"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, August 31, 2008

Me"Merdeka"kan Kemerdekaan Malaysia

Hari ni 31hb. Ogos, 2008... sana-sini orang ramai, rakyat Malaysia, rakyat luar Malaysia & pelancong ke Malaysia bersama-sama menyambut hari kemerdekaan.

Macam mana boleh jadi hari kemerdekaan pulak?seingat aku, zaman TDM dulu depa dah tukar hari ke"Merdeka"an kepada hari Ke"Bangsa"an.betol tak?

Rasanya KERAjaan Malaysia sendiripun tak yakin dengan ke"Merdeka"an negara kita sampaikan terpaksa main "ciku cak" kejap ke:Merdeka"an kejap ke"Bangsa"an...

Seingat akula...hari ke"Merdeka"an ni digunapakai semenjak zaman Tunku Abdul Rahman masa tu "kunun"nya gerombolan inilah yang menuntut me"Merdeka"kan Malaysia dari penjajahan kuasa asing(sejarah yang diputarbelit).

Bila sampai zaman TDM pada 1 tahap diisytiharkan hari ke"Merdeka"an ditukar kepada hari ke"Bangsa"an...gula-gula untuk merapatkan hubungan sesama kaum yang sedikit tercalar selepas tragedi 13mei.

Agak menjadi jugak taktik TDM tu... berbilang bangsa mula bersatu & ada 1 bangsa dalam 1 parti perkauman "National" mula mengambil kesempatan mencabul kepercayaan rakyat yang mula bersatu sedikit-demi sedikit.

Masa tu tak lah terdedah sangat "kesempatan -kesempatan" yang diambik oleh gerombolan parti perkauman "National" sebab... ekonomi masa tu agak kukuh.

Adat makhluk yang hidupnya bertuhankan dunia, bila dah lama sangat bergelumang dalam "XTVT2" luar tabie macam tu, mula la nafsu serakah setan dajal menguasai diri...

Hasilnya... pemberontakan secara kecil-kecilan dalam jiwa & akhirnya membawa kepada pertembungan.

Pertembungan yang aku maksudkan ialah bilamana jiwa-jiwa yang selama ni memberontak dalam diam, diterjah tragedi 2hb. sept, 2008. picu ditarik, muncung berdentum... peledak dicas sekian lama akhirnya meletup dengan sendirinya tanpa perlu promosi. cukup sekadar "tahu".

Padang Merdeka tiba-tiba dihurung semut pekerja.semuanya dengan 1 suara. KEADILAN!!!.

Dari situ mula longgar ke"Merdeka"an.Merdeka apa kalau masih dijajah?

Bukan negara yang dijajah, tapi jiwa yang terjajah...jiwa terjajah sebab terlalu percaya pada KERAjaan yang memerintah.

Sebelum tragedi 2, sept. tak ramai yang tahu tentang Memali, tak ramai yang ambil tahu tentang ISA, tak ramai yang tahu apa itu Operasi Lalang, tak ramai yang nak ambil tahu tentang PAS & tak ramai yang kisahkan nasib rakyat Malaysia.

Bila terbangkit amarah rakyat, tahun seterusnya 1999 tiba-tiba hari ke"Merdeka"an bertukar kembali kepada hari ke"Bangsa"an...rakyat cuba digula-gulakan kembali dengan isu perkauman.

Kununnya semua bangsa & kaum di Malaysia telah berpecah masa tu, kununnya saat itu terlalu genting pada semua kaum di Malaysia, kununnya tragedi 13mei bakal meledak kembali bila-bila masa di Malaysia.

Itu pada pandangan KERAjaan memerintah.disebalik pandangan KERAjaan memerintah, depa tak sedar wujudnya 1 kuasa yang amat kuat yang dipelopori oleh pelbagai bangsa yang "kununnya" berpecah-belah kata KERAjaan... pelbagai kaum & bangsa yang dikatakan berpecah ini sebenarnya telah bersatu dibawah 1 payung yang dinamakan "Rakyat"...

Apa yang KERAjaan tidak tahu seterusnya ialah "Rakyat" ini sudah bijak & matang dalam mengatur masa depan anak-bangsa Malaysia.semua bangsa...semua bangsa kini sudah mulai faham 1 perkara yang cuba disembunyi oleh KERAjaan selama ini.

Apa yang KERAjaan cuba sembunyikan selama ini rupa-rupanya ialah masa depan generasi akan datang adalah ditangan Rakyat sendiri & bukannya ditangan KERAjaan.

Selama ini rakyat dimomok kununnya hanya KERAjaan yang diketuai oleh parti perkauman National sahaja yang mampu menyediakan masa depan yang cerah untuk anak bangsa Malaysia.

Itu momoknya.

Tapi KERAjaan itu tak tau bahawa rakyat lebih tau setelah yang Maha Mengetahui memberi cahaya kepada rakyat untuk mengenal kebenaran.rakyat dah mula semakin jelas & matang dalam berfikir.

Politik KERAjaan hari ini dilihat sebagai politik Sarkis... politik rimba... politik kandang babi... politik yang dipelopori oleh binatang-binatang spisis beruk yang hanya tahu berpolitik gaya beruk.

Kenapa aku panggil beruk? sebab semua dikerusi tertinggi memang tak ubah macam beruk... apa bezanya seekor beruk yang diberi bunga dengan seekor pemimpin yang diberi amanah?

2-2 pun sama kan? bunga hancur ditangan beruk, negara hancur ditangan pemimpin... itulah tradisi beruk.

P-044 merubah sedikit landskap politik Malaysia. ramai jugak yang menyambut kemenangan P-044 sebagai hari ke"Merdeka"an.

Aku pulak masih tak menyambut apa-apa sampai hari ni.hari ke"Bangsa"an aku tak sambut, hari ke"Merdeka"an pun aku tak sambut.sebab apa?(kalau Ezam dia tanya - Kerrana apa?*nasib aku bukan Ezam)

Pada mata aku, kita belum Merdeka lagi.P-044 bukan ke"Merdeka"an.itu cuma satu jalan kearah ke"Merdeka"an...ke"Merdeka"an yang sebenar ialah selepas PRU-13...itu pun kalau Kerajaan yang bakal dibentuk pada 16sept.(Insya-Allah)berjaya men"DOBI"kan semua institusi-institusi yang tercemar teruk dek tangan-tangan pemimpin parti perkauman.

Bukan mudah nak cuci sistem yang tercemar... aku bagi tempoh sampai PRU-13. kalau masa tu semua sistem berjaya dibersihkan, maka selepas PRU-13, aku akan sama-sama menyambut tak kira hari ke"Merdeka"an atau hari ke"Bangsa"an...

Buat masa ni... korang sambut la dulu puas-puas... aku nak perati je...

No comments: