"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, August 21, 2008

Liwat: Khairy cabar Anwar sumpah sahut Saiful

(Dikemas kini) PERMATANG PAUH: Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyahut seruan pelbagai pihak dengan bersumpah bagi membersihkan diri beliau berhubung isu meliwat yang dihadapinya sekarang.



Ketika berceramah di bilik gerakan Putera Umno di Seberang Jaya dekat sini malam tadi, Khairy berkata, "kalau benar terimalah cabaran ini."



""Pada hari ini, ini bukan lagi soal politik, ini soal maruah."



"Kalau hendak pertahan maruah, sumpahlah untuk membuktikan apa yang dituduh oleh Saiful itu tidak betul," kata beliau.



Anwar yang bertanding untuk bertapak semula di Permatang Pauh dan kemudian menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen dan menuju ke Putrajaya telah berkali-kali menolak desakan sedemikian, sebaliknya menyerahkan kepada Mahkamah Syariah untuk membuat keputusan.



Isu Saiful masih menjadi modal kempen dalam pilihan raya kali ini.



Kata Khairy, Pemuda Umno mengulangi cabaran yang dibawa oleh Putera Umno, yang pertama kali meminta Anwar supaya bersumpah menafikan apa yang didakwa oleh Saiful.



"Saya ulangi atas Semangat Putera (Umno), kita cabar sekali lagi, buatlah (sumpah) sebelum pilihan raya (hari pengundian),"katanya lagi.



Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, yang mendakwa dirinya diliwat oleh Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersumpah Jumaat lalu.



Minggu ini dia memberi keterangan berhubung dakwaannya itu kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).



Kelmarin, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, perbuatan Saiful memegang kitab suci al-Quran di tangan kanannya ketika melafazkan sumpah laknat di Masjid Persekutuan tidak bercanggah dengan syariat Islam dan tidak boleh dianggap meniru cara agama Kristian.



Kata beliau, kewujudan persamaan zahir dengan apa yang dilakukan oleh penganut Kristian tidak boleh dianggap meniru agama itu.



Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 8 Ogos lalu terhadap tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful di sebuah kondominium di ibu negara pada 26 Jun lalu.



-mSTAR Online

4 comments:

Anonymous said...

Kalau DSAI bersumpah gugur ke pertuduhan dan buang kes? Mufti Wilayah Persekutuan tak nampak ke Sayfool pegang Quran dengan tangan kiri? Aku lagi awal merasa kes liwat ni dirancang oleh SIL dan kuncu-kuncunya

Anonymous said...

http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=20385&postdays=0&postorder=asc&start=0

perlu ke jawab seruan pondan nih

Anonymous said...

hmm... according to the star.. would like to quote this to all malay convict

"if someone swears with mushar or by placing his or her hand on the holy book or say, 'by this quran', then the oath is valid" -explained by wan zahidi

so what i trying to say is, go and swear on the quran and say you didnt commit any crime.. and its valid. so the police will protect you and discharge your crime charge...

is this the malaysia law? i have no idea... maybe next time when we commit a crime and we go swear on the quran we will get spared from the crime charge we commit...

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

toksah layan langau2 ni buat bingit..buang masa aje..