"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, July 05, 2008

Saiful (Bukhari Azlan) Nak Jadi Juruterbang

diciplak dari : FMO

BERI KETERANGAN... Mohd. Saiful Bukhari Azlan diiringi seorang anggota polis tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, Kuala Lumpur semalam untuk memberi keterangan dalam kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.– Gambar SIN CHEW JIT POH
Saiful Bukhari Azlan yang menggemparkan media minggu lalu sebenarnya berhasrat untuk menjadi seorang juruterbang apabila memohon untuk memasuki sekolah juruterbang di Kelantan.

Menurut sumber yang aku terima, Saiful pernah memohon untuk memasuki sekolah tersebut utuk sessi yang dijadualkan Ogos ini.

Namun, menurut sumber kolej penerbangan itu, Saiful tidak memulangkan surat tawaran yang dihantar kepada beliau dan surat tawaran berdaftar yang dikirimkan melalui surat berdaftar dipulangkan kepada pihak pentadbiran kolej.

Melalui surat tawaran tersebut, Saiful dikehendaki menjalani pemeriksaan doktor - syarat biasa kepada pelajar-pelajar baru ke kolej berkenaan.

Lulus Temuduga

Menurut sumber yang sama, sewaktu ditemuduga, Saiful telah memberikan prestasi cemerlang dan penuh yakin.

Resume yang dibentangkan kepada pihak pengambilan pelajar amat memberangsangkan kerana Saiful merupakan bekas pemimpin pelajar sekolah dan beberapa aktiviti ko-kurikulum yang disertai.

Namun, Saiful tidak melampirkan transkrip keputusan sewaktu di UNITEN di mana beliau mendapat keputusan yang lemah sehingga terpaksa membuat keputusan untuk berhenti.

Syarat untuk memasuki kolej yang berpusat di Pengkalan Chepa itu hanya memerlukan empat kredit di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurut pihak yang menemuduga Saiful, ketika disoal tempat bekerjanya sekarang, Saiful memberitahu bahawa beliau sedang bertugas di pejabat Timbalan Perdana Menteri. Sekiranya benar apa yang dinyatakan oleh Saiful ketika ditemuduga dan keterangan pihak pentadbiran kolej berkenaan, maka Najib (Tun Razak) berbohong apabila memberitahu media bahawa beliau tidak mengenali Saiful dan Saiful datang berjumpa dengan beliau untuk memohon biasiswa dan jumpa beliau sekali lagi empat hari sebelum membuat laporan polis mengadu dirinya diliwat.

Foto Saiful bersama pembantu khas Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas di pejabat Timbalan Perdana Menteri
Apabila si penemuduga bertanyakan sama ada ada jawatan kosong di pejabat tersebut, Saiful memberitahu bahawa beliau tidak pasti kerana beliau pun masuk melalui bapa saudaranya.

Semasa sessi temuduga itu juga penemuduga bertanyakan bahawa salah satu cabaran bekerja dengan syarikat penerbangan ialah terpengaruh dengan godaan gadis-gadis pramugari, Saiful memberitahu bahawa sungguhpun beliau masih muda (23 tahun), beliau sudah pun bertunang.

Gambar di hari pertunangan Saiful
Nampaknya, cita-cita Saiful untuk menjadi seorang juruterbang hampir tercapai apabila diterima memasuki kolej penerbangan tetapi hancur berkecai selepas beliau membuat laporan polis beliau diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kesahihan Maklumat?

Wallahu alam. Peristiwa ini berlaku kemungkinan penghujung tahun lalu atau awal tahun ini. Aku hanya perolehi maklumat daripada sumber pihak ketiga. Adakah perkara ini tidak disengajakan?

1. Beliau memohon biasiswa untuk memasuki kolej penerbangan.
2. Beliau bekerja di pejabat Timbalan Perdana Menteri melalui bapa saudaranya. Beliau sememangnya mempunyai pertalian dengan seseorang berpengaruh di Jabatan Kerajaan.
3. Beliau sudah bertunang sungguhpun pada usia 23 tahun.
4. Timbalan Perdana Menteri sememangnya mengenali Saiful kerana Saiful pernah bertugas di pejabatnya.

No comments: