menghasilkan satu lagi rekod prestasi bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2008, dengan mencatatkan peningkatan perolehan 21.2 peratus kepada RM223.1 bilion berbanding dengan RM184.1 bilion dalam 2007, di tengah-tengah cabaran kompleks dan kian meningkat persekitaran industri minyak dan gas global.

Dalam laporan tahunan yang dikeluarkan di sini hari ini, kumpulan itu menyatakan keuntungan pracukai meningkat kepada RM95.5 bilion, naik 25.2 peratus daripada RM76.3 bilion sebelum ini, manakala keuntungan bersih meningkat kepada RM61 bilion atau 31.5 peratus daripada RM46.4 bilion.

Keseluruhan aset melonjak kepada RM339.3 bilion atau 15.2 peratus daripada RM294.6 bilion pada tahun lalu, demikian menurut Bernama

Dana para pemegang saham bertambah baik kepada RM201 bilion daripada RM170.9 bilion, yang merupakan satu peningkatan 17.6 peratus.

Penyumbang terbesar kepada perolehan Petronas ialah dari operasi antarabangsanya yang merupakan 40.3 peratus daripada pendapatan kumpulan itu.

Operasi eksport dan domestik masing-masing menyumbang 38.9 peratus dan 20.8 peratus.

Operasi antarabangsa mencatatkan perolehan RM90 bilion, yang merupakan satu peningkatan

-malaysiakini

No comments: