"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, September 11, 2008

Pengamal Media Diberikan Surat Peringatan Untuk Patuhi Garis Panduan Ditetapkan KDN

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengeluarkan surat peringatan kepada semua pengamal media di negara ini supaya mematuhi garis panduan yang ditetapkan kerajaan.

Menterinya Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata KDN mengeluarkan peringatan itu sejurus selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menarik balik sekatan terhadap beberapa laman web termasuk "Malaysia Today" hari ini.

Beliau berkata apa yang penting ialah untuk melahirkan kebebasan dan keterbukaan yang mempunyai sifat bertanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia bagi menjamin keamanan serta ketenteraman awam untuk mengelak golongan yang boleh menghasut, menghina dan melakukan perkara yang bertentangan dengan undang-undang.

"Jadi ini adalah satu amaran atau satu ingatan dan setelah itu dilaksanakan. Saya berharap ia menimbulkan keinsafan dan kesedaran kerana kuasa media sama ada blog, cetak atau elektronik untuk mempengaruhi masyarakat secara keseluruhan adalah amat besar dan mendalam," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) di sini malam ini.

Beliau berkata tindakan menyekat beberapa laman web dahulunya bukanlah bertujuan untuk menghukum, sebaliknya hanya bersikap berhati-hati kerana ia dikhuatiri boleh membawa kepada ketegangan dan suasana yang menjejaskan ketenteraman awam.

Syed Hamid berkata KDN juga telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada beberapa syarikat media yang lebih menjurus untuk menimbulkan ketegangan dalam kalangan masyarakat.

"Mana-mana media yang kita anggap telah melanggar syarat-syarat dan garis panduan itu kita memberikan tunjuk sebab dan tunjuk sebab itu mesti dijawab dalam tempoh seminggu.

"Jangan pula dengan surat tunjuk sebab itu, mereka menganggap kita menyekat sesiapa. Tetapi kita mempunyai tanggungjawab kepada masyarakat secara keseluruhan untuk menentukan tidak timbul konflik, tidak timbul rasa kemarahan disebabkan penulisan kita mengenai kaum, agama atau pun budaya," katanya.

Hari ini, Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor berkata langkah menarik balik sekatan itu diputuskan Kabinet semalam bertujuan untuk terus menggalakkan rakyat negara ini menggunakan kemudahan internet atau lawan web sebagai saluran penyebaran maklumat.

Mengikut rekod SKMM, sebanyak 126 laman web disekat sejak Januari sehingga kini kerana melanggar pelbagai peraturan termasuk menghina agama dan menipu pengguna.

No comments: