"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, August 21, 2008

Kacau isteri: Anwar ancam saman Hamzah RM10 juta

dikemaskini Gara-gara mendakwa calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah "mengacau" dan "ingin ambil kesempatan" terhadap isterinya, seorang timbalan menteri bakal berdepan tindakan saman fitnah dengan jumlah RM10 juta.

Timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan dilaporkan berkata pemilih di kawasan parlimen Permatang Pauh tidak wajar mengundi Anwar dalam pilihanraya kecil 26 Ogos ini.

Menurut peguam Anwar, kenyataan Datuk Hamzah Zainuddin dilaporkan oleh akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Jit Poh kelmarin.

anwar ibrahim and hamzah zainuddin and permatang pauhDalam suratnya semalam, peguam tokoh PKR itu Sankara Nair menuntut Hamzah menarik balik kenyataannya itu dalam tempoh 48 jam atau akan dikenakan tindakan saman.

Surat tuntutan itu menyebut, kenyataan timbalan menteri itu membawa maksud secara langsung atau tidak langsung memberi gambaran bahawa Anwar pernah terlibat dengan kegiatan seks haram atau mempunyai tabiat suka berbuat demikian, seorang lelaki yang berakhlak rendah, lelaki yang tidak mempunyai nilai-nilai Islam, dan mempunyai perwatakan buruk.

Anwar beranggapan, kenyataan Hamzah itu sebagai sangat cuai, tidak bertanggungjawab, dengan sengaja dan berniat jahat merendah-rendahkannya di mata orang ramai sehingga boleh menimbulkan kebencian dan penghinaan mereka.

Bekas timbalan perdana menteri juga, menurut surat peguam itu lagi, berkata kenyataan Hamzah berniat jahat, satu bentuk penyelewengan fakta yang menunjukkan akhlaknya buruk demi merosakkan imejnya dan mencari publisiti murahan.

Selain menuntut penarikan kembali kenyataan itu, Hazmah juga dikehendaki memohon maaf mengikut kata-kata peguam berkenaan di akhbar-akhbar pilihan Anwar dan tidak lagi mengulangi kenyataan seumpama itu.

Menurut satu kenyataan PKR hari ini, surat tuntutan Anwar itu telah dikirim melalui faksimili kepada pejabat rasmi Hamzah di Putrjaya jam 5.30 petang semalam.

-malaysiakini

TP - Sat ni jangan tekejut pulak kalau ramai-ramai menteri UMNO/BN mengaku DSAI ngorat bini depa...macam ni ka cara seorang pemimpin menjaga maruah isi rumah depa? bini hangpa datang bulan berapa haribulan tak mau bagitau ka dalam ceramah? kalau boleh, dedah sekali bini hangpa pakai baju dalam size apa, pad jenama apa, cukur berapa kali sebulan...bla bla bla...selak abis-abisss...alang-alang orang cakap...

No comments: