"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, August 31, 2008

Akujanji Ahli Parlimen Sabah: Wayang Kulit Politik

KOTA KINABALU, 31 Ogos (Hrkh) - Tindakan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi memaksa ahli parlimen Sabah dan Sarawak menandatangani surat akujanji merupakan suatu tindakan terdesak bagi mengelak Barisan Nasional (BN) tersungkur menyembah bumi.

"PM jelas merasa cemas dengan kemenangan Anwar di Permatang Pauh, ini amat ditakuti oleh Najib dan Abdullah sehingga mereka memaksa ahli parlimen BN Sabah dan Sarawak menandatangani surat akujanji bagi mengelak parti itu tersungkur menyembah bumi,"kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah ketika dihubungi Harakahdaily semalam.

Menurutnya, surat akujanji tidak mempunyai apa-apa kesan kepada undang-undang yang boleh menyekat seseorang Yang Berhormat (YB) untuk terus kekal di dalam parti yang sedia ada.

Tambahnya, surat akujanji sebenarnya hanya meletakkan harga diri seorang YB sama seperti seorang pegawai kerajaan yang selama ini telah menzahirkan kesetiaan mereka kepada pemerintahan BN.

Beliau yang juga YDP Pas Kawasan Batu Sapi berkata, sewaktu kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) meluluskan undang-undang anti lompat di dalam Dewan Undangan Negeri Sabah, BN menolak undang-undang tersebut, jadi mengapa kini PM memaksa ahli parlimen Sabah dan Serawak menandatangani akujanji tersebut.

Sehubungan itu katanya, "saya menasihatkan mana-mana YB BN Sabah yang ingin menyertai Pakatan Rakyat, YB harus bersedia mengadaptasi senario politik yag serba baru yang asas perjuangan untuk kesejahteraan rakyat di negeri ini."

"Pakatan Rakyat tidak akan menjanjikan politik wang atau kemewahan peribadi seperti yang dijanjikan oleh BN dan ahli parlimen BN mesti bersedia mengisytiharkan aset mereka bagi mengembalikan kepercayaan rakyat di negeri ini agar Pakatan Rakyat yang mereka sertai benar-benar mencerminkan sebuah pakatan yang bersih dari rasuah dan amalan kronisme," katanya.

Beliau juga menyatakan senario politik Sabah banyak diwarnai babak YB yang cenderung melompat parti sehingga sesuatu parti yang memenangani pilihanraya negeri dengan hanya majoriti mudah boleh ditumbangkan dengan melompatnya seseorang YB ke parti lawan.

Ini terbukti dalam pilihan raya DUN negeri Sabah pada 1995 yang menyaksikan parti PBS tumbang apabila dua Adunnya melompat ke Umno.

No comments: