"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, August 02, 2008

Anwar menang, 30 ahli parlimen BN akan berhijrah

PERMATANG PAUH : Dalam masa sesingkat mungkin, sebaik Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh, kerajaan baru akan dibentuk dengan penghijrahan sekurang-kurangnya 30 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) ke dalam Pakatan Rakyat. “Menang sahaja Anwar Ibrahim, dalam masa sesingkat mungkin sekurang-kurangnya 30 ahli Parlimen Umno-BN, akan berhijrah membentuk kerajaan baru Pakatan Rakyat seperti mana yang dirancang,” tegas Naib Presiden keADIlan Mohd Azmin Ali.

Azmin berkata keputusan Datuk Seri Dr Wan Azizah memberi laluan kepada Anwar bukan sekadar mahu mengekalkan kerusi Permatang Pauh, tetapi mahu menobatkan insan yang bernama Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-6.

“Ini antara langkah strategik Pakatan Rakyat untuk menguasai kerajaan pusat dengan temanya Pakatan Menuju Putrajaya,” jelasnya.

Berucap pada majlis taklimat jentera pilihan raya keADILan Pulau Pinang, di Dewan Yayasan Aman, dekat sini semalam, Azmin berkata Anwar perlu menjadi anggota parlimen secepat mungkin.

“Ahli parlimen Umno-BN, khususnya dari Sabah dan Sarawak mahu Anwar segera ke parlimen sebelum mereka bertindak menyertai Pakatan Rakyat,” ulasnya.

Menurut Azmin selepas ini kerajaan BN akan melakukan pelbagai cara bagi menghalang Anwar bertanding.

“Saya yakin biarpun mereka fitnah, tangkap, mengaib dan mendakwa beliau, tetapi Anwar tetap akan bertanding di Permatang Pauh.”

Azmin berkata berdasarkan undang-undang, Anwar tidak boleh dinafikan haknya walaupun beliau didakwa dan ditahan selagimana mahkamah belum menjatuhkan hukuman.

“Tidak mungkin mahkamah boleh selesaikan kes dalam masa 60 hari,” katanya.

Pilihan raya kecil Permatang Pauh perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas perletakan jawatan Dr Wan Azizah berkuatkuasa 31 Julai lepas.

“Saya yakin, dengan mood yang ada sekarang rakyat Melayu, Cina dan India, kita bukan sekadar boleh pertahankan kerusi Permatang Pauh, tetapi majoriti kemenangan akan lebih besar,” katanya.

Dalam pada itu Pengarah Pilihanraya Pusat itu juga mengingatkan BN akan menggunakan pelbagai helah dan penipuan termasuk memperkuda seluruh jentera kerajaan dalam kempen mereka.

“Sama seperti pilihan raya kecil Ijok, BN akan gunakan tektik mengugut dan menakutkan pengundi. Kita jangan pandang enteng cabaran BN. Semua petugas kena perlu lebih bersedia kali ini,” tegasnya.

-Malaysia Today

No comments: