Sebelum tu, aku nak tabik hormat buat teman-teman pengendali laman dan blog reformasi yang begitu ghairah, bersemangat, karisma dan banyak stamina mantap berdepan dengan ugutan dan hentakan. Tabik springg.. untuk blogger'wan semua ! Tak larat nak tulih nama depa, yang hangpa baca tu la depa !
Hampir semua depa ni bekerja secara sukarela, takdah upah yang diperolehi, malahan duit poket sendiri dikorbankan bagi mempastikan pengunjung puas dan beroleh info serta pandangan alternatif. Bukan semua bloggerwan kaya-kaya, banyak yang makan pagi dok kaih pagi, makan petang dok kaih petang. Nasib baik bolan posa ni banyak more kat masjid, boleh melantak kat sana, save sikit budget. Aku la tu !
Depa ni blogger'wan memang tidak dikenali, pada aku depa ni, adalah tokoh-tokoh yang berjaya mendefinisikan, juga memberi makna kepada satu era bersejarah dalam proses pembentukan Malaysia moden yang lebih matang. Hangpa tau kaa ?
- Tindakan keras mungkin akan berlaku dalam masa yang singkat;
- Mempengaruhi pendapat umum (public opinion) bahawa akhbar Internet dan Blog adalah berbahaya;
- Memberi amaran kepada yang berani agar jangan berani sangat dan menakut-nakutkan yang lemah semangat agar tutup blog mereka;
- Dan apabila akhbar arus perdana yang sensasi seperti Harian Metro turut terbabit, maka terbuktilah bahawa akhbar Internet dan blog kini benar-benar menjadi ancaman kepada daya maju - commercial viability - media arus perdana;
- Satu lagi legasi era Mahathir iaitu teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) akan mengalami proses dekonstruksi;
Walaupun gimik politik dia lagu macam baldi. Baldi orang buat isi ayaq, masuk jamban pastu cuci berak. Ni nak cuci berak laa...berak Umno yang tak cukup jamban ! Aku melalut kaa..sat nak cucuh rokok, pasai tu kot ! Ingat lagi dia kata apa pada 19.5.2008 jam 18.05 pm, ni nak bagi tau..
"Saya umum saya keluar parti hari ini," katanya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin yang kebanyakannya anggota Umno Kedah pada majlis bertajuk "Nasib Kedudukan Bangsa Melayu". Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta.Dr Mahathir yang juga adalah anggota Umno seumur hidup berkata beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini.
Tu cerita bulan 5 lepaih, ni pulak..
Bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersedia untuk menyertai semula UMNO selepas mengambil keputusan keluar daripada parti itu Mei lalu. Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata, Dr. Mahathir menyuarakan hasrat tersebut selepas beliau mengadakan pertemuan atas jemputan bekas Perdana Menteri itu, Sabtu lalu.
"Saya amat gembira apabila Dr. Mahathir bersetuju menyerahkan semula borang keahlian UMNO, tetapi beliau tidak pasti sama ada Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan menerima permohonannya," kata Muhyiddin kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Perkhidmatan Malaysia (MSDC) di sini hari ini. Zahid kata kemasukan semula chedet kukuhkan Umno..ya betoi la tu !
tapi banyak syaratnya..nak tau syarat 'berantai' tu jengah kat sini..Pak Kara dah jumpa semua syarat chedet ! Hangpa ingat lagi kisah Operasi Lalang ? Kalau hangpa dah lupa, memang hangpa spesis melayu cepat lupa, banyak telan semut, masuk la semut gatai..
Aku rasala, lepas ni akan muncul Operasi Lalang 2, selepas mendapat nasihat dari 'taiko' tua ni ! Tak percaya ? hangpa tunggu laa..! Aku baru lalu Kem Kamunting petang tadi, banyak lori pasir dok lalu hala pi ke kem, kalau masuk kem, tau pasai apa..dok renovate la tu ! tambah bilik baru untuk sumbat ahli baru ! hahaha..! Tapi kalau bukan, takpa !
Hangpa jangan termakan dengan sandiwara UMNO laaa..yang kini cuba cetuskan isu perkauman...jalan terakhir Umno-BN hendak menyekat kemaraan pakatan rakyat adalah dengan mencetuskan rusuhan, senang nak tangkap sumbat dalam kem, dan akhirnya MAGERAN 2 mungkin dpat menyelamatkan UMNO/BN dari dikuburkan cepat...
*gambar*Perhimpunn di Stadium TPCA sebelum Operasi Lalang ( 1987 )
Ingat pesan Allah swt :
"wahai seluruh manusia.., kami jadikan kamu (semua) dari seorang lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbilang bangsa dan bersuku-suku untuk kamu kenal mengenali...sesungguhnya manusia yang mulia dari kalangan kamu adalah manusia yang paling takut kepada allah..".
*gambar*Perhimpunan balas : (1987) Jangan lagi diperbodohkan oleh BN dengan sandiwara ketua UMNO bahagian bukit jelutung...masa memerintah penang kenapa tak bising..dah kalah baru bising...bukankah disitu ada benda yang tak kena...?
Itu dulu, kes bukit jelutong, laa..bukit bendera..isu yang sama.."perkauman". Hangpa jangan ingat cakap-cakap bahawa Operasi Lalang 1987 akan berulang lagi. Toksah pandang remeh. Malah saya gerun untuk membayangkan apa akan berlaku selepas kesabaran Abdullah sampai penghujungnya. Pertembungannya dengan Mahathir mungkin akan memakan korban yang bukan sedikit, dan selalunya kambing-kambing hitam akan menjadi mangsa!
*gambar*(1987) Rais Yatim dari Semangat 46 pun join sama.
Operasi lalang 1987 dulu membawa isu-isu sensitif yang diperkatakan dalam surat khabar Cina dan dibalas dengan surat khabar berbahasa Melayu. Sekarang pun jadi macam tu ! surat khabar cina dok main isu, hat melayu pun pi bantai sama, kes tang ni. Tak dak beza. Isu-isu 1987 yang mencetuskan Peristiwa 13 Mei berulang semula seperti berikut :
- Lee Kim Sai antara lain menyatakan 'Melayu pun pendatang'. Hak keistimewaan Bumiputera dipertikaikan semula.
- Tindakan Kementerian Pelajaran melantik 100 guru besar bukan berpendidikan Mandarin di sekolah jenis kebangsaan Cina telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan Persatuan Pendidikan Cina seperti Dong Jiau Zong, Kua Kia Soong dan lain-lain. Pemimpin MCA, Gerakan, DAP dan Dong Jiao Zong telah sepakat mempertahankan 'stail' pendidikan sekolah Cina.
- Pada 11 Oktober 1987, seramai 2000 ahli Dong Jiau Zong telah berhimpun di Wisma Persatuan Hainan bersebelahan Tokong Thian Hou di Kuala Lumpur. Mereka mencadangkan murid-murid boikot sekolah ini selama 3 hari.
Stadium TPCA di Jalan Abdul Aziz, di Kampung Baru dihimpunkan 10,000 ahli pemuda UMNO. Di sininya bermulanya Peristiwa 13 Mei iaitu di hujung jalan Abdul Aziz , kediaman Dato Harun Idris.
- Dato Muhamad Muhamad Taib dalam temubual radio RTM waktu tengah hari menggesa 'bawalah pisau - senang nak kupas limau'.
Perhimpunan pemuda UMNO di Stadium TPCA ini mendesak Lee Kim Sai selaku Timbalan Presiden MCA dan Menteri Buruh mestilah meletakkan jawatan. Gelaran Dato telah ditarik balik oleh Sultan Selangor. Lee Kim Sai telah 'dibenarkan melarikan diri' ke Australia.
Anwar Ibrahim selaku Menteri Pendidikan ketika itu mahu melancarkan perhimnpunan rasaksa (500,000) di Kuala Lumpur bagi menyambut ulang tahun UNNO ke-41.
Dato Zaman Khan selaku Pengarah Keselamatan Dalam Negeri tidak senang dengan perhimpunan yang dirancang oleh UMNO itu. Siaran waktu pagi, Dato Zaman Khan mengumumkan di radio akan kejadian 'huru-hara' di Jalan Chow Kit di mana Prebet Adam dari Kem Tentera Ulu Kinta telah membunuh dua orang Cina dengan senjata rifle M16. Berikutan itu, perhimpunan raksasa telah dibatalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu.
Kontroversi :
Operasi Lalang ini menimbulkan kontroversi kerana mereka yang 'bersalah' terlepas. Sebaliknya pemimpin pembangkang yang berada di tepi 'arus' telah ditangkap dan dipenjarakan di Kem Tahan Kamunting Taiping selama 2 tahun atau lebih.
Ironinya, Amerika Syarikat juga telah mencipta Akta Patriot yang menyerupai ISA dan menahan tahanan di Kem Guantanamo Bay, Cuba. April 1987 adalah persaingan sengit antara kem Mahathir - Tengku Razaleigh di mana Mahathir hanya mendapat majoriti 3 undi sahaja. Jadi Operasi Lalang dikatakan sebagai helah mengalihkan isu sebenar.
Akhir kalam, lepaih ni blog kena citer yang mulus-mulus, citer yang mungil-mungil, jangan citer bab 'ketuanan rakyat'. Tu semua 'haprak' pada pandangan Umno-BN. Kena citer bab menteri kahwin artis kaa, tak pa! menteri goreng cocok kodok pun takpa . Tapi jangan blog pi citer bab 'kodok' lompat. Tu dah masuk isu sensitif. Bahaya ! atau lepaih ni aku kena citer bab cucuh rokok plak. Aduss... 10 batang rokok dan jadi puntung. Kalau cam gini, Si Putung pun pengsan tengok aku baham rokok. Tu dia..jin pun dah naik boroi ! Jumpa lagi bab seterusnya...
-al-banjari online
No comments:
Post a Comment