Tetapi dua gergasi yang menjadi perhatian - Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Setiausaha Politiknya, Mohamad Ezam Mohd. Nor akan berada di kawasan Permatang Pauh, esok.
Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijadual memulakan program perjuangan menawan kembali Permatang Pauh menerusi majlis yang dipanggil Pengisytiharan Pilihan Raya di tapak ekspo Seberang Jaya malam esok.
Ia secara tidak langsung menjadi simbol Anwar, wakil rakyat kerusi Parlimen Permatang Pauh dari 1982 hingga 1999, pulang ke kawasannya.
Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata, konvoi 100 kereta akan mengiringi Anwar dan rombongannya ke pusat operasi pilihan raya di Yayasan Aman, Penanti pada pukul 6 petang.
Sempena program itu Anwar akan membuka cawangan PKR Sama Gagah di Penanti sebelum menuju ke tapak eskpo untuk menyampaikan ceramah.
Ceramah Perdana Menuju ke Putrajaya akan memfokus kepada pilihan raya kecil Permatang Pauh, yang tarikhnya akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Rabu ini, kata Zahrain.
Dalam pada itu, Ezam bekas Ketua Angkatan Muda PKR yang menyertai Umno dua bulan lalu akan menyampaikan ucapan mengenai perpaduan orang Melayu pada majlis berasingan, yang dianjurkan oleh Sekretariat Perhimpunan Penyatuan Melayu.Setiausaha sekretariat itu, Mohamad Nor Suhaili Jamali berkata, Anwar dan Ezam secara kebetulan berada di Permatang Pauh.
Malam tadi di Klang, Ezam sekali lagi mengulangi kesediaannya untuk berdepan dengan bekas ketuanya itu pada pilihan raya kecil UMNO Permatang Pauh nanti sekiranya dicalonkan.
"Kalau tanya saya sama ada saya bersedia untuk lawan Anwar Ibrahim saya kata sudah tentu saya bersedia dan saya tak akan tolak. Menang atau kalah itu bukan perkara utama tetapi yang penting kita tentang Anwar sebagai satu pasukan untuk menegakkan kebenaran.
"Sebab itu saya kata jangan nak sebut dengan saya tentang kalah menang, dan jangan nak takutkan saya tentang kawasan Permatang Pauh. Jangan nak cabar saya kerana saya antara pejuang dan saya akan lawan," katanya dalam ceramah perdana anjuran UMNO Bahagian Shah Alam.
Ezam menyifatkan penasihat PKR itu bukan seorang "pendekar" kerana memilih untuk bertanding di kawasan paling selamat iaitu di Parlimen Permatang Pauh.
"Selama ini orang ingat Anwar seorang pendekar tulen tetapi semalam dia dah tunjukkan sikap sebenarnya. Kalau betul dia pendekar kenapa dia perlu menyorok di kawasan selamat dan ajak orang bertarung," katanya.
Sementara itu, laporan Bernama menyebut, pengumuman Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya bertanding kini meninggalkan satu teka teki kepada pengundi di kawasan itu siapa pula akan diletakkan di situ untuk menentang Anwar calon tempatan atau orang luar.
Sudah pasti semua orang ingin tahu siapa bakal calon BN yang akan dipilih bertanding menentang Anwar tetapi kriteria orang tempatan sebagai calon perlu diberi perhatian.
Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh sudah pasti menyaksikan persaingan sengit antara calon BN dan Anwar.
Suara lebih 58,000 pengundi Permatang Pauh perlu didengar dan diambil kira bagi memastikan individu yang dicalonkan memenuhi aspirasi dan kehendak mereka lebihlebih lagi bagi golongan muda yang mewakili 40 peratus pengundi di kawasan itu.
"Kalau boleh saya mahu calon yang mewakili kami orang tempatan dan boleh berkhidmat di sini. Jangan ingat kami mengundi sekadar untuk sukasuka, kami mengharapkan sesuatu... berkhidmat untuk kami," kata seorang pengundi muda di kawasan itu.
Rosmalina Abdullah, 30-an, berkata usia calon bukan menjadi masalah kerana yang penting ialah kejujuran dan keikhlasan calon itu.
"Muda atau tua bukan persoalan, kalau dah lima penggal jadi wakil rakyat tetapi tidak boleh bawa perubahan tak ada gunanya," katanya menjelaskan calon tempatan akan lebih memahami masalah penduduk di kawasan itu.
Sambil melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Wan Azizah meletak jawatan, beliau berkata tindakan itu satu perbuatan yang tidak adil kepada pengundi selepas mereka memberikan kepercayaan kepadanya.
"Beliau (Dr Wan Azizah) kata bertanding untuk berkhidmat kepada rakyat tetapi bila rakyat pilih, belum sampai lima bulan, dah letak jawatan dan ini tidak betul kerana dibuat atas kepentingan peribadi, bukan ikut kehendak rakyat," katanya.
Bagi Badrul Lishah Ali, selain calon orang tempatan, beliau mahu calon yang bakal dipilih itu mampu membawa perubahan yang bermakna bagi kawasan itu yang sudah lama ketinggalan akibat janjijanji yang tidak dapat ditunaikan oleh pemimpin kawasan itu sebelum ini.
"Kalau boleh kami mahu penduduk tempatan kerana kami mahu pembaharuan dari segi pembangunan dan politik. Kami mahu pemimpin baru dan kami tidak mahu lagi berada di takuk lama," katanya.
Ketua Pemuda Umno Permatang Pauh Mohd Zaidi Mohd Said turut berkongsi pandangan yang sama kerana menurutnya penduduk tempatan lebih cenderung bekerjasama dengan pemimpin yang mereka kenali.
"Kalau boleh kita juga mahu calon tempatan. Bila calon itu tahu tentang keadaan di sini, lebih elok," katanya sambil menambah bukan menjadi satu kesalahan jika BN meletakkan calon muda yang bersih dan berwibawa.
Beliau yakin yakin pengundi Permatang Pauh kini menyedari bahawa PKR tidak mampu membawa perubahan di kawasan itu.
- Kes liwat: Syed Hamid serah kepada AG putuskan
- BN bincang strategi di Permatang Pauh Rabu ini
- Nik Aziz: Tidak mustahil Anwar menang majoriti besar
- Masa PAS bukti kesetiaan Pakatan Rakyat - Husam
- Nazri: Lawan tetap lawan, jangan beri laluan percuma
No comments:
Post a Comment