"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, July 01, 2008

SIAPA ...Datuk Seri Anwar Ibrahim.

artikel asal : tuan dsjkamarul

Assalamu'alaikum...

DSAI meninggalkan ABIM 29 March 1982 untuk menyertai UMNO. Pada pendapat saya, tindakan DSAI ada hikmahnya kerana jika beliau menyertai PAS pada masa itu, PAS hanya dapat memerintah negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu & Kedah sahaja. Negeri-negeri lain saya nampak agak mustahil sebab negara kita mengamalkan demokrasi. Negeri-negeri lain bukan semua kawasan mempunyai pengundi Islam bahkan orang melayu di beberapa negeri pada masa itu masih lagi taksub dengan UMNO apatah lagi kawasan yang bukan majoriti islam. Silap-silap negara kita diperintah oleh kaum lain. (Itu hanya pandangan saya. Masing-masing ada pandangan mereka sendiri).

Sebelum DSAI menyertai UMNO beliau ada berbincang dengan rakan-rakan seperjuangan dari ABIM iaitu Almarhum Ismail al-Faruqi, Kamel Abu Majid dan lain-lain. Kemudian beliau berbincang berdua dgn Almarhum Ustaz Fadzil Nor sehari suntuk di rumah. Beliau berat memberikan restu tetapi mengulangi kebimbangan bahawa DSAI "akan dikhianati" nanti.


Fakta mengenai DSAI.

- 1968 menjadi Presiden Kesatuan Bahasa Melayu 1968 & Presiden Kesatuan Kebangsaan Penuntut Muslim Malaysia.
- 1969 berganding dengan Tun Dr Mahathir berdiri di pentas PAS menghentam Tunku Abdul Rahman dan menyebarkan surat layang.
- 1971 menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia , ABIM dengan rakan-rakan daripada MCKK dahulu.
- Menjadi Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM)
- 1973 Penasihat Majlis Belia Bangsa-Bangsa Bersatu.
- 1979 Menerima Pingat Utama Iqbal 100 Tahun oleh Presiden Zia Ul Haq, Presiden Pakistan.
- Menerima gelaran Datuk daripada Sultan Ahmad Shah di Istana Pekan, Pahang dan dari Sultan Selangor kemudiannya.
- 1978 berkahwin dengan Dr Wan Azizah Datuk Ismail seorang penuntut Royal College of Surgeons, Dublin, England. Azizah bertugas di Klinik Mata di Hospital Universiti , Petaling Jaya.
- Ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri,ISA 1974-1976 kerana demonstrasi jalanan di Universiti Malaya berhubung kemiskinan tragis di Baling, Kedah. Penduduk pedalaman Baling dibiarkan 'reput' kerana dipercayai tempat persembunyian komunis.
- DSAI pernah berada di pentas PAS dan mengkritik Tunku Abdul Rahman berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Pertubuhan, kemiskinan, ekonomi dan lain-lain.


- DSAI pernah dianggap sebagai ' Pemimpin al Khahfi' oleh ahli-ahli PAS dan benar-benar berharap DSAI akan menyertai PAS. Subki Latif dalam bukunya "Siapa Ganti Asri' menamakan DSAI akan mengambil teraju PAS daripada Datuk Mohd Asri Haji Muda. DSAI dikatakan layak kerana idealisme dan prinsip perjuangan yang sama dengan PAS.
- Dalam pilihan raya umum 1978, DSAI dan ABIM pernah membantu Datuk Mohd Asri Haji Muda mempertahankan kerajaan PAS di Kelantan.
- Beberapa pemimpin kanan ABIM menyertai PAS menjelang pilihan raya dan bertanding atas tiket PAS. - Antaranya ialah Nakhaei Haji Ahmad , Datuk Fadzil Noor, Abdul Halim Arshad, Haji Abdul Hadi Awang dan Ustaz Yahya Othman..
- Keengganan DSAI menyertai PAS menyebabkan ada yang menuduh DSAI sebagai kecewa dan mengaku kalah sebelum berperang dengan UMNO.

Jawatan dalam kerajaan
1982 - 1983 Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
1983 - 1985 Menteri Belia dan Sukan
1985 - 1986 Menteri Pertanian
1986 - 1990 Menteri Pendidikan
1990 - 1998 Menteri Kewangan
1993 – 1998 Timbalan Perdana Menteri


Semasa di dalam UMNO
- 29 Mac 1982 menyertai UMNO dan bertanding di kawasan parlimen Permatang Pauh , Pulau Pinang. Penyertaannya berjaya menyekat pengaruh Yusuf Rawa, Mahfuz Omar dan Mohamad Sabu di Pulau Pinang khususnya. (Itu pasal kalau dengar ceramah Mohamad Sabu, cukup2 dia hentam DSAI. Walaupun sudah menubuhkan pakatan pembangkang masih juga M.Sabu sindir2 DSAI dalam ceramahnya. Dengar khabarnya dah kurang sikit, mungkin 'Tok Guru' dah tegur kut)
- Difahamkan Datuk Ibrahim Ali dan Tengku Razaleigh Hamzah membawa DSAI berjumpa dengan Dr Mahathir Mohamad di Seri Perdana, Kuala Lumpur. (Dua orang ni, sampai sekarang dok hantam DSAI, mungkin kecewa DSAI tak kenang jasa).
- Dalam Pilihan raya umum 1982, DSAI mendapat 18,849 undi di parlimen Permatang Pauh. Haji Zabidi Ali (PAS) hanya 4497 undi dan Tan Ah Huat (DAP) 1825 undi. Sebelum ini (1978) calon PAS memenangi kawasan tersebut..
- Kemasukan DSAI telah menyisihkan Tengku Razaleigh Hamzah, Ghafar Baba, Sanusi Junid, Pak Lah Badawi dan lain-lain. (Tu pasai Pak Lah dengan DSAI tak ngam - Islam Had hari vs Masyarakat Madani)
- Keluarnya Sanusi Junid dari ABIM dan menyertai UMNO pernah ditentang hebat oleh DSAI sendiri.
- 1982 & 1984 menang dalam pertandingan jawatan Ketua Pemuda UMNO. 1986 menewaskan Syed Hamid Jafar Albar
- 24 April 1987 menduduki kerusi Naib Presiden UMNO bersama Pak Lah dan Datuk Seri Wan Moktar Ahmad.
- 1990 mengekalkan jawatan Naib Presiden UMNO dengan majoriti terbanyak , 1067 undi. Sanusi Junid dapat 953 undi dan Abdullah dapat 750 undi.
- Selepas DSAI masuk , penerapan nilai-nilai Islam telah dijalankan. Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa, Takaful dan lain-lain telah dijalankan. Sebelum itu umat Islam hanya bermimpi dengan ekonomi Islam.
- DSAI dilihat cuba mengAbimkan UMNO. Ramai pemimpin menyertai UMNO. Antaranya ialah Anuar Tahir.
- Mereka berharap DSAI tidak disekularkan seperti bersalam dengan wanita

No comments: