"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, August 02, 2008

Ezam Sedia Bawa Kotak Ke Prmtng Pauh..!

(Dikemas kini) KLANG: Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Ezam Mohd Nor sekali lagi mengulangi kesediaannya untuk berdepan dengan bekas ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil UMNO Permatang Pauh nanti sekiranya dicalonkan.

"Kalau tanya saya sama ada saya bersedia untuk lawan Anwar Ibrahim saya kata sudah tentu saya bersedia dan saya tak akan tolak. Menang atau kalah itu bukan perkara utama tetapi yang penting kita tentang Anwar sebagai satu pasukan untuk menegakkan kebenaran.

"Sebab itu saya kata jangan nak sebut dengan saya tentang kalah menang, dan jangan nak takutkan saya tentang kawasan Permatang Pauh. Jangan nak cabar saya kerana saya antara pejuang dan saya akan lawan," katanya dalam ceramah perdana anjuran UMNO Bahagian Shah Alam di sini malam tadi.

Mohamad Ezam menyifatkan penasihat PKR itu bukan seorang "pendekar" kerana memilih untuk bertanding di kawasan paling selamat iaitu di Parlimen Permatang Pauh.

"Selama ini orang ingat Anwar seorang pendekar tulen tetapi semalam dia dah tunjukkan sikap sebenarnya. Kalau betul dia pendekar kenapa dia perlu menyorok di kawasan selamat dan ajak orang bertarung," katanya.

-mSTAR Online

No comments: