"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, September 26, 2008

Syed Botak vs Murugiah

KLANG: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T. Murugiah mempertahankan tindakannya berhubung isu makanan bagi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menjawab kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar kelmarin yang meminta beliau supaya tidak campur tangan dalam urusan kementeriannya, Murugiah berkata, beliau terkejut mendengar komen sedemikian daripada seorang menteri yang senior.

Kata Murugiah, beliau hanya melakukan tugasnya iaitu menerima aduan dan menyelesaikan masalah.

“Kenyataannya (Syed Hamid) yang meminta saya tidak campur tangan dalam urusan orang ramai adalah seperti meminta saya dan 270 kakitangan di Biro Pengaduan Awam supaya tutup kedai.

“Biro menerima kira-kira 180 aduan tentang setiap kementerian daripada Januari hingga Ogos dan bagaimana saya boleh lakukan tugas saya jika saya tidak boleh ‘campur tangan’ dalam kementerian lain,” soal beliau di sini semalam.

“Biro Pengaduan Awam berada di atas semua kementerian lain apabila tiba hal mengendalikan aduan,” katanya selepas melawat SJK (T) Batu Ampat di Jalan Kota Raya di sini.

Syed Hamid semalam berkata, Murugiah tidak sepatutnya mencampuri urusan kementerian lain.

Katanya, tindakan Murugiah bercakap bagi pihak Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung aduan yang beliau tidak dihidangkan makanan yang sesuai ketika ditahan di bawah ISA adalah seperti menjadi "jurucakap kepada pembangkang."

Murugiah berkata, Syed Hamid sepatutnya bercakap terus berhubung hal itu kepadanya dan bukan memberi komen kepada terbuka.

“Saya cuba melakukan sesuatu yang baik untuk orang ramai, melayan setiap orang dengan adil tanpa mengira sama ada aduan itu daripada kerajaan, pembangkang atau orang awam.

“Sebagai menteri yang baru, saya akan selalu menerima dengan hati terbuka jika beliau (Syed Hamid) mahu membimbing saya atau menunjukkan saya cara terbaik dalam menjalankan tugas saya,” katanya.

Ini adalah kali kedua Syed Hamid meminta rakan-rakan sekerjanya dalam Barisan Nasional (BN) supaya tidak campur tangan dalam urusan kementeriannya.

Awal bulan lalu, beliau mengkritik pemimpin-pemimpin BN yang mempertikaikan keputusannya menahan tiga orang awam di bawah ISA termasuk Teresa.

-mSTAR Online

4 comments:

Anonymous said...

Pak Sheikh Hamid tu juga kena letak jawatan, kebelakangan ni nampaknya kuat merapu kedana. Bercakap dah tak tentu hujung pangkal lagi. Ashyik nak mengampu pak lah saja.

Elok la tu bergaduh sesama sendiri selepas puas bergaduh nak ISAkan pihak pembangkang.

Dah tak lama dah tu nak ambil alih tempat pembangkang di parlimen.

RAKYAT SEKARANG NI DAH TAK SABAR MENGGU.

Anonymous said...

Salam Bobobo.....
Diaorang ni dah pincang sebab tu nak cari pengaruh agar berita keluar akhbar bobobo maka nama akan naik di mata Pmlelap,
Botak tu memang patut di campak ke batu putih atau rakyat kota tinggi , mengadap dan meminta perkenan SULTAN JOHOR , agar botak di buang negeri selama-lamanya , kerana masa si botak pegang kementerian luar le tanah JAJAHAN JOHOR BATU PUTIH jatuh ke tangan singapura, bukankah botak tu bodoh,bangang, sial anak aharam

Anonymous said...

Nampak gayanya Syed Hamid ni dah lupa diri. Mungkin dia rasa jadi menteri polis, dia lah paling besar kuasanya jika dibandingkan dengan menteri yang lain.Disebabkan dia boleh guna akta ISA sesuka hati oleh kerana itu dia Tak boleh tegor tak boleh sentuh cepat saja melatah dan bersilat.

Anonymous said...

Minta maaf ye "botak2" tu jangan sebut...itu anugerah Tuhan! stop guna perkataan "botak" okey! gunalah nama Menteri ISA ke, Menteri bangsat ke, Menteri pajak gadai ke, OKEY!