"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, September 26, 2008

Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan Ditangguh Ke 18 Okt - Shafie

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Majlis penutup sambutan bulan kemerdekaan Malaysia yang lazimnya disambut pada 16 Sept setiap tahun akan diadakan pada 18 Okt ini.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata penangguhan tarikh sambutan itu dibuat berikutan bulan Ramadan.

"Sambutan tahun ini dijadual diadakan di Sabah," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama media di Muzium Negara di sini.

TP - hehehe... tunda sebab bukan Ramadhan ye? hehehe... buat kat Sabah ye? hehehe... tau dah...

Habaq je la nak amik ati penduduk Sabah dan Sarawak sebab dah berpuluh tahun hangpa dok nafikan kepentingan Sabah dan Sarawak dalam pembentukan negara Malaysia... ala... nak cover balik la tu...

Mentang-mentang Pakatan Rakyat iktiraf secara rasmi kepentingan penglibatan Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia hari tu kan?

Ni kira nak tunjuk yang KERAjaan Barisan Nasional pun prihatin la ye kan?

Hehehe... sempoi... baguih... teruskan meniru apa yang Pakatan Rakyat buat... lagi banyak hangpa meniru Pakatan Rakyat... lagi rakyat nampak kelemahan KERAjaan Barisan Nasional.

No comments: