"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, August 23, 2008

Gagal tetapi janji 16 September Anwar perlu berundur - Khairy

PERMATANG PAUH: Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mempertaruhkan jawatannya itu jika Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya membentuk kerajaan persekutuan yang baru sebagaimana dijanjikan 16 September ini.

Sebaliknya, kata Khairy, jika Anwar gagal untuk mengotakan apa yang telah diperkatakan sejak tiga bulan yang lalu, beliau perlu melepaskan jawatan sebagai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat.

"Saya akan meletakkan jawatan, saya pertaruh jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda.

"Saya akan meletakkan jawatan pada 16 September.... tapi balasannya, kalau dia (Anwar) tidak bentuk kerajaan, dia perlu letak jawatan," kata beliau ketika berucap di Bilik Gerakan Pemuda Umno dan Barisan Nasional di Permatang Pasir dekat sini malam tadi.

"Saya minta Anwar letak jawatan... Ini perjanjian gentelmen," katanya lagi.

Turut berucap pada sesi kempen itu ialah dua bekas orang kuat Anwar iaitu Ezam Mohd Noor dan Datuk S. Nallakaruppan.

Dalam pada itu ketika bercakap kepada wartawan selepas kempen itu, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, beliau mencabar Anwar supaya bersumpah bagi membersihkan namanya seperti yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak malam tadi.

Kata beliau, kesediaan Najib bersumpah di Masjid Jamek Guar Perahu malam tadi untuk menafikan beliau kenal dan mempunyai kaitan dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dibuat untuk mencari kebenaran berikutan diserang secara peribadi berulang kali oleh Anwar.

"Soalnya sekarang ini kita semua hendak mencari kebenaran dan Datuk Seri Najib diserang secara peribadi berulang kali oleh Anwar.

"Oleh itu dia rasa terpanggil untuk membersihkan namanya secara Islam," kata Khairy yang telah berulang kali mencabar Anwar supaya bersumpah.

Banyak pihak telah mencabar Anwar supaya turut bersumpah sebagaimana dilakukan oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada Jumaat lalu.

Khairy berkata, Anwar patut melakukan perkara yang sama menurut cara Islam.

"Bagi orang Melayu, jika timbul sebarang keraguan mengenai sesuatu perkara, bersumpah di masjid, itu menandakan satu pendekatan yang serius untuk membela diri," katanya.



-mSTAR Online

3 comments:

Anonymous said...

wahai kj..seseorg itu tidak perlu bputus asa untuk bjuang..tidak perlu utk mlepaskan jawatan sekiranya kalah..
wpun bkemungkinan DSAI akan kalah..sy ttp bharap beliau akn bjuang terus selagi tdaya..

..."Bagi orang Melayu, jika timbul sebarang keraguan mengenai sesuatu perkara, bersumpah di masjid, itu menandakan satu pendekatan yang serius untuk membela diri," katanya....

- bg org melayu? tp melayu yg mengamalkan ajaran ISLAM kah? atau bl dh tsilap langkah br nak merujuk kepada ISLAM? jgn lupe sekarang ni ade melayu yg bkn ISLAM dan/atau tidak mengamalkan ajaran ISLAM..

Anonymous said...

Mamat yg mewakili REMBAU ni pun tak sedar dirii...dengar kata..dia pun dapat masuk Parlimen cara yg tak gentelman...

tetiba plak nank mencabar DSAI letak jawatan sebagai Penasihat PKR...kalau gagal pada 16 Sept..

Bro KJ...setakat No. 2 dalam Pemuda Ammeeenooo..Parti yg dah nak berkubur nak buat aperrr

Kalau DSAI jadi PM...memang lu terpaksa letak jawatann..lu kan lalang bangsa malaysia...???

Lu pun menantu PM yg terkaya...walau pun tak ke keje tetappp..

Komen untuk dua dua bangsarrrt..mantarrrttt pemimpin PKR..si Ezam dan Nalla...kalau DSAI jadi PM...

maka lu olang nak cari makannn kat manerrr...???

Ape...???..lu olang tak kisahhh

Ooo OK2...Lu dua dua kan askar upahann politikkk...siapa bayar lebih kat situ lu bertenggek...macam Lalat Taik....

Regards

Prince

Anonymous said...

Prince..

Sape2 yg rapat dgn Anwar tu kenal la perangai buruk dia tu, hipokrit dgn rakyat..

Kalu aku jdi Paklah, memang aku sumbat skali lagi dia dlm ISA.

keh keh