"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, September 11, 2008

Dalami Al-Quran Untuk Peroleh Ilmu Pengetahuan, Kata Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Rabu malam meminta umat Islam membaca serta mendalami isi kandungan al-Quran bagi mengetahui ilmu pengetahuan menerusi ayat yang diturunkan.

Di samping itu, kata Perdana Menteri, al-Quran juga hendaklah dibaca dan difahami dengan menggunakan tafsir al-Quran bagi mereka yang tidak memahami bahasa Arab.

"Lagi kita berilmu, lagi kita memuji kebesaran Allah S.W.T. Al-Quran juga mengandungi asal kejadian manusia daripada Nabi Adam a.s sehingga rasul terakhir Nabi Muhammad S.A.W," katanya ketika merasmikan Tilawah al-Quran Badan Perhubungan Umno negeri Melaka di Masjid Al-Alami, di sini Rabu malam.

Terdahulu, Abdullah yang juga Presiden Umno mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin Umno bahagian, pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.

Beliau turut berbuka puasa bersama pemimpin Umno Melaka di kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Seri Bendahara, Ayer Keroh di sini.

TP - Alhamdulillah...

No comments: