Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai 2008 iaitu kurang satu minggu mencapai usia lima bulan selepas pilihanraya umum kedua belas yang lalu.
Parlimen Permatang Pauh (P044) di Pulau Pinang merangkumi tiga DUN iaitu DUN Seberang Jaya (N10), Permatang Pasir (N11) dan Penanti (N12).
Koh Tsu Koon mantan Ketua Menteri Pulau Pinang dari Gerakan sejak awal lagi telah mengangkat bendera mengaku kalah. Baginya "Permatang Pauh kubu kuat Anwar. Sukar untuk BN menang".
Namun bagi Azhar Ibrahim Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri lain pula halnya. "Kita mempunyai peluang yang cerah. Rakyat nampak apa yang PKR lakukan" kata Azhar.
Pada pilihanraya yang lepas Wan Azizah Presiden Parti Keadilan Rakyat, memenangi kerusi tersebut dengan 30,338 undi. Manakala pesaingnya Pirdaus Ismail yang digelar 'pakar menendang tong undi' meraih 16,950 undi. Azizah yang juga isteri kepada Anwar mendapat majoriti 13, 388 undi.
Penganalisis politik meramalkan kemenangan akan berpihak kepada Anwar Ibrahim. Pas dan DAP berikrar akan membantu PKR habis-habisan bagi mempastikan kemenangan Anwar.
"Saya mencadangkan agar Mohamad Ezam Md Nor sebagai calon mewakili BN" kata Pirdaus Ismail orang kuat pemuda UMNO Malaysia.
"Ezam dan Pirdaus hebat"kata Omar Merican dari Cerok Tok Kun. "Pirdaus yang sudah dibungkuskan mahu Ezam pula dibungkuskan" katanya secara sinis.
"Ramai calon UMNO dan BN kali ini yang boleh bertanding. Khairy Jamaludin, Noh Omar, Muhammad Muhammad Taib dan Abdullah Ahmad sendiri" kata Nur Akmal dari Penaga.
Anwar 61 tahun yang masih dihantui tuduhan liwat jika 'tidak diapa-apakan' oleh pihak berkuasa sebelum pilihanraya sudah tentu dapat kembali semula ke Parlimen dengan undi yang lebih besar.
Apapaun, semua kenyataan individu dan parti dari UMNO dan BN sejak semalam nampaknya sudah kalah sebelum berperang.
Itu sebabnya bagi saya, adalah lebih baik UMNO dan BN tidak meletakkan calon. Biarkan Anwar menang tanpa bertanding.
Tidak perlu membazir masa dan wang. Kata orang, sayang rugi membeli tali timba, air setitik pun tak dapat.
-alkerohi
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment